Saturday, January 8, 2011

Puisi Ku Karang Khas Buatmu, Sahabatku...


Sahabatku yang disayangi,

Dirimu ibarat diriku,

Dulu mereka melihatmu, ada diriku,

Melihat diriku, ada dirimu…

Kerana kita terlalu rapat,

Ke mana sahaja kita kan bersama,

Belajar bersama, berjaya bersama,

Aku sangat senang pada ketika itu,

Kerana aku ada dirimu di sisiku.


Teman yang ku ingati sentiasa,

Allah menginginkan perpisahan sementara buat kita,

Aku meredhainya,

Kau dan aku tidak lagi bersama di setiap langkah,

Namun dirimu tetap di dalam ingatan,

Walaupun kita jarang berhubung,

Aku sentiasa melihat perjalanan hari mu,

Tika dirimu menghadapi masalah,

Aku hanya mampu melihat support dri teman2 mu yang lain,

Tanpa mampu untukku mencoretkannya.


Namun wahai kawanku,

Janganlah kau menganggap aku telah melupakanmu,

Kerana dirimu sering ada dalam doaku,

Sering berlegar diingatanku,

Ketahuilah kawan,

Diri ini sangat merindui saat2 kita bersama dulu,

Aku merindui, mencintai dan menyayangimu keranaNya.


Justeru itu sahabat,

Aku hanya menginginkan kebaikan untukmu,

Aku ingin melihat segala kesan2 kebaikan pada dirimu,

Oleh kerana inilah sahabat,

Aku tidak ingin melihat dunia menyelimutimu.

Aku tidak ingin lelaki mengambil kesempatan terhadapmu,

Diri ini juga tidak sanggup melihat tipuan duniawi mempengaruhimu…


Jujur ku coretkan di sini,

Seikhlas ingatan dan peringatan untukmu dan untukku,

Diri ini juga bukanlah selayaknya mengatakan ini padamu,

Kerana diri ini tidaklah sempurna imannya,

Masih tidak mantap hubungannya dengan Allah,

Namun, inginku katakan...

Janganlah biarkan dunia mengikis iman itu,

Janganlah biarkan Allah jauh dari diri,

Tetaplah di jalan yang pernah kita lalui dulu,

Ikat dan rapatkanlah diri pada rahmatNya,

Ku mohon hidayah buatmu selamanya,

Moga Allah sering bersamamu,

Menunjukmu ke arah jalan keredhaan,

KeredhaanNya yang akan membawamu ke syurganya..


Maaf wahai teman,

Andai kata2 ku mennguris hati,

Andai coretan ini mengikis rasa kasihmu padaku,

Sesungguhnya ketahuilah sahabat,

Tiada yang indah melainkan ukhuwah keranaNya,

Dan kerana ukhuwah itulah,

Diri ini bertekad untuk mengarang…

Hanya untukmu....


Teringat kata2 seorang tokoh:

sahabt yang baik ialah cerminan pada sahabat.

moga diri ini cerminan dan bgitu juga dirimu...


~Salam rindu dan ingatan sayang dari diriku buat dirimu~

Moga Allah sentiasa bersamamu…J


~Bint Mohammad~

08012011

23:49

~bilik di UKm~

8 comments:

  1. wahh..untuk wai ye....

    ReplyDelete
  2. time kaseh sakinah kerana menyayangi sue...cuyunk ko jugak..^_^..maafkan segala kesalahan sue selama perkenalan kitew........

    ReplyDelete
  3. utk sy jgk ke?hehe...tetibe je...kenal pun x..heh
    nice poem...:)

    ReplyDelete
  4. sue: xde salah ape pun...adat berkawan, klu xterluke xberharge kn...:) thanks gak coz sudi kd kwn ak...^_^ ingtla, ak sayang kwn2 aku..hny yg trbaik utk semua...:)

    zhz: hehe...thanks..:)

    ReplyDelete
  5. sakinah..aiwahh...like this poem...situasi kamu sejibik situasi akak dlm persahabatan ni...setiap sahabat inginkan y terbaik utk sahabatnya...smg mrk sentiasa dlm redha Illahi dan hidayah Allah sentiasa bersama mrk..sahabat2...

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)