In The Name of ALLAH,Most Gracious Most Merciful... Holy Prophet Muhammad, peace and blesssings be upon him and his Household (Ahlul Bayt)
Pada suatu ketika dahulu, ada seorang hartawan yang sangat kaya dengan aset dan emas. Malangnya hartawan ini sangat la sombong dan tamak dengan harta-hartanya sedangkan hartanya itu adalah milik Allah Taala. Kalau dalam bahasa melayu, dia ni boleh diumpamakan seperti tangkai jering, hidung tinggi, atau dalam perkataan yang kurang senonoh ialah kedekut tahi hidung masin.
Dia juga seorang yang sangat suka menerima dan akan terasa alergik apabila terdengar perkataan memberi. Begitu dahsyat sehingga boleh membuatkan dia menjadi kurang siuman tatkala perkataaan itu tersinggah di telinganya.
Ditakdirkan Allah dalam suatu hari, turunlah hujan yang sangat lebat sehingga mengakibatkan banjir. Kawasan kediaman hartawan itu tenggelam dek hujan tersebut. Padan muka! Maka, hartawan terbabit pun tenggelam timbul untuk menyelamatkan dirinya daripada banjir itu. Yang paling mengharukan, dia tidak tahu untuk berenang ke daratan (hehehehe...sama juga dengan pemilik blog ini. InsyaAllah, sedikit masa lagi saya akan mahir berenang. Setakat ini, hanya mampu mengapungkan badan di dalam air. Hahahhaha...=p).
Tiba-tiba, dengan izin Allah Taala, datanglah sekumpulan penyelamat untuk menyelamatkan hartawan yang tamak itu. Ini adalah dialog di antara penyelamat dan hartawan tersebut.
Penyelamat 1: Tuan, berikanlah tangan tuan. Kami mahu menyelamatkanmu daripada banijir ini.
Hartawan: Tidak, aku takkan beri tangan ini kepadamu.
(Hahahahaha...kerana apa ye sahabat-sahabat yang dirahmati Allah? Ini kerana hartawan itu, terlalu trauma dan alergik mendengar perkataan memberi.)
Salah seorang penyelamat akhirnya berfikir bahawa hartawan ini memang macam ni la kalu mendengar perkataan memberi. Dia akhirnya mendapat satu idea!
Penyelamat 2: Tuan, ambilllah tanganku ini. Semoga tuan selamat daripada bencana ini.
Hmmmm....alhamdulillah, hartawan itu akhirnya selamat. Semoga dia lebih insaf selepas kejadian itu.
Moralnya
1. Memberilah.
2. Memberilah.
3. Memberilah.
Kerana Allah adalah Ar-Razaq (maha pemberi). Tidak akan jatuh miskin orang yang memberi malahan bertambah kekayaan dan kebaikan ke dalam dirinya. ERTI HIDUP PADA MEMBERI. Memberilah.
0 suara pembaca:
Post a Comment
Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)