Sunday, April 17, 2011

Caring...^_^

Salam mesra sahabat seaqidah…

Caring….apabila disebut perkataan caring, ambil berat, dan yang seangkatan dengannya, apakah pandangan sahabat? Apakah yang kamu fahami daripada perkataan ini? Adakah terbayang muka orang yang disayangi? Atau terbayang ada orang belanja makan, atau apa?

Berdiskusi tentang maksud caring ni memang tak akan pernah habis, kerana maksudnya yang sangat subjektif. Semua orang ada pemahaman mereka sendiri tentang apakah yang dimaksudkan dengannya. Mungkin kamu tak setuju dengan pandangan saya, kerana kamu ada pandangan sendiri. Jadinya, saya tak memaksa siapa-siapa untuk setuju dengan saya, kerana saya hanya nak mengutarakan pandangan saya yang simple-mimple ni di ruangan blog yang entah apa-apa ni.

Menurut kamus Dewan Bahasa Sakinah (DBS) *kamus baru, Caring dapat diertikan dengan sifat mengambil berat, sering bertanya khabar, mempunyai sifat empati, sentiasa membantu dalam susah sanggup berkorban dan macam-macam lagila. Bagi kamus DBS, sifat ini merupakan satu sifat yang sangat penting dalam membina ukhuwah yang mantap di kalangan saudara-saudara seIslam amnya, dan sahabat-sahabat seperjuangan khasnya. Kenapa DBS meriwayatkan sebegitu? Ini kerana, menurut pandangan pengarang kamus tersebut, setiap manusia sangat senang dan merasa gembira apabila ada seseorang yang sering caring kepadanya.

*oppss…tapi beringat yer, fokus saya adalah pada hubungan yang suci dan diredhai dari pandang sisi Allah SWT, bukan caring yang ‘caring maring darling’ tu tau…:)

So, dengan sifat caring ini, akan timbullah satu aura ukhuwah yang dibina atas satu dasar aqidah yang kuat dan mantap. Dengan ukhuwah sebegini, pelbagai masalah di dalam sesebuah jemaah itu akan dapat diselesaikan dan kemungkinan besar jugak, masalah komitmen dapat diselesaikan. Ini kerana, apabila semua ahli di dalam satu-satu organisasi atau persatuan dapat merasai kemanisan hubungan dan ukhuwah yang terjalin di antara satu sama lain, maka masing-masing akan bertambah seronok dan cinta untuk bergerak kerja bersama-sama dalam membantu kelancaran organisasi dan juga dalam membantu ketua menuju matlamat organisasi atau jemaah. Agak2 anda la, betul x pndgn penulis DBS tu? Entahla, saya sebenarnya tak kenal siapa penulis kamus DBS tu. :)

Tapi walaupun tak kenal, nak juga amik pandangan dia.. Hehe…

Seterusnya, dalam berukhuwah, pastinya akan ada permasalahan yang timbul di kalangan ahli samada masalah peribadi atau masalah bukan peribadi. Dalam satu masa yang sama, akan adalah pihak-pihak yang menjadi tempat meluah perasaan dan masalah. Jadinya, nak tahu anda ni adalah seorang yang caring atau tidak, makanya cuba ingat-ingat semula, ada atau tidak sahabat2 anda yang datang kepada anda untuk meluah perasaan atau menceritakan masalah yang mana masalah itu hanya selesa diceritakan kepada anda.. ada x? kalau ada, anda mesti caring orangnya, kerana mereka yang bermasalah hanya akan selesa berdepan untuk menceritakan masalahnya kepada orang yang dipercayai dan dianggap sebagai seorang yang baik serta boleh membantunya.

*tibe2 rasa cam saya xde sifat caring...huhu

Sebenarnya inilah yang saya nak tekankan, sifat ambil berat, sering bertanya khabar, sanggup berkorban, sentiasa membantu adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu ada di dalam diri setiap individu muslim terhadap muslim yang lainnya. Barulah umat Islam akan saling sayang-menyayangi, seterusnya bersatu dan menjadi bertambah kuat. Ini kerana impak ikatan ukhuwah ini dapat secara langsung apabila kita contohkan pada ukhuwah yang Rasulullah terapkan di kalangan Muhajirin dan Ansar selepas berlakunya penghijrahan. Yang mana mereka sanggup berkorban segala kepentingan diri untuk membantu yang lain, dan ukhuwah mantap dikalangan mereka ini membuatkan umat Islam ketika itu sangat kuat dan bersatu.

Sifat ini khasnya sangat-sangat perlu dipupuk di kalangan mereka yang memegang jawatan atasan atau pimpinan sesebuah jemaah atau organisasi agar tidak timbul isu ahli bawahan yang mengatakan pimpinan atau Majlis Tertinggi bersifat sombong atau tidak menjaga kebajikan ahlinya. Bak kata satudalam watak cerita Taiwan ni ( Smile Pasta ) , senyumlah…kerana dengan senyum masalah akan dapat diselesaikan. Walaupun bukan semua masalah dapat diselesaikan, tapi sedikit sebanyak perasaan tertekan akan dapat direlease dengan senyum. Sekurang-kurangnya dapat menjadi satu formula awet muda. :)

So, kepada sahabat2 yang bergelar pimpinan khususnya, manis-maniskan muka, caring-caringla kepada setiap ahli dan mereka yang berada dibawah tanggungjawab anda supaya mereka semua selesa dan seronok untuk bersama-sama menjayakan matlamat jemaah atau organisasi. Dan yang menjadi sahabat atau kawan dalam hidupnya, maka didik2lah diri kita menjadi caring kepada sesama kita agar tidak timbulnya masalah ukhuwah dan kita pun semakin mencintai sahabat kita keranNya dan Allah juga meredhai ukhuwah yang dibina dan mereka akn menjadi sahabat kita dunia akhirat. InsyaAllah..

*juz a simple-mimple sharing before study…

Wallahu a’lam…

Ni pandangan kamus Dewan Bahasa Sakinah, so, apa pandangan kamus2 yang lain?

6 comments:

  1. assalamualaikum...menurut pdgn kamus dewan al ikhwan edisi ke-18 caring is jagnlah melupakan org bawah bila kita diatas kerana hidup ini ibarat satu paksi yg saling bergantungan....=)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam,..kamus dewan al-ikhwan memang bagus. boleh tlg melengkapkan kamus DBS ni..
    apa2pun, syukran..:)

    ReplyDelete
  3. The most current research:
    "Caring is not only sharing. It is when you are the WONDERWALL for others, which means you are a special person that makes her/him truly happy in their hearts, makes them come alive and free and safe from the rest of world when you are with them." Asma et.al

    ReplyDelete
  4. wah....good sharing la asma'...:)
    syukran kathir ye sahabat jauh di mata, dekat di hati... ^_^
    so, adakah saya caring? hehe

    ReplyDelete
  5. nanti kte dekatkan di mata ye, insyaallah...
    u r one of my wonderwalls~~
    neway, lagu/music kat blog ni sangat sesuai u post kali ni, like2!

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)