Sepanjang penelitian saya
melalui FB, Blog dan medium yang lain dalam beberapa tempoh masa terdekat ini,
saya banyak memerhatikan bahawa kecenderungan kepada perkongsian cerita cinta
islamik, kisah romantik, soal-jawab berkenaan jodoh dan banyak lagi perkara-perkara yang bersekitar
dengan permasalahan Baitul Muslim atau pembinaan rumah tangga bagi yang tidak
mengetahui apa itu Baitul Muslim.
Saya bertanya kepada
sahabat-sahabat saya, kenapa ianya jadi begitu, lalu mereka mengatakan : “Musim
la ni agaknya.” Dan saya juga tidak terlepas ketika duduk-duduk atau makan
bersama sahabat, pernah juga sedikit sebanyak kami berbicara tentang Baitul
Muslim ini. Namun, apa yang ingin saya kongsikan di sini, bukanlah mengenai
saya, kisah sahabat saya atau sebagainya. Cuma, sengaja ketika saya membaca
buku Manhaj Daurah Tadribiyyah, ada tajuk yang mengupas berkenaan Baitul Muslim
ini.
Dalam marhalah yang
digariskan oleh Yusuf al-Qardhawi pun, sepertimana seorang ustaz pernah
berbicara dalam satu program, untuk mengamalkan syariat Islam secara penuh
hingga membentuk kepada satu pemerintahan Islam, ada 5 marhalah yang perlu
dilalui:
1. Mengislah
diri sendiri atau membentuk individu Muslim (Fardun Muslim)
2. Membentuk
rumahtangga Islam (Takwin Baitul Muslim)
3. Membentuk
masyarakat yang memahami Islam (Takwin Mujtama’ Islam)
4. Mendirikan
daulah Islamiyah
5. Akhirnya
mewujudkan kembali Khilafah Ismaiyah
Ternyata dalam marhalah
ini pun, ditekankan soal Baitul Muslim, menunjukkan peri-pentingnya berusaha
membina sebuah rumahtangga Islam yang di dalamnya dapat melahirkan anak-anak
yang memahami Islam dan akhirnya membentuk para mujahid agama sehinggalah dapat
direalisasikan satu pemerintahan Islam di muka bumi Allah ini.
Ianya tidak langsung menjadi
satu kesalahan untuk berfikir dan merancang ke arah baitul muslim ini, kerana
ia juga merupakan sebahagian daripada sunnah Rasul Tercinta Muhammad SAW, sebagaimana
sabda baginda:
النكاح
سنتي فمن لم يعمل بسنتي فليس مني
“Bernikah
adalah sunnahku, barangsiapa yang tidak beramal dengan sunnahku, maka bukanlah
dari kalanganku.”
Namun pandulah keinginan
itu dengan iman kerana ia akan menjadi satu kesalahan apabila persoalan baitul
muslim ini dijadikan bahan gurauan atau disalahguna, sepertimana yang banyak
berlaku pada masa kini. Menganggap perjanjian untuk membina rumahtangga sebagai
satu tiket halal untuk melakukan tindakan salah, mendirikan rumahtangga atas
dasar nafsu semata-mata dan lain-lain lagi.
Al-Quran dijadikan panduan...
Maka, sesiapa yang
berkeinginan untuk membina rumahtangga muslim, saya amat menggalakkan untuk
berbuat demikian, namun satu perkara ingin saya tekankan kepada yang berkenaan,
untuk menyedari betapa niat mulia ini perlu disertai dengan satu matlamat yang
lebih mulia, iaitu untuk membantu Islam tertegak di bumi ini dengan semegahnya.
Sediakan diri anda untuk menginfakkan keluarga anda untuk Islam. Jangan hanya
pada permulaan, bercita-cita mulia, namun berazamlah untuk istiqamah hingga ke
akhirnya. Tetapkanlah azam hingga anda mampu menginfakkan jiwa raga dan
anak-anak anda untuk jalan perjuangan ini. Kerana inilah matlamat pembinaan
baitul muslim yang sebenar yang akan membawa kepada pembentukan mujtama’ muslim.
Ini kerana, kita sebagai
seorang muslim harus sedar, dalam apa jua tindakan kita di dunia ini, pasti
tidak akan lari daripada matlamat penciptaan kita sebagai makhluk kepada
al-Khaliq,sebagaimana firman Allah SWT:
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbr߉ç7÷èu‹Ï9 ÇÎÏÈ
“Dan (ingatlah), tidak Aku
ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah
kepadaku.”
(AQ:Al-Dzariyat:56)
Menyedari perkara ini,
pasti anda semua dapat melihat apa yang menjadi punca kepada berjayanya
sesebuah Baitul Muslim itu, iaitu dengan bermulanya proses pemilihan pasangan
hidup. Pastinya pemilihan itu perlu dilakukan dengan penelitian yang serius,
bukan dipermudahkan sehingga membawa mudharat dalam baitul muslim yang ingin
dibina. Antara perkara yang telah dipandu oleh Rasulullah SAW dalam proses
memilih pasangan samada bagi lelaki atau perempuan, sabda baginda:
من
نكح المرأة لمالها حرم الله مالها وجمالها, ومن نكخ لدينها رزقه الله مالها
وجمالها
“Sesiapa
mengahwini seseorang perempuan kerana hartanya dan rupanya yang cantik nescaya
Allah menghapuskan hartanya dan kecantikannya, dan barangsiapa yang mengahwini
kerana agamanya nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya dengan harta dan
kecantikan.”
Jelas di sini, baginda SAW
menyuruh untuk mendahulukan pada nilaian agamanya berbanding nilaian dunia
(kecantikan dan kekayaan). Ini kerana agama itulah yang akan memandu baitul
muslim ke arah pembinaan individu muslim yang berjaya. Agama yang mengatasi
nafsu. Namun begitu, ingatlah, dalam mencari yang terbaik, tidak boleh lari
daripada diri kita juga yang perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam
mengamalkan agamanya. Mudah-mudahan Allah memberikan jua yang terbaik buat
mereka yang sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Moga Baitul Muslim
yang dibina akhirnya akan menjadi Baitul Dakwah yang bakal meramaikan pembantu
agama Allah. Sekian.
~Baitul Dakwah Memperkasa
Ummah~
baitul muslim...
ReplyDeletemengharapkan ikatan yang bakal dibina di pelihara ALLAH selama2nya hingga syurga...
nak yang terbaik bermula dari diri...
insyaALLAH ALLAH itu Maha adil kepada muslim yang menjaga keadilanNYA...
Allahurabbi..fardu muslim kena perbaiki betul2 ni..baru boleh pindah ke baitul muslim..huhu..
ReplyDeleteWanita Cahaya: Mudah2an Allah memeliharamu.. (^_^)
ReplyDeleteKak Hamiza: Betul2x...tapi jangan terlalu inginkan kesempurnaan, kerana yang kurang itu akan disempurnakan oleh yang telah ditakdirkan..:)
Setuju! Ikut marhalah yang utama secara berperingkat, rela mendidik jiwa sendiri agar berjiwa pendidik yang baik kepada keluarga sendiri.
ReplyDelete