Wednesday, October 20, 2010

KEJAYAAN DALAM IMTIHAN....


Selama berhari2 menanti untuk menulis entry mengenai imtihan yang saya dapat daripada seorang super senior Usuluddin di sebuah majlis ilmu,, Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi kesempatan selama 20 mnit untuk saya mencoretkan sedikit perkongsian di sini. InsyaAllah…

Ustaz tersebut (sebenarnya ana terlupa sapa name dia =)) member satu perkongsian menarik yang dia dapat apabila menyambung pengajian di Mesir. Di sana beliau lihat pelbagai karenah manusia dalam nak mencapai kelulusan dalam imtihan di peringkat masing2. Lalu beliau melakukan pemerhatian dan mendapati bahawa golongan2 yang ditakdirkan kejayaan buat mereka ini bukan calang2 orangnya.

Siapakah orang2 yang berjaya itu? Ada 4 ciri pada mereka yang berjaya ni:

1- 1- Golongan yang amat menjaga waktu solatnya. Iaitu bersolat pada waktunya tanpa melengah2 kan solat kerana perkara2 yang tidak sepatutnya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di sekeliling kita. Apabila tiba musim imtihan, masing2 struggle untuk cover setiap subjek yang belum ulangkaji, semua sibuk mentelaah buku di setiap sudut, di sana sini. Dan apabila masuk waktu solat yang di laungkan oleh muazzin, masing2 mengatakan: “Jap lagi la…da nak abis da bab ni.” “jap2…ckit jek lagi” and so on. Adakah ia pada diri kita?

2- 2-Golongan yang sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha yang mana Rasulullah menyebut mengenai solat ini di beberapa hadith baginda mengenai kelebihan dan keutamaannya. Solat Dhuha merupakan salah satu tanda kesyukuran hamba terhadap Khaliqnya di atas segala nikmat yang telah diterima. Boleh rujuk di sini untuk kelebihan solat sunat Dhuha.

3- 3- Mereka yang memoerbanyakkan selawat dan istighfar. Tidak saya nafikan, kita sentiasa mengucapkan istighfar selepas waktu solat sebagai wirid. Namun persoalannya di sini adakah istighfar yang kita baca dan tuturkan itu hanya setakat terkeluar di bibir dan terdengar di telinga? Adakah istighfar yang dituturkan itu meresapi ke dalam hati? Sejauh mana kita terkesan dengan setiap istighfar itu? Maka menurut ustaz tadi, kita hendaklah mamastikan setiap selawat dan istighfar di tuturkan terkesan dan menyentuh hati dengan kerinduan kepada Rasulullah dan penuh pengharapan kepada keampunannya. Hikmahnya agar dibuka pintu rezeki yang tidak di sangka-sangka kepada kita oleh Allah SWT Yang Maha Pemberi Nikmat dan Maha Pemurah.

4- 4- Mereka juga di kalangan hamba2 Allah yang amat istqamah dengan wudhu’nya. Ini kerana, mereka yang sentiasa di dalam keadaan suci hati dan suci jasadnya, akan dipermudahkan untuk ilmu masuk ke dalam hati dan mudah mengingati pelajaran serta memperolehi ilmu yang diberkati.

Inilah tanda2 mereka yang bukan sahaja akan berjaya di dalam imtihan dunia, malah InsyaAllah akan mendapat kejayaan di dalam imtihan akhirat kelak. Pesanan ustaz bahawa hendaklah kita sentiasa beringat bahawa Allah SWT lah yang memberi kefahaman kepada kita. Allah SWT lah yang mengurniakan kesempatan dan kemudahan kepada kita. Allah SWT jualah yang akan memberi samada kejayaan atau kegagalan kepada kita. Bukan usaha, bukan jua kesungguhan kita yang menentukan, tapi segala2nya berada di dalam genggaman Allah SWT.

Namun ingat sahabat2, saya tidak bermaksudkan agar sahabat2 tidak bersungguhn2 dan berikhtiar untuk mencapai kejayaan, namun jangan lah usaha dan ikhtiar kita itu hingga melebihi keutamaan yang perlu kita laksanakan untuk menunjukkan penyerahan dan tawakkal kepada Allah.

Akhir kalam,

Saya mendoakan sahabat2 semua, samada dari UKM, UIAM, Mesir, UPM, USIM dan lain2 utk berjaya dengan cemerlang di dalam imtihan yang bakal di lalui dan jangan lupa,,,,,,setelah berusaha sepenuh tenaga, bertawakkal lah kepada Allah….kerana sesungguhnya Allah menyukai mereka2 yang bertawakkal dan berserah kepadaNya.

Wallahu a’lam…=)

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)