Tiada banyak kata-kata yang ingin ku berikan,
Hanya luahan di kala kelelahan,
Kerana diri sering mengeluh,
Resah dan gelisah datang beriring,
Di manakah mereka?
Di manakah pertolongan?
Dalam merenung perjalanan kehidupan,
Diri memperolehi sesuap kesedaran,
Yang diberikan oleh Pentarbiyah Agung,
Melalui hambaNya yang dipilih,
Memberi pengajaran dan perigngatan.
Satu frasa…satu ayat..
“LA HAWLA WALA QUWWATA ILLAH BILLAH”…
Kata atau ayat yang terlihat biasa,
Namun kini ku sedari dalam maknanya,
Setiap langkah yang di atur,
Tidak akan berhasil tanpa kekuatan yang diterima dariNya,
Tanpa daya dariNya…siapakah diri ini?
Ketika menilai,
Diri ini merasa telah banyak melupakannya,
Bukan dalam ibadah, bukan dalam solat,
Tapi diri ini terleka apabila terlupa,
Mengaitkan setiap tindakan dengan KuasaNya,
Menjadikan diri ini umpama Qadariah,
Kelompok yang menganggap
segalanya di bawah penguasaan dan kehendak manusia.
Wahai diri,,,
Mengapakah ini semua terjadi?
Janganlah beranggapan sedemikian,
Kerana tanpa Allah dalam hidupmu,
Segalanya tidak akan dan tidak mungkin berlaku,
Kerana kepada Allah, pergantungan sepenuhnya,
Setiap yang ada…
~BINT MOHAMMAD~
09:21 PM
KTHO, UKM
~Mode Muhasabah Diri~
0 suara pembaca:
Post a Comment
Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)