Thursday, October 27, 2011

Mencari Ketenangan Di Dalam Hidup.


Saje nak berkongsi dgn sahabat2 semua...satu email yang menarik kepada sahabat2 Langit Ilahi drpd Hilal Asyraf...selamat membaca... (sebab mengenai ketenangan yg sume inginkan)...jom!

Khas Daripada Hilal Asyraf: Mencari Ketenangan Di Dalam Hidup.

Assalamu'alaikum.
Apa khabar?

Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT. Saya sentiasa berharap, agar diri saya dan anda, sama-sama berusaha keras untuk hidup di dalam batasan yang disyariatkan olehNya, dan berusaha untuk menjauhi larangan-laranganNya. Marilah kita menjadi hamba yang sebenar-benarnya.

Email kali ini, saya suka mengingatkan diri saya dan anda berkenaan ketenangan.

Ketenangan.
Satu kalimah yang dicari semua.
Kayalah sekaya mana, kalau hati tidak tenang segala harta seperti tiada makna.
Berkahwinlah dengan lelaki/perempuan idaman mana sekalipun, kalau jiwa tidak senang maka segalanya seperti sia-sia.
Persoalan, di manakah hendak kita jumpai ketenangan ini?

Saya ada terjumpa satu bicara yang amat indah sekali,

"Di dalam hati ada kekosongan,
yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.
Di dalam hati ada kegelisahan,
yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.
Di dalam hati ada kerisauan,
yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."

Ya.
Ketenangan itu ada pada Ilahi. Ketika kita merapat kepadaNya. Ketika kita melakukan amal-amal kebaikan yang diarahkan olehNya, ikhlas keranaNya.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28.

Maka kita, yang mempunyai hati-hati dan jiwa-jiwa yang gelisah ini, kita memandang semula ke dalam kehidupan. Kita isi kehidupan dengan apa? Ketaatan kepadaNya? Atau kemaksiatan yang bermaharaja lela?

Dan sesungguhnya, mereka yang bersolat, membaca al-quran, bersedekah, tetapi masih lagi juga melakukan maksiat kepadaNya, tetap tidak akan mampu meraih ketenangan jiwa. Kerana dosa ibarat titik hitam di dalam hati, dan dosa akan memberikan rasa tidak senang ke dalam diri. Buat kebaikan, dosa itu terpadam, namun buat lagi dosa, bintik hitam muncul semula membawa kelam.

Maka solusi ketenangan hati yang utama adalah, mendekati Ilahi dan menjauhi laranganNya.

Sudah berapa tahun umur kita ketika kita membaca email ini? Ketika saya menulis email ini?
Saya sudah berumur 22 tahun.
Anda?
Dan kita soal diri kita bersama-sama,
sampai bila kita hendak hidup dalam kemaksiatan kepadaNya? Dengan jiwa yang risau dan galau, dengan hati yang tidak tenang dan tidak senang. Sampai bila?

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." Surah Al-Hadid ayat 16.

Mari kita sama-sama muhasabah.
Mencapai ketenangan jiwa biar diri menjadi gagah.

Mari Menjadi Hamba!


~ seorang hamba,
Hilal Asyraf

Moga2 setiap yg membaca dapat manfaatnya...:)


Friday, October 21, 2011

ANDA MEMANG CANTIK..Serius!!



Wanita sentiasa disinonimkan dengan cermin. Sehinggakan ada pepatah Arab yang berbunyi, ‘mar’ah wa mir’ah la tatafarraqani’ yang mana maksudnya ‘wanita dan cermin tidak boleh dipisahkan.’ Sampai macam tu sekali. Tapi betul jgk bila diperhatikan, di mana-mana sahaja wanita itu akan ada bersamanya cermin atau sesuatu yang boleh memantulkan imej wajahnya tak kisahlah samada cermin atau yang lain seperti skrin handphone pun boleh jadi.

Cermin pula dikaitkan dengan kecantikan. Semua manusia sukakan kecantikan, dan Allah juga sukakan kecantikan. Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kecantikan? Adakah cantik rupa sahaja terus dinamakan cantik? Atau cantik pakaian, kasut, kenderaan? Ataukah cantik pada perangai, moral dan akhlak itu adalah cantik yang sebenar? Semua orang pandai berkata soal kecantikan jika ditanya mengenainya. Dan jawapan selalunya adalah:
“CANTIK ITU SUBJEKTIF…”

Sejauh mana kesubjektifan cantik itu sebenarnya? Bagi saya pada peribadinya (tiada kene mngena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia) bahawa cantik itu Allah kurniakan kepada setiap kejadiannya. Cantik itu ada pada setiap makhluknya. Tidakkah kita perhatikan bahawa pokok itu hatta daunnya yang hijau sehelai sahaja sangat cantik ciptaannya, dengan sistem yang hebat ciptaan Allah. Dan selain itu, contoh kerengga. Betapa cantiknya ciptaan badannya  dan kebijaksanaan serta sifatnya yang komited mencari rezeki. Dan tiada kurangnya manusia, malah sangat lebih Allah ciptakan manusia ni dengan menjadikannya sebaik2 ciptaan sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Tin ayat 4:
ôs)s9 $uZø)n=y{ z`»|¡SM}$# þÎû Ç`|¡ômr& 5OƒÈqø)s? ÇÍÈ
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

So, adakah anda masih ingin mengatakan anda tidak cantik dan ingin mengubah ciptaan yang maha hebat ini? (Akibat teringat sikap2 individu yang sibuk mengubah ciptaan terbaik ni). Bagi saya, rugilah orang2 yang tidak merasa bersyukur dengan kecantikan yang telah Allah kurniakan kepadanya. Cantik manusia itu terletak pada hatinya, terletak pada pantulan akhlaknya dan terletak pada keteguhannya melaksanakan perintah Allah dan RasulNya SAW. Di sini saya lontarkan soalan untuk kita sama2 fikir2kan…

Apa guna cantik muka jika hati susah nak terima kebenaran?

Apa guna cantik kalau akhlak dan keperibadian tidak mencerminkan keperibadian muslimah?

Apa manfaatnya dipuji2 kecantikannya dihadapan manusia, tetapi tidak pernah mengambil berat soal ketaatan dan kepatuhan kepada Allah?

Apa kebaikannya cantik jika digunakan untuk merosakkan iman orang lain?

Jangan juga sekali2 mengatakan anda tidak cantik kerana kekurangan2 yang ada, akan tetapi usahalah untuk menjadi cantik dengan apa yang saya highlightkan di atas dari sudut cantik kamus peribadi saya. Kita semua ingin menjadi cantik. Saya juga ingin menjadi cantik. Tapi bukan hanya di hadapan manusia, tapi saya ingin menjadi hamba yang cantik di hadapan Rabbnya. Yang tidak malu berhadapan dengan Tuhannya kerana telah berusaha sepanjang hayat untuk mencantikkan diri sebelum bertemu denganNya.

            Saya agk tertarik dengan komen kawan saya (ni blog dia.. http://kihahayati.blogspot.com/bila saya bertanyakan tentang definisi cantik ni. Jom sama2 baca perbualan kami jap…

Saya:
akk....pe pndpt akk ttg cantik?
Kawan :
subjektif...
CHANTEKKK....org tu xperlu kulit cerah..,
x perlu kulit cantik gebu..licin xde jerawat.. xperlu langsing...
cantik itu..hanya biasa2 saja..low profile pun xpe..
tapi cantik itu bg akak..bila kita pandang dia...ada 1 perasaan yg luar biasa...xpernah bertemu..., rasa seakan-akan... mudah mesra..
seakan2..hati berbisik.. "saya nak kenal awak lagi.."atau..."saya nak jumpe dia lagi... nak jadi kawan dia.."atau...."seronoknye kalau jadi mcm dia.."
cantik itu... bg akk, xperlu la suara lemah lembut.. (kononnya mcm gadis melayu terakhir) tapi..kata2 dia..sepatah dua.. rasa menusuk dlm hati...(walaupun x berapa byk ilmu)……

Tengok, itu antara definisi orang tentang cantik. Jadinya, anda sebenarnya tak perlu nak tunjukkan kepada dunia anda adalah seorang insan yang cantik. Anda tak perlu post di FB atau Tweeter dan laman2 sosial dan sebagainya untuk menunjukkan anda cantik dan dipuji2 dengan komen2 daripada kawan2 khasnya yang berlawanan jantina ni. Kerana itu semua bukanlah indicator anda adalah yang tercantik tangga 1,2 atau 3. Tak perlu langsung kepada semua itu. Ini kerana anda sememangnya cantik dan kecantikan itu hanya untuk anda dan yang berhak ke atasnya, bukan hak umum yang perlu ditayangkan. Sayangilah diri anda sebagai seorang yang diciptakan cantik seindah ciptaan alam ini dan berhati2lah dalam menjaga amanah kecantikan yang diberikan oleh Allah ini.

  Saya sayang anda dan saya inginkan anda menjadi muslimah yang cantik dari segenap segi. Pesanan khas buat diri juga agar sama2 menjaga amanah ini agar dapat dihadapkan di hadapan Sang Pemiliknya dengan sempurna sesempurna pemberianNya kepada kita. Jom sama2 perbaiki dan make-up diri kita! (^_^)


Wallahu a’lam…


Saturday, October 1, 2011

Di Situ Ku Lihat Dosaku...

Bismillahirrahmanirrahim....

Muhasabah di pagi hari, membaca entry blog seorang sahabat yang baru pertama kali saya buka, menyentap hati dan menggetarkan. Terasa tersirap darah di setiap urat nadi, terimbau kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Sehingga membuatku terdiam, muhasabah yang baik, ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian, moga ada hikmah dan kebaikannya di sisi ALlah...

Hanya mampu ku bermohon, agar kesilapan-kesilapan lalu yang pernah ku perbuat diampuni oleh Allah yang Maha Pengampun dan Maha Memahami...

"Allahummaghfir dzunubi fi kulli umur, washlih li sya'ni, warhamni , Innaka Arhamur Rahimin...."


********************


Bismillahirrahmanirrahim...
"Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?

“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…

“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!”Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku.



Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami.  

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah.
 
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. 
Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….
Ya Allah, tetapkanlah hatiku di jalan redhaMu, jauhilah aku daripada penipuan dunia yang memperdayakan..


Moga Allah merhamatimu sahabatku: