Telah diketahui bahawa hadis amat penting pada umat Islam kerana ia adalah sumber kedua dalam perundangan Islam, khususnya pada masa kini. Pelbagai masalah akan timbul jika hadis ini tidak sampai kepada kita khususnya umat Islam pada masa kini.
Masalah utama yang akan timbul ialah umat Islam akan sesat jauh kerana tiadanya panduan yang sempurna dalam menjelaskan wahyu al-Quran. Sepertimana sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: “Aku tinggalkan bagi kamu dua perkara yang mana barangsiapa berpegang pada keduanya tidak akan sesat buat selama-lamanya; iaitu al-Quran dan al-Sunnah.”
Al-Quran sememangnya adalah kitab yang lengkap. Namun, al-Quran menjelaskan sesuatu perkara itu secara umum dan banyak perkara di dalamnya yang memerlukan hadis untuk menerangkan dan menghuraikan dengan lebih terperinci. Hadis berperanan menafsirkan al-Quran dengan berfungsi sebagai:
1. Menguatkan hukum yang mutlaq seperti hukum kefardhuan ibadat seperti solat,puasa,zakat dan sebagainya.
2. Menerangkan serta memperincikan isi kandungan al-Quran.Fungsi penerangan terbahagi kapada tiga aspek,iaitu:
i. Memperinci ayat al-Quran yang bersifat mujmal . Contohnya: cara-cara beribadat yang disebut cecara mujmal dalam al-Quran diperincikan oleh hadis dengan lengkap seperti ibadah solat.
ii. Mengkhususkan nas-nas al-Quran yang bersifat umum seperti perwarisan harta daripada seorang bapa kepada anaknya. Ini terdapat dalam ayat 11, Surah an-Nisa’ yang bermaksud:
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah separuh harta itu. Dan bagi ibu bapa simati, tiap-tiap seorang dari keduanya seperenam dari harta yang harta yang ditinggalkan jika simati ada anak. Tetapi jika simati tiada anak, sedang yang mewarisinya hanyalah ibu bapanya, maka bahagian ibunya sepertiga. Kalau pula simati itu mempunyai beberapa saudara, maka bahagian ibunya ialah seperenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya lebih dekat manfaaatnya kepada kamu. Ini adalah ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
Manakala, hadis menerangkan bahawa golongan para anbia’ tidak mewariskan harta pusaka kepada ahli keluarga. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw :
“Kami golongan para anbia’ tidak mawariskan harta, apa yang kami tinggalkan itu dikira sedekah. (Sahih Bukhori)
iii. Membataskan nas-nas al-Quran yang mutlaq seperti hukum potong tangan yang terdapat dalam al-Quran dibataskan oleh hadis dengan menghadkannya setakat sendi pergelangan tangan sahaja.
iv. Menasakhkan hukum pada al-Quran.
Maka, daripada penerangan ini dapatlah kita faham tanpa hadis, maka al-Quran akan diselewengkan pemahamannya oleh manusia yang berkepentingan dan tidak berkepentingan. Bayangkanlah jika kita tidak menerima hadis pada zaman kini, ummat Islam pasti tidak tahu cara untuk beribadat kepada Allah. Mungkin juga wujud berbagai-bagai mazhab lagi, selain empat mazhab yang ada pada masa kini. Mungkin juga akan wujudnya ajaran-ajaran sesat dan ummat Islam akan terpesong dari landasan Islam yang sebenarnya. Dengan landasan hadislah, juga tidak dinafikan al-Quran, ummat Islam pada zaman kini, dapat terbimbing ke jalan yang benar.
Selain itu, tanpa hadis juga umat Islam tidak akan dapat mengenali Rasulullah saw dan menanam kecintaan kepadanya dengan mendalam. Ini disebabkan tiadanya hadis yang menerangkan sifat baginda, perwatakan baginda, raut tubuh baginda serta perkara-perkara yang berkaitan baginda yang boleh memberikan dan menambah kecintaan dan pengenalan kepadanya. Dan implikasi daripada permasalahan ini, umat Islam akan berakhlak dengan akhlak yang mengikut nafsu kerana tiadanya panduan dan bimbingan akhlak daripada Rasulullah Khairul Khaliqin yang mana baginda diutuskan salah satunya adalah untuk menyempurnakan akhlak umat Islam.
Kesan lain sekiranya hadis tidak wujud pada zaman kini, akan berlakunya berbagai-bagai pergaduhan dalam kalangan para sahabat dan ummat Islam. Sebagaimana yang kita ketahui melalui penceritaan sejarah, berlaku banyak perselisihan dalam kalangan para sahabat dan ahli keluarga sebaik sahaja kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Sebagai contoh, mereka berselisih pendapat tentang tempat pengkebumian Nabi s.a.w. Orang Makkah berpendapat bahawa, Nabi s.a.w. seharusnya dikebumikan di Makkah, iaitu di tempat kelahiran Nabi s.a.w. Bagi penduduk Madinah pula, mereka berpendapat bahawa, Nabi seharusnya dikebumikan di Madinah, dengan alasan disitulah tempat baginda membuka kota baru dan membina sebuah kerajaan Islam yang besar. Kemudian, Abu Bakar as-Sidddiq menyampaikan hadis Nabi s.a.w: “Nabi dikebumikan di tempat mana ia wafat.” Maka akhirnya, baginda dikebumikan di Makkah, oleh kerana baginda wafat di rumah Aisyah, di Makkah.
Maka, jelaslah di sini bahawa dengan adanya hadis Nabi s.a.w. dapat meleraikan pertelingkahan dalam kalangan ummat Islam. Fungsi hadis itu sendiri sebagai sumber rujukan, bukan sahaja tertakluk pada zaman Nabi, para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in, tetapi turut dijadikan rujukan dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah pada zaman kini. Sebagai contoh pada zaman kini, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa atau hukum memerlukan kepada kedalaman ilmu mengenai ilmu al-Quran dan hadis. Maka, bayangkanlah jika tiada hadis, akan timbul pelbagai konflik agama dan fitnah agama. Dan dengan ini jelaslah bahawa, pelbagai masalah akan timbul jika tiadanya hadis di sisi kita pada masa kini.
Tambahan daripada itu:
1. Tanpa hadis tidak mungkin akan berlaku perkembangan ilmu seperti ilmu metodologi fiqh dan lain-lain kerana ilmu-ilmu ini memerlukan hadis sebagai sumber pentafsiran dan sebagainya.
2. Tidak mungkin akan berlaku perkembangan ilmu-ilmu yg ada seperti sekarang ini. Perkembangan ilmu berlaku bukan sahaja berdasarkan ayat-ayat al-Quran, tetapi sememangnya memerlukan hadis nabi utk memahami ayat-ayat al-Quran secara keseluruhannya.
3. Kemungkinan akan berlaku lebih banyak penyelewengan terhadap Islam, dan mungkin juga pakar ahli kaji sejarah akan lebih banyak pada zaman kini untuk membuktikan kebenaran Islam dengan cara mencari dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah silam Islam.
4, Mungkin akan wujud lebih byk badan-badan NGO Islam yg cuba utk mengembalikan hakikat sebenar Islam tetapi mungkin menghadapi kesukaran dalam menangani masyarakat yg telah lama hidup dalam kekosongan, yg hanya berbekalkan ayat-ayat al-Quran yg sememangnya sukar utk difahami tanpa hadis.
5. Masyarakat Islam hanya akan menjadi lebih ramai yg hidup mengaku sebagai Islam tetapi tidak mengenali erti sebenar Islam kerana sedangkan zaman kini pun sudah wujud bibit-bibit sebegitu, apatah lagi jika keadaan itu benar-benar berlaku.
6. Para ulama akan menghadapi kesukaran utk mematahkan kata-kata, hujah-hujah dari pihak yg ingin membuktikan Islam sebagai agama yg tidak benar.
Wallahu a’lam……….
Sumbangan kerja:
Nurul Hayati binti Sabri
Sakinah binti Mohammad
Suriani binti Abu Tiar
Nur ‘Azizah binti Mohamed Najib
0 suara pembaca:
Post a Comment
Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)