Tuesday, May 10, 2011

Kematian Satu Peringatan


Kematian…

Satu demi satu berita kematian menyinggah di pendengaranku. Memang amat memeritkan mendengarnya. Tak kurang juga terkejut kerana kematian yang berlaku terlalu tiba-tiba tanpa memberikan satu petanda. Sungguh…Allah itu Maha Mengetahui dan Dialah Yang Menghidupkan dan Mematikan. Tiada satu pun di dunia ini yang akan kekal buat selamanya. Aku tahu hakikat itu. Walaupun kematian itu langsung tidak mempunyai hubungan tali darah persaudaraan, namun perasaan sebagai seorang saudara seakidah sangat membuatkanku terasa satu kehilangan. Itu diriku sendiri, apabila aku meletakkan diriku sebagai sahabatku dan keluarga yang mengalami kematian itu, sungguh, aku tidak tahu apakah perasaannya.

Mengalami dua berita kematian ahli keluarga dalam masa lebih kurang dua tahun. Satu perkara yang amat menyesakkan. Kematian yang disayangi adalah salah satu ujian terbesar Allah timpakan ke atas hamba-hambaNya yang disayangi. Kerana apa? Kerana Allah tidak mahu kita terus terleka dengan kenikmatan dunia yang sering kali menipu kita. Kerana Allah ingin memberi peringatan mungkin? Kerana apa? Kerana kematian itu pasti. Dan semua manusia mengetahuinya. Namun sejauh mana penghayatan mengenainya diserapi di dalam setiap jiwa-jiwa yang hidup? Begitu jua diriku. Sejauh mana aku dan kamu menghayatinya? Benarkah dikatakan bahawa dengan mengingati mati akan mendekatkan lagi kita kepada Allah?

Cuba kita fikir…apabila kita mengingati mati, mengingati mati dan mengingati mati…mengingati akan kembalinya kita ke tanah...berseorangan tanpa sesiapa…yang mana dikhabarkan hanya amalan yang baik mampu menemani kita di sana, adakah rasanya mampu lagi untuk kita bergelak ketawa, bermain-main dan bersenang-lenang...?? tidak kurang juga ada yang masih lagi membiarkan hidupnya bergelumang dengan dosa dan maksiat. Dengan memberikan alasan bahawa…masih muda? Mudakah kita?

Lihat sahaja sekarang. Pelbagai berita kematian yang melibatkan golongan2 remaja dan kanak2 yang pastinya mereka itu masih muda. Tapi kenapa ajal telah menjemput mereka? Jadi…fikirkanlah.. Adakah kematian mengira umur kita? Adakah hanya orang tua sahaja yang hampir dengan kematian? Tahukah anda, bilakan tarikh kematian anda? Adakah sesiapa yang boleh mengangkat tangan dan mengatakan dengan yakin bahawa sesaat selepas ini dia pasti masih hidup? Tiada siapapun yang mampu dan boleh berbuat demikian. Ini kerana, Allah telah berfirman:

Maksudnya:bagi tiap-tiap umat itu ada ajalnya masing-masing, apabila telah tiba akan ajalnya maka ia tidak akan dapat dicepatkan atau dilambatkan.”

Kematian yang hampir, pastinya kita inginkan husnul khatimah iaitu pengakhiran kehidupan ini yang baik. Husnul khatimah dengan jaminan syurga Allah kelak. Husnul khatimah dengan tiadanya azab di dalam kubur nanti. Husnul khatimah dengan redhanya Allah kepada kita. Namun, sejauh mana amalan yang kita inginkan sebagai peneman di sana nanti? Adakah amalan yang rosak dan sedikit? Atau kita ingin bawa amalan maksiat dan dosa? Pastinya kita inginkan yang terbaik. Namun sejauh mana kita meladang dan membaja tanaman kita di dunia ini? Sejauh mana usaha yang telah kita curahkan untuk menggapai matlamat itu? Renungilah..jika elok kita menjaga dan memelihara tanaman kita di dunia ini, maka kita akan dapat menuainya di sana dengan tanaman2 yang segar dan bermanfaat untuk kita. Jika tidak?? …….

Allah memang menyayangi hamba2Nya…dan Allah jua amat keras siksaanNya. Maka kitalah yang memilih samada ingin merasai kasih-sayangNya atau azabNya. Syurga itu manis dan mahal. Bukan mudah untuk menikmatinya. Maka, tentunya jalan untuk sampai kepadaNya dipenuhi dengan liku2 dan ujian. Tidakkah kita teringin menikmati kematian seperti yang diperdengarkan di telinga2 kita mengenai kematian para sahabat, tabi’ tabi’in dan ulama’? Maka…kitalah yang fikir dan usahakan, samada ingin atau tidak menikmatinya…dan selarikanlah dengan usaha…

Sekadar ini sahaja.. Wallahu a’lam…

Related Posts:

  • ISU SYIRIK NI...BAHAYE TOL...*FORWARD EMAIL FROM MY GROUP....sekadar nak kongsi info. selamat membaca......... wallahualam..... Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan… Read More
  • TEKA-TEKI AL-GHAZALI...Teka teki Imam GhazaliSatuhari,Imam Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya,lalu Beliau bertanya(berteka teki):Imam Ghazali ;"Apakah yang paling deka… Read More
  • Siapakah Imam Itu??jadilah imam yang memberi manfaat kepada umat manusia.Kita selalu dengar orang tua cakap, “kalau nak cari pasangan tu, biarlah yang boleh jadi imam.” … Read More
  • SOLAT SELEPAS HAID: PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..soal solat ini...janganlah di ambil mudah..kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!! Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak ber… Read More
  • KEJAYAAN DALAM IMTIHAN....Selama berhari2 menanti untuk menulis entry mengenai imtihan yang saya dapat daripada seorang super senior Usuluddin di sebuah majlis ilmu,, Alhamduli… Read More

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)