Setelah penat menghadapi exam, dan berjuang di dewan peperiksaan…barulah sempat rasanya nak meluahkan apa yang terbuku di hati sejak beberapa hari ni sejak melihat facebook kawan-kawan yang disayangi…
Rasa sebak bercampur geram bercampur simpati..semuanya menjadi satu apabila saya melihat fb kawan yang meletakkan pelbagai gambar dengan pelbagai gaya dan pose..posing sane, posing sini… tak taulah nak kata apa lagi. Dan rasanya perkara yang sama telah banyak kali diungkit dan diingatkan yanag majoritinya datang daripada pihak lelaki yang menasihati dan memberi peringatan akan keadaan yang sedang berlaku ni. Dan mungkin saya beranggapan kalian semua dah cukup paham dan mungkin juga ada yang dah boring dengan perkara ni yang diingatkan dan dibaca berkali-kali. Namun, entah kenapa, rasanya ingin juga menyatakan sesuatu mengenai isu ini, khususnya kerana diri ini sendiri adalah seorang wanita, dan lebih mengenali wanita.
Memang wanita itu suka pada kecantikan, dan suka apabila dipuji akan kecantikannya. Namun mungkin bukan semua wanita, mungkin bukan anda yang membaca entry ini, agaknya wanita lain di luar sana.. kerana apa mereka suka dipuji? Entahla…saya sendiri tidak tau kenapa. Mungkin ianya memang fitrah manusia. Tapi kali ni rasanya geram sangat hingga membuatkan perkara ini perlu untuk diungkit lagi. Mungkin saya bukan orgnya yang layak untuk bercakap mengenai isu ni, dan mungkin juga kerana saya bukan la yang terbaik. Tapi…perkara itu saya letak tepi, biarlah apa nak dikata, saya hanya ingin menyampaikan.
Menurut saya, tidak perlulah kita meletakkan gambar-gambar yang banyak dan menarik perhatian khususnya lelaki dengan gambar2 yang pebagai. Gambar2 tersebut dipuji2 oleh lelaki, maka banggalah kita akan kecantikan itu?? Banggalah kerana kecantikan itu menjadi bahan perosak kepada iman seorang lelaki?? Sedarlah sahabat2 yang disayangi sentiasa, saya menekankan perkara ini kerana risau akan maruah sahabat2. Tidakkah sahabat2 terfikir, siapakah sebenarnya lelaki2 yang melihat gambar2 kalian?? Adakah mereka yang melihat itu hanya sekadar melihat atau mereka menilik satu persatu keadaan gambar tersebut sepuas hati mereka? Tidakkah kalian terfikir apa yang mungkin mereka akan lakukan dengan gambar tersebut??
Sedikit sahaja peringatan daripada diri yang dhaif ini kepada sahabat2. Mungkin akan ada yang mengatakan..”ala..kalau xletak gambar nanti, orang xkenal..” pelbagai alasan. Ok, fikirlah. Kalau sekadar nak letak gambar utk dikenali mungkin xperlu untuk meletakkan gambar yang banyak dan dengan posing2 yang pelbagai. Ckup sekadar gambar yang mamadai sebagai pengenalan diri. Ini adalah pandangan saya. Mungkin ada yang tidak setuju..xpe.. kita semua ada dikurniakan akal, maka berfikirlah, mana yang terbaik. Untuk diri, keluarga, agama khususnya. Berfikirlah untuk maruah anda. Jangan jadikan diri ini adalah punca terjadinya fitnah kepada Islam.
Moga sedikit kata2 dari saya mampu memberi sedikit sumbangan kepada Islam...
MOGA ALLAH REHDA......^_*
support your srikandi islam..=)
ReplyDelete