Thursday, April 14, 2011

Di sepanjang Kesibukan dan Ketaatan ...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan untuk ana berkongsi sedikit perkara yang ana alami sepanjang kesunyian blog ni. Tempoh-tempoh ini ialah tempoh peperiksaan bagi kebanyakan university kalau ana tak silap. Tempoh inilah, ana merasakan pelbagai situasi menghimpit, menggembirakan, menangis dan ketawa. Pelbagai situasi dalam satu musim examination.

Musim exam ialah musim ujian. Perkara ini tak ade siape pun yang nafikan. Ujian ape? Ujian atas kertas, ujian pelajaran, ilmu dan sebagainya. Tapi, dalam menghadapi ujian atas kertas ni, ana sendiri menghadapi pelbagai ujian keimanan, ujian hubungan dengan sahabat-sahabat, keluarga dan khasnya hubungan dengan Allah.

Betapa lemahnya diri ni, lepas paper yang ana hadapi tadi, ana mengingat kembali situasi di dalam dewan peperiksaan. Segala preparation tersedia. Nak kata ada tajuk tak abis bace, sume da abis baca. Mungkin xsempat nak ulang kembali. Ana tengok soalan, subjek ISU AKIDAH DALAM AL-QURAN DAN HADITH. Soalan tentang tajuk yang ana baru je baca before masuk dewan tadi. Dalil al-Quran tentang kewujudan syafaat. Dah baca, hafal dah tadi, tapi masyaAllah, dalam dewan….. sepatah ayat pun tak terbayang apatah lagi terngiang-ngiang ditelinga. Ana hanya mampu mengingati situasi ana menghafaz ayat tersebut di dalam bas. Tapi ya Allah…entah kenapa, hilang begitu sahaja ilmu yang dipinjamkan baru sekejap tadi.

Down, sedih, blurr, sume perasaan ada. Tak lupa mengharap bantuan Allah, berdoa memohon dan segalanya ana buat. Tapi masih juga tidak terbayang ayat tersebut walaupun sepatah kata. Setengah jam terakhir mencari-cari tanpa putus asa apakah ayat tersebut, dan masih tidak dapat diingati. Apakah tandanya? Menyedari memang tak akan ingat walau apa ana perbuat, ana mula berdiam diri, muhasabah hati, mengkoreksi diri. Adakah Allah sedang berbicara dengan diri ini tentang hubungan diri ini denganNya, berbicara soal kesabaran, ketakwaan, keimanan dan akidah?

Memang ana sendiri akui, musim peperiksaan membuatkan ana sangat-sangat suka menyibukkan diri. Membaca buku, menyiapkan tugasan, makan, minum, tidur, berborak, berfacebook dan sebagainya. Membuatkan ana seolah-seolah merasakan satu hari tak cukup untuk cover subjek-subjek yang dipelajari untuk menjawab pepriksaan. Dalam diri hanya memikirkan soal peperiksaan kerana takut dan risau jika pointer jatuh lagi. Dalam musim-musim seperti inilah membuatkan diri ini telah menggugat hubungan dengan Allah. Walaupun ana akui, sebelum exam pun taklah ana ni baik, sama je liatnya. Tapi musim exam ni, makin teruk jadinya. Semuanya dilakukan seolah-seolah kerana mengejar dunia semata. Di manakah niat sebenar pembelajaran ini?

Di dalam dewan ana berfikir, exam maharat before ni, ana lupa jugak, tapi selawat, doa dan pengharapan ana pada Allah membuahkan hasil bila ana kembali mengingati apa yang dibaca. Tapi berbeza dengan kali ni. Paper yang paling teruk ana pernah jawab sepanjang 4 paper yang dah dilalui. Dunia oh dunia…mudahnya melupakan kita kepada tujuan asal kehidupan.. dunia dengan mudahnya menipu kita dengan kenikmatan-kenikmatan yang ada padanya. Dalam masa-masa yang berakhir, ana hanya mampu tunggu dan memejamkan mata, melihat ke dalam diri sedalam-dalamnya. Inilah tarbiyah tidak langsung daripada Allah kepada diri yang lalai dan terus lalai seperti ana. Diri yang tidak pernah serik dengan kesalahan yang dilakukan, tidak serius dan banyak melakukan dosa.

Allahu Akbar..betapa hinanya diri ni. Peperiksaan, memang banyak mengajar kehidupan. Peperiksaan dunia, peperiksaan akhirat. Manakah yang lebih ana kejar? Tepuk dada tanya iman. Mana yang menunjukkan kesungguhan itulah yang kita utamakan.

Dalam tempoh exam ni jugak, pelbagai cabaran dan ujian menguji ukhuwah, menyebabkan sesekali ana rasa seolah ingin menjerit untuk meredakan sakit hati. Tapi, sahabat-sahabat yang sentiasa ada dikala susah dan senang dengan mudahnya membuatkan ana melupakan masalah itu. Untuk kali ini, dengan mudahnya ana menemukan sahabat untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Sekurang-kurangnya ada pendengar. Inilah manisnya ukhuwah yang diikat atas dasar perjuangan akidah. Dan ukhuwah ini jugalah yang memberikan kekuatan untukku melalui segala ujian.

Entah apa yang ana coretkan, ana pun tak tahu. Ana hanya ingin berkongsi pengalaman dan rasa. Moga sahabat-sahabat tidak mengikut jejak langkah ana yang entah pape ni dalam exam nanti. Dan nasihat khas pada diri sendiri, janganlah sekali-kali melakukan sesuatu itu tanpa melihat kembali niat. Kalau niat dah melencong tu, cepat-cepatlah perbetulkan niat. Moga tak ada amalan dan tindakan walaupun degupan jantung yang tidak diredhai oleh Allah. setiap orang menginginkan redha Allah, maka usahakanlah ke arahnya, jangan hanya mengungkapkan dengan kata2. Moga Allah masih memberi kesempatan dari hari ke hari untuk diri ini memperbaiki diri… kerana tak pernah sehari berlalu, tanpa diri ini melakukan dosa… betapa rendahnya martabat diri ku ini ya Allah… Ku mohon, janganlah Engkau jadikan diri ini fitnah kepada agamaMu ya Allah...

"اللهم أعنا على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك"

“Ya Allah, bantulah aku dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan melakukan ibadah kepadaMu.”

p/s: exam n agenda esok, moga2 dpermudahkan oleh Allah. Lillahi ta’ala…InsyaAllah..

~Al-Faqirah ila ‘Afwi Rabbi~

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)