Friday, March 11, 2011

Akhirnya Aku Terduduk....

Akhirnya aku terduduk

Mendengar teguran berhikmah seorang sahabat akhirat

Yang menegur untuk maruahku

Yang membuatku sedari akan kesilapan dan kekurangan diri…

Diriku terduduk seolah ingin menangis,

melihat kembali kesilapan-kesilapan yang sengaja dilakukan

Ya Allah,

Betapa lalainya hambaMu ini,

Betapa jahilnya diri yang hina ini,

Menyakiti hati yang tidak berdosa,

Menghilangkan komitmen dalam bicara,

Segala yang ku lakukan serba tidak kena,

Dek kesedaran yang melintas di hati,

Berwasilahkan teman sejati…

Ya Rabbana,

Inginku duduk, diam dan menangis hiba,

Di kala malam sunyi,

Tiada siapa yang menemani,

Namun ya Allah,

Mengapakah air mata ini tidak ingin mengalir?

Mengapa hamba hanya mampu menangis di dalam hati?

Hati sebak, sungguh ya Allah,

Aku mengakui kelalaian dan kecuaian diri…

Namun tetap jua ku kesali,

Kenapa seolah ku tidak matang dalam menghadapi ujian,

Menampakkan seolah diriku tidak layak untuk berada di posisi itu,

Namun ku sering memotivasikan diri,

Allah sendiri telah memilihku…

Berharap agar ia dapat menenangkan hati..

Moga Allah memudahkan segala urusan hatiku,

Agar bersih dari noda dan dosa,

Agar terpelihara daripada perkara yang merosakkan…

Ku mohon ya Allah,

Sentiasalah memilihku di kalangan hamba2Mu yang solehah,

Yang sering terpelihara iman dan amalnya,

Yang dijagai etika dan akhlaknya,

Agar aku termasuk di kalangan mereka yang berjaya,

Bukan sekadar di dunia, namun di akhirat sana…

*Syukran kepada sahabat sejati, kerana menegur ikhlas dari hati, moga Allah memberkati….amin..

5 comments:

  1. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

    kalam indah itu Alquran,
    jadikanlah diri mu ibarat mutiara di lautan yang terjaga rapi oleh perisai diri bak tiram melindungi mutiara didalam dirinya, hanya membenarkan yang layak mengambil dan menyentuhnya...

    ketenangan hias terpancar bersinar ibarat butiran mutiara yang menjadi rebutan jiwa...
    jadikan ketenangan didalam jiwamu ibarat sinaran mutiara yang berkilau dek terkena pancaran sang mentari, yang sang mentari itu mampu menyinarkan diri si mutiara dan tidak pernah sesekalipun sang mentari menyentuh si mutiara, tetapi hanya mampu memberikan kekuatan dan sinar kepada si mutiara akan terhias kecantikannya...

    begitu juga dirimu, berharga bak mutiara.... biarkan sang mentari menyinari melambangkan kesolehah mukminah sejati dalam dirimu tatkala dilanda kesedihan duniawi....

    moga dirimu menjadi ikutan ummah....

    diri ni faqir dalam tuntutan suruhan kebaikan,,,
    ingatan tulus ketegasan kerana cinta rabbi dan saudara seperjuangan...

    ila liqa wassalam

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah....syukran ya akh kerana x pernah bosan memberikan peringatan...

    Faanzir, innazzikra tanfa'ul mukminin...

    Allahu yubarik fik...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,,,
    kak kinah,,,best la sajak ni,,,
    memang menusuk kalbu la sajak ni,,
    ^^...

    ReplyDelete
  4. saiedah:
    best ke? luahan dari hati ni...^_^

    saje je nk meluah through karya,,hehe
    nanti saiedah pun bersajak jgk tau...
    nanti akk nk bce,,hehe

    ReplyDelete
  5. DARIPADA Ibni Abbas katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka, iaitu
    mata yang menangis kerana takutkan Allah dan
    mata yang berjaya mengawal pada jalan Allah.

    Pengertian

    Dalam hadis ini, Rasulullah menyatakan dua pengorbanan mata yang mempunyai kelebihan tersendiri.

    Pertama,
    mata yang menangis berlinangan semata- mata kerana takut kepada Allah.

    Kedua,
    mata yang berjaga malam mengawal dalam perjuangan meninggikan Islam.
    Sehingga api neraka yang panas bernyala-nyala itu padam dan tidak membakarnya lagi.

    Kesimpulan
    Bertakwalah kepada Allah dan tangisilah segala kesilapan yang lalu.
    Berjuanglah pada jalan-Nya dan berhati- hatilah mengawal agama dari ancaman musuh

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)