Sunday, September 22, 2013

Ya Rabb, Jahilnya Aku...


Wahai Rabb,
Hati ini terasa tidak pernah puas,
Mengejar dunia mengejar nama.
Terasa bahagia apabila melihat kejayaan,
Namun tidak ku sedari betapa gelisahnya hati.

Wahai Rabb,
Kekadang aku terlebihkan kepentingan mereka
Melebihi kepentingan Engkau,
Aku inginkan pujian mereka,
Berbanding redhaMu..
Betapa berdosanya aku,
Betapa busuknya hatiku..

Wahai Yang Maha Pengampun,
Aku tahu ketenangan itu daripadaMu,
Aku tahu pentingnya redhaMu,
Namun aku sering terlupa,
Aku sering mengabaikannya,
Keranaku terlupa,
Engkau sedang memerhatikanku,
Malah Engkau sering menyayangiku..

Wahai Allah,
Wahai Allah,
Wahai Allah,
Wahai Allah...

Aku berdosa,
Salah dalam memanfaatkan nikmat,
Salah menggunakan pancaindera yang diberi,
Ampuniku ya Allah,
Kerana kini aku sedar,
Tiada yang mampu memberiku ketenangan
Melainkan apabila hatiku mula mendekatiMu...

Jahilnya aku ya Allah,
Bantulah aku pelihara segalanya..
Di kala semua meninggalkanku,
Aku tahu Engkau tidak pernah mengabaikanku..
Betapa jahilnya aku,
Pada ketika itu...

Allah....
Ampuni aku...
Astahgifurllah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al-'Azhim...


Related Posts:

  • Akhirnya Aku Terduduk....Akhirnya aku terduduk Mendengar teguran berhikmah seorang sahabat akhirat Yang menegur untuk maruahku Yang membuatku sedari akan kesilapan dan keku… Read More
  • ~Luahan Hati untuk Diri~Wahai diri, Kau mengatakan cinta kepada Ilahi, Kau menyatakan kerinduan kepada Ukhrawi, Namun sejauh mana kau memberi bukti, Akan benarnya kata-ka… Read More
  • ...................... Aku, Bukan lagi diriku yang lama, Aku kini perlu kuat untuk menghadapinya, Perlu kuat untuk mengatasi segalanya… Namun mereka melihat aku, Se… Read More
  • Manisnya UjianApakah erti di sebalik air mata??Bismillahirrahmanirrahim…. Di kala ini, segala tugasan yang diamanahkan kepadaku tidak dapat aku laksanakan dengan s… Read More
  • Rinduku Tidak TerluahBanyak perkara yang berlaku pada diriku dalam masa beberapa bulan terdekat ini. Kecewa, sedih, rindu, gembira, teruja dan sebagainya, masing-masing be… Read More

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)