Sunday, November 11, 2012

Batu Loncatan Iman



Diuji dan terus diuji. Ada yang akan kata, "Ah, aku dah tak larat. Asyik aku saja yang diuji. Letih. Aku manusia biasa, pasti ada rasa putus asa." Sekali diuji, kita tempuh, sabar. Dua kali, tetap menempuh dengan cekal. Kali ketiga, lagi diuji, pasti ramai akan terus mengalah dan tersungkur. Mengeluh dan menyalahkan takdir.

Ujian, mengapa kita lihat ujian hanyalah sesuatu yang menyakitkan dan menyusahkan? Betapa ramai yang mampu melihat ujian dari sudut pandang yang indah dan penuh hikmah? Di luar sana, ketika pernah suatu ketika saya menemubual seorang remaja wanita, yang ditempatkan di sebuah rumah pemulihan. Terlihat pada tangannya luka-luka yang sungguh teruk. Di saat dia memencil diri daripada kawan-kawannya yang sibuk berprogram, saya mengambil kesempatan untuk berbual dengannya. Berniat untuk membantunya berinteraksi. Rupanya dia adalah salah satu anak yang diuji Allah, dan melihat ujian yang diterima sesuatu yang tidak boleh diterima dan dihadapi. Akhirnya mengambil jalan untuk mengikut hawa nafsu dan mengaku kalah pada ujian yang diberi oleh Allah, yang mana ianya diberikan atas dasar sayangNya terhadap hambaNya ini yang dilihat semakin hanyut dan terbuai dengan indahnya dunia.

Ujian dan musibah, tidak sesekali Allah menghantarnya
dengan sia-sia melainkan dengan tujuan yang tertentu.

Mengapa manusia sering mengaku kalah dengan ujian? Bukankah seronok jika go through saja ujian yang ada di setiap sisi dan persimpangan hidup? Ujian mewarna-warnikan kehidupan. Seperti apa yang berlaku pada saya dan 2 orang sahabat sepanjang hari semalam. Sebelum subuh saya dikejutkan untuk menjadi co-pilot menghantar seorang sahabat ke tempat program atas masalah kenderaan yang berlaku. Jika diikutkan rasa, mahu sahaja meneruskan tidur tanpa menghiraukan, namun, bukan itu yang Rasulullah ajar. Jadi, gagahkan diri, ikhlaskan hati. Alhamdulillah, menjadi satu pagi yang proaktif. Pagi-pagi bertemu air terjun dan kolam air panas. Menarik! Hadiah yang Allah bagi selepas satu bantuan dihulurkan.

Petang yang sama, bermula lagi satu perjalanan yang menarik! Permusafiran yang seharusnya hanya memakan masa sejam atau setengah jam, menjadi empat jam! Interesting! Ujian yang hanya dapat dimenangi dengan bekalan kesabaran. Diuji dengan kenderaan yang problem dipertengahan jalan, kesesatan dan kesesakan, berjuang mencari tempat solat, dan berdepan dengan karenah-karenah pemandu yang pelbagai! Stress sungguh. Jika diikutkan hati, mahu sahaja kami berpatah balik, tanpa meneruskan niat asal. Namun, menganggap ini sebagai satu tarbiyah (pendidikan) langsung dari Allah, kami bertiga tetap teruskan perjalanan. Akhirnya seluruh halangan tadi dipermudahkan. Kereta yang problem, Allah menghantar dua orang lelaki yang ikhlas membantu. Kesesakan dan kesesatan yang ditempuh dengan emosi pada awalnya, akhirnya berjaya kami hadapi dengan rasional. Berkat rasionaliti, Allah hantarkan juga seorang pemandu bas menunjukkan jalan. 

Mungkin setengah jam perjalanan, tidak mampu membuatkan hati kami ikhlas untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Maka dengan sebab itu, Allah memberikan kami empat jam untuk refresh niat, memuhasabah diri dalam dunia realiti dan mengawal emosi dalam suasana tertekan. Sudut pandang itu yang menentukan samada kita terlihat mampu atau tidak menghadapi mehnah dan ujian yang diberi. Jika kita memandang ujian itu sebagai sebuah batu besar yang pasti tidak dapat kita lepasinya, maka mind-set itu sudah awal-awal lagi merosakkan kualiti perjalanan. Jika kita memandang ujian itu sebagai sesuatu yang mampu menaikkan kualiti diri, meningkatkatkan keyakinan dan mengindahkan cerita sebuah perjalanan, maka kita akan mampu melaluinya dengan baik, dan insyaAllah ia benar-benar akan membantu meningkatkan kualiti diri. Samada dari sudut zahir mahupun batin.

Bukankah Allah telah menerangkan bahawa ujian samada berbentuk musibah atau berbentuk nikmat adalah diberikan untuk mengangkat darjatnya ke suatu tingkatan yang mulia di sisi Allah. Tidak mahukah kita menjadi hamba yang mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah? Pasti semua menginginkannya. Jadi, untuk mendapatkan setinggi-tinggi kemuliaan seperti itu, bukanlah dapat dikecapi dengan mudah. Pasti akan didatangkan dengan mehnah dan halangan agar dapat dinilai daripada berjuta-juta calon yang mendakwa untuk mendapatkannya, di antara mereka yang manakah serius dalam menunaikan kata-kata, yang serius untuk bersedia menempuh segala ujian dan halangan untuk terus melangkah menuju destinasi.

Mereka tidak berserah, ini yang dinamakan usaha!
So, bagi saya bukan soal susah atau senang ujian yang diterima. Dan bukan juga soal berjaya atau tidak kita menempuh ujian yang diberi. Namun, soalnya adalah berkenaan ikhtiar dan usaha kita menghadapi ujian dan halangan tersebut. Kerana Dia Yang Maha Menilai melihat bukan pada berjaya atau gagalnya kita, namun pada kesungguhan kita. Jika benar kita bersungguh, Allah Yang Maha Mencintai hamba-hambaNya pasti tidak akan membiarkan kita keseorangan. Dia pasti akan memberikan kita jalan keluar yang sebaik-baiknya. Ia juga adalah berkait dengan persoalan bagaimana kita memandang ujian tersebut. Jika kita lihat ia sebagai satu batu loncatan iman, maka ia akan menjadi batu loncatan iman. Jika kita melihat ia sebagai satu batu penghalang dan menghancurkan hidup, maka ia akan menjadi sebagaimana kita menganggapinya. 

Hadapi sahaja ujian dan halangan itu dengan senyuman di awalnya, iktibar dan istighfar diperjalanannya. InsyaAllah pengakhirannya adalah syukur yang tidak terhingga buat Dia yang memberikan ujian. Berkata memang mudah, melaksanakannya sememangnya payah. Namun, tidak salah jika kita berusaha untuk buat yang terbaik untuk kehidupan dunia dan akhirat kita. 


Wallahu a'lam.


  (ada tak yang rindukan blog saya agak2? sekian. ^_^) 

Wednesday, October 24, 2012

Cinta Iman


Frasa Allah menyayangi hambaNya adalah sangat popular di mana-mana lokasi penulisan. Semua mampu mengungkapkan dan menulis. Hakikatnya benar sekali bahawa Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Persoalan di sini, adakah kata-kata yang diungkap dan ditulis itu benar-benar terbit dari hati yang khudhu' dan khusyu' kepada Allah? Itu persoalan yang sengaja saya tanyakan di sini. Khususnya kepada diri saya sendiri yang sering menulis kata-kata seperti itu. Akuannya, kadang-kadang kata-kata yang terzahir itu hanyalah diungkapkan di bibir dan di hujung-hujung jari yang menaip tanpa sebarang rasa yang serendah-rendah pengharapan kepada kasih-sayang Allah.

Ramai mendakwa kita cinta Allah dan rasulNya, namun peribadi dan perlakuan kita tidak mencerminkan segala kata-kata yang didakwa. Betapa malunya kita di hadapan Allah kelak, dan dihadapan Rasulullah SAW nanti apabila kita mendakwa dan menyatakan cinta kita kepada Allah dan Rasul, rupa-rupanya cinta yang didakwa itu dinafikan dan tidak diiktiraf oleh Allah dan jua RasulNya. Betapa hancur dan ruginya mereka-mereka yang ditimpa nasib sebegitu hanya kerana cinta yang diuar-uarkan di dunia tiada sebarang penghayatan dan pembuktian yang ikhlas.


Ketika memikirkannya, betapa malunya rasa hati kita, jika kita masih tidak sedar soal kedudukan dan kondisi hati kita kala ini. Ingat dan perhatikanlah dalam diri kita, bukan mudah untuk kita memastikan tingkatan iman untuk sering meningkat. Ia memerlukan usaha yang sangat bermujahadah dan dengan sepenuh keikhlasan, namun dengan mudah sahaja iman yang dijaga dan dipelihara tadi akan menurun, dek amalan-amalan dosa dan maksiat yang dilakukan samada secara sedar atau tidak. Kelalaian dalam menguruskan kehidupan yang sering menyumbang kepada penurunan iman. Perlu ada sistem dalam menguruskan kehidupan yang mana saya sendiri masih terlalu banyak lacking dalam urusan ini. Jadinya, bila urusan kehidupan merangkumi hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam dan juga hubungan dengan Allah dapat diatur dan ditadbir dengan baik, insyaAllah menatijahkan natijah iman yang baik untuk akhirat kita.


Seringlah menghayati erti kasih dan sayang Allah kepada hamba-hambaNya dengan melihat kepada segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Musibah yang diterima juga dilihat sebagai tanda kasih dan rahmat Allah kepada kita. Sememangnya manusia tidak akan pernah sempurna, dan tidak akan sering meningkat keimanannya. Namun, usahalah, untuk menjadi yang terbaik di pandangan Allah dan untuk menjaga iman.

Saya memohon doa kalian yang membaca tulisan saya ini, doakanlah saya untuk sentiasa melebihkan agama dalam urusan saya. Saya sendiri bukanlah malaikat mahupun wali yang sentiasa dipelihara. Terkadang nafsu dan keinginan dunia sering dituruti melebihi kepentingan agama dan akhirat. Kekadang ungkapan zikir sering berbunyi pada zahir tanpa penghayatan. Doakanlah juga saya diberikan hakikat cinta kepada Allah yang sebenar. Sungguh, saya hanyalah insan biasa yang perlu diperbaiki...!


Wednesday, October 10, 2012

Inilah Pengalaman...


Semangat3x!! =))

Bersedia atau tidak bersedia, satu hari nanti pasti kita akan terdedah dengan dunia luar, selain dunia pengajian. Mungkin yang membaca entry ini ada yang masih dalam dunia pengajian, dan mungkin juga kini sudah berada dalam dunia pekerjaan. Selalunya, bila ditanya kepada para pelajar, ingin belajar atau ingin bekerja? Pasti rata-rata akan menjawab tidak sabar untuk bekerja. Seperti ketika menjadi pelajar sekolah rendah, yang bila ditanya, dijawab tidak sabar untuk melangkah ke sekolah menengah, yang menengah tidak sabar untuk masuk ke universiti dan seterusnya. Namun, bila ditanya pula, rata-rata juga akan mengungkapkan rasa rindu kepada zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan pengajian bagi yang sudah berada di tahap lebih atas.

Tapi saya, ketika dalam proses pengajian di universiti, saya seolah-olah tiada feel untuk bekerja. Di samping diri yang seperti tiada rancangan pekerjaan atau kerjaya di masa hadapan. (teruk kan?). Apa yang saya inginkan hanyalah belajar dan terus belajar. Saya cintakan suasana pembelajaran. Hingga sekarang, apabila secara tidak sengaja, tanpa perancangan, saya ditakdirkan Allah untuk memasuki alam pekerjaan di sektor kerajaan. Alhamdulillah, Pengalaman yang baik saya kira, sebagai pertambahan ilmu dan kemahiran sekiranya saya benar-benar sudah menentukan hala tuju hidup saya nanti.

Dunia pekerjaan adalah satu dunia yang sangat lain daripada dunia pengajian. Semuanya berlaku dengan pantas. Mungkin kalau kita seorang yang lambat, kita akan mudah tertinggal. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi saya dapati sangat penting dalam menjalani hari-hari di alam pekerjaan. Selain daripada kemahiran menggunakan software komputer dan barang-barang teknikal program (dengan pengalaman lebih kurang dua minggu). Jika kita hanyalah seorang yang 'bersendiri' dan terlalu pemalu, susah sungguh untuk kita mendapat suasana yang mesra. Tapi, perkara ini seolahnya tidak asing, kerana di mana-mana sahaja, suasana ini sangat diperlukan. Saya juga sebenarnya sedikit kekok ketika berhadapan dengan orang baru dan suasana baru. Neway, belajar dan terus belajar, alhamdulillah, sekarang ok..

Syukur dan syukur. Segala pujian selayaknya kepada Allah, kerana ditempatkan di tempat yang sangat sesuai dengan jiwa saya yang sangat menyukai program training dan facilitate program. Dia tahu apa yang terbaik. Dapat juga saya jadikan tempoh sementara saya bekerja ini sebagai tempoh menuai pengalaman untuk dinikmati hasilnya pada masa hadapan. Mungkin hanya jangkaan dalam 3 bulan lebih saya akan bekerja, sebelum menyambung kembali impian masters. Walaupun ramai yang seolah mencadangkan untuk hold dulu pengajian. Apapun, tengok rezeki nanti. *out of topic*

Bekerja di dunia latihan dalam sektor pekerjaan, memang menarik. Menjadi fasilitator kepada para pegawai atasan yang ada di kalangannya hampir sebaya dengan abah. Berumur lebih 3 tahun dan ke atas semuanya. Sedangkan sebelum ini, hanya terbiasa dengan peserta yang lebih muda dan berpangkat adik, maka mudahlah untuk kita menjadi rujukan dan 'cikgu' kepada mereka. Tapi kali ini lain. Peserta bukan setakat berpangkat kakak dan abang, pangkat abah pun ada. Very interesting. Berdepan dengan karenah mereka yang lebih tinggi dan berpangkat pegawai, watak diri juga terpaksa bertukar agar terlihat lebih berkaliber daripada para peserta. Seketika, saya juga agak kekok untuk mendepani suasana, namun dimotivasikan oleh para fasilitator berpengalaman dan ketua fasi, akhirnya saya cuba berinteraksi dengan peserta selayaknya saya juga setaraf seperti mereka. *walhal, siapa saja saya* =)

Entah berapa minggu saya men-draft-kan entry ini. Punyalah panjang masa yang diambil untuk saya menulis dan menyambung tulisan. Akhirnya, mungkin hanya ini sahaja apa yang dapat dikongsikan buat ketika ini. Sekadar sedikit coretan pengalaman dalam dunia pekerjaan. Setiap kali saya keluar rumah, saya membiasakan doa agar diikhlaskan setiap pekerjaan saya pada hari itu. Terkadang rindu dengan suasana meeting atau syura yang diawali dengan tazkirah ringkas yang biasa dilakukan ketika bersama dengan ISIUKM dulu. Terasa gersang hati akibat kurangnya mendengar kuliah-kuliah agama dan taujihat serta peringatan agama. Namun, perkara ini tidak saya dapati di tempat kerja kini. Itulah perbezaannya. Moga suatu hari nanti, saya akan dapat berada dalam suasana itu lagi.

Sekian buat setakat ini. Maaf jika tiada manfaatnya.
Dan manfaatkanlah jika ada kebaikan di dalamnya.




Tuesday, August 7, 2012

Poligami Bukan Sunnah?



Dahulu ketika di dalam kelas, pensyarah pernah bertanya, “Bagaimana Islam yang dikatakan sebagai agama fitrah meraikan fitrah wanita yang tidak suka diduakan, cemburu, padahal Islam membenarkan poligami?” Ketika itu kami sedang membincangkan isu feminisme. Terkelu lidah, tiada jawapan yang kuat dan kukuh. Kerana apa yang kami tahu, poligami dalam Islam adalah sunnah dan digalakkan bagi mengatasi masalah-masalah. Apa yang terlintas di fikiran pada ketika itu hanyalah saya mampu mengatakan, “Islam meraikan fitrah, namun adakah tidak suka diduakan itu adalah fitrah? Atau ia hanya sekadar nafsu atau keinginan? Kerana jika ianya nafsu, Islam pastinya datang bagi mendidik nafsu.” Dan ustaz hanya diam dan tidak mengiakan mahupun menolak. Ustaz menyerahkan kepada kami untuk mencari jawapannya sendiri.

Alhamdulillah, baru-baru ini Allah membuka ruang kepada saya untuk membaca sebuah buku yang sangat banyak memberikan kepada saya kefahaman tentang betapa adilnya Islam menunaikan hak-hak wanita dan betapa Allah SWT itu sangat memahami hati dan meraikan perasaan dan suara wanita. Sungguh lapang ketika membaca buku tersebut, tulisan Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Di sini, saya akan berkongsi beberapa pengisian dalam buku tersebut berkaitan poligami yang agak banyak ditekankan dalam buku ini.

Straight to the subject,
Poligami Cuma Harus

Poligami rupanya bukanlah seperti yang saya jangkakan dan salahfahami sebelum ini. Kesalahfahaman saya ini juga, adalah salah faham masyarakat dalam memahami konsep poligami dalam Islam, hinggakan musuh-musuh Islam  berjaya menjadikan isu poligami ini sebagai salah satu keburukan dalam agama Islam yang dituduh sebagai agama yang menzalimi wanita.

Ramai masyarakat gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah’ hingga menimbulkan salahfaham masyarakat bahawa poligami itu adalah mulia, digalakkan dan perlu dilakukan oleh sebahagian orang. Tidak salah untuk mengatakan poligami adalah sunnah, namun, perlu diketahui bahawa perkataan sunnah ini mempunyai pelbagai takrifan mengikut ulama’ Hadith, Fiqh dan Usul. Wajarkah untuk kita menggunakan perkataan sunnah ini kepada poligami jika masyarakat memahaminya dengan makna ulama’ Fiqh iaitu dengan maksud digalakkan? Walhal maksud sebenar sunnah di sini adalah dengan maksud perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW, iaitu sebagaimana Nabi juga mentalakkan isteri baginda dan melakukan perhambaan manusia. Namun tidak dikatakan cerai dan perhambaan itu sunnah, maka begitu jugalah poligami, walaupun ia dilakukan oleh Nabi, tapi tidaklah ia bermaksud digalakkan.

Maka, majoriti ulama’ hanya mengatakan bahawa poligami itu harus, dan  bukan sunnah (atau difahami sebagai sunat bagi masyarakat Malaysia, iaitu buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa-apa). Oleh itu, perlu ditinggalkan menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah’ dengan menggantikan dengan ‘Poligami cuma harus.’ Dan perlu diingat, bahawa Nabi SAW sendiri mengamalkan monogami (berkahwin dengan seorang sahaja dalam satu masa) bersama Saidatina Khadijah r.anha. selama 25 tahun, sehinggalah Khadijah meninggal, berbanding dengan mengamalkan poligami selama 10 tahun sahaja. Maka, tak salah untuk mengatakan bahawa monogami itu lebih utama daripada poligami.

Syeikh Muhammad Abduh mengatakan bahawa, jika mereka yang benar-benar memahami dan merenungi ayat dalam Surah al-Nisa’ ayat 3 dan ayat 129 yang menyentuh soal poligami ini, pasti akan dapat melihat bahawa poligami dalam Islam merupakan satu perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan melainkan dalam keadaan yang sangat terpaksa. Ini dapat difahami dalam ayat ke 129 apabila Allah mengatakan bahawa tiada seorangpun di kalangan kamu yang akan mampu berbuat adil, walaupun kamu sangat menginginkannya.

Bagaimana Islam Meraikan Wanita?

Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang terbaik untuk dicontohi. Begitupun, kita dapat membaca kisah-kisah kecemburuan isteri-isteri baginda di antara satu sama lain. Namun, baginda dapat menanganinya dengan baik sekali. Oleh sebab baginda sendiri mengetahui bahawa betapa susahnya untuk menguruskan perkahwinan yang mengamalkan poligami, maka baginda lantas menghalang Saidina Ali kwj untuk menduakan puteri baginda; Fatimah al-Zahra’ r.anha dengan anak Abu Jahal. Bahkah, baginda bukan hanya menghalang Ali k.w.j menduakan Fatimah r.anha, namun baginda juga menghalang semua puterinya untuk dimadukan menurut hadith Shahih Bukhari dan Muslim.

Baginda menghalang daripada menduakan puteri-puterinya adalah kerana ingin menjaga agama mereka dan untuk kepentingan akhirat mereka, lantaran takut agama mereka akan rosak disebabkan cemburu. Begitu menurut Imam Nawawi.

Apa peliknya? Tentunya Islam merupakan agama yang sangat meraikan fitrah. Maka, dalam mempersoalkan fitrah berkasih, lumrah kekasih pasti tidak rela cintanya diduakan. Dalam kitab Raudhatul Muhibbin sendiri mengatakan bahawa, fitrah cinta itu mengharapkan penunggalan cinta daripada kekasihnya. Walau sebanyak manapun kita mencintai, kita tidak dapat menafikan ada satu cinta yang kita paling cenderung padanya.

Dalam isu poligami ini, Islam sangat mendengar dan memahami suara hati wanita. Maka, sekiranya si isteri tidak merelakan suaminya untuk berpoligami, kerana risau akan merosakkan agama dan akhiratnya, si isteri berhak memohon untuk diceraikan dan dihormati keputusannya. Ini kerana, dia berhak untuk menjaga agamanya sendiri, lantaran dirinya jualah yang paling memahami perasaannya dan tahap cemburunya. Malah, khulu’ (tebus talak) juga dibenarkan jika si suami enggan menceraikannya. Inilah yang ingin saya katakan di sini, berkenaan hak-hak isteri yang sering dipinggirkan dan dihukum nusyuz oleh golongan-golongan yang tidak memahami. Walhal, sirah sendiri menunjukkan bahawa Fatimah al-Zahra’ sendiri memohon untuk dibebaskan jika Ali k.w.j ingin berpoligami.

Menurut Imam al-Ghazali dan ulama’-ulama’ lain, mereka menegaskan bahawa tiada paksaan dalam perkahwinan. Dengan demikian, wanita itu bebas menerima atau menolak dimadu. Sekiranya sebelum perkahwinan, si isteri khuatir akan dimadukan oleh si suami, dia boleh mengajukan syarat itu dalam perjanjian perkahwinannya (syarat ta’liq). Dan si suami pula, perlu berpegang teguh pada perjanjian itu, sekiranya tidak, hendaklah dia menceraikan isterinya. Ini kerana, hubungan keluarga perlu dibina atas dasar taqwa, keadilan dan kedamaian.

Kesimpulan

Poligami itu harus dilakukan, dengan pertimbangan yang sangat berat dan serius. Bagi wanita, tidak salah untuk mempersoalkan dan ingin mengetahui atau bertanya mengenai hak-haknya, ini kerana Islam tidak menghalang sesiapapun untuk bersuara mendapatkan kebenaran. Bahkan, persoalan-persoalan agama, amat penting untuk mendapatkan jawapannya, jika di hati ada persoalan yang tidak terungkai, kerana takut-takut ia akan membarah hingga membunuh agama seseorang. Namun, dalam bersuara, Islam meletakkan batas-batasnya. Jangan menjadi terlalu taksub kepada salah satu ideologi/pandangan, nescaya taksub itu akan memakan kebenaran walau di depan mata. Bersuaralah dengan ikhlas untuk mencari kebenaran, insyaAllah, Allah Yang Maha Memahami akan menunjukkan jawapannya.

Kepada lelaki, takutilah untuk berlaku zalim kepada wanita, khususnya dalam isu perkahwinan. Sayangilah wanita pendampingmu, selagimana wanita itu masih mentaatimu dalam melaksanakan agama dan tanggungjawabnya, dan telah melengkapi keluargamu dengan sakinah, mawaddah dan rahmah….



Thursday, July 12, 2012

Mutiara Konvensyen Fiqh -1.0-



Berkurun lama ‘diary’ saya ni dibiarkan tidak berpenghuni. Mungkin disebabkan beberapa perkara yang disibukkan akhir-akhir ini membuatkan saya tidak sempat mencoretkan sebarang perkongsian walaupun banyak idea dan perkara yang ingin saya tulis. Namun, apa yang ingin saya kongsi pada entry kali ini, merupakan satu pengalaman yang saya tersangat rasa ingin dikongsikan kepada pembaca yang rajin untuk membaca. Khas buat anda.

Moga bermanfaat.


Konvensyen Fiqh Ummah 2012

Buku Koleksi Kertas Kerja K.Fiqh
Kepada yang mengikuti facebook saya, tentu mengetahui bahawa saya akhirnya berkesempatan menghadiri K.Fiqh di UTM Skudai pada 7hb dan 8hb Julai baru-baru ini. Sungguh, langsung saya tidak nafikan bahawa saya tiada komen negatif terhadap program dan pengisian yang diberikan. Saya sangat berpuas hati dan berat hati untuk mengakhiri program ini.

Tiada yang lain, hanyalah ilmu, ilmu dan ilmu serta kerahmatan dan barakah serta ketenangan hati yang saya dapat di dalam majlis ini. Inilah antara majlis-majlis ilmu yang disabdakan oleh baginda Nabi SAW sebagai taman-taman syurga di dunia. Tidak kira siapa jua yang menghadirinya, pasti doa malaikat akan mengiringinya.

Saya doakan Allah merahmati dan mengampuni pengajur program dan setiap yang terlibat dalam menjayakannya, kerana dengan usaha mereka inilah, ramai insan yang mendapat pencerahan tentang konsep-konsep dalam Islam, khususnya wasathiyyah dalam mengamalkan Islam yang menjadi tema pada kovensyen kali ini.

Pertemuan yang Indah

Barisan asatizah ketika sesi soal jawab
Kami bertemu dengan para asatizah (para ustaz) yang hebat dan mantap ilmunya. Mereka yang hadir ialah Dr. Zaharuddin, Ust. Abdul Basit, Ust Zulkifli al-Bakri, Ust Zahazan, Ust Zamri Mantop, Ust. Roslam, Ust. Sukki, Ust Nidzam, Ust. Syed Norhisyam, Dr. Mazlee, Ust. Ramadhan Fitri, Ust Wifaq, Ust. Fauwaz, Ust. Husni, IM Asyraf, Ust. Abdullah Bukhari, Ust. Aizam, Ust. Izhar Ariff, Ust. Khairuddin Takiri, dan Xifu Naser rahmatullahi ‘alaihim wabarakatuh. Kesemuanya 20 orang. Melihat mereka duduk dalam satu barisan, saya merasai seolah-olah berada dalam majlis ilmuan para Masyaikh Azhari. Walaupun mempunyai ilmu yang tinggi, masing-masing mempunyai kerendahan hati dan sentiasa tawadhu’ dalam menyampaikan ilmunya.             

         Di K.Fiqh ini juga, saya berkesempatan berjumpa dengan ustazah-ustazah Maahad Johor yang sungguh saya rindui suasana bersama dengan mereka. Moga Allah jua turut merahmati mereka, guru-guruku.

Xifu Naser dan J-Sze di Sesi Konsultasi
           Sesi pertama sahaja, apabila berbicara soal ‘Wasathiyyah Dalam Berdakwah’ telah hampir-hampir membuatkan saya menitiskan air mata, mengenangkan diri yang sudah hampir 3 tahun bergerak kerja dalam dunia dakwah secara ‘rasminya’, namun seorang non-muslim pun tidak berjaya saya gerakkan hatinya untuk memeluk Islam, atau cenderung dan berminat kepada Islam. Sungguh, saya dikalahkan oleh saudara-saudara baru yang setahun dua menjadi muslim, namun berjaya menarik beberapa non-muslim yang lain mendalami Islam. Penyampaian daripada Xifu Naser yang telah menjadi muslim beberapa tahun yang lalu, dalam K.Fiqh kali ini beliau hadirkan juga seorang Free-Thinker; J-Sze yang digolongkan sebagai ‘Golongan Abi Talib dan Raja Najashi’ yang mempertahankan Islam daripada serangan-serangan negatif, walaupun mereka belum lagi menganut Islam. (Sama-samalah doakan beliau menjadi muslimah). Sesi perkongsian ini sangat-sangat memberatkan hati saya. Bukan kerana tidak suka, namun kerana timbulnya penyesalan dan kekecewaan dengan diri sendiri dengan hasil dakwah yang dilakukan. Saya bermuhasabah.

                Selain itu, kami juga diberi penjelasan agar dapat mengubah pendekatan dakwah kini yang sudah tidak sesuai dengan waqi’ (keadaan) masyarakat sekarang. Dan seorang pendakwah, jangan hanya bercakap soal hukum (syariah) yang mempunyai pelbagai khilaf dan pendapat, kerana ia akan mengelirukan non-muslim dan dianggap susah oleh golongan muslim yang masih kurang ilmunya. Namun, da’ie (pendakwah) itu digalakkan untuk bercakap soal akhlak, akidah kerana pada perkara ini, tiada khilaf padanya. Jangan hanya bijak menuding jari dan mengeluarkan hukum dan menyesat serta membid’ahkan, akan tetapi amalkanlah akhlak yang baik dan sempurna dengan mencontohi Nabi SAW, pasti ramai yang akan tertarik dengan Islam kerananya.

                Dalam memahami metodologi dakwah, ramai akan maklum tentang berhikmah ketika berdakwah. Namun, tanpa sedar, ramai yang salah anggap mengatakan hikmah itu adalah berlemah-lembut dalam berdakwah. Salah, anggapan ini salah sama sekali. Kerana hikmah ini menurut Sayyid Qutb ialah kemampuan seseorang pendakwah memerhati realiti setiap sasaran dakwah dan keadaan meraka, lalu menyampaikannya dengan cara yang PALING SESUAI. Ya, dengan cara yang paling sesuai, jika perlu dengan kaedah berkeras, maka berkeraslah, jika dengan cara memujuk, maka pujuklah. Bukan menggunakan pujukan pada semua situasi.

                Dan yang paling penting, senyumlah, kerana senyuman itu bukan hanya memberikan pahala kerana memaniskan wajah, namun ia juga mampu menarik seseorang kepada nilai baik, dan persepsi yang baik.

                Banyak sekali jika ingin dikongsikan. Mengupas tentang dakwah sahaja sudah hampir separuh entry. Pasti tidak mampu saya kongsikan segalanya di sini. Tapi, saya akan cuba berkongsi mana-mana yang penting. InsyaAllah, dengan sambungan pada entry  yang lain, saya akan berkongsi dalam banyak lagi isi-isi pengisian Wasathiyyah dalam Akidah, Politik, Ekonomi, Kewangan, Menggunakan Turath, Tasawuf, Ibadah, Pengajian Al-Quran dan Wasathiyyah dalam Gaya Hidup. Doakan saya mampu, dan masih diberikan kesempatan untuk berkongsi.

Sesi Konsultasi Bersama Asatizah

Satu lagi perkara menarik yang ada dalam K.Fiqh ini ialah sesi konsultasi dan sesi soal jawab secara individu bersama para asatizah. Saya dan sahabat berkesempatan menerima nasihat dan pandangan daripada Ust Ramadhan Fitri berkenaan perancangan masa depan, dan sedikit kata-kata semangat daripadanya untuk meneruskan impian dan merancang masa depan.

Kata-kata beliau, yang pernah saya kongsikan di facebook, memberi suntikan semangat yang hebat pada saya. Mencerahkan impian dan perjalanan serta rancangan masa depan saya. Kata-kata beliau sungguh memotivasikan. Dan juga kata-kata daripada Dr. Mazlee Malik (rupanya salah seorang pelajar Maahad Johor) yang kami dengari secara tidak sengaja, namun sungguh bermutiara ialah: “Keluar dari zon selesa, dan lakukan sesuatu yang anda rasa tidak mampu untuk dilakukan.” Hebat! Kerana itu beliau menjadi orang hebat!

       
Sesi Konsultasi; IM Asyraf
Antara Ustaz yang tawadhu' dan faqih; Ust Zahazan
Seorang ibu mengajukan permasalahan kpd Ust Syed
Setakat ini sahaja untuk perkongsian kali ini. Maaf, kerana agak panjang. Moga ianya bermanfaat, saya doakan anda dengan kesejahteraan, anda doakan pula saya ya, agar dipermudahkan urusan dan menjadi insan yang bermanfaat untuk Islam... =)

Sekian, Wallahu a’lam.


Wednesday, June 13, 2012

Muslimah Itu, Pelik!



Selepas solat Asar petang itu, muslimah itu mengajak teman-temannya untuk bergerak ke ruang riadhah berhampiran tempat tinggal mereka. Seakan gim mungkin. Mereka setuju! Muslimah itu bergerak ke almari pakaiannya, termenung untuk mengenakan pakaian riadhah. Akhirnya baju t-shirt muslimah dan seluar track dipilih, disarung tudung labuhnya, lalu bergerak menaiki ‘kuda tunggangannya’.

Sesampai di sana, “Lah, tak sampai lagi rupanya dia...tak mengapa, baik saya masuk dulu..” ngomel muslimah itu sendirian. Selang 5 minit, akhirnya sahabatnya tiba. Berimej seakan dirinya. Berbagai ragam pakaian manusia di situ, “Nasib khas untuk wanita, tapi sebelah ini ruang lelaki, tiada dinding...” fikir muslimah itu sendirian melihat pelbagai fesyen di depan mata..

Dalam beriadhah bersama sahabatnya, tidak sedar sudah hampir sejam berada di sana, jam juga sudah menunjukkan 6.45 petang, tanda-tanda untuk bersurai terlihat apabila yang lain mula keluar dari situ untuk bertukar pakaian da bergerak pulang. Muslimah itu bersama 5 lagi sahabatnya masih bersantai menikmati ketiadaan orang, seolah-olah dapat meng-conquere tempat tersebut.

Tetiba, seorang wanita yang sebaya 40-50 tahun mendekati untuk sama-sama beriadhah, berhenti berdekatan muslimah itu.

 “Mengejutkan!” bisik muslimah itu, sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain, seolah-olah bertindak melarikan diri daripada tanggungan. Wanita itu yang dilihat agak korporat lagaknya, dengan penampilan kebaratan, menegur muslimah itu dan sabahat-sahabatnya, namun pandangan dihalakan ke arah muslimat itu.

You all ni, student sini ke?” tanya wanita itu.
“Aah, ada apa ye?” jawab muslimah itu, sopan, mengagak ada sesuatu yang ingin ditanya atau disampaikan oleh wanita itu.

”Kenapa you all macam tak tahu peraturan je ni? Pakaian apa yang you all pakai ni? Oh my God, ini gim okay!” terjah wanita itu.
“Eh, kenapa pulak?” soal muslimah itu kepelikan.

“You all ni tau tak, pakaian macam ni membahayakan. Tak ada safety langsung. Patutnya you all pakai pakaian yang digariskan dalam peraturan. Eee....macam ni, pakai untuk main-main di kampung bolehlah. Ini gim okay, you all kena jaga kepentingan orang lain juga. Bukan you seorang saja yang nak menggunakan tempat ni.”

“Eh, apa kene pula mak cik ni?” muslimah itu berbisik pelik.

“Tak salah, kalau you all nak pakai tudung, pakailah, tapi janganlah pakai tudung macam ni, pakailah set pakaian yang tutup kepala tu, lengan panjang. Bukan salah pun. Satu lagi, you all pakai macam ni, buat malu je tau. Eee....ya Allah, baru berapa bulan i tinggalkan tempat ni, i datang harini terkejut tengok student-student pakai macam ni ok! Kenapalah you all ni tak faham? Sepatutnya tak boleh masuk ni, sebab you all tak ikut peraturan. Bla...bla...bla...” bebel wanita itu, menghentikan segala pergerakan yang berada di situ. Semua terkejut mendengar tegurannya.

Muslimah itu terkejut, dan hanya mampu tersenyum kepada wanita tersebut, yang mengaku dirinya lecterur di salah sebuah fakulti di institusi itu.

Ish, geramnya...kita pulak yang salah? Abis tu dia betullah dengan pakaian macam tu?” getus muslimah itu dalam hati. Semua yang berada di situ, bergerak meninggalkan wanita itu sendirian, dengan alasan maghrib sudah makin menghampiri. Masing-masing balik dengan kegeraman dalam hati, kerana ditegur ‘kesalahan’ mengenakan pakaian sempurna seorang muslimah di pusat sukan. Pelikkah?

Setiba di kediaman, muslimah itu tergetus pelbagai idea untuk memberi jawapan balas kepada wanita tersebut. Namun, semuanya menjadi sia-sia. Muslimah itu merasa menyesal kerana hanya mampu tersenyum tanpa menerangkan walau sepatah kata kepada wanita itu, sehingga kemungkinan besar, tindakan mereka itu membuatkan wanita itu merasakan dia berada pada pendirian yang betul, dan apa yang dilakukan dirinya dan sahabat-sahabat adalah salah.

“Allah, kenapalah aku tak bersuara walaupun sedikit? At least, aku boleh cakap, “ours is better than yours in Allah’s sight, because this is His order”, tapi sikitpun aku tak bersuara?” muslimah itu berasa sangat kesal dengan kepakuannya sebentar tadi, setelah bertahun digelar pendakwah, menghadapi wanita itu sahaja membuatkannya seolah-olah menjadi jahil, tanpa ilmu untuk membetulkan keadaan.

Menyesal tiada gunanya. Perkara sudah berlaku, cuma yang mampu muslimah itu doakan kepada wanita itu adalah agar Allah menitipkan hidayah padanya, memberikannya petunjuk ke jalan yang benar dan menemukan dia dengan seseorang yang mungkin akan memberi tunjuk ajar agama kepadanya, walaupun insan itu ternyata bukanlah dirinya.

Sungguh, bercakap memang mudah, namun perlaksanaannya, amat rumit dan kadang-kadang memakukan langkah. Itulah dakwah.

Itulah, pelik agaknya orang lain tengok wanita bertudung labuh ni. Tak outstanding, tak up-to-date dalam fesyen. Kuno. Pelik. Itulah aku, mungkin....

Dan muslimah itu berlalu pergi, meninggalkan pemikirannya di situ...


________________

Pengajaran:

-          Belajarlah untuk berhikmah dalam menyampaikan dakwah, jangan hanya lantang bersuara.
-          Jangan pernah takut untuk menyatakan kebenaran.
-          Tetapkanlah hatimu, pendirianmu dengan Islam, jika anda telah yakin apa yang anda amalkan itu adalah ajaran Islam yang benar, maka jangan pernah berfikir untuk berpatah balik. Meskipun pernah berbuat silap sebelum ini, jangan pernah takut untuk menundukkan ego, kembali kepada hidayah Allah.
-          Mungkin anda yang berimej Islam akan merasa kekok ketika di tengah ramai orang, kerana seolah-olah anda adalah yang paling pelik. Walaupun begitu, jangan merasa goyah, teruskan merasai kemanisan dalam kepelikan.
-          Berbahagialah, jika perintah Allah dilaksanakan, dan larangan Allah dijauhi. Tidak semua pandangan manusia itu baik, baik pada pandangan Allah. Aturlah hidupmu dengan aturan Islam.

Sekian, wallahu a’lam... :)


Tuesday, June 12, 2012

Bersuaralah, Demi Muslim Rohingya



Dalam keseriusan isu umat Islam yang berlaku kini di Syria, Palestin, Iraq dan selainnya, rantau asia juga tidak terlepas daripada mengalami masalah penindasan umat Islam yang dapat diperhatikan seperti yang berlaku sebelum ini di Kemboja, Thailand, dan yang dikecohkan baru-baru ini ialah di Myanmar, isu ‘penghapusan etnik’ Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.

Menurut maklumat yang didapati, sebenarnya, isu Muslim Rohingya baru-baru ini bukanlah satu perkara baru dan ia sebenarnya telah lama dialami oleh masyarakat muslim di Myanmar, khususnya etnik Rohingya ini yang merupakan satu etnik daripada 153 etnik di Myanmar, yang beragama Islam.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma   pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

Sebahagian besar daripada mereka melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, United Arab Emirates, Pakistan, Thailand dan termasuk Malaysia sendiri. Disebabkan penindasan ini, mereka dinafikan hak seratus peratus sehingga anak-anak muslim Rohingya dinafikan pendidikan, kaum wanita dirogol, rumah, tanah dan harta dirampas tanpa pampasan dan mereka juga turut dibunuh tanpa sebarang lingkung pagar undang-undang. Dikatakan, mereka hanya akan diberikan hak, jika mereka menganut agama Buddha dan meninggalkan Islam. 

Ini kisah 30 tahun yang lalu, yang dialami oleh umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar, sehingga kini,. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan antara umat Islam Rohingya dan penganut Buddha etnik Rakhine di Myanmar. Menurut berita yang dikeluarkan, sejak 3 Jun 2012 yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh.

Isu ini makin lama dilihat makin parah apabila umat Islam Rohingya tanpa belas kasihan dibunuh, rumah dan kampung dibakar, termasuk masjid dan madrasah pengajian juga dibakar termasuk 1400 pelajar di dalamnya yang dilakukan oleh etnik Rakhine Buddha yang bersekongkol dengan pihak polis dan penguatkuasa. 

Umat Islam Rohingya kini tiada kuasa dan suara mereka tidak didengari oleh sesiapa! Mahupun dunia!

Maka, setelah mengetahui semua ini, wajarkah untuk kita hanya duduk diam, tanpa mengambil tahu perihal keadaan mereka, serta membantu untuk mengembalikan kembali hak mereka? Adakah kita hanya ingin mengharapkan kuasa UN, PBB, dan sebagainya (yang maklum dinaungi oleh golongan kafir) untuk membantu umat Islam Rohingya? 

Ingatlah wahai saudaraku,

Ini bukanlah masalah muslim Rohingya semata-mata. Namun, bila disebut MUSLIM itu, sepatutnya kita juga merasa terpanggil untuk bersuara dalam isu ini. Kerana Allah SWT ada berfirman, bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara. Maka, sanggupkah kita membiarkan saudara kita ditindas begitu sahaja tanpa sedikitpun bantuan dan kecaknaan dari kita? Bayangkanlah jika yang ditindas itu adalah ibu bapa kita, adik beradik sendiri...apakah kita hanya duduk memerhati? Sedarkah kita bahawa, mereka kini sedang mempertahankan akidah Islam?

Oleh itu, di sini saya (walaupun saya bukanlah juga di antara mereka yang lantang bersuara), menyeru kepada semua yang membaca agar kita mendoakan saudara seakidah di sana, di atas kelemahan dan ketidakmampuan kita untuk membantu lebih dari itu (namun, jika kudrat melebih daripada ini, bantulah dengan berlebih-lebih lagi).


Dan saya juga menyeru agar pihak yang terbabit di Malaysia mengambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia terhadap isu ini dan juga NGO’s agar melakukan sesuatu untuk bersuara bagi pihak mereka.

Wallahu a’lam…
_____________________
Kerana dekatnya mereka dengan Malaysia, membuatkan saya merasa sangat dekat dengan apa yang dirasai oleh mereka kini. Moga tempoh exam ini tidak membuatkan kita hanya berada di gua dan tidak cakna terhadap apa yang terjadi di sekeliling. Berdoalah, sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin!

Islam yu’la wala yu’la ‘alaih!
Islam itu tinggi, dan tiada yang melebihi daripadanya! 

Gambar di sekitar tempat kejadian (Arakan, Myanmar)
 Kebakaran kampung..

 Mangsa keganasan...

 Jenazah muslim Rohingya...

Kampung yang dibakar...


Friday, June 8, 2012

Kesedaran Buat Syria


Di kala ini, saya sedang berada di library, menyiapkan sedikit sebanyak penulisan ilmiah sebelum fokus untuk study for the first paper 11hb nanti..

Dalam merujuk, saya bertukar tab, untuk review sekejap FB, sekaligus melihat gambar-gambar demonstrasi Selamatkan Syria tengahari tadi..

Alhamdulillah, seperti biasa, nampak ramai. Sekali click gambar tersebut, saya teruskan melihat gambar-gambar di page Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria. Satu demi satu gambar dan description saya baca. Tak sangka, rupanya ada pemimpin di Malaysia ini yang bertindak menyokong kerajaan Syria yang sedia ada dan menghalang sebarang perbuatan menunjukkan protes terhadap Basyar Asad laknatullah.

Sungguh, apakah mereka itu tidak sedikit pun merasa sebarang sifat kemanusiaan terhadap apa yang berlaku
di sana?

Apakah mereka bukan umat Islam juga?

Tidakkah mereka merasa bertanggungjawab untuk menyokong perjuangan di sana walaupun sedikit bantuan tidak dihulurkan, at least kata-kata sokongan sudah memadai..!

Scroll satu-satu komen, dan satu-satu gambar saya perhatikan dengan penuh perasaan ingin tahu (disebabkan kurang alertnya saya dalam isu ini), akhirnya tanpa sedar, rasa sebak menyulusuri hati dan air mata saya mengalir tanpa dipinta. Merasakan betapa susahnya perjuangan saudara seakidah saya mempertahankan akidah dan agama yang sama, dan saya berada di sini, tidak alert dengan situasi mereka, sibuk dengan urusan sendiri, seolah-olah saya sendiri sebenarnya tidak memperdulikan mereka.

Gambar yang membuatkan air mata saya mengalir tanpa henti dan makin membuatkan saya sebak ketika peristiwa Haulah, kanak-kanak yang masih suci dan tidak berdosa, hanya mereka mempunyai semangat juang yang tinggi, beratus-ratus dibunuh tanpa rasa kasihan. Tangisan mereka seolah-olah tiada yang kedengaran... Regim Basyar Assad dan Syiah menggila seolah dahagakan darah manusia..

Namun....

Sungguh! Motivasi umat Islam itu tiada lain, dalam kesempitan dan kesesakan serta di tengah-tengah kezaliman yang memuncak, kepercayaan, keimanan dan keyakinan kepada Allah dan janji-janjiNya sahajalah yang menguatkan dan mengecas semangat mereka dari hari ke hari.

Moga Allah merahmati dan meredhai mereka dan syurga itu, menanti buat mereka...
Lemahnya aku, ketika aku hanya mampu duduk dan melihat tanpa dapat berbuat apa...


Di sini, saya tinggalkan gambar buat tatapan kalian..

Siapa yang sanggup melihat tangisan seperti ini berterusan? 


Gambar ketika Haulah, sebelum kanak-kanak ini dibunuh beramai2..

selepas Haulah...

Penerangan:


| Tragedi Penyembelihan Haulah, Hama |

1) Tempat Tragedi

Tragedi paling tragis sejak 15 bulan berlakunya kebangkitan rakyat di Syria ini berlaku di Kampung Taldou, Haulah. Kampung Taldou terletak kira-kira 2 km daripada Bandar Haulah yang terletak di wilayah Homs, yang merupakan di antara wilayah yang paling teruk dibom dan diserang oleh rejim Basyar.

2) Mangsa Korban

- Mengorbankan 114 orang awam.
- Seramai 55 orang kanak-kanak gugur syahid.
- Seramai 59 orang wanita yang gugur syahid.

(Walaubagaimanapun, bilangan secara tepat mungkin bertambah daripada ini kerana masih ada yang belum dilaporkan dan ditemui).

3) Kronolgi Ringkas :

- Jumaat (25 Mei 2012), rakyat Syria di Kampung Taldou, Haulah keluar berkumpul menyatakan bantahan mereka terhadap kezaliman yang dilakukan oleh rejim.

- Selepas solat Jumaat, masyarakat awam di Haulah keluar beramai-ramai sebagaimana juga di beberapa tempat di Syria seperti, Damsyiq, Aleppo dan kota-kota utama lainnya.

- Kira-kira jam 1 petang selepas selesai solat Jumaat, sedang masyarakat awam berkumpul, mereka disuraikan secara kasar oleh tentera rejim dengan tembakan rambang kepada masyarakat dan kelihatan juga kereta kebal yang digunakan oleh tentera rejim.

- Serangan bertubi-tubi tentera rejim kepada masyarakat awam yang tanpa senjata itu berterusan hampir 2 jam dan mengorbankan 3 nyawa ketika itu.

- Masyarakat awam terpaksa bersurai kerana dibimbangi semakin ramai yang akan dibunuh oleh rejim yang semakin menggila.

- Tidak cukup dengan serangan yang dilakukan, tentera rejim menghantar syabih (tali barut rejim yang berpakaian biasa) untuk menyerbu rumah-rumah di Kampung Taldou, Haulah. Mereka membunuh dan menyembelih setiap daripada masyarakat awam termasuk anak-anak kecil yang tidak berdosa.

- Tragedi paling tragis itu berlaku bermula jam 4 petang (Jumaat, 25 Mei) sehingga jam 1 pagi (Sabtu, 26 Mei) tanpa henti yang mengorbankan 114 masyarakat awam (mungkin bertambah).

4) Pihak yang bertanggungjawab

- Pihak tentera rejim Syria.'
- Syabih (Tali barut Basyar).

Sunday, May 20, 2012

Kehilangan Kedua


Hidup memang merupakan satu ujian. Setiap yang dilahirkan di dunia ini, diberikan ujian-ujian kehidupan. Kita mungkin tertanya-tanya, apakah hikmah adanya ujian dalam kehidupan? Kenapa kita diuji sebegini dan sebegini…

Kalau ditanya soalan itu pada saya, pasti saya juga tiada jawapan, kerana saya hanya akan mampu berkata:

BERSANGKA BAIKLAH, ALLAH LEBIH MENGETAHUI HIKMAH DISEBALIKNYA…


Allah Allah.....T_T
---------------

Dalam menempuh hujung minggu ini, saya diuji sekali lagi apabila handphone yang ke-2 saya beli selepas kehilangan yang pertama lebih kurang 5 bulan lepas, akhirnya hilang juga.

Mungkin ini lah yang setepatnya jika nak dikatakan, handphone tersebut memang tiada jodoh dengan saya.

Selepas menyedari ketiadaan handphone tersebut daripada tangan, saya sedikit kalut namun masih tenang mencari di mana saya meletakkannya. Panggilan berpuluh kali hanya menjadi missed calls apabila tiada balasan. Mencuba dan mencuba, akhirnya sekali call saya direject, saya terus yakin, pada saat itu handphone saya sudah berada di tangan orang yang pasti tidak akan memulangkannya kembali pada saya. (Jika dia berniat untuk memulangkan, pasti dia angkat panggilan saya).

Di dalam kereta, menuju ke destinasi tarbiyah, dalam bergelak ketawa sahabat2, saya berfikir dan merenung kembali, apakah sebenarnya yang ingin Allah tunjukkan pada saya setelah dua kali, handphone yang sama modelnya, hilang dari tangan saya tanpa saya sedari dan saya hanya sedar dalam tempoh yang agak lewat. Apakah sebenarnya perancanganNya? Saya terhenti di situ, tiada jawapan.


Berfikir dan berdiam diri memandang ke luar, saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh Along tentang seorang kakak hafizah al-Quran, yang seringkali kehilangan handphone. Tapi beliau sangat optimis dan setiap kali kehilangan, beliau akan muhasabah, dan pasti akan terjumpa ‘kesilapan’ atau ‘dosa’ yang telah dilakukan dengan handphone tersebut tanpa disedari dan kadang-kadang ianya hanyalah satu kesilapan yang kecil. Namun beliau bersangka baik dengan menganggap bahawa, ini adalah sebagai salah satu penjagaan Allah kepadanya dalam bentuk ini.

So, mungkin juga perkara yang sama berlaku pada saya ini, adalah disebabkan dosa atau salah yang telah saya gunakan melalui handphone tersebut. Maka Allah ingin menjaga saya, jadinya, Allah mengambil handphone itu dari tangan saya, dan memberikannya kepada yang lain. InsyaAllah, saya redha handphone itu ‘diserahkan’ kepada pemilik yang baru.

KULLU MIN HABIBI KHAIR…setiap daripada Kekasihku (Allah SWT) itu adalah yang baik-baik semuanya…

Alhamdulillah, kehilangan yang kedua ini saya berjaya hadapi dengan respon yang cukup ketara perbezaannya dengan kehilangan yang pertama. Saya bersyukur kerana di saat menghadapi kehilangan ini, Allah mengurniakan ketenteraman dan ketenangan yang amat dalam dalam diri saya. Saya tidak resah dan juga tidak merasa bersedih atas kehilangan handphone yang baru 5 bulan lebih digunakan, walaupun saya ada mengeluh dan meluah pada sahabat2. Saya sendiri menjadi pelik dengan rasa ini, tapi subhanallah, ianya memang amat mendamaikan. Tiada setitik pun air mata yang keluar. Sungguh, saya bersyukur kerana dikurniakan dengan ketenangan ini.

Setiap sesuatu itu, tiada yang menjadi milik kita, bahkan segala-galanya adalah milik Allah SWT, termasuklah X3-02 yang hilang. Maka, bila kita sedar akan hakikat ini, insyaAllah, kita tidak akan bersedih kerana yang hilang itu pastinya bukan milik kita, tetapi milik Allah. Maka selayaknya untuk Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya ke atas milikNya. Dan saya yakin, Allah akan menggantikan yang lebih baik untuk saya, dengan pelbagai bentuk dan cara.

InsyaAllah…mudah-mudahan ketenangan ini Allah kekalkan untuk berdamping terus dengan diri ini.

Ketenanganku MilikNya.

Sekian…

Monday, May 14, 2012

Mereka Kesayangan Saya


<-----------------Mak Abah saya!! 

Seringkali kawan-kawan saya cakap, saya ni sayang abah lebih daripada sayang mak.. Saya senyum je, sebab keakraban saya dengan abah lebih sikit daripada keakraban saya dengan mak. (Mungkin sebab abah ada hp, mak xde kot).. Tapi, baru-baru ni abah ke India 4 bulan (dah balik pun) membuatkan saya sudah pandai 'mengada-ngada' dengan mak (sbb mak dah pegang hp).. Inilah hikmahnya kot.. ^_^

Walau apa kata mereka, setinggi mana sayang saya pada abah, setinggi itu juga sayang saya pada mak. Bahkan mungkin lebih lagi. Kerana saya sedar dan sentiasa sedar bahawa beliaulah yang melahirkan saya susah dan payah di kala orang lain sedang nyenyak tidur. Rasulullah juga mendahulukan perkataan ibu daripada bapa sebanyak 3 kali. So, pastinya kebajikan ibu adalah nombor 1! Betul tak?

__________________________________________________________________

Apa yang ingin saya katakan di sini sebenarnya?

Tak banyak...

Saya cuma nak cakap...

Bukan bersempena Hari Ibu...
Bukan juga Hari Bapa...
Kerana................

Hari-hari adalah hari ibu dan hari bapa..

So, hari-hari saya doakan mak dan abah saya...

Moga Allah ampuni dan rahmati kesayanganku ini..
Pelihara keduanya hingga ke syurga..

Saya rindu dan sayangkan mereka...
Kerana Allah..
Dan berharap Allah jua sayangi mereka..
Dan menempatkan mereka di kalangan hamba yang diredhaiNya...

___________________________________________________

Kepada yang masih punya mak abah, ayah ibu, hargailah mereka. Peliharalah mereka. SAyangilah mereka. Kerana tanpa mereka tiadanya kita di dunia ini. 

Bersyukurlah kerana masih berkesempatan melihat wajah mereka lagi.

Dan kepada yang sudah tiada antara dua atau keduanya. Turutlah bersangka baik dengan Allah dan doakan kesejahteraan mereka di sana. Sesungguhnya doa anak yang soleh itu sangat berharga buat mereka.

Jauhilah pengabaian terhadap kedua ibu bapa..
Kerana sungguh! 
Jasa mereka tidak akan dapat kita balas walaupun kita berusaha seumur hidup menyara dan menjaga mereka..
Kerana kebaikan mereka tiada taranya..

So, jagalah hati mereka ye..
Moga mereka sentiasa tersenyum apabila teringat anak-anaknya...
Jauhilah menyakiti dan menitiskan air mata mereka..


Renungilah...maksud firman Allah:

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” 

(Surah Al-Israa’, ayat 23-24) 


Sekian....