Wednesday, January 26, 2011

Islam kita ni Sempurna ke Tak??


Bismillahi walhamdulillah, masih diberi peluang umur dan kesempatan serta kekuatan untuk terus menulis mengisi kekosongan hati dan masa. Melakarkan sedikit ilmu yang diterima dan didapati di dalam kehidupan untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat yang ana ingat dan sayang kerana Allah. So, before ape2, ana ajak kite semua, marilah sama-sama kita memperbetulkan niat agar segala-galanya yang kita perbuatkn buknlah satu yang sia-sia, namun ianya kerana Allah jua. InsyaAllah…J

Telah berfiman Allah SWT:

$ygƒr'¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Arßtã ×ûüÎ7B ÇËÉÑÈ

“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam agama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata.” (Al-Baqarah: 208)

Apakah yang dapat kita fahami daripada ayat di atas? Melihat kepada kehidupan kita sekarang, adakah kita telah mengambil Islam secara sepenuhnya (Kaffah) sepertimana yang Allah arahkan pada kita? Atau adakah kita sendiri telah mengingkari hal ini tanpa sedar ataupun sedar tapi buat-buat tak sedar?

Berkongsi cerita ketika mana ana berada di dalam kelas Isu Akidah, ustaz telah memperingatkan kami mengenai bahaya liberalisme, sekularisme, pluralisme agama dan segala isme2 negative tentang Islam yang telah direka dan diperjuangkan oleh golongan munafik dan kuffar. Contohnya di Malaysia sendiri, kita dapat melihat tersebar luasnya fahaman-fahaman seperti liberalisme ini yang mana fahaman ni boleh dikatakan macam golongan Muktazilah Moden yang sedap-sedap menghukum dan mendalilkan al-Quran dan Nas Hadith mengikut tafsiran akal dan kebebasan berfikir yang mereka bawa. Contohnya macam isu festival Islam yang kecoh dulu, pemisahan antara Islam dan kehidupan seharian, pemikiran yang menganggap bahawa semua agama adalah sama dan lain2 yang sangat bahaya pada akidah Muslim.

Ustaz Mazlan memberikan analogi tentang Allah dan peraturan yang telah diturunkan ke atas manusia, umpama manusia dengan manual. Apabila manusia membeli printer sbg contoh, akan pasti dan sudah pastinya sebelum memasang sesuatu pada printer tersebut, kita perlulah melihat kepada manual yang telah diberikn sebagai panduan pemasangan barulah pemasangan printer tersebut betul dan boleh digunakan. Ataupun jika kita hanya memasang menggunakan manualnya hanya sebahagian, dan yang lain2 kita hanya pandai sendiri, hentam sahaja ataupun mereka-reka menual yang lain, mungkin printer itu boleh digunakan, tapi pastinya cepat rosak dan xleh digunakan lagi.

Maka aplikasikan manual tadi dengan peraturan dan hukum yang telah Allah tetapkan. Jika kita mengambil keseluruhan Islam dengan sempurna dan tidak meninggalkan walau sedikit, InsyaAllah patinya kehidupan ini akn terdorong dengan betul dan kemusnahan tiada. Namun mengapakah keadaan yang kita lihat kini bukn lagi seperti sebuah suasana Islam? Bukan sebuah agama Islam? Ini kerana, apabila kita melihat-lihat kembali, persoalkanlah pada diri, adakah Islam telah diamalkan dengan sempurna? Atau kita hanya mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain? Allah…lalu, siapakah yang kita ingin persalahkan jika berlakunya kemusnahan alam ini? Siapakah ingin dipersalahkan terhadap segala masalah-masalah sosial dan kemanusiaan yang berlaku ini?

Jika Islam diletakkan paling tinggi daripada segala-galanya, maka sudah tentu kehidupan manusia akan terdorong scre smooth dan tetap pegangnya. Namun apabila hukum Islam ditinggalkan, Hudud Allah dipersenda dan dipertikaikan kesahannya dan dikatakan kolot serta tidak relevan dengan zaman, maka inilah yang terjadi. Kerosakan, kes bunuh, kes zina, kecurian dan rompakan, dan banyak lagi menjadi seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Semakin membarah di dalam masyarakt. Maka apakah anda, saya dan kita semua yang telah tahu akan kesalahan dan kesilapan serius ini hanya mampu berdiam diri dan mengikut tanpa kata? Atau adakah kita berani mengatakan bahawa kita adalah pejuang agama Allah, kita ingin meletakkan Islam setinggi-tingginya?

InsyaAllah, ana berani mengatakan sedemikian. Ana mahu menjadi pejuang Agama Allah yang suci, pendokong kepada perjuangan untuk menjadikan Islam atas pada segala perkara. Diamalkan dengan sempurna dan sepenuhnya tanpa pemisahan di antara urusan dunia dan agama. Ambillah Islam secara KAFFAH dan janganlah mengambil sebahagian sahaja kerana kelak pasti akan terjadi kehancuran pada kehidupan itu tanpa Islam yang sempurna. Janganlah dipisahkan Islam dengan kehidupan kita, wahai sahabat. Islam bukn hanya di masjid dan surau, Islam juga ada pada ekonomi, pada politik, pada makan dan minum kita dan Islam itu adalah satu cara hidup yang sempurna. Islam itu adalah setiap perkara yang kita lakukan dari bagun tidur sehinggalah kita tidur kembali. InsyaAllah, kita sama-sama muhasabah diri. Ana juga bukanlah insan semprna dan ana adalah insan yang sering terlupa, maka sama2lah kita beringat dan memberi peringatan. Moga ada nilainya di sisi Allah, dan ada perubahannya pada peribadi ana sendiri.

Wallahu a’alam…

1 comment:

  1. assalmualaikum...

    teruskan usahamu serikandi islam.... ana sentiasa mendokong dari belakang...insyallah

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)