Wednesday, January 2, 2013

Tiada Tajuk...



Rupanya, bukan senang untuk merancang masa depan. Bukan senang untuk melepasi dan berdepan dengan dunia selepas alam pembelajaran formal dan terancang. Jujur saya katakan, melalui waktu-waktu di mana kita perlu membuat keputusan mengenai masa depan dan perjalanan hidup diri sendiri dengan pertimbangan dan pemikiran secara hampir keseluruhannya adalah pada tangan sendiri, bagi saya sangat menyeramkan dan memeningkan. Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat keputusan besar dalam hidup. Tiada pengalaman.

Mencapai umur kini hampir 23 tahun, membuatkan saya dan rakan-rakan sebaya dan sekepala seolah-olah mengalami masalah yang hampir sama. Mungkin saya bukan seperti orang yang mempunyai perancangan cantik untuk hidupnya. Perancangan 5 hingga 10 tahun akan datang…? Saya seolah-olah tiada apa-apa perancangan. Setiap hari hampir berputar kepala berfikir dan membuat pilihan dan keputusan. Cuma satu sahaja yang saya tahu, saya nak belajar dan terus belajar. Sebab saya cintakan suasana ‘paksaan’ di waktu pengajian. Kerana saya sememangnya seorang yang perlu berada di bawah tekanan, maka pada ketika itulah saya akan cuba menjayakannya walaupun seolah tidak mungkin untuk saya lakukan. Dan saya suka dipaksa untuk belajar.

Melihat sahabat serumah sedang struggle menghadapi peperiksaan semester yang hampir di peringkat sarjana, menambahkan lagi semangat saya untuk menyambung juga pengajian yang terhenti hampir 7 bulan. Terasa cemburu melihat mereka bergelumang dengan ilmu. Semakin hari semakin kosong minda akibat kurangnya ilmu yang saya perolehi sejak akhir-akhir ini. Baca pun kurang, apa yang boleh dikata? Sehinggakan sahabat pun perasan kurangnya status ber’makna’ di FB sejak akhir-akhir ini. Begitu juga di blog. Mudah jawapan saya, tiada ilham dan otak beku. So, kerana takut membiarkan ketepuan otak dan kebekuannya berterusan dalam tempoh yang lama, kerana pemiliknya seorang yang ‘rajin’ membaca, saya mengambil keputusan untuk menyambung masters berbanding terus bekerja. Mudah-mudahan ia mampu menjadi satu ‘pemaksa’ kepada saya untuk rajin membaca dan menuntut ilmu. Lain orang, lain caranya.

Mohon doa pembaca yang soleh solehah..

Dan selain belajar, saya cuma ingin membawa keluarga bercuti di mana sahaja tempat yang indah dan menenangkan, dalam keadaan yang seselesa mungkin. Terutamanya untuk abah dan mak. Ini impian peribadi, namun suka pula untuk saya kongsikan di sini dengan harapan memperolehi doa daripada hamba Allah yang soleh dan solehah yang membaca. Impian ini juga seolah-olah menginspirasi saya dalam melakukan perkara yang mungkin sebelum ini tidak pernah ada dalam gambaran kasar hidup saya. Doakan saya berjaya merealisasikannya.

Itulah saya dan kepeningan menghadapi minit-minit baru dalam kehidupan. Dua perkara ini sahaja yang mampu saya fikirkan setakat ini, selain beberapa lagi perkara yang tidak dapat nak dikisahkan.

Betullah kata sahabat saya dalam satu usrah kami yang tidak rasmi. Kata-kata yang dinaqalkan daripada kakak naqibahnya bahawa “Umur manusia dalam lingkungan 23-25 merupakan masa kritikal seseorang untuk memutuskan sesuatu bagi masa depannya. Apa yang diputuskan pada ketika itu, adalah gambaran besar hidupnya akan datang. Apa yang berlaku pada dirinya pada lingkungan ini bakal memberi kesan besar pada hidupnya akan datang. Maka, dalam masa sebegini, terlalu banyak perkara yang akan difikirkan, terlalu banyak urusan yang ingin dilakukan.”

Oleh itu, dalam situasi seperti ini, tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia, Rabb Yang Maha Agung. Penenangnya adalah dalam istikharah dan mohon petunjuk yang berterusan pada Allah. Kekadang rasa takut untuk membuat keputusan, namun kekadang rasa tenang apabila menegaskan sesuatu perancangan. Moga Allah melorongkan kita pada jalan yang diredhaiNya, dan menjadikan kita hamba yang ikhlas dalam menerima ketentuanNya.

Setiap individu ada ceritanya sendiri. Moga urusan kalian, berjuta kali ganda dipermudahkan Allah di atas kebaikan mendoakan sesama muslim. Jangan jadi seperti saya, tapi jadilah seorang yang hebat merancang dan melaksana. J

Selesai membaca blog ni, muhasabah seketika....

Diari 2013
Ulin Nuha.


2 comments:

  1. Moga ALLAH p'mudahkn sgla urusan ukhti Sakinah. Syukran kak atas p'kongsian entry ini.

    “Umur manusia dalam lingkungan 23-25 merupakan masa kritikal seseorang untuk memutuskan sesuatu bagi masa depannya. Apa yang diputuskan pada ketika itu, adalah gambaran besar hidupnya akan datang. Apa yang berlaku pada dirinya pada lingkungan ini bakal memberi kesan besar pada hidupnya akan datang. Maka, dalam masa sebegini, terlalu banyak perkara yang akan difikirkan, terlalu banyak urusan yang ingin dilakukan.”

    Moga kita b'jaya m'jadi seorg yg hebat dlm m'rancang serta melaksana. ^_^

    ~Salam Ukhwah drpd ana, Atikah Razali (USIM)

    ReplyDelete
  2. Atikah Humairah: Moga Allah prmudahkn untukmu jua, ukhti fillah. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)