Sunday, February 27, 2011

OKUFIANZ YANG BEST!


Pada jam 1 pagi ini, tiba2 hati terdetik untuk menaip sesuatu. Mungkin entry sebelum ini banyak menjurus kepada keilmuan dan kata2 berisi kesedaran, dan tak kurang juga hasil buah fikiran otak kiri, tapi malam ni tetibe nak mencoret sikit tentang perasaan. Boleh ea??? Hehe….saje2 jek…


~untuk yang bergelar ahli

Organisasi Kampung Usuluddin dan Falsafah (OKUF)~


SAYA MERINDUI SAAT-SAAT KETIKA DI TAHUN 1 BERSAMA ADIK –BERADIK OKUF…

Entah kenapa makin lama makin merindui suasana dulu. Nak kata skrg ni xjmpe, adala jumpe jgk geng OKUF ni, tapi tak macam sem 1 n tahun 1 dulu. Berprogram beramai2, makan bersama, ber-rehlah ke Putrajaya, big walk dan macam2 lagila. Selain tu selalu jumpe sebab masing2 belum ada pengkhususan dan core lagi. Skrg ni kitorg da dibahagikan kepada dua core. Aqidah dan Falsafah.

Bila da masing2 sibuk ngan hal masing2, termasuk saya sendiri, dam akin kurang berprogram bersama. Mungkin mereka ada buat aktiviti, tapi disebabkan hal lain, xdapat nak join. Hurm….

RINDUNYERRR…….

Bila nk buat mcm dulu lagi ek? Huhu…..xpela, masing2 sibuk. Lagi2 da musim midsem dan menghampiri sesi kritikal dgn assignment dan final exam yang bakal menjelang. Moga segala yang dilakukan dan diusahakan oleh kawan2 semua dipermudahkan Allah dan diberkati olehNya….amin….


~terima kasih atas ukhuwah yang indah ini..^_^~


Setulusnya dan sejujurnya (*tetibe je emosi) hehe…. Saya sangat merindui adik beradik OKUF. Huhu… Hurm, dah2….saja jek nak meluah kat sini skjp. Tibe2 jadi panjang lak entry ni…hehe…

And 1 lagi, n yang paling penting kat sini, saya minta maaf sangat2 kepada warga adik beradik OKUF di atas segala salah silap sepanjang berukhuwah dengan korg semua. Korg semua sangat best. Teguran dan kata2 yang baik, jadikanlah amalan dan janganlah dijadikan objek utk merenggangkan ukhuwah, dan kata2 serta sifat yang tidak disenangi, mohon kemaafan kepada semua. Mungkin ada yang melihat saya seolah tidak member komitmen pada aktiviti OKUF, tapi sebenarnya banyak sebab lain yg memaksa perkara itu berlaku….bukan kerana kalian, tapi kerana diri ini yang tidak pandai mengawal situasi…

I’M SO SORRY FOR ALL MISTAKES I’VE DONE TO OKUFIANZ….

AND I LUV TO HAVE A FRIENDS LIKE ALL OF YOU…J

~sekian saje..^_^~




video






Thursday, February 24, 2011

Ujian Kemenangan, Ujian Iman

-cabaran mengajar kekreatifan-

Setelah mencari2 masa untuk mencoret sedikit kata2 dan perasaan di hari perayaan kemenangan yang telah dikecapi oleh kebanyakan Pro-M di IPT seluruh Malaysia, akhirnya pada tengah malam ni juga masa yang terluang. Setelah baca status kawan di FB, exam esok dibatalkan, lega rasanya sebab xprepare pape langsung. Then, hikmahnya dapatlah ana meluahkan sedikit kata2 kesyukuran di sini. Hehe…hikmah ke? Entahla…

***************************

Hari ini merupakan hari raya keempat kami setelah Pro-M di varsity yang ana cintai ini UKM mendapat kemenangan setelah berjaya menguasai kepimpinan PMUKM pada sesi kali ini yang mana Gabungan Mahasiswa UKM Berjaya mengalahkan Aspirasi UKM dengan 22 kerusi berbalas 15 kerusi. Setelah tujuh tahun GMUKM menanti untuk menakluki PMUKM agar mempunyai suara untuk memperjuangkan isu-isu mahasiswa dengan lebih terkehadapan dan berjaya. InsyaAllah, mudah2an Allah memudahkan setiap urusan pimpinan baru.

Rentetan kemenangan yang diperolehi ini adalah daripada kemenangan yang telah diperolehi di ITP-IPT lain seperti USM, UM dan setelah itu berita baik daripada UIA pula diterima. Alhamdulillah, ini menunjukkan mahasiswa makin bijak melakukan penilaian dan membuat keputusan. Kami tidak mengatakan Pro-A adalah tidak baik, mesti ada kelebihannya dan ada baiknya pada penerajuan yang dibawa oleh mereka, namun ana tak segan dan ana bahkan yakin utk mengatakan bahawa PRO-M adalah LEBIH BAIK seperti mana slogan yang GMUKM bawakan pada tahun ini iaitu Ber-GM Lebih Baik!! Maka sudah pasti ianya terbukti, Ber-GM Lebih Baik. InsyaALlah…

Allah mempunyai perancanganNya dan kita juga mempunyai perangcangan tersendiri, namun perancangan Allah itulah yang lebih baik. Sebagaimana ayat ini, sejauh itulah juga kita perlu faham, muhasabah diri di atas kemenangan ini dan mengkoreksi diri kembali akan natijah kemenangan ini sepertimana kata-kata abang ana, Kemenangan itu juga mungkin akan menjadi musibah, dan ianya juga adalah ujian yang tak disedari oelh penggeraknya. Kerana manusia selalunya, apabila dia diberi kesusahan, akan lebih mendekati Allah, memohon dan mengharap, namun apabila dihadapkan dengan kesenangan dan zon selesa atau apa yang didoakan telah dimakbulkan itu, manusia akan lalai dan terleka hinggakan keselesaan tersebut bertukar menjadi ancaman dan musibah bagi dirinya, Na’uzubillah ana doakan. Moga dijauhkan daripada kita semua.

Kemengan bukanlah sebagai suatu kebangggaan juga. Sebagaimana Saidina Ali karamallahu wajhah pernah berkata:

“Jikalau aku diberi ujian untuk susah atau senang,

aku lebih memilih untuk mendapat ujian kesusahan”

-Saidina Ali kwjh-

Kata-kata beliau ini menujukkan bahawa beliau amat memahami resam manusia yang mana seperti ana katakan di atas tadi, dengan ujian kesenangan, manusia lebih mudah untuk alpa dan lalai terhadap persoalan hubungannya dengan Khaliqnya. Maka, di sini ana menyeru kepada semua pimpinan dan juga sahabat2 serta rakan2 seperjuangan yang telah bersama2 bertungkus-lumus untuk memenangkan Islam di bumi UKM ini khususnya, janganlah pernah sekali kita terleka dan berbangga dengan kemenangan ini hinggakan menimbulkn fitnah tehadap perjuangan ini.

Firman Allah SWT:

Wahai Tuhan yg mempunyai kerajaan, Kau berikan kerajaan kpd org yg Engkau kehendaki, dan Kau cabut kerajaan drpd org yg Engkau kehendaki. Kau muliakan org yg Engkau kehendaki dan Kau hinakan org yg Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas tiap2 sesuatu”
– Ali-‘Imran : 26 –

Oleh itu, berimplikasi daripada ayat ini, ana mengigatkan kembali diri ini khasnya dan sahabat2 amnya agar memberikan perhatian yang penuh kepada tindak-tanduk yang akan dilakukan nanti. Koreksi diri agar tiada langkah yang tersasar daripada tujuan untuk menggapai redha Allah, agar tidaklah kita termasuk di dalam golongan yang Allah mencabut kembali nikmat yang telah diberikan ini dan termsuklah kita di kalangan mereka yang dihina oleh Allah dan menzalimi dirinya sendiri. Dan perlu diingat juga, setiap fitnah yang menimpa diri di atas kesilapan dan perlakuan kita, implikasinya juga terpalit kepada imej jemaah yang dibawa oleh individu tersebut dan paling besar, ia membawa kepada fitnah terhadap Islam. Maka renungkanlah, betapa besarnya taklifan yang tertanggung di bahu ini di atas kemenangan ini. Jadikanlah ianya wasilah yang merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah.

Rentetan juga di atas kemenangan ini, beberapa individu telah mencuba menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan MPMUKM pada sesi kali ini yang diterajui oleh GMUKM. Walaupun pembentukan kabinet belum diputuskn lagi, pelbagai fitnah telah dilemparkan sebelum sempat GMUKM berinteraksi bersama mahasiswa. Maka di sini juga ana mengambil kesempatan agar mereka yang berkenaan menyebarkan fitnah dan propaganda negatif terhadap GMUKM kerana sifat ketidakpuasan dan kemarahan atau sebagainya, ana selaku insan yang kerdil ini melontarkan sedikit pandangan untuk yang berkenaan agar berhentilah memfitnah dan berilah ruang kepada kami untuk membuktikan kepada mahasiswa dengan sesi kepimpinan kali ini. Jika benar kalian lebih baik dalam menerajui PMUKM, maka biarlah mahasiswa sendiri membandingkannya dengan sesi kepimpinan GMUKM pada kali ini. Dan biarkan mereka menilai. Tak perlu ada pihak yang mencuba menabur cerita2 palsu, kerana kita adalah mahasiswa, bukan pelajar sekolah rendah yang mungkin akan menerima cerita bulat2 tanpa penilaian.

Firman Allah Taala:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. “

- Al-Hujurat : 06 –

Ayat Allah ini telah lama termaktub di dalam Al-Quran, namun sejauh mana pemahaman kita kepadanya? Seruan Allah ini seharusnya dipraktikkan dalam kehidupan kita seharian agar tiada lagi sebaran fitnah yang disebarkan dari mulut ke mulut tanpa autoriti sah hinggakan tiada satu kesahihan langsung di atas berita tersebut. Yang mana akhirya membawa kepada kesan negatif kepada si pembawa berita itu sendiri jua, iaitu murka Allah dan kebencian manusia kepadanya. Ini kerana FINTAH ITU LEBIH DAHSYAT DARIPADA PEMBUNUHAN. Moga kita semua dapat memuhasabah diri bersama agar kehidupan yang dilalui semakin dilimpahi rahmat dan berkat Allah.

Wallahu a’lam bissawab…

Saturday, February 19, 2011

Permohonanku.....

Assalamualaikum sahabat2 dan kawan2 yang ana hargai sekalian,

Di sini ana mohon doa sahabat2 dengan hati yang dimiliki oleh sahabat2 yang ikhlas, doakan kami sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan dijauhkan daripada segala kejahatan2 yang dilakukan oleh pihak2 yang cuba mencabar hukum Allah dan cuba memfitnah kami dengan pelbagai fitnah yang sebesar2 fitnah.

Dengan kebaikan hati semua, tolong dan ana mohon dengan sangat, doakan kami yang hanya berniat untuk cuba menegakkan Islam di bumi Allah ini agar terhindar daripada segala rancangan2 yang diatur oleh tentera2 kezaliman. Mohon doakan kami agar terlorong dalam membuat keputusan. Ditunjukkan ke arah jalan dan keputusan yang bakal dibuat agar kami tidak tersilap langkah dalam keadaan yang semakin genting serta mencabar kesabaran dan keimanan serta keintelektualan kami.. Terima kasih ana ucapkan.

Semoga Allah merahmati sahabt2 sekalian....amin.

Doa Qunut Nazilah...

Ya Allah, Sesungguhnya kamiletakkan Engkau dibatang leher musuh-musuh kami!

Dan Kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah, hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,

Kacau bilaukan persatuan mereka!

Cerai-beraikan pakatan mereka!

Goncangkan pendirian mereka!

Hantarkan Ya Allah, anjing-anjing ke atas mereka!

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!

Wahai Tuhan Yang Penuh Raksaka!

Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah! Wahai Tuhan yang menurunkan KITAB!

Wahai Tuhan yang mengerakkan awan!

Wahai Tuhan yang menewaskan Bala Tentera Ahzab

Kalahkanlah Mereka,.......

Menangkanlah Kami ke atas mereka....

Amin Ya Allah...

Hanya padaMu kami menyerah diri...



Thursday, February 17, 2011

Bahang PRK di UKM...

SAYA SAYANG GMUKM!!! ^_^

Waktu semakin berlalu apabila kini telah sangat-sangat dirasakan bahang PRK pada sesi 2010/2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Semenjak bebrapa minggu yang lepas, front-frotn yang akan bertanding pada PRK kali ini telah masing-masing menggerakkan jentera untuk meraih undi dan kepercayaan mahasiswa.
Secara jelasnya, Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) merupakan Pro-M di UKM yang mana akan ditandingi oleh pesaing daripada pihak Pro-A iaitu Aspirasi. Ana tak lain tak bukan tidak akan memilih Apsirasi sebagai wakil untuk merealisasikan Islam dan keadilan serta kebajikan dan keintelektualan di UKM ini, makanya ana lebih memilih GMUKM sebagai pilihan tepat.
Kita sebagai Mahasiswa lebih mengetahui apa yang kita inginkan dan lebih mengetahui siapakah yang lebih layak dan bertanggungjawab dalam mendepani isu-isu mahasiswa sejak dulu lagi. Aspirasi telah menerajui Persatuan Mahasiswa UKM selama TUJUH tahun!! TUJUH tahun kawan-kawan semua...bukan satu masa yang pendek. namun apakah yang telah mereka perbuat?? Apakah yang telah mereka perjuangkan? Hanya sekadar memegang jawatan-jawatan yang tinggi, tapi apa yang mereka perbuat dengan jawatan dan kuasa tersebut? Cubalah tanya mereka dan minta bukti kerja-kerja mereka. Sebab itula mereka tidak ingin mendepani mahasiswa dalam perdebatan di antara Pro-A dan Pro-M. Tidak mahu melaksanakan malam pembentangan manifesto dan lain-lain... kerana bak kata kawan ana, mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Fikirlah wahai Mahasiswa! ana sendiri pun dibuang kolej kerana hanya menjadi wakil calon dalam PRK lepas. Entah apa keadilan dan demokrasi yang mereka uar-uarkan, ana sendiri tak pasti.
Di sini ana ada menyelitkan beberapa gambar sepanjang minggu 'panas' bahang PRK yang membahangi UKM... setakat ini kita (GMUKM) telah mengumumkan calon pada 16hb Feb 2011, menamakan calon pada sesi penamaan di Pusanika pada 17hb, dan bermuala selepas penamaan hinggalah pada akhir 20hb Feb 2011, akan bermulanya sesi kempen. di sinilah anda mampu menilai setakat mana kredibiliti calon dan MPP yang akan perjuangkan kebajikan anda nanti. Siapakah yang bermain kotor, dan siapakah yang bersikap telus... Anda mahasiswa, anda penilainya...


Di antara calon-calon mahasiswa (GMUKM) di kalangan siswa

Calon mahasiswa (GMUKM) di kalangan siswi

Aspirasi.... Apakah Aspirasi Univ?? cuba anda check...

Sepanjang sesi perarakan untuk ke Pusanika, agenda penamaan...


Anggun ber-GM... Purple itu indah...:)


Pastinya...Ber-GM Lebih Baik!!


Anda mahasiswa bijak, anda mahasiswa pintar. Undilah calon anda di kalangan yang terbaik di antara yang terbaik! Anda mampu menilainya kerana anda adalah mahasiswa!! Jangan sesekali takut dengan ugutan-ugutan kerana negara kita ada undang-undang. Anda bebas bersuara. Ayuh tegakkan demokrasi kampus. PRK bersih, perjuangan bersama.. Takbir!!

Berita kemenangan awal GMUKM di sini...

UNDILAH GMUKM, KEBAJIKAN ANDA PASTI TERBELA!!
BANGKITLAH PRO-MAHASISWA!!

~Ber-GM Lebih Baik!!~

Sunday, February 13, 2011

Benarkah Ianya Hanya Sekadar Kasih-sayang??


Assalam.....dan apa khabar sahabat2? Skrg ni sume sedang sibuk memikirkan dan membincangkan mengenai valentine. Maka xsalah rasanya ana juga menyumbang sedikit sebanyak di dalam blog ini utk berkongsi tentang perkara ini. ana hanya copy artikel ni, harap2 dapat member manfaat...

Bismillahirrahmanirrahim, Allah Taala berfirman:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk dunia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui j simbol-simbol atau iklan-iklan tidak Islami hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang ironis(menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi) apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan, tukar kado(bertukar-tukar memberi hadiah) dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan kedok percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?

Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)

Dalam Islam kata “tahu” berarti mampu mengindera(mengetahui) dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.

Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“
Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HAL-HAL YANG HARUS DIBERI PERHATIAN:-

Dalam masalah Valentine itu perlu difahami secara mendalam terutama dari kaca mata agama kerana kehidupan kita tidak dapat lari atau lepas dari agama (Islam) sebagai pandangan hidup. Berikut ini beberapa hal yang harus difahami di dalam masalah 'Valentine Day'.

1. PRINSIP / DASAR
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan 'supercalis' bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi 'acara keagamaan' yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

2. SUMBER ASASI
Valentine jelas-jelas bukan bersumber dari Islam, melainkan bersumber dari rekaan fikiran manusia yang diteruskan oleh pihak gereja. Oleh kerana itu lah , berpegang kepada akal rasional manusia semata-mata, tetapi jika tidak berdasarkan kepada Islam(Allah), maka ia akan tertolak.

Firman Allah swt dalam Surah Al Baqarah ayat 120 :“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.

Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

3. TUJUAN
Tujuan mencipta dan mengungkapkan rasa kasih sayang di persada bumi adalah baik. Tetapi bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Dan bukan pula bererti kita harus berkiblat kepada Valentine seolah-olah meninggikan ajaran lain di atas Islam. Islam diutuskan kepada umatnya dengan memerintahkan umatnya untuk berkasih sayang dan menjalinkan persaudaraan yang abadi di bawah naungan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga ia cinta kepada saudaranya seperti cintanya kepada diri sendiri”.

4. AKTIVITI
Pada umumnya acara Valentine Day diadakan dalam bentuk pesta dan huru-hara.
Perhatikanlah firman
Allah s.w.t.:“Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaithon dan syaithon itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”. (Surah Al Isra : 27)

Surah Al-Anfal ayat 63 yang berbunyi : “…walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sudah jelas ! Apapun alasannya, kita tidak dapat menerima kebudayaan import dari luar yang nyata-nyata bertentangan dengan keyakinan (akidah) kita. Janganlah kita mengotori akidah kita dengan dalih toleransi dan setia kawan. Kerana kalau dikata toleransi, Islamlah yang paling toleransi di dunia.

Sudah berapa jauhkah kita mengayunkan langkah mengelu-elukan(memuja-muja) Valentine Day ? Sudah semestinya kita menyedari sejak dini(saat ini), agar jangan sampai terperosok lebih jauh lagi. Tidak perlu kita irihati dan cemburu dengan upacara dan bentuk kasih sayang agama lain. Bukankah Allah itu Ar Rahman dan Ar Rohim. Bukan hanya sehari untuk setahun. Dan bukan pula dibungkus dengan hawa nafsu. Tetapi yang jelas kasih sayang di dalam Islam lebih luas dari semua itu. Bahkan Islam itu merupakan 'alternatif' terakhir setelah manusia gagal dengan sistem-sistem lain.

Lihatlah kebangkitan Islam!!! Lihatlah kerosakan-kerosakan yang ditampilkan oleh peradaban Barat baik dalam media massa, televisyen dan sebagainya. Karena sebenarnya Barat hanya mengenali perkara atau urusan yang bersifat materi. Hati mereka kosong dan mereka bagaikan 'robot' yang bernyawa.

MARI ISTIQOMAH (BERPEGANG TEGUH)
Perhatikanlah Firman Allah :
…dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk golongan orang-orang yang zalim”.

Semoga Allah memberikan kepada kita hidayahNya dan ketetapan hati untuk dapat istiqomah dengan Islam sehingga hati kita menerima kebenaran serta menjalankan ajarannya.

Tujuan dari semua itu adalah agar diri kita selalu taat sehingga dengan izin Allah s.w.t. kita dapat berjumpa dengan para Nabi baik Nabi Adam sampai Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.:
Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya maka dia akan bersama orang-orang yang diberi nikmat dari golongan Nabi-Nabi, para shiddiq (benar imannya), syuhada, sholihin (orang-orang sholih), mereka itulah sebaik-baik teman”.

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..


**Rujukan terhadap fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ulamak dan Majlis Mufti tentang pengharaman sambutan valentine sila rujuk sini dan sini.... Bacalah utk merobohkan tembok kejahilan!!

Tuesday, February 8, 2011

Lafaz Keramat Penyelamat Fitnah


Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah…akhirnya berkesempatan jugak untuk ana menulis sekali lagi di ruangan blog ni. Da lama rasanya meninggalkan blog ni tanpa entry baru… mungkin sedikit sibuk dengan cuti yang dihadapkan dengan banjir dan pengalaman yang luar biasa, kesibukan melayan tetamu yang datang ke rumah, melayan FB dan mcm2 lagi… kalau bab bagi alasan memang xhabis satu ruangan ni…hehe

Oklah, kalau sahabat2 ingat and ada baca, sebelum ni ana ada post entry tentang fitnah yang ana dapat daripada sebuah ceramah kat masjid UKM ni, yang mana ana ada membincangkan mengenai fitnah dalaman, and ana ada janjikan nak sambung entry tersebut dengan entry tentang lafaz2 yang nak digunakan ketika ingin mengelak daripada melakukan maksiat dan fitnah kan? Dan juga mengenai fitnah luaran. So, insyaAllah dalam entry kali ni, ana akan kongsikan tentang perkara tu. Tapi, sebelum tu, mari sama2 kita Istighfar sebanyak 3kali untuk meruntuhkan dinding2 mazmumah dalam hati ni untuk memudahkan ilmu yang akan ana share sikit2 ni msuk dalam hati. InsyaAllah….

Astaghfirullah al-azhim…….. Astaghfirullah al-azhim…….. Astaghfirullah al-azhim……..

Bismillah….post kali ni sedikit panjang, moga dapat memberi sedikit masa untuk membacanya... ;-)...

antara lafaz2 yang diajar oleh ustaz tersebut pada kami di masjid hari tu, iaitu:

1) AYATUL KURSI:

Berdasarkan kisah 2 orang pelajar IPTA yang nyaris2 dirogol ketika dalam perjalanan pulang, seorang daripadanya berjaya melarikan diri, dan seorang lagi tidak berjaya dan hampir2 dirogol oleh seorang lelaki India, dan sesempat masa yang ada, pelajar perempuan tersebut membaca ayatul Kursi, dan lelaki tersebut terus membantutkan niatnya dan berlari ketakutan daripada tempat tersebut. Dan juga seperti kisah wanita US yang selmat daripada niat jahat seorang lelaki juga kerana mengamalkan ayat Kursi.

2) ISTI’AZAH (قل معاذ الله ) iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :

Lafaz kalimah (قل معاذ الله ) ini merupakan sebhagian ayat daripada ayat2 dalama surah Yusuf yang mana menceritakan mengenai kisah Nabi Yusuf yang digoda dan dipujuk rayu untuk melakukan maksiat oleh Zulaikha ketika mana ketiadaan suaminya di rumah. Maka Nabi Yusuf memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca lafaz kalimah ini. Yang mana أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ini memberikan maksud “aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”, atau cukuplah dengan mengatakan معاذ الله iaitu “aku berlindung dengan Allah” .

3) MELAFAZKAN KEPADA YANG BERKENAAN KALIMAH “ اتق الله (ittaqul Llah):

Yang mana lafaz ini membawa maksud, bertaqwalah kepada Allah! Katakanlah kepada diri ketika mana terdetik untuk melakukan maksiat, atau kepada sesiapa yang berkenaan ketika mereka mengajak kita untuk melakukan maksiat. Ini berdasarkan kisah di dalam hadith 40 yang mengisahkan mengenai 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua, dan masing2 bertawasul dengan amalan masing2 dengan berdoa kepada Allah agar pintu gua itu dibuka. Dan salah seorang dairpada mereka ialah seorang lelaki yang mana kisahnya diceritakan ketika mana seorang wanita miskin yang datang kepadanya untuk meminjam sedikit keperluan, dan beliau meminta diri wanita itu sebagai gantiannya, dan tanpa mempunyai pilihan lain, wanita tersebut setuju. Hinggakan pada malam perempuan tersebut didatangi oleh pemuda tersebut, wanita tersebut menyebut “ اتق الله “ kepada lelaki tersebut, lantas lelaki itu teringat kepada Allah dan beliau meningglkan wanita itu semata2 kerana tkut kepada Allah. Dan doanya diterima Allah.

4) LAFAZ ALLAHU AKBAR:

Ini pula berdasarkan kisah seorang penoreh getah yang terserempak dengan harimau atau singa di hutan pada waktu pagi, dan penoreh getah tersebut menjerit menyebut Allahu Akbar! Menyebabkan binatang berbahaya tersebut meninggalkannya. Betapa Allah telah menyelamatkan beliau di saat beliau tiada pengharapan selain mengharap kepada Allah.

So, ayuh sahabat2, kita menggunak keempat2 lafaz ini dan amalkan dalam diri juga gunakannya ketika hati ini terdetik ingin melakukan dosa atau ketika didedahkan dengan situasi2 yang berbahaya dan terdesak… InsyaAllah, yang penting juga kita kene yakin terhadap pertolongan Allah.. Moga dapat di amalkan bersama…(^_^)

Seterusnya mengenai fitnah luaran yang dikongsikan ustaz terhadap kami. Sepertimana yang umum kita telah tahu, fitnah luaran ini adalah fitnah besar yang menimpa umat Islam samada nanti atau sudahpun terjadi.

1) FITNAH DAJJAL:

Dajjal ini seperti mana yang kita ketahui, akan muncul apabila hari yang dijanjikan Allah akan terjadi iaitu hari Akhirat hampir tiba. Apabila masanya hampir tiba, Dajjal ini akn muncul dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan setiap golongan kuffar, munafiq, dan mereka yang tidak mengaku danmengabdikan diri kepada Allah akan menjadi pengikut Dajjal Laknatulla ‘Alaih ini. Dan majoriti pengikut Dajjal ini ialah wanita. Nauzubillahi min dzalik…

Dan Dajjal ini diriwayatkan ianya tidak boleh pergi ke tiga tempat iaitu Tanah Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis. Maka kerana itulah baginda SAW ada mensabdakan di dalam sebuah hadith yang mana mafhumnya “ jikalau kamu boleh mati di madinah, maka matilah di madinah.” Namun begitu, ianya tetap tidak menghalang mereka yang tidak dipilih oleh Allah SWT di dalam tiga tempat ini untuk menjadi pengikut Dajjal kerana Dajjal akan menunggu di sempadan negara tersebut untuk memanggil pengikutnya keluar daripada tempat tersebut untuk menjadi pengikutnya.

……YA ALLAH, LINDUNGI KAMI DARIPADA FITNAH DAJJAL……..

2) FITNAH MUSUH ISLAM:

Musuh Islam iaitu para Kafir Musyrikin, Kuffar yang berusaha merosakkan dan menentang Islam seperti Zionis, Yahudi, Iluminati, Freemason dan sebagainya daripada golongan-golongan penentang Islam dan boleh dikatakan sebagai penentang Allah. ianya juga termasuk di dalam golongan ini sebahagian daripada orang Islam sendiri yang menentang hukum Allah dan mencuba menentang Islam serta menolaknya sebagai cara hidup. Contohnya antara perkara-perkara yang telah diterapkan di dalam kehidupan kita di Malaysia ini ialah silibus pembelajaran yang telah disusun kini yang mana memisahkan pembelajaran ilmu-ilmu alat dan agama dibezakan dan diasingkan.

Selain itu juga dapat dilihat pada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dijadikan hukum di Malaysia ini yang tidak mengikut undang-undang dan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sistem ini merupakan sistem yang telah diduniawikan dan diliberalisasikan oleh mereka2 yang mempunyai kepentingan. Maka kita sebagai yang mempunyai kesedaran ini, perlulah menjadi pendokong perjuangan dalam menaikkan semula Islam ke tempatnya dan meninggikan hukum Allah daripada segala2nya. Moga kita dipilih menjadi di antara mereka yang memperjuangkan untuk membetulkan sistem ini. Amin.

3) FITNAH ALIRAN AJARAN SESAT:

Ajaran sesat ini juga merupakan fitnah dunia yang makin berleluasa di Malaysia. Ajaran sesat ini terbahagi kepada dua:

i) ALIRAN TRADISIONAL

Ajaran ini merupakan ajaran yang telah sering didengari dan dihadapi oleh masyarakt di Malaysia ini. Sewenang2nya mereka mendakwa diri mereka sebagai Rasul, Nabi dan lain2. Namun, saya pelik, ajaran ini telah jelas sesat dan salahnya kerana dakwaan mereka seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Namun, masih ramai lagi masyarakat yang terpengaruh dengan ajaran ini seperti ajaran Kahar tentang Rasul Melayu, pastinya ianya sangat tak masuk akal. Maka, tuntutlah ilmu agama sekagi mana mampu, untuk menyelamatkan diri daripada fitnah ini.

ii) ALIRAN MODEN

Iaitu istilah-istilah isme dan pemikiran yang berpengaruh dan mempengaruhi pemikiran umat Islam kini. Seperti kumpulan Sister In Islam (SIS) yang membawa fahaman Islam Liberal yang menghukum dan menafsirkan hukum Allah dengan akal semata, dan lain-lain fahaman dan pemikiran seperti sekularisme yang membezakan kehidupan duniawi dengan amal ukhrawi yang mana mereka memisahkan dunia dengan akhirat. Selain itu, pluralisme agama yang menyamaratakan setiap agama yaitu setiap agama mempunyai fokus yang sama dan tiada yang tinggi dan yang betul. Semuanya betul dan mempunyai kaedah sendiri untuk mencapai kepada matlamatnya. Ajaran dan fahaman2 ini semuanya ternyata salah dan telah mencemari pemikiran umat Islam kini.

Maka, berhati2lah wahai sahabat dalam melayari arus dunia yang makin kecang ini. Dan sertakanlah dengan lafaz2 yang telah ana nyatakan tadi untuk mengelak fitnah dan maksiat. InsyaAllah, setakat ini sahaja untuk entry ana kali ni. Moga perkongsian kali ni memberi sedikit sebanyak ilmu kepada sahabat2 yang baik hati dan dirahmati Allah kerana sudi membaca dan meluangkan sedikit masa. Ukhwwah Fillah…

Allahu a’lam….Ilal liqa’…^_^