Tuesday, January 4, 2011

Aku di Sisi Sangkaan HambaKu....


Yakinilah Janji Allah...

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum wbtuh. Apa khabar sabahat2, rakan2 seblog? Salam ukhuwah. Salam wacana keilmuan. Apa khabar juga iman kita? Iman anda, iman ana dan iman sahabat2 kita? Adakah hari ini iman kita naik, atau turun, atau bagaimana? Anda lebih mengetahuinya. Namun marilah sama2 kita sering berusaha dan berusaha meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah dengan semaksima usaha yang mungkin. InsyaAllah…

Ana nak buka coretan dan perkongsian ana sedikit pada hari ini dengan satu hadith qudsi yang amat popular di kalangan para pelajar:

أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني

Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu. (Riwayat Muslim)

Sebahagian riwayat lain pula berbunyi :-
أنا عند ظن عبدي بي إن ظن خيرًا فله وإن ظن شرًا فله

Erti : aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)

Sahabat2, kawan2 yang dikasihi kerana Allah sekalian,

Apalakah yang ingin ana katakan daripada hadith di atas ini adalah mengenai sangkaan kita terhadap bentuk2 ujian atau mehnah dan tribulasi yang kita hadapi dalam kehidupan ini dan juga sangkaan kita terhadap nasib atau keputusan dan kesan yang akan terjadi jika kita berusaha melakukan sesuatau usaha atau pekerjaan.

Pembaca yang dirahmati,

Allah memberikan ujian itu dengan sesuatu hikmah yang mungkin kita sebagai hambaNya tidak dapat menyingkapnya. Namun apa yang perlu kita lakukan ialah, bersangka baiklah dengan apa sahaja yang Allah beri dan hadapkan pada kita adalah untuk kebaikan dan kesenangan serta kebahagiaan kita sendiri jua. Jika kita bersangka bahawa Allah memberikan sesuatu kesusahan itu untuk menjatuhkan kita atau sebagainya yang dianggap sesuatu yang negatif, maka beringatlah sentiasa dengan hadith ini yang mana takutlah bahawa sangkaan buruk itu benar2 menimpa kita nanti.

Dapat dikaitkan juga di sini tentang usaha kita melakukan sesuatu untuk membantu umat Islam yang tertindas misalnya di Palestin. Mengapa ana selitkannya di sini? Kerana umat Islam kini kurang mempeduli nasib umat Islam saudara yang lain. Tingkatkan kepedulian kita terhadap nasib umat Islam yang lain! Walaupun usaha sedikit seperti memboikot jenama Israel, maka bersangka baiklah kepada Allah akan usaha itu. Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil, tidak mampu memberi sebarang kesan. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.

InsyaAllah…begitu juga dalam bergerak kerja untuk jemaah. Sama sahaja konsepnya, usaha untuk memastikan kemenangan Islam itu ada kesannya walaupun hanya sedikit daripada usaha kita. Itu sahaja untuk perkongsian kali ini. InsyaAllah ana akan cuba meluangkan masa untuk memuatkan sedikit perkongsian di laman blog ini. InsyaAllah. Salam ukhuwah.

Wassalam…..^_^

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)