adakah kita terasa begini kalau nak exam?
Alhamdulillah....pejam celik pejam celik akhirnya telah sampai kepada tempoh yang sangat2 dinanti oleh semua students..(yeker) hehe...iaitu EXAM....dan apabila sampai waktu ni lah saya sendiri akan merasa stress dan tertekan dengan tugasan2 yang banyak dan tertangguh hingga membuatkan diri ni rase terlalu sibuk sampaikan dah xde mase untuk perkara2 yang sepatutnya saya laksanakan tapi xde kene mngena dengan exam seperti usrah.
hmm.....bila ckp psl usrah ni....jom sama2 kita fikirkan. kalau nak exam jek..bila naqib/ah kite panggil untuk buat usrah..terase begitu berat untuk menghadirkan diri. inikan lagi kalau kita, anda dan saya menjadi naqib/ah. susahnya rase nak mengosongkan masa untuk mengadakan usrah dan mengisi hati dengan tarbiyah dan tazkirah apatah lagi mengajak adik beradik usrah mengikuti usrah. kalau nak wat usrah jek...rase macam membazirnye masa..baik baca buku, baik study, baik wat assignments yg trtangguh 2..tapi pernah tak kita fikir. bila kita pergi ke usrah tu, insyaAllah akan dipermudahkan segala urusan yang kita nak wat nanti. pernah tak kita mengalami, walaupun xpergi ke usrah atau prog2 ilmiah ni, tetap jugak tugasan kita tak siap...pernah tak anda mengalaminya? saya pernah dan selalu mengalaminya. namun diri ini bukanlah insan sempurna. saya mengakuinya dan kita semua mengakuinya. walaupun kita sudah menyedari hal tersebut, dalam masa beberapa tempoh sahaja kesedaran tu akan menghiasi masa, namun lama kelamaan, kita kembali terlupa dan lalai.
ni la tujuan sebenar kita sahabat2...
exam ni merupakan satu ujian dunia dan ujian iman juga sebenarnya. Allah ingin menguji sejauh mana istiqamahnya kita dalam amal ibadah. sejauh mana kuatnya kita menghadapi kekangan-kekangan masa yang sempit dan sejauh mana kita menghargai dan mengamalkan ilmu yang kita ada. marilah kita renung kembali bersama.....apakah tujuan asal kita menuntut ilmu? apakah yang akan kita lakukan dengan ilmu yang kita perolehi?
imbas kembali tujuan kita menuntut ilmu...adakah kita menuntut ilmu kerana ingin mendapat kerja yang menjamin kehidupan akan datang? atau kerana kita ingin menunjukkan kejayaan kita kepada manusia? atau adakah kita belajar kerana nakkan keredhaan Allah dengan menunaikan tanggungjawab sebagai muslim dengan menuntut ilmu? sama2 lah kita muhasabah. jika asal niat kita kerana dunia, maka dunialah yang akan kita dapat, dan akhirat akan menjauhi kita. namun jika niat kita demi kepentingan akhirat, maka akhirat akan kita dapat, dan dunia akan mengejar kita.
mengenai prsoalan ilmu yang diperolehi ni, apa yang kita akan lakukan dengannya? adakah dengannya kita hanya akan mendapat sijil dan berjaya dalam kerjaya dan kehidupan? atau adakah kita memfokuskan ilmu yang didapati itu untuk lebih mengenali Allah dan mendekatkan diri kepadaNya? adakah kita menggunakan ilmu itu untuk kepentingan Islam? saya sering terfikir, bila mana saya sudah mendapat keputusan exam, ilmu saya tu dimanakah akan saya gunakan..? adakah saya telah mengamalkan ilmu2 yang sy telah perolehi dulu di sekolah2 dan di majlis2 ilmiah untuk Islam? untuk memperbaiki diri khususnya...untuk ummat amnya? saya seperti tidak mendapat jawapannya kerana sy ,enyedari ilmu yang telah diperolehi itu hanya sebahagian diamalkan...dan sebahagian lagi.........................Allah.....betapa teruknya diri ini...
diri yang menjadikan ilmu sebagai hanya berguna di atas kertas...hanya berguna di dalam kelas, hanya berguna ketika soalan diajukan....tapi sejauh mana diri ini mengamalkannya dan memanfaatkannya.....
takutnya diri ini akan persoalan ilmu yang tidak bermanfaat ini...azabnya sangat pedih di hari pembalasan nanti....oleh itu saya berusaha menjadikan ilmu ini sentiasa dimanfaatkan...walaupun di dalam usrah kecil2an..walaupun di antara sahabat2...walaupun ketika memuhasabah diri sendiri...moga Allah memberi kejayaan kepada anda semua untuk peperiksaan yang bakal menjelang...moga kita sama2 menjadikan ilmu yang diperolehi selama ini ilmu yang bermanfaat...berguna untuk Islam, bermanfaat untuk ummat dan menjadikan Islam kembali megah di mata dunia....insyaAllah...
Wallahu a'lam..............
Like..^_^
ReplyDeletesyukran ya ukhti..
ReplyDeleteAllah....
ReplyDelete"barangsiapa yang membantu agama Allah, Allah akan membantunya"
syukran atas peringatan ni...
saling mengingati di musim exam..
smg ilmu yang kita perolehi di kuliah tu bukan setakat di atas kertas exam..
pnh dgr ungkapan ni " il-'ilmu fissudur laisa fissutur"
btol x sakinah??..klu salah mohon btolkan.. :)
salam mujahadah..salam imtihan dunia..
bisikan: ^_^
ReplyDeleteafwan.......
kak izzati: betul ape yg akk ckp 2...moga2 exam ni xla membuatkan kita menjadi seorang yang terlalu mementingkan sijil....=)