Wednesday, June 12, 2013

PENJAJAHAN ISTILAH 1.0


Salam Imtihan,

1stly, saya dedikasikan doa kebaikan khusus buat pensyarah subjek ini; Prof. Dr. Tengku Ghani Tengku Jusoh yang sangat banyak mencurahkan ilmu.. Barakallahu fihi..

*******************

Berkenaan entry kali ni, saya terlalu lama menyimpan topik ini untuk dikongsikan di sini sebenarnya, namun masa tidak mengizinkan, serta susunan ilmu masih 'caca-merba' ketika di awal semester. Info ini saya perolehi dan pelajari secara khusus di dalam subjek I'jaz al-Quran di bawah Jabatan Arab. So, I'jaz al-Quran ini tidaklah membincangkan tentang mukjizat al-Quran yang dibawakan oleh Jabatan Quran Sunnah,  ia lain sikit. Very interesting! Sehinggakan selepas sahaja saya menghabiskan topik ini di dalam kuliah, terus saya 'note' kan di depan desktop untuk update di blog. Tapi, lepas exam semalam, barulah saya rasa dapat nak share dengan lebih tersusun.

Ok, ceritanya begini. Masyarakat dunia sekarang digemparkan dengan pelbagai jenayah dunia yang tidak dipedulikan oleh undang-undang dunia mahupun PBB. Tanpa kita sedari, semua yang direncanakan oleh pihak barat khususnya adalah untuk menjatuhkan serta melemahkan umat Islam. Mungkin kita tidak menyangka bahawa dengan istilah sahaja, Islam dapat dirosakkan. Saya sendiri tak pernah terfikir, namun itulah realitinya.

Selepas peristiwa 11 September 2001, Islam mula dikecam dengan hebat dan istilah-istilah yang directly merujuk kepada Islam diperkenalkan. 4 istilah utamanya yang digunakan untuk menjajah pemikiran umat Islam ialah:

                   1. Terrorisme (الارهاب)
                   2. Extrimist ( المتطرف )
                   3. Muslim Moderate ( المسلم المعتدل )
                   4. Fundamentalis ( المسلم الحق )

Saya akan share tentang istilah ini dalam entry yang berbeza. Supaya tidak terlalu panjang.

Ok, cuba korang klik link ni, sebagai bukti bahawa mereka jelas-jelas menuduh Islam terrorist sebagai penyerang kepada peristiwa 11 Sept 2001. (http://en.wikipedia.org/wiki/September_11_attacks). Wikipedia, yang menjadi database seluruh dunia...

Sememangnya Allah pun dah bagi tahu dalam al-Quran bahawa orang kafir tidak akan berdiam diri selagi kita tidak mengikut agama mereka (QS Al-Baqarah:120). So, disebabkan permusuhan Yahudi dan Nasrani ini kepada Islam, mereka meletakkan kesalahan yang tidak dipastikan ini kepada kumpulan Islam dan terus digelar terrorist. Islam Terrorist menjadi satu istilah yang berjaya tersebar ke seluruh dunia dan mencemarkan imej Islam serta menimbulkan perasaan takut terhadap umat Islam.

Terrorist ini didefinisikan oleh Barat sebagai:
               i)  Seseorang yang membunuh orang awam yang tidak bersalah.
               ii) Seseorang yang melancarkan jihad menentang Barat, melibatkan diri dalam perkumpulan jihad (mujahideen) dan menyokong kumpulan jihad secara terbuka.
              iii) Individu yang mencetuskan jihad di merata tempat.

Can't you see that?
Definisi yang diletakkan pada istilah terrorist ini adalah jelas-jelas pada orang Islam yang membawa ideologi jihad fi sabilillah. Sebab apa mereka takutkan jihad? Kerana dengan berjihadlah, umat Islam menjadi kuat. Jihad dari sudut harta benda, jihad ilmu, jihad hawa nafsu, jihad politik dan sebagainya. Mereka takut umat Islam yang berkualiti.

Mereka juga mengaitkan istilah terrorist ini sebagai kata (الارهاب) dalam istilah Islam (Arab). Walhal, al-irhab adalah satu tindakan yang adil yang diajarkan oleh Allah. Dalam firmannya QS Al-Anfal: 60, al-irhab adalah tindakan mempertahankan diri terhadap ancaman musuh Islam. Juga tindakan menakutkan dan menimbulkan rasa gerun pihak yang mensyirikkan Allah, mengingkariNya dan golongan fasik daripada berbuat jahat. Ia adalah satu polisi untuk melindungi umat Islam khususnya daripada ancaman. Bahkan, Islam adalah agama keamanan, melarang tindakan huru-hara dan menggugat keamanan. Maka, istilah ini sebenarnya tak boleh disamakan dengan terrorisme yang difahami puak-puak Barat ini.

Mereka cuba menunjukkan bahawa Islam adalah agama keganasan dengan tersebarnya istilah ini dan menjadikan dunia melihat bahawa TERRORIST=ISLAM. Dan, bagi saya mereka telah sepenuhnya berjaya hingga pernah timbul fenomena ISLAMOPHOBIA selepas 11 September.


Begitu jugalah dengan apa yang dibuat oleh mereka pada memberikan terminologi kepada istilah-istilah yang di atas tadi. Mereka mendefinisikannya dan mengaitkannya secara langsung dengan Islam mengikut kehendak mereka dengan kefahaman yang salah. Seterusnya saya akan share pada next entry...

#Allahu Musta'an...

Bersambung...


4 comments:

  1. Alhamdulillah. Sebuah perkongsian yang bermanfaat & mudah difahami untuk segenap lapisan masyarakat. Teruskan usaha dalam menyemarakkan ilmu Allah yang Maha Luas ini. Fi Amanillah.

    *p/s: perlu 'watchout' lebih lagi ya dalam gaya & penggunaan istilah yang digunakan dalam penulisan untuk bahan bacaan umum. Cth: "korang" ^^

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...:-)

    Ps: Sbnrnya sngt sengaja buat mcmtu supaya artikel ni menjadi tidak berapa formal.dn serius. Sbb ada kwn komen pnulisan.sbb trllu skema dn serius.. Neway,insyaAllah,ill try.my best utk sebaran kfhmn.Islam. :-)

    ReplyDelete
  3. rusliza.othman@gmail.comSeptember 30, 2013 at 3:54 AM

    Tahniah sakinah., berkongsi ilmu yg kita dpt dlm kls 'ijaz..bermanfaat sgt..

    ReplyDelete
  4. Kak Rusliza, saya share2 je,,,mana yang dapat. Moga ada manfaat utk yg berminat nak tau..:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)