Sunday, June 9, 2013

Susah nak faham...


Kata orang, jaga anak perempuan mahupun menjaga adik perempuan itu susah daripada lelaki. Bagi saya lain. Menjaga adik lelaki dan anak lelaki lebih mencabar. Bukan mudah nak memahami psikologi orang lelaki yang dalam umur yang ingin mengenal dunia dan tercabar dengan pelbagai perkara baru. 

Jika orang lain membaca buku psikologi lelaki dan perempuan untuk mengenal pasangan masing-masing atau untuk lebih memahami partner kerjaya dan kawan, saya pula membaca buku-buku seperti itu untuk cuba memahami seorang adik. Adik yang unik dan lain daripada adik-adik yang lain sifatnya. Memahami dia menjadi seperti satu 'training' bagi saya. Mula-mula faham dia nak A, kita cuba suaikan keadaan untuk memenuhi kehendak A itu, tiba-tiba tidak juga menampakkan perubahan. Kita cuba cara lain, tak juga. Keliru dengan tindakan yang sepatutnya diambil...

Kata sahabat saya, lelaki ni kalau dia mula nampak degil dan keras kepala, panas baran dan tidak mahu mendengar kata, dia pasti terlibat dengan dua benda; Rokok dan Perempuan. Itu yang saya risaukan. Apa nak dilakukan, saya bukan sentiasa di sebelah dia untuk melihat apa yang dia perbuat. Hanya mampu doa Allah jaga dan lindungi dia daripada fitnah dunia dan wanita. 

Menjauhkan ahli keluarga dari azab dan kemurkaan Allah adalah tanggungjawab sesama ahli keluarga yang beriman. Ini yang membuatkan saya terus-terusan memikirkannya..



Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan. (Al-Tahrim: 6)

Selama berbahagia, di usia ini Allah uji. Uji dengan keadaan yang saya mudah memberi nasihat kepada mereka yang bertanya, namun ternyata tidak mudah apabila Allah benar-benar hadapkan ia kepada saya dalam situasi yang sebenar. Saya buntu.

Walaupun diberikan kesenangan, manusia jarang bersyukur. Namun jika dalam kesusahan, manusia mudah kufur. Allah..selamatkan kami daripada kederhakaan.


*******************

Kita ni jadi anak jangan hanya harap mak abah ikut kepala kita dan keinginan kita. Renungkanlah, berapa lama sudah mereka memenuhi keinginan kita sebagai anak, kini kita sudah capai tahap mampu berfikir dengan bijak, akal yang matang, mengapa lagi kehendak kita diminta dipenuhi? Sebenarnya ini masa untuk kita cuba penuhi pula impian mereka. Kita tidak tahu, esok atau lusa adakah mereka masih ada atau sudah diambil Allah...atau apakah kita yang pergi dahulu sebelum sempat berbuat apa-apa kebaikan kepada mereka.

Saya takut penyesalan di akhir waktu. Penyesalan yang tiada guna. Apakah manusia itu masih lalai walaupun telah Allah memberi peringatan-peringatannya dengan kalamNya yang telah tertulis di dalam al-Quran?

Saya cuba, kami mencuba. Moga Allah limpahkan hidayah dan taufiqNya.


2 comments:

  1. Baik anak lelaki, mahupun anak perempuan, rakan sebaya mainkan peranan terpenting dalam pembentukan peribadi remaja. Rakan sebaya di kampung/rumah lazimnya memberi pengaruh yang negatif. Jadi yang terbaiknya, pada awal usia remajanya, hantarlah dia ke sekolah berasrama (sekolah agama yang terbaik)seawal usia 13 tahun sekalipun dia anak bongsu. Lagi jauh lagi bagus. Kerana asrama adalah tempat tarbiah yang baik.

    Bak kata Ustaz Hasrizal "Pergilah anakku berkelana melihat dunia. Jangan risaukan keadaan kami. Abi dan Ummi ada Allah untuk memujuk kerinduan ini".

    Moga dengan pengorbanan bersalut kerinduan ini, kamu akan menjadi manusia abid.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas saranan. Sbnrnya mmg da di hntr ke asrama sjk umur 13. Namun, mula mnolak utk tggl di asrama pd umur 16. Mcm2 karenah yg trpksa diakur.

    Hny mmpu doa wat kala.ini utk adik yg tkdak d depan mata smg Allah srring pndu langkahnya..

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)