XPDC DAKWAH anjuran GAMIS yang ana pergi pada ambang tahun baru 2011 diraikan di KLCC amat2 memberikan sejuta perasaan dan pengalaman yang sangat2 berharga dan bermanfaat untuk ana lebih bijak melalui kehidupan khususnya dalam menghadapi masyarakat2 bandar yang telah 99% dipengaruhi oleh kebaratan. Astaghfirullah…pengalaman yang ingin ana ceritakan kali ni sangat2 bererti, bagi ana, dan ana harap kisah XPDC dakwah ni sekurang2 nya dapat memberi sedikit input tambahan dan perkongsian berkesan. Mungkin panjang skit...^_^. InsyaALlah..
Kami sampai di Masjid KLCC dalam jam 10 malam selepas penat melalui tren dan LRT bersama lebih kurang 30 sahabat2 seperjuangan UKM yang lain. Bercampur-baur perasaan pada ketika itu hanya Allah je yang tau. Sebab ini merupakan kali pertama ana mengikuti program seperti ni. Sesampai di Masjid KLCC, kami terus duduk mendengar forum yang dikendalikan oleh Ust. Fauzi, anjuran ABIM sempena 40 tahun ABIM. Tidak sempat kami mendengar hingga ke hujung forum tersebut, Kak Aida, antara MT kami memanggil kami untuk naik ke atas kerana taklimat berkenaan XPDC akan dimualakan sekejap sahaja lagi. Kami lalu bergegas menaiki tangga dan berkumpul bersama sahabat2 daripada pelbagai kampus dan pelosok negeri. Mahasiswa2 yang digelar mahasiswa sedar GAMIS (istilah ana dgr2 J) seramai lebih kurang 300 orang termasuk muslimin dan muslimat yang datang semata2 untuk melaksanakan amar ma’ruf nahi munkar di kwsan KLCC khususnya pada malam countdown tahun baru.
Dalam jam 11:50 malam kami bergerak mengikut kumpulan masing2 utk menerangkan flow pergerakan. Kumpulan ana terdiri drpd kalangan mhsiswa KUIS, UKM, dan universiti lain yang ana pun da lupa. Dalam 10-15 orang satu kump. Habis taklimat ketika mana kami mendengar letupan bunga api besar2 an di dataran KLCC membuatkan ana menarik sedikit lengan utk melihat jam, memastikan jam mnunjukkan tepat 12:00 tengah malam. Secara langsung, seiring letupan bunga api tersebut, jantung ana makin laju mengepam darah, dan ana pun sendiri xpaham apa perasaan ana pada waktu tu. Sedikit takut, bersemangat, tawakkal dan entahlah. Lalu kami semua bergerak keluar daripada masjid dan dengan bcaan doa, takbir dan doa wehdah, kami melangkah dengan diperingatkan utk membetulkan niat sepanjg prjlnn dan membaca zikir dan doa agar mad’u berlembut hati. Berbekalkan 2jenis risalah/flyers (1-ttg aurat. 2-ttg mslh sosial), air mineral dan gula2, kami melangkah mencari mad’u.
Bermulalah jejak daie mencari mad’u pada lebih kurang jam 12:30 tengah malam. Pada ketika inilah ana memegang tangan Hazirah, kawan sekampus ana tak lepas kerana takut melihat suasana pada waktu itu. Hanya Allah saja yang tau ragam dan gaya manusia yang bereaksi dan berperangai pada malam itu. Tak dapat ana nak terjemahkan satu persatu. Allah……ana mengeluh sendiri. Nak menangis pun ana melihat mereka majoritinya terdiri daripada kalangan remaja yang telah melihat dunia ini sebagai syurga dan tidak lagi melihat dunia ini sebagai satu tipu daya. Ana bertanya pada diri, “ Ya Allah, adakah salah kami yang mengetahui ini tidak memberitahu kepada mereka?” sambil melangkah, ana tersepak satu botol kaca. MasyaAllah, botol arak! Ana menjadi semakin takut. Tetiba ana teringt kpd kisah yg pernah ana dgr drpd seorang shbt, ttg seorang remaja yang dilahirkan dalam keluarga beragama Islam ‘warisan’. Dia tidak pernah mengetahui arak, zina, dan dosa2 besar itu adalah dosa. Mereka tak tahu!! Ya Allah…..sebak ana memikirkan ttg mslh msyrkt kini. Ana masih bertanya pada diri, “Adakah aku telah menyampaikan ilmuku kepada mereka seperti ni??”
Langkah demi langkah, pelbagai jenis manusia kami hadapi, risalah tetap diedarkan jika ana bertembung muslimat yang berlalu-lalang. Yer..MUSLIMAT. Tapi masyaAllah, sekali lagi ana menjadi semakin sedih. Terdiam tak terkata melihat keadaan sekumpulan remaja bercampur lelaki perempuan, yang entah dari mana budaya yang diambil dipraktikkan. Ana dan sahabat2 berhenti memberikan risalah aurat kpd si perempuan. Namun mereka hanya pandang sebelah mata. Sedikit kecewa. Namun ana semakin menjadi kuat dan berani menghadapi pelbagai jenis mad’u. sehingga ana memberi risalah aurat kepada sekumpulan wanita free hair n sexy, tapi melayu. Dia menjeling ana dan shbt ana lalu menjerit kepada kami yang sudah ke hadapan. “Ala..mentang2la dia tu pakai tudung!!” kami tersentap, tapi hanya berdiam dan tersenyum.
Kami lantas meneruskan lagi perjalann hingga ke Bukit Bintang. Pada waktu itu, jam menunjukkan hampir 1:30 pagi. Namun KL sangat dibanjiri manusia seolah2 waktu pagi masuk kerja. Dengan jualan2 pelbagai jenis mknn dan brg mainan, termasuklah ARAK yang dijual oleh orang melayu sendiri!! Tanpa segan silu. Allah… manakah iman mereka? Tidakkah mereka menyedari dan malu dengan perbuatan tersebut? Benarlah, malu itu salah satu ciri2 keimanan. Di Bukit Bintang ana menghadapi saat2 kritikal. Secara peribadinya, ana terase seperti ana bukan lagi berada di Malaysia pada waktu itu kerana ana tak nampak langsung budaya Malaysia dr mne2 kaum sekalipun di Bukit Bintang. Ana terase seperti ana berada di negara sosial yang mengamalkan budaya2 negatif. Ana malu nak menceritakan kejadian2 yang ana lihat. Hinggakan ana terpakse memalingkan muka dan menutup muka dengan tapak tangan untuk mengelak melihat perkara2 tersebut. Ana jadi bertambah takut jika Allah menurunkan azab pada ketika itu. Apakah yang akan dijawab dihadapanNya nanti? Adakah ana telah melaksanakan amanah yang diberi?? Astaghfirullah… Bukan setakat remaja, kanak2 juga ada yang terlibat dengan gotic, bersosial di tepi2 jalan dsb. Ini membuatkan kami semakin bertambah2 kerisauan.
Istighfar sentiasa dibaca, moga Allah menghapuskan segala dosa. Kawan ana marah2 melihat keadaan polis2 dan askar2 meronda di setiap kawasan. “Hanya meronda, tapi tak watpe, baik xyah? Watpe dia sibuk2 meronda?” ngomel kawan ana. Ana mengiayakan. Melihat keadaan msyarakat yang menghadapi masalah sosial yang teruk ini, apakah reaksi pemimpin? Masih berkejar untuk mendirikan lagi bangunan2 tinggi, dengan menyimpangkan maslah utama ini. Ana tak berniat politik, namun sebagai individu yg dkurniakan akal oleh Allah, kita mampu berfikir. Seolah2 mereka menyediakan sebuah rumah banglo mewah beserta perabot mahal untuk diwarisi oleh golongan yang tidak tahu menghargai dan menggunapakai kemudahan yang diberi sebaiknya, malah mungkin banglo tersebut akan hancur!
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Ana tak berniat memanjangkan kalam. Cuma satu ana ingin sahabat2 pembaca renung dan ingat kembali. Apakah Islam akan tertegak, tanpa kuasa? Apakah masyarakat akan kembali kepada Allah tanpa amar ma’ruf nahi munkar? Mari sama2 kita bermuhasabah. Moga amal Islami dan kerja yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak GAMIS dan juga pihak ABIM yang sama2 bergerak kerja dinilai di sisi Allah dan menjadi salah satu sebab tercampaknya hidayah di hati setiap mad’u, tercetusnya gelombang bi’ah solehah dan juga sebagai terbiyah kepada para daie. Moga Allah redha dengan semuanya. Amin. Kami tamat XPDC pada jam 2:00 pagi. Allahu a'lam..
~SINAR DAKWAH MENJEJAK TARBIYAH~
assalamualaikum...
ReplyDelete"Hai orang-orang yang beriman, berTAQWAlah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat),dan berTAQWAlah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan" (Al Hasyr: 18)
insyallah, perjuangan tanpa mengenal bahang mentari, kedinginan sang embun akan membuatkan diri terus berdiri teguh ibarat pohon yang merendang yang menaungi kehidupan dibawahnya, taqwa sebagai benteng kekentalan iman bertafsirkan keindahan ganjaran atas perjuangan yang tidak penah lelah memnempuhi mehnah dan tribulasi dunia... barakallahufiki... wassalam
syukran atas nasihat dn kte rangsangan...
ReplyDeletejazakallahu khair jazak..barakallahu fik.
like..
ReplyDeletemenguatkan lagi langkah ku utk terus berdakwah. jazzakillah ya ukhti
k.nisa'
same2 kak.... akk lg hebat..:)
ReplyDeletesame2 kita sling melengkapi...
waa..akk sgt2 cemburu.... -k.yati
ReplyDeletekak yati: next year ea kte g nanti....ataupun waktu merdeka nanti...:)
ReplyDelete