Monday, September 9, 2013

Kosong Dari Memberi


Dah lama saya nak menulis di sini, tapi takut lari dari genre penulisan yang biasa saya tulis. Lama tidak membaca, sebab urusan banyak, buku pun tak banyak pegang. Satu buku dalam 200 pages pun tak habis-habis dibaca. Saya akui, saya tidak serajin sahabat lain membaca. Namun, bersyukur dapat dekat dengan mereka, sedikit sebanyak mampu menyuntik semangat membaca...:) Jadi, kurang membaca, kurang ilmunya. Kurang ilmu, kuranglah perkongsiannya. 

Itu padan dengan muka sendiri. Jadi, teruslah blog ini tanpa sebarang penulisan yang bermanfaat. Teringatlah pula pada satu pepatah Arab yang sangat mengena dengan diri sendiri pada ketika ini:

"فاقد الشيئ لا يعطيه

Maksudnya, "Orang yang tidak memiliki apa-apa tidak akan boleh memberi apa-apa."

Itulah yang sedang berlaku pada saya. Tiada apa-apa yang baru boleh dikongsikan di sini, membuatkan saya hanya memandang kosong pada blog yang tiada sebarang 'update'. Tiada apa yang boleh diberi.

Orang yang tiada ilmu, tiada apa yang boleh dia kongsikan.
Orang yang tiada makanan, tidak boleh memberi makan kepada orang lain.
Orang yang teringin pada sesuatu, tidak akan dapat mencapainya jika hanya membuat impian dan tiada usaha.
Macam itu jugalah orang yang inginkan keampunan Allah, syurgaNya, namun tiada usaha ke arahnya, maka tiada apa boleh diharapkannya.

Sebab itu, kita perlu rajin. Berusaha untuk mencapai sesuatu agar kita mampu untuk memberi sesuatu. Nasihat kepada diri sendiri yang menulis. Sesungguhnya, kita yang berkata dan menyampaikan itu, lebih kuat akan diuji dengan apa yang dikatakannya. Rupanya bukan mudah nak jadi orang yang baik, kerana bukan semudahnya untuk Allah beri nikmat syurgaNya kepada hamba-hambaNya. Semuanya perlukan usaha. Agar kita ada 'apa-apa' yang boleh 'ditukarkan' dengan syurga Allah.

Sebenarnya, saja nak menukar otak daripada memikirkan perkara yang dah 2-3 minggu saya fikir sehinggalah kini. Membawa pemikiran kepada perkara yang lebih ringan. Letih memikirkan persoalan yang masih tidak ketemu jawapan pasti. So, entry kali ni hanyalah suka-suka untuk melajukan tangan menaip dan menyentuh keyboard dengan sesuatu yang lebih serius berbanding fb dan sewaktu dengannya.

Jadi, ia hanyalah entry yang kosong daripada sebarang pemberian yang bermanfaat. Tiada sesuatu. Janganlah kalian menjadi seperti saya, yang selalu bertangan kosong. Impian banyak, namun usaha tidak seberapa. 

Astaghfirullah. Moga Allah ampunkan kelemahan saya. 
Baru sedikit halangan, mula melatah seperti tiada harapan.
Mujurlah, Allah masih dekatkan saya dengan insan-insan baik. Mengelakkan saya daripada tersasar membuat keputusan. Itulah Rahim Allah, yang sangat memahami hamba-hambaNya.

Ok lah, itu sahaja rasanya untuk entry bersahaja ini. Namun, bersungguh di sini saya memohon sesiapa yang rajin membaca hingga akhir, mendoakan saya dan keluarga dipermudahkan urusan, dihilangkan segala kerunsingan, dikurniakan dengan ketenangan. Mohon keikhlasan untuk doakan kami. 

Jazakumullahu khair jazak. 
Barakallahu fikum.

Andai masalah itu boleh diterbangkan semudah ini...

:)


2 comments:

  1. "Orang yang teringin pada sesuatu, tidak akan dapat mencapainya jika hanya membuat impian dan tiada usaha.

    Macam itu jugalah orang yang inginkan keampunan Allah, syurgaNya, namun tiada usaha ke arahnya, maka tiada apa boleh diharapkannya."

    Allahu Rabbi, tersentap! (*_*)

    Nice entry, sis! Thumbs up!

    ~Bukan sekadar 'entry' yang kosong, tapi bermanfaat~

    ReplyDelete
  2. Atikah Humairah:

    Alhamdulillah, pujian utkNya kalau bermanfaat utk org lain. Kita sama2 ingat-mengingatkan ya. Moga kita tergolong dalam kalangan orang yang berjaya.

    Doakan akk ya tikah. :)

    Moga redha Allah sllu menemani dlm setiap lgkh tikah..:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)