Tuesday, August 7, 2012

Poligami Bukan Sunnah?



Dahulu ketika di dalam kelas, pensyarah pernah bertanya, “Bagaimana Islam yang dikatakan sebagai agama fitrah meraikan fitrah wanita yang tidak suka diduakan, cemburu, padahal Islam membenarkan poligami?” Ketika itu kami sedang membincangkan isu feminisme. Terkelu lidah, tiada jawapan yang kuat dan kukuh. Kerana apa yang kami tahu, poligami dalam Islam adalah sunnah dan digalakkan bagi mengatasi masalah-masalah. Apa yang terlintas di fikiran pada ketika itu hanyalah saya mampu mengatakan, “Islam meraikan fitrah, namun adakah tidak suka diduakan itu adalah fitrah? Atau ia hanya sekadar nafsu atau keinginan? Kerana jika ianya nafsu, Islam pastinya datang bagi mendidik nafsu.” Dan ustaz hanya diam dan tidak mengiakan mahupun menolak. Ustaz menyerahkan kepada kami untuk mencari jawapannya sendiri.

Alhamdulillah, baru-baru ini Allah membuka ruang kepada saya untuk membaca sebuah buku yang sangat banyak memberikan kepada saya kefahaman tentang betapa adilnya Islam menunaikan hak-hak wanita dan betapa Allah SWT itu sangat memahami hati dan meraikan perasaan dan suara wanita. Sungguh lapang ketika membaca buku tersebut, tulisan Fatimah Syarha, Sebarkan Cinta-Mu. Di sini, saya akan berkongsi beberapa pengisian dalam buku tersebut berkaitan poligami yang agak banyak ditekankan dalam buku ini.

Straight to the subject,
Poligami Cuma Harus

Poligami rupanya bukanlah seperti yang saya jangkakan dan salahfahami sebelum ini. Kesalahfahaman saya ini juga, adalah salah faham masyarakat dalam memahami konsep poligami dalam Islam, hinggakan musuh-musuh Islam  berjaya menjadikan isu poligami ini sebagai salah satu keburukan dalam agama Islam yang dituduh sebagai agama yang menzalimi wanita.

Ramai masyarakat gemar menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah’ hingga menimbulkan salahfaham masyarakat bahawa poligami itu adalah mulia, digalakkan dan perlu dilakukan oleh sebahagian orang. Tidak salah untuk mengatakan poligami adalah sunnah, namun, perlu diketahui bahawa perkataan sunnah ini mempunyai pelbagai takrifan mengikut ulama’ Hadith, Fiqh dan Usul. Wajarkah untuk kita menggunakan perkataan sunnah ini kepada poligami jika masyarakat memahaminya dengan makna ulama’ Fiqh iaitu dengan maksud digalakkan? Walhal maksud sebenar sunnah di sini adalah dengan maksud perkara yang dilakukan oleh Nabi SAW, iaitu sebagaimana Nabi juga mentalakkan isteri baginda dan melakukan perhambaan manusia. Namun tidak dikatakan cerai dan perhambaan itu sunnah, maka begitu jugalah poligami, walaupun ia dilakukan oleh Nabi, tapi tidaklah ia bermaksud digalakkan.

Maka, majoriti ulama’ hanya mengatakan bahawa poligami itu harus, dan  bukan sunnah (atau difahami sebagai sunat bagi masyarakat Malaysia, iaitu buat dapat pahala, tinggal tak dapat apa-apa). Oleh itu, perlu ditinggalkan menggunakan ayat ‘Poligami itu sunnah’ dengan menggantikan dengan ‘Poligami cuma harus.’ Dan perlu diingat, bahawa Nabi SAW sendiri mengamalkan monogami (berkahwin dengan seorang sahaja dalam satu masa) bersama Saidatina Khadijah r.anha. selama 25 tahun, sehinggalah Khadijah meninggal, berbanding dengan mengamalkan poligami selama 10 tahun sahaja. Maka, tak salah untuk mengatakan bahawa monogami itu lebih utama daripada poligami.

Syeikh Muhammad Abduh mengatakan bahawa, jika mereka yang benar-benar memahami dan merenungi ayat dalam Surah al-Nisa’ ayat 3 dan ayat 129 yang menyentuh soal poligami ini, pasti akan dapat melihat bahawa poligami dalam Islam merupakan satu perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan melainkan dalam keadaan yang sangat terpaksa. Ini dapat difahami dalam ayat ke 129 apabila Allah mengatakan bahawa tiada seorangpun di kalangan kamu yang akan mampu berbuat adil, walaupun kamu sangat menginginkannya.

Bagaimana Islam Meraikan Wanita?

Rasulullah SAW merupakan seorang suami yang terbaik untuk dicontohi. Begitupun, kita dapat membaca kisah-kisah kecemburuan isteri-isteri baginda di antara satu sama lain. Namun, baginda dapat menanganinya dengan baik sekali. Oleh sebab baginda sendiri mengetahui bahawa betapa susahnya untuk menguruskan perkahwinan yang mengamalkan poligami, maka baginda lantas menghalang Saidina Ali kwj untuk menduakan puteri baginda; Fatimah al-Zahra’ r.anha dengan anak Abu Jahal. Bahkah, baginda bukan hanya menghalang Ali k.w.j menduakan Fatimah r.anha, namun baginda juga menghalang semua puterinya untuk dimadukan menurut hadith Shahih Bukhari dan Muslim.

Baginda menghalang daripada menduakan puteri-puterinya adalah kerana ingin menjaga agama mereka dan untuk kepentingan akhirat mereka, lantaran takut agama mereka akan rosak disebabkan cemburu. Begitu menurut Imam Nawawi.

Apa peliknya? Tentunya Islam merupakan agama yang sangat meraikan fitrah. Maka, dalam mempersoalkan fitrah berkasih, lumrah kekasih pasti tidak rela cintanya diduakan. Dalam kitab Raudhatul Muhibbin sendiri mengatakan bahawa, fitrah cinta itu mengharapkan penunggalan cinta daripada kekasihnya. Walau sebanyak manapun kita mencintai, kita tidak dapat menafikan ada satu cinta yang kita paling cenderung padanya.

Dalam isu poligami ini, Islam sangat mendengar dan memahami suara hati wanita. Maka, sekiranya si isteri tidak merelakan suaminya untuk berpoligami, kerana risau akan merosakkan agama dan akhiratnya, si isteri berhak memohon untuk diceraikan dan dihormati keputusannya. Ini kerana, dia berhak untuk menjaga agamanya sendiri, lantaran dirinya jualah yang paling memahami perasaannya dan tahap cemburunya. Malah, khulu’ (tebus talak) juga dibenarkan jika si suami enggan menceraikannya. Inilah yang ingin saya katakan di sini, berkenaan hak-hak isteri yang sering dipinggirkan dan dihukum nusyuz oleh golongan-golongan yang tidak memahami. Walhal, sirah sendiri menunjukkan bahawa Fatimah al-Zahra’ sendiri memohon untuk dibebaskan jika Ali k.w.j ingin berpoligami.

Menurut Imam al-Ghazali dan ulama’-ulama’ lain, mereka menegaskan bahawa tiada paksaan dalam perkahwinan. Dengan demikian, wanita itu bebas menerima atau menolak dimadu. Sekiranya sebelum perkahwinan, si isteri khuatir akan dimadukan oleh si suami, dia boleh mengajukan syarat itu dalam perjanjian perkahwinannya (syarat ta’liq). Dan si suami pula, perlu berpegang teguh pada perjanjian itu, sekiranya tidak, hendaklah dia menceraikan isterinya. Ini kerana, hubungan keluarga perlu dibina atas dasar taqwa, keadilan dan kedamaian.

Kesimpulan

Poligami itu harus dilakukan, dengan pertimbangan yang sangat berat dan serius. Bagi wanita, tidak salah untuk mempersoalkan dan ingin mengetahui atau bertanya mengenai hak-haknya, ini kerana Islam tidak menghalang sesiapapun untuk bersuara mendapatkan kebenaran. Bahkan, persoalan-persoalan agama, amat penting untuk mendapatkan jawapannya, jika di hati ada persoalan yang tidak terungkai, kerana takut-takut ia akan membarah hingga membunuh agama seseorang. Namun, dalam bersuara, Islam meletakkan batas-batasnya. Jangan menjadi terlalu taksub kepada salah satu ideologi/pandangan, nescaya taksub itu akan memakan kebenaran walau di depan mata. Bersuaralah dengan ikhlas untuk mencari kebenaran, insyaAllah, Allah Yang Maha Memahami akan menunjukkan jawapannya.

Kepada lelaki, takutilah untuk berlaku zalim kepada wanita, khususnya dalam isu perkahwinan. Sayangilah wanita pendampingmu, selagimana wanita itu masih mentaatimu dalam melaksanakan agama dan tanggungjawabnya, dan telah melengkapi keluargamu dengan sakinah, mawaddah dan rahmah….



19 comments:

  1. actually hukum asal poligami adalah harus, tp ia boleh menjadi sunnah, makruh atau haram bergantung kepada keadaan.

    ReplyDelete
  2. Hadi: Aah, betul tu...nak dimuatkan dalam ni semua perkara, banyak sangat...:)

    ReplyDelete
  3. http://anakperantaubah.blogspot.com/2012/08/konflik-keharusan-poligami.html

    ReplyDelete
  4. Apa pun x ramai yg mampu berpoligami...boleh di bilang dengan jari. ambillah hikmah di sebalik poligami kerana Islam itu mampu selesaikan segala masalah manusia.

    ReplyDelete
  5. bagaimana pula kalau kita mengatakan kahwin ramai atau poligami adalah rukhsah..

    ReplyDelete
  6. Azuwa Hasan: Betul la tu, poligami juga adalah rukhsah..

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih diatas pencerahan ini... Dulu hampir buah mulut orang mengatakan ianya adalah sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibn Sharom: Tak ramai llki yg mgiakn hal ni, msh rmai brpgg ia dglkkn..

      Kita hny mmhmkn mne yg mmpu..neway, syukrn sudi bce..:-)

      Delete
  8. Travelog Hamba: Pandangan ust mcmne plak?

    ReplyDelete
  9. Mcm mna dgn masalah bil wanita yg mlebihi bil llki, rmi andrtu dn balu msalah sosial sprt zina dn lesbian bgaimna nk mngatasinya ssungguhnya islam itu agama yg smprna apa pn setiap per d dunia ni ada kbaikn dn kburukn bkn kta poligami saja mlh mkn, tido, ketwa, mnangis dll tu smua fitrah yg d jdk oleh Allah pn ada masalah trsndiri. Kita tolak 1 masalah akn dtg 1000 masalh lain lbh baik kita atasi msalah InsaAllah akn slsai masalah. Kpd yg ingin brpoligami prbnyakkn dn tingkatkn amalan yg wajib dn sunat mtk prtolongan Allah dlm mgatasi apa jua masalah klu kita dkt dgn Allah, Allah akn lbh dkt dgn kita. Walaupn poligami bkn sunah (mnurut pnulis blok ini) tapi beranikah kita mngharamkn apa yg sudah dihalalkn oleh Allah...mtk maaf jika ada yg trsinggug waallah hu alam.....

    ReplyDelete
  10. Rosman Gondo: Saya sedikitpun tidak mengeluarkan ayat bahawa poligami itu haram. Dan saya tidak pernah mengharamkannya. Hanya menerangkan hukum asal poligami sahaja.

    Sesungguhnya Islam memang sudah pun sempurna, tinggal bagaimana cara kita memahaminya dan menyempurnakan hidup dengan kesempurnaan Islam.

    ReplyDelete
  11. sesungguh Allah swt Maha Mengetahui segala isi hati setiap hambanya,maka berniatlah dan berpeganglah semata-mata kerana Allah swt.Dan hanya kepadaNya kita akan dikembalikan

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. poligami bukan dihalalkan utk tujuan menyelesaikan masalah bilangan wanita ramai, andartu atau pun masalah sosial.

    ReplyDelete
  14. Salam

    Ukhti Sakinah - Allahu yahfazuki,

    Dr pengamatan peribadi saya, pemilihan title topic ni agak kurang cermat kerana ia boleh membawa kpd misleading. Ini krn pd hemat saya, penulis gagal membezakan istilah Sunnah yg digunapakai bg menggambarkan satu sumber hukum yakni apa yg menjadi amalan Nabi SAW dan juga sahabat2 baginda ridhuanAllahi alayhim.

    Adapun sunat jika dikaji dr kaca mata Ahkam Taklifiyah - Usul Fiqh, maka polygamy hukumnya boleh berubah2 mengikut keadaan dr WAJIB, Mandub (org Melayu kita guna term sunat yakni digalakkan), Mubah (Harus), Makruh malah ia boleh menjadi HARAM.

    Jd jika definasi ini menjadi kayu pengukur maka sepatutnya konklusi dan juga refleksi tajuk article spttnya menggambarkan bahawa polygamy merupakan antara sunnah2 Nabi SAW dan juga para sahabah2 baginda RA kerana jelas sekali mereka mengamalkannya.

    Akan tetapi hukum melakukan poligamy boleh berubah2 mengikut keadaan semasa bergantung kpd variables.

    Jadi topik "Poligamy Bukan Sunnah" pada pandangan peribadi saya, kurang tepat dan pemilihan tajuk yg kurang daqiq.

    WAllahu wa rasuluhu a'lam

    ReplyDelete
  15. Salam

    Ukhti Sakinah - Allahu yahfazuki,

    Dr pengamatan peribadi saya, pemilihan title topic ni agak kurang cermat kerana ia boleh membawa kpd misleading. Ini krn pd hemat saya, penulis gagal membezakan istilah Sunnah yg digunapakai bg menggambarkan satu sumber hukum yakni apa yg menjadi amalan Nabi SAW dan juga sahabat2 baginda ridhuanAllahi alayhim.

    Adapun sunat jika dikaji dr kaca mata Ahkam Taklifiyah - Usul Fiqh, maka polygamy hukumnya boleh berubah2 mengikut keadaan dr WAJIB, Mandub (org Melayu kita guna term sunat yakni digalakkan), Mubah (Harus), Makruh malah ia boleh menjadi HARAM.

    Jd jika definasi ini menjadi kayu pengukur maka sepatutnya konklusi dan juga refleksi tajuk article spttnya menggambarkan bahawa polygamy merupakan antara sunnah2 Nabi SAW dan juga para sahabah2 baginda RA kerana jelas sekali mereka mengamalkannya.

    Akan tetapi hukum melakukan poligamy boleh berubah2 mengikut keadaan semasa bergantung kpd variables.

    Jadi topik "Poligamy Bukan Sunnah" pada pandangan peribadi saya, kurang tepat dan pemilihan tajuk yg kurang daqiq.

    WAllahu wa rasuluhu a'lam

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.. entry yg sgt bagus.

    Saya pernah terbaca satu luahan suami ttg kawin dua , saya ada tulis semula di blog saya: http://www.ainuldzuha.com/2014/05/suami-kahwin-dua.html

    agak kelakar but very deep...

    ReplyDelete
  17. ini adalah penolakan yang berlandaskan nafsu semata-mata tanpa ada apa-apa dalil dan bukti kebenaran dari sumber dasar agama islam al-quran dan sunnah. Puak liberal pejuang kebebasan pengikut hawa nafsu. Bertaubatlah, semoga Allah memberi hidayah kepada mu. ketahuilah kerosakan yang telah lakukan amatlah besar terhadap ummah ini.

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum kpd mrk yang masih membaca artikel saya ini. Di sini saya ingin menerangkan bahawa artikel ni ditulis atas kesedaran bahwa poligami di Malaysia mmbawa kpd lebih keburukan dan fitnah, tnpa menafikan poligami ini mmg ada diamlakn oleh Nabi dan sahabat.

    Jadi, tiada niat di hati untuk menafikan keharusan poligami ni. Seperti yang saya maklumkan di atas, bagi saya poligami itu harus. dan ini adalah salah satu sisi pandang dalam dunia keilmuan brkatian poligami. dan kita diseru untuk tidak taksub kepada mana-mana pandangan sehingga menolak pandangan yang berbeza dgn kebiasaan kita.

    bagi saya, tajuk yang saya ketengahkan dalam artikel ini adalah lebih kepada untuk menarik minat pembaca memahami isi kandungan yg ingin saya sampaikan. itu sahaja.. btw, terima kasih utk komentar kalian..;)

    Siru 'ala barakatillah..:)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)