Salam perjuangan…
Alhamdulillah… hari yang mulia; Hari Jumaat ini, pada tengahari ini, terase ingin menulis dan berkongsi apa yang telah ana dapatkan di kuliah atau ceramah Bicara Ummah di Masjid UKM semalam. Tajuknya Bahaya Fitnah. Disampaikan oleh seorang pensyarah UITM; Al-Ustaz Dr. Mohd. Al-Ikhsan Ghazali. Walaupun bila ana sampai2 di masjid, majlis da dimulakan, tapi alhamdulillah masih dapat menangkap isi-isi penting yang ingin disampaikan oleh Dr. Moga Allah memberkati usaha pihak yg berkaitan yang mengendalikn majlis ini..
Keberkatan Nikmat
Nama pun sampai lewat, so, bila ana sampai2 je, ana terus duduk dan mendengar tentang keberkatan. Ustaz cuba mengajak kami mengukur keberkatan nikmat-nikmat yang kita terima sepanjang hidup ini. Contoh yang ustaz utarakan ialah contoh makanan.
Nikmat makanan yang kita rasa sekarang ni mcmne nk tengok berkat ke x? Camni caranya…
Bila makanan yang kita makan itu
membuat kita semakin hampir dan mendekati Allah,
kekuatan yang diperolehi daripadanya,
kita menggunakannya utk pengabdian diri kepadaNYa,
maka insyaAllah ianya berkat.
Walaupun kita makan nasi arab yg mahal sekalipun,
Namun disebabkan kekenyangn membuatkan kita terlajak tidur
Dan meninggalkan solat subuh brjemaah di msjid
Membuatkan kita leka dan melayan nafsu,
Maka, jawablah..samada ianya berkat?
Atau sebaliknya?
Begitu juga dapat dilihat pada nikmat2 yang lain seperti nikmat harta, sahabat, ibubapa, anak dan sebagainya. Adakah ianya mendekatkan kita kepada Allah, atau tak? Itulah ukuran keberkatannya. Jom sama2 kita duduk diam, dan merenung serta muhasabah segala nikmat2 ini… kerana sudah tentunya kita inginkan keberkatan. Bukankah begitu?
Fitnah Akhir Zaman
Lalu selepas meninggalkan persoalan dalam diri setiap yg mendengar, ustaz menyambung ceramahnya dengan menyentuh kembali kepada tajuk ceramahnya iaitu FITNAH. Fitnah ini rupanya dibahagikan kepada 2.
1) Fitnah Dalaman.
Iaitu anak, isteri, suami, keluarga dan lain2. Fitnah ini membuatkan mereka keliru yang manakah benar dan yang manakah salah. Iaitu fitnah ini contohnya jika dihubungkan dengan situasi kini iaitu antaranya pada isu hukum hudud. Yang mana mereka (gol. Barat dan tak kurang juga umt Islam yang menyokong) mengatakan bahawa hukum hudud ini iaitu hukum qisas terhadap pembunuh akan merugikan nyawa. Seolah2 mereka melihat begini. Jika A membunuh B, maka jika kita balas bunuh (qisas) pada A, makan akan merugikan nyawa. Daripada satu nyawa, akan membawa kepada dua nyawa. Dan kita sepatutnya nasihat dan bg motivasi utk dy xbunuh org lagi.
Logik la jugak kan kalau difikirkan kembali. Macam betul jek. Tapi macamne plak kalau lepas dah nasihat si A tadi, lepas tu dia bunuh C plak, jangan bunuh A jgk, t rugi 3 nyawa, baik 2 org je. Dan kalau dia bunuh D, E, F dan seterusnya sampai Z pun jangan bunuh, nanti rugi 1 nyawa. Padahal jika dlihat pada qisas, balas bunuh itu memberikan kehidupan, bukan kematian (AQ: Wafil Qisasi Hayah). Kerana yang lain akan takut untuk melakukan pembunuhan kerana takut dibunuh kembali. So, Barat ke Allah yang betul?? Ish2x….FItnah2x~!!
Selepas menghina Hudud, mereka pertikai pulak hukum aurat kepada muslimat, khususnya tudung dan kopiah yang dipakai oleh Muslimin. Entah apa2 la yang ana rasa bila mereka boleh membawa hujah mengatakan dengan memakai tudung atau kopiah (penutup kepala) nanti otak jadi lembab. Sebab oksigen tak masuk dalam otak. So, dorang kata sebab tu ulama2 Islam ni berifikiran kolot dan tak waras. Aduh, kelakar betul. Rasanya dari kecik lagi kita dah belajar waktu sekolah dulu, yang mana oksigen ni masuk melalui hidung dan keluar ikut hidung jugak melalui sistem pernafasan. Macammne plak dorg leh kate macam tu ek? Entahla… tapi bila cakap tak serupa bikin ni, memang susahla. Sebab kita sendiri boleh tengok, kalau doktor bedah, dia pakai tutup kepala kan? Bukan kerja mudah, nak selamatkn satu nyawa ni, tapi doktor tu boleh je berfikir dengan waras. Betul x? So, sape yg betul, sape yang memfitnah? Ish2x…Fitnah2x~!!
Fitnah dalaman yang lain ialah fitnah perut dan fitnah kemaluan. Yang mana menurut statistik di Malaysia, pelbagai kes yang berlaku. Kes bunuh sehari 2 org yang dibunuh. Kes rogol sehari 6 orang. Kes seks bebas, menurut statistik lama, dalam 2 tahun, 53000 anak luar nikah didaftarkan. Bermakna sejam 3 orang! Ini yang lama, agak2 yang terbaru? Inilah fitnah2 besar yang berlaku pada umat Islam kini. Dunia menjadi tujuan hidup. Allah…. Janganlah umat Islam ini menjadi seperti golongan kuffar yang mana mereka tidak tahu tujuan mereka hidup di muka bumi ini. Ingatlah, kita hidup untuk mengumpul bekal akhirat, bukan mengumpul dosa dan maksiat!
Hurm, rasanya untuk entry kali ni setakat ni je ana mampu tulis, nak tulis panjang lagi tapi masa tak cukup pulak. InsyaAllah, untuk sambungan kuliah ustaz ni selepas ini lagi menarik tentang fitnah luaran dan lafaz2 yang boleh digunakan ketika menghadapi masa terdesak untuk menepis maksiat. Ana terpaksa mengundur diri dulu sebab ada awlawiyyat yang lain. Wallahu a’lam.
Moga Allah redha.. J
0 suara pembaca:
Post a Comment
Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)