Thursday, November 18, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN...^_^


Semoga Perkahwinan ini bahagia Selalu...yg Ke-25!!

Sedar tak sedar...rupe-rupenyer usia perkahwinan mak n abah dah mencapai usia 25 tahun... Wah...tahniah ye!! perkahwinan mak and abah berlangsung pada 9 Zulhijjah bersamaan 21 November. sebenarnya kami adik beradik nak sambut ikut tarikh masihi, tapi waktu tu nanti, mak n abah tak ade, masing-masing akan keluar negeri. so, kami recheck tarikh, rupe0rupenyer tarikh hijri 9 Zulhijjah. sebenarnya mak n abah sendiri pun xtau tarikh hijri ni...hehe

So, da tau tarikh tu dekat sangat sekarang, ktorg decide nk ikut tarikh hijri. so, akak-akak bertindak beli kek, abang pun sekali. tempah di Secret Recipe. Wah...mewah kn? Akk yang kedua, Angah, dia yang belanja. yela...orang da keje. hehe... So, da tempah, pada hari Selasa, bersamaan 9 Zulhijjah 1431 H, petang tu, kami ajak sepupu-sepapat, n jiran yang brhampiran dtg umah. Terkejut mak n abah..hehe..sebab xsangke. Mak kate 21 November la...belum smpai lagi...ktorg pun bajet tau, ckpla hijriahnye 9 Zulhijjah...owhh....mak baru tau..hehe. So, ramai2 makan kek 2..sedap..^_^



Tahniah Mak!! Tahniah Abah!! Sayang sume..^_^



Hurm...mak n abah mungkin terharu ngn ape ktorg wat ni. Kali kedua ktorg sambut ulangtahun perkahwinan mak n abah... Seronok sangat rasanya. Alhamdulillah....sangat2 bersyukur diberikan kebahagiaan camni. Wlaupun mak abah rasa macam ktorg da banyak wat, tapi sebenarnya ni xde pae sngt kalau nk dibandingkan dengan apa yang mak and abah dah wat n bagi kt kami semua sejak kami lahir hingga sekarang. Kami sangat2 berterima kasih sebab sudi membesarkan kami semua, hingga kami jadi seperti sekarang. Terima kasih banyak mak...terima kasih banyak abah...

KAMI SAYANG MAK....KAMI SAYANG ABAH....dan, kami anak2 mak, abah, doakan semoga perkahwinan yang sudah mencapai usia 25 tahun ini berkekalan selamanya dan membawa kepada cinta sejati di syurga nanti. Moga sentiasa dirahmati dan diredhai Allah sentiasa. SEnyum-senyum selalu...^_^

Moga mak n abah, kami anak-anak dan kawan2 sume memperolehi cinta yg diredhai dan membawa ke syurga...amin..

Sunday, November 14, 2010

KENAPA? KENAPA? dan KENAPA?

renung-renungkan dan selamat beramal..^_*

Setelah penat menghadapi exam, dan berjuang di dewan peperiksaan…barulah sempat rasanya nak meluahkan apa yang terbuku di hati sejak beberapa hari ni sejak melihat facebook kawan-kawan yang disayangi…

Rasa sebak bercampur geram bercampur simpati..semuanya menjadi satu apabila saya melihat fb kawan yang meletakkan pelbagai gambar dengan pelbagai gaya dan pose..posing sane, posing sini… tak taulah nak kata apa lagi. Dan rasanya perkara yang sama telah banyak kali diungkit dan diingatkan yanag majoritinya datang daripada pihak lelaki yang menasihati dan memberi peringatan akan keadaan yang sedang berlaku ni. Dan mungkin saya beranggapan kalian semua dah cukup paham dan mungkin juga ada yang dah boring dengan perkara ni yang diingatkan dan dibaca berkali-kali. Namun, entah kenapa, rasanya ingin juga menyatakan sesuatu mengenai isu ini, khususnya kerana diri ini sendiri adalah seorang wanita, dan lebih mengenali wanita.

Memang wanita itu suka pada kecantikan, dan suka apabila dipuji akan kecantikannya. Namun mungkin bukan semua wanita, mungkin bukan anda yang membaca entry ini, agaknya wanita lain di luar sana.. kerana apa mereka suka dipuji? Entahla…saya sendiri tidak tau kenapa. Mungkin ianya memang fitrah manusia. Tapi kali ni rasanya geram sangat hingga membuatkan perkara ini perlu untuk diungkit lagi. Mungkin saya bukan orgnya yang layak untuk bercakap mengenai isu ni, dan mungkin juga kerana saya bukan la yang terbaik. Tapi…perkara itu saya letak tepi, biarlah apa nak dikata, saya hanya ingin menyampaikan.

Menurut saya, tidak perlulah kita meletakkan gambar-gambar yang banyak dan menarik perhatian khususnya lelaki dengan gambar2 yang pebagai. Gambar2 tersebut dipuji2 oleh lelaki, maka banggalah kita akan kecantikan itu?? Banggalah kerana kecantikan itu menjadi bahan perosak kepada iman seorang lelaki?? Sedarlah sahabat2 yang disayangi sentiasa, saya menekankan perkara ini kerana risau akan maruah sahabat2. Tidakkah sahabat2 terfikir, siapakah sebenarnya lelaki2 yang melihat gambar2 kalian?? Adakah mereka yang melihat itu hanya sekadar melihat atau mereka menilik satu persatu keadaan gambar tersebut sepuas hati mereka? Tidakkah kalian terfikir apa yang mungkin mereka akan lakukan dengan gambar tersebut??

Sedikit sahaja peringatan daripada diri yang dhaif ini kepada sahabat2. Mungkin akan ada yang mengatakan..”ala..kalau xletak gambar nanti, orang xkenal..” pelbagai alasan. Ok, fikirlah. Kalau sekadar nak letak gambar utk dikenali mungkin xperlu untuk meletakkan gambar yang banyak dan dengan posing2 yang pelbagai. Ckup sekadar gambar yang mamadai sebagai pengenalan diri. Ini adalah pandangan saya. Mungkin ada yang tidak setuju..xpe.. kita semua ada dikurniakan akal, maka berfikirlah, mana yang terbaik. Untuk diri, keluarga, agama khususnya. Berfikirlah untuk maruah anda. Jangan jadikan diri ini adalah punca terjadinya fitnah kepada Islam.

Moga sedikit kata2 dari saya mampu memberi sedikit sumbangan kepada Islam...


MOGA ALLAH REHDA......^_*

Wednesday, November 10, 2010

SOLAT SELEPAS HAID: PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

soal solat ini...janganlah di ambil mudah..

kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!

Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan

ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...

Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orang Perempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;

"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:

"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.

- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :

-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.

-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!

Wallahu a'lam....

Sunday, November 7, 2010

SAYANGNYA RASULULLAH TERHADAP UMATNYA....

Boleh lihat di sini....


Ya Rasulallah....
Kami mengetahui engkau mencintai kami...
namun....

Mengapakah kami sentiasa leka?
Dalam mencintaimu mengharapkan syafaatmu,
Kerana hanya kata-kata cinta yang terbit,
Tanpa mengamalkan segala sunnahmu,
Tanpa melaksanakan apa suruhanmu...

Kami leka Ya Habiballah,
Doa kami agar tergolong di kalangan umatmu,
Yang memperolehi syafaatmu,
Di hari penuh cabaran,
Di hari segala amal diperlihatkan,
Amin ya Allah...







DI KALA MERENUNG....


Tiada banyak kata-kata yang ingin ku berikan,

Hanya luahan di kala kelelahan,

Kerana diri sering mengeluh,

Resah dan gelisah datang beriring,

Di manakah mereka?

Di manakah pertolongan?


Dalam merenung perjalanan kehidupan,

Diri memperolehi sesuap kesedaran,

Yang diberikan oleh Pentarbiyah Agung,

Melalui hambaNya yang dipilih,

Memberi pengajaran dan perigngatan.


Satu frasa…satu ayat..

“LA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH”…

Kata atau ayat yang terlihat biasa,

Namun kini ku sedari dalam maknanya,

Setiap langkah yang di atur,

Tidak akan berhasil tanpa kekuatan yang diterima dariNya,

Tanpa daya dariNya…siapakah diri ini?


Ketika menilai,

Diri ini merasa telah banyak melupakannya,

Bukan dalam ibadah, bukan dalam solat,

Tapi diri ini terleka apabila terlupa,

Mengaitkan setiap tindakan dengan KuasaNya,

Menjadikan diri ini umpama Qadariah,

Kelompok yang menganggap

segalanya di bawah penguasaan dan kehendak manusia.


Wahai diri,,,

Mengapakah ini semua terjadi?

Janganlah beranggapan sedemikian,

Kerana tanpa Allah dalam hidupmu,

Segalanya tidak akan dan tidak mungkin berlaku,

Kerana kepada Allah, pergantungan sepenuhnya,

Setiap yang ada…


~BINT MOHAMMAD~

09:21 PM

KTHO, UKM

~Mode Muhasabah Diri~