Sunday, April 24, 2011

Citer Cikit Tentang Pengorbanan

Pengorbanan itu ada kemanisan
Assalamualaikum wbtuh…

Sebenarnya tak tahu nk menulis tentang apa. Tapi melihatkan blog yang dah bersarang disebabkan berhari-hari dan mungkin minggu tak menulis dan memberi makan kepada blog ni, makanya, pagi ini rasa nak menunaikan tanggungjawab pada blog ni sikit. Sebab harini sahabat-sahabat saya majoritinya sedang menghadapi peperiksaan, dan rumah pun dah sunyi. Masing-masing telah bergerak menuju ke medan perang. Saya kat sini sentiasa tulus hatinya mendoakan mereka sukses dan dipermudahkan menjawab dan memahami setiap persoalan yang diberikan. Amin..

Addala sikit nak cakap untuk entry kali ini..

Sebelum tu jom kita istighfar 3x… Astaghfirullah al-azhim… Astaghfirullah al-azhim… Astaghfirullah al-azhim…

So, nk cakap tentang apa ye? Urm..Tentang pengorbanan. Ya. Atau kekadang kawan suke cakap “tadhiyyah”. Bahasa arab la ni. Tapi same jek maksudnya. Kenapa saya tiba-tiba nak berkata soal pengorbanan? Diri sendiri pun entah ada atau tidak sifat pengorbanan ini. Jadi, mari sama-sama kita koreksi.

Pengorbanan,

Sering dilihat sebagai satu perkara yang mana, jika disebut perkataan ‘berkorban’ ini, akan terbayang terhadap satu perkara yang amat berat untuk dilakukan. Namun menjadi satu hakikat, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita perlu berkorban. Sebagai contoh, di dalam musim-musim peperiksaan ini, jika kita ingin mendapatkan keputusan yang cemerlang, perlunya berkorban masa, berkorban tidur, berkorban tenaga dan sebagainya. Kalau sifat ini dikaitkan dengan ukhuwah bagaimana pulak?

Baru-baru ini pelbagai masalah ukhuwah timbul. Mungkin di dalam hati saya sendiri, kadang-kadang timbul perasaan mementingkan diri sendiri. Dalam berukhuwah pastinya perlu kepada pengorbanan jika kita ikhlas mengatakan ukhuwah yang terjalin adalah ukhuwah kerana inginkan Redha dan Cinta Ilahi kepada kita. Makanya, pengorbanan di dalam berukhuwah ini menjadikan ukhuwah yang akan terjalin itu menjadi manis apabila dikenangkan pada masa akan datang. Sebagai contoh, seorang sahabat yang baru sampai di KTM menghubungi seorang sahabatnya untuk meminta tolong menjemputnya balik ke rumah, dalam mode semua sedang menghadapi peperiksaan dan sedang struggle. So, apabila bergeraknya seorang sahabat meninggalkan bacaan atau study walaupun pada esok paginya ada exam yg menanti, untuk mengambil sahabatnya di KTM, itu adalah salah satu pengorbanan bagi saya. Kerana pastinya akan wujud satu perasaan mulanya seakan ‘terpaksa’, namun akhirnya ia menjadi rela dan ikhlas kerana mengenangkan objektif ukhuwah itu tadi; iaitu untuk memperolehi redha Allah semata-mata.

Begitu jugalah di dalam istilah kita berintima’ atau menggabungkan diri kita kepada sebuah jemaah Islamiyah. Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna sendiri menetapkan syarat-syarat dalam bai’ah kepada jemaah Islamiyah ini perlunya ada pengorbanan. Iaitu syarat kelima di antara 10 syarat yang telah digariskan oleh beliau. Kenapa perlunya berkorban? Kerana apa? Kerana maklum bagi setiap penggerak agama Allah ini, gerak kerja yang dilakukan bukanlah satu perkara yang mudah. Jalan ini bukanlah jalan yang dihidangkan dengan makanan-makanan mewah dan dibentangkan dengan karpet merah. Ini jalan para anbia’ dan sahabat. Lihat saja bagaimanakah perjalanan hidup mereka. Adakah dihidangkan dengan kemewahan dunia dan dibentangkan karpet merah? Adakah makanan mewah dan singgahsana indah? Pastinya tidak walaupun pada ketika itu mereka memegang kuasa terbesar pentadbiran. Hakikatnya kita melihat pengorbanan demi pengorbanan dilakukan oleh mereka, tanpa mengharapkan sebarang balasan. Ini kerana hanya redha Allah yang mereka impikan. Tiada yang lain. Dan juga kerana mereka berasa gembira melakukannya, kerana kemanisan dalam perjuangan itu mendorong mereka bertambah semangat. Maka, mampukah kita mencontohi mereka? Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Pengorbanan ini akan manis jika benar-benar ikhlas kerana Allah. Mungkin tidak dapat dirasai kemanisannya di dunia, namun sama-samalah kita berdoa agar kemanisan ini dapat kita rasai di syurgaNya kelak.

Sekadar ini sahaja daripada saya pada pagi Isnin ini. Coret-coret tak matang. ^^, Moga Allah redha dengan setiap minit dan saat penulisan ini dan tidak sia-sia.. Dan semoga hati-hati sahabat yang ada terguris dan terluka atau apa jua perasaan yang wujud dapat di ubati dengan hikmah dengan mengikhlaskan setiap perkara yang dilakukan. InsyaAllah..

Hanyalah sebuah perkongsian daripada insan yang serba kekurangan.
Wallahu a’lam.
Al-Faqirah ila ‘Afwi Rabbiha…

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)