Friday, October 29, 2010

APAKAH RASA INI.....?


assalamualaikum.....

harini, malam ni...tiba2 jek rase nak meluah kat blog ni. ble exam ni susahnye nk jmpe ngan blog ni...bukak kadang2 jek. n hnya copy n paste jela keje saya....

dalam musim exam ni....macam2 yg berlaku...salah satunya sangat2 mengganggu perasaan dan konsentrasi diri ini....

entah kenapa...terase sangat dengan exam kali ni. perasaan ni mengatakan seperti pointer akan jatuh sem ni...sebab saya sangat terase sem ni....sumenya jadi xkene...ntah la sebab ape...

hubungan dengan manusia xbaik...hubungan dengan ALlah pun kurang...da xkamcing macam dulu. bukanla nak kate dulu baik sangat....tapi, at least xmacam sekarang ni...ujian ni terase amat meletihkan. bukan exam ni melethkn. tapi ujian perasaan ni....kenapa la, bile exam ni, hubungan ngan sahabat2 dan yang lain jadi seperti ada jek yang xkena.

teringat kata2 seorang akak senior yang sangat saya suka, akak senior kate, kerana jauhnya kita dengan Allah, apabila kurangnya kita melaksanakan solat malam, apabila kita kurang menjaga hubungan dengan Allah, maka sume perkara kita akan terkesan dalam hidup ni. termasuk hubungan kita ngan kawan kita. kita akan terase mudah nak marah, asyik rase tak berpuas hati ngan tindakan orang lain. tak boleh berfikir dengan rasional, dan semua yang dilakukan terase seperti xkena.

ingatlah...sume nya kerana kepincangan dalam hubungan diri ini dengan Allah. selepas mendengar kata2 akk tu, terus kembali melihat diri. memang xdinafikan...sejak akhir2 ni mudah nk bad mood, mudah rase geram dengan orang lain, dan asyik rase nak marah. membuatkan orang rase xsuke ngan kita. tak tau kenapa mulanya jadi macam tu...akhirnya baru tau...hinggalah membuatkan diri ni mengangis sendiri...

maafla kepada sahabat2 yang sering terkena tempias kepincangan dan kelemahan diri ni...saya xsempurna dan sentiasa mengharapkan kalian menjadi penyempurna dan menutup kekurangan diri ini dengan kekuatan kalian....

setelah menyedari punca utama segala keserabutan ni, percubaan kembali melaksanakan qiamullail...mengisi kembali kekosongn rohani. Tapi ya Allah....mengapakah kurangnya istiqamah dalam dri ini? bagaimana daku ingin member tarbiyah kepada yang lain sedangkan diriku tidak pernah menjadi insan yang terbaik ibadahnya dan kesedarannya...?

Ya Allah....jadikan ak hambaMu yg selalu ingt dn mendekatiMu, ya Allah... daku jadi takut memikirkan hal ini. namun....tanpa bantuan mereka, aku merasa lemah untuk melaksanakannya sendiri. Tiada ketetapan di dalam beramal...ya Allah.....aku memohon, Kau dekatkanlah aku di dunia ini dengan hamba2Mu yang disayangi...Hamba2 Mu yang mampu mendidik diri ini dan seluruhnya..

Mudahkanlah aku untuk mencapai kembali apa yang telah ku tinggalkan...jangan Kau biarkan diri ini terus2an menjauh dariMu, ya Allah... hamba tidak sanggup mengecap kejayaan dunia tanpa kejayaan akhirat dan tanpa keredhaan dariMu ya Rabb...sayangilah dan rahmatilah diri ini...walaupun telah banyak khilaf dalam tindakan, sentiasalah menunjukkan ku jalan yang lurus dan benar ya Allah...amin..

bantulah diri ini sahabat...~_~

~00:16~

~KTHO, UKM~

5 comments:

  1. tenang kan hati seindah namamu...luahkan jiwa sebesar pengharapanmu... mencari sinar hati dengan memohon hati yang baru... ketahuilah kerana jiwa n hatimu perlukan tusukan n cinta rohani ilahi... selamat berjuang serkandi Islam acuan sunnah rasullullah...

    ReplyDelete
  2. ikhwan: syukran...doa2knla agr ana berjaya menjadi serikandi Islam acuan sunnah Rasulullah SAW dgn berhiaskan cinta Ilahi...

    ReplyDelete
  3. masyaAllah....
    bakal serikandi Islam n sayap kiri perjuangan mujahid...smg dirimu tetap istiqomah dgn setiap amalan2mu ukhtiku syg...
    doaku smg dikau terus beroleh kejayaan akhirat lbh utama..smg keredhaan Allah itu sntiasa brsamamu...SALAM MUJAHADAH ukhti...kuatkan hatimu.. :)

    ReplyDelete
  4. Syukran kak....sentiasalah doakan saya istiqamah...
    dan akk juga...moga sentiasa istiqamah di jln ni...

    ReplyDelete
  5. la syukran 'ala wajib ukhti...
    doaku sentiasa mengiringi..
    ameeennn Ya Rabb...smg dri ini jua trus thabat di jln dakwah ini... :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)