Saturday, January 7, 2012

Kisah Dakwah Seorang Aisya


"Huh! Ibarat mencurah air ke daun keladi sahaja menasihati dia." Ngomel Aisya. Masam mukanya sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

“Kenapa ni, Aisya? Apa yang berlaku?” Tanya Asiyah, rakan sebiliknya.

“Urm..tak ada apalah. Kawan saya tu, yang saya ceritakan dulu. Saya ingatkan dia sudah faham dan ingin berubah, tapi rupa-rupanya dia seolah-olah hanya berlakon di hadapan saya. Dia rupanya masih berhubungan dengan lelaki tu.” Adu Aisya.

"Sabar...insyaAllah ada hikmahnya tu. Allah nak menguji keistiqamahan Aisya menasihati dia, sebab itulah Allah bagi ujian seperti ini.” Nasihat Asiyah meredakan emosi Aisya yang sedari tadi masam sahaja raut wajahnya selepas berjumpa kawannya di fakulti tadi. Entah apa yang berlaku, Asiyah tidak dapat meneka. Yang dapat diteka, ada kaitannya dengan Sarah, kawan sekuliah Aisya.

*********

Aisya merupakan seorang pelajar pengajian Islam di sebuah IPT terkenal dan juga merupakan seorang muslimah yang dilihat sebagai contoh kepada kawan-kawannya yang lain. Perwatakannya yang solehah, membuatkan dirinya disenangi oleh sahabat-sahabatnya yang lain. Aisya juga seorang yang tegas dalam mempertahankan pendiriannya, yang membuatkan dia sentiasa dihormati oleh orang disekelilingnya.

Asiyah pula merupakan seorang pelajar jurusan sains. Berlatarbelakang pengajian agama di sebuah sekolah sains agama yang terkenal di Kedah, membuatkan dirinya tidak memisahkan kehidupannya dengan dunia sains semata-mata. Perwatakan yang tenang dan menyenangkan, simple dan sentiasa menghulurkan senyuman membuatkan Asiyah mempunyai kawan dari pelbagai latar belakang pendidikan.

Ketika bermulanya semestar 3, Aisya dan Asiyah ditakdirkan menjadi rakan sebilik yang membuatkan mereka rapat dari hari ke hari kerana masing-masing mengikat hubungan mereka atas dasar agama dan ukhuwah fillah. Tiada masalah yang tidak pernah dikongsikan menjadikan mereka semakin rapat.

Pada suatu hari, Aisya menceritakan mengenai seorang sahabatnya; Sarah yang merupakan temannya sejak di tahun satu pengajian. Sarah juga pelajar pengajian Islam, namun perwatakannya tidak seperti Aisya membuatkan Aisya menjadikan Sarah ini sebagai mad’unya yang sentiasa didekatinya dengan pendekatan dakwah fardiah. Satu perkara yang ingin diubah oleh Aisya ialah hubungan Sarah dengan lelaki. Aisya tahu bahawa Sarah mempunyai seorang teman lelaki atau couple.

Tindakan Aisya yang tidak jemu-jemu menegur dan menasihati Sarah dari hari ke hari dengan pelbagai pendekatan akhirnya dilihat seolah-olah memberikan kesan kepada Sarah untuk berubah. Hari ke hari Aisya melihat Sarah semakin kurang menceritakan perihal si dia dan mesej di telefon bimbitnya juga tidak menunjukkan tanda-tanda mereka kerap berhubungan lagi. Perwatakan Aisya yang juga dilihat semakin cenderung dengan kuliah agama, pengisian rohani dan perkara berkaitan agama mebuatkan Aisya menjadi senang dan turut bergembira. Aisya beranggapan dakwahnya sedikit demi sedikit menunjukkan kesan kepada Sarah. Aisya berasa bahagia dengan perubahan itu, dan diceritakan kepada Asiyah.

**********

Selesai solat Asar berjemaah di bilik, tanpa dipinta Aisya menceritakan kepada Asiyah perkara yang berlaku yang membuatkan dia agak marah dan geram sepulangnya tadi dari kafe.

“Sebenarnya saya tengah geram dan rasa kecewa dengan tindakan Sarah. saya sedih juga sebenarnya. Urm...” Aisya memulakan cerita.

“Ok, cuba Aisya cerita, apa sebenarnya yang berlaku? Saya tak fahamlah.” Pinta Asiyah.

“Macam ni ceritanya......... Setelah hampir satu semestar saya jadi roomate awak, di pertengahan semestar tiga ini juga lah, benda ini nak berlaku. Tadi kan, Aisya berjanji untuk berjumpa dengan Sarah di sebuah kafe kolej pada jam 3 petang untuk memberikan nota pelajaran kepada Sarah, Aisya rancang nak datang awal daripada masa yang dijanjikan untuk makan tengahari. Jadinya, selepas selesai solat zuhur tadi, Aisya terus bergerak ke kafe kolej Sarah, untuk makan tengahari.

Sesampai sahaja di kafe, Aisya terlihat Sarah bersama teman lelakinya yang Aisya pernah ceritakan dulu, berdua-duaan di sebuah meja makan yang berada di hujung kafe. Turun naik degup jantung Aisya melihat perkara tersebut hanya Allah sahaja yang tahu. Aisya rasa kecewa dan ditipu. Selama ini Aisya anggap Sarah faham dengan nasihat-nasihat Aisya. So, Aisya terus berjalan menuju kepada Sarah, memberi salam dan menyerahkan nota yang dijanjikan. Muka Aisya waktu itu, memang sangat sedih. Sarah seolah terkejut, terkedu dan terkelu lidah. Dia terdiam. Mungkin dia takut dengan Aisya, tak tahulah. Sejurus memberi nota tersebut, Aisya terus pulang ke sini dalam keadaan sedih dan sebak. Hampir-hampir sahaja Aisya menangis.

Dalam masa yang sama, Aisya merasakan sia-sia menasihati Sarah, dan berniat untuk menjauhi Sarah. Aisya tak tahulah nak kata apa lagi, Aisya cuma tahu sekarang ni, Aisya sangat-sangat kecewa dengan tindakan Sarah.” Aisya menundukkan wajah selepas habis bercerita.


Asiyah hanya melihat tindakan sahabatnya itu, dan tersenyum. Lalu Asiyah berkata :

“Aisya, sejak bila Aisya putus asa dan kecewa ni? Bukankah Aisya seorang yang tegar dan bersemangat?”

Aisya memandang Asiyah dengan wajah polosnya. “Asiyah, saya juga manusia biasa, ada rasa kecewa dan putus asa. Saya bukan insan sempurna. Urm....”

“Ya, saya tahu. Saya juga bukanlah insan sempurna untuk menasihati Aisya. Macam nilah, Aisya ingat tak apa yang Ustaz Idola kita tu selalu cakap? Saya suka dengan pegangan dia memotivasikan diri dalam perjuangan. Dia pernah bagi satu ayat dalam kuliah dia dulu, kalau Aisya masih ingat, kan Allah ada cakap, janganlah kamu berputus asa dan janganlah jua kamu bersedih, sesungguhnya kamu adalah yang tinggi di sisiNya jika kamu beriman. Macam tulah maksudnya, saya pun tak ingat sangat. Mungkin awak lagi ingat.

Dalam ayat tu jelas sangat, tak perlu rsanya untuk saya terangkan. Cuma untuk sama-sama kita ingat. Memang ada naik turunnya dalam perjuangan. Dakwah ini juga perjuangan. Memang kita akan down, tapi cuba kita tiru ustaz sikit-sikit kalau tak dapat banyak, kan kita pernah tanya ustaz, samada ustaz pernah rasa kecewa atau putus asa dalam perjalanan perjuangan. Aisya ingat lagi tak ustaz jawab apa?” tanya Asiyah tepat memandang Aisya.

“Ingat....dia kata dia tak pernah rasa kecewa dan putus asa. Sebab bagi dia tak ada istilah tu dalam perjuangan. Dia rasa tak layak untuk dia rasa macam tu, jika dibandingkan dengan perjuangan dia yang masih di tahap biasa, berbanding pejuang-pejuang dulu. Dan satu lagi, sebab dia pegang pada ayat Allah tadi tu.” Turun naik suara Aisya menjawab.

“Alhamdulillah, dah la, tak perlu rasanya saya terangkan lagi. Pastinya itu dalam bidang awak, berbanding saya ni sibuk mengkaji sains. Hehe...

Biasalah tu Aisya, saya pun pernah rasa macam awak rasa hari ini, memang sedih plus kecewa, tapi cuba muhasabah diri balik. Dan anggap ini ujian Allah kepada kita. Aisya sendiri maklum kan, kita akan sentiasa diuji dalam medan ni. Kata-kata yang kita ucapkan akan diuji, tindakan kita akan diuji, dan macam-macam lagi. Semua tu sebab Allah. Dia tak nak kita rasa kita dah berada di tahap selesa, Dia nak uji istiqamah, kebergantungan, pengharapan dan sikap kita juga sebenarnya.

Untuk tindakan Aisya nak jauhi Sarah, saya rasa itu tindakan emosi. Mungkin awak terfikir macam tu ketika awak sedang dikuasai emosi, sekarang saya pasti awak pasti tak nak buat macam tu kan? Sebab saya tahu, awak sayangkan Sarah, dan saya pasti juga, Sarah sayangkan awak. Cuma mungkin dia perlukan masa. Kita tak boleh nak ubah orang sekelip mata, Aisya. Semua orang perlukan masa.

Aisya tahu kan, masa adalah ubat terbaik untuk memberikan kesedaran. Jangan terburu-buru inginkan kesan, tapi bersabarlah, kerana dengan berkat kesabaran itu, awak akan tengok kesan yang jauh lebih baik, yang insyaAllah akan datang dari hati dia sendiri untuk berubah. Ketika itu, awak tak perlu lagi untuk sentiasa di sisi dia menasihati, bahkan mungkin dia pula yang menjadi orang yang akan menasihati orang lain. Ketika itu, awak tak perlu lagi takut memikirkan untuk berjauhan dengan dia, sebab dia dah boleh bina diri sendiri. Sebab perubahan dia bukan disebabkan suruhan awak, bukan disebabkan orang lain, tapi disebabkan kesedaran yang lahir dari hati dia. Dan kesedaran yang lahir dari hati inilah yang akan membuahkan bunga-bunga yang indah dan segar. Yang sangat harum, mungkin macam bunga tulip, yang awak suka...” Panjang lebar Asiyah memberi penerangan, sedikit demi sedikit Asiyah juga sedang memuhasabah dirinya sendiri.

Aisya tersenyum. Lafaz kesyukuran terlontar lantaran bersyukur mempunyai sahabat seperti Asiyah yang merupakan penasihat, pemberi semangat dan pemuhasabah yang baik selain sebagai teman yang sangat baik.

“Alhamdulillah, terima kasih Asiyah. Banyak saya dapat belajar dari awak. Asiyah memang terbaik! Saya sayang Asiyah. Insya Allah, semangat saya kembali mengetuk pintu. Dan saya dah buka pintu seluas-luasnya untuk dia masuk. Semuanya atas keberkatan nasihat Aisyah yang sangat berharga. Saya akan cuba untuk mendekati Sarah terus-terusan. Saya tak akan putus asa, saya nak cuba jadi macam Ustaz Idola kita tu. Mungkin jika bukan sekarang dia berubah, saya akan sabar menunggu perubahan dia. InsyaAllah, moga ada nilaian di sisi Allah....”

“InsyaAllah, mudah-mudahan...” Asiyah senyum menutup perbualan.

Aisya melontarkan pandangannya keluar, cuba mencari keikhlasan dan mula berazam untuk berterusan melaksanakan tugasan dakwah, agar menjadi intipati kehidupannya sehingga ke akhirnya.

~Tamat~

**********

Kisah ini hanya rekaan, namun begitu ianya datang dari beberapa faktor. Benarlah sahabat-sahabat, kita ini bukanlah orang yang kuat, dan akan juga mengalami kekecewaan. Namun apa yang ingin saya tekankan dalam kisah ini ketika berhadapan situasi seperti ini ialah...

Keyakinan kita kepada janji Allah.

Perlunya sahabat sefikrah, yang boleh menjadi penguat dan penasihat yang baik di sisi.

Keikhlasan.

Saya sengaja tidak menghabiskan cerita tentang Sarah, kerana apa yang akan berlaku pada watak seperti Sarah, andalah yang tentukan.

Maka di sini, sebelum saya mengakhiri kalam penulisan ini, saya mengajak sahabat-sahabat dan khasnya diri saya sendiri untuk bermuhasabah dan betulkan niat.

Saya mengajak untuk istiqamah dalam gerak kerja Islam.

Saya mengajak untuk kita perhebatkan dakwah, dengan perhebatnya tarbiyah ruhiyah.

Mungkin saya sendiri sedang diuji dengan kata-kata saya, saya berdoa moga ditetapkan dalam iman, dan dapat melaksanakan apa yang saya katakan.

Wallahu a’lam.

P/S :
Anda adalah sahabat yang saya sayang keranaNya. Dan jika saya menegur, itu tandanya saya sangat sayangkan anda. Dan ingatlah, saya bukanlah sempurna, sebab itu saya juga memerlukan anda untuk menegur salah dan silap saya. Sayangilah saya juga kerana Islam dan kerana Allah, moga anda tergolong dalam rahmatNya. Amin.


5 comments:

  1. terbaeeeeek!...moga thabat sokmo dlm medan dkwah.....tp cm pnh dgr je kisah ni...:)

    ReplyDelete
  2. Dri sudut cerpen ada 2 benda..

    “Sebenarnya aku tengah geram dan rasa kecewa dengan tindakan Sarah. Aku sedih juga sebenarnya. Urm...” Sarah memulakan cerita.

    - Yang pertama, Mungkin bukan Aisya kot yang memulakan cerita..
    - Yang kedua, kata ganti diri Aisya tak konsisten dalam penceritaan ni, dalam dialog ini membahasakan diri aku, dan yang lain membahasakan nama saya.. Mungkin tgh marah kot time ni..

    Apapun, jalan cerita yang menarik. La tai'asu min rauhillah..

    Kita buat kerja kita, kerja tuhan bialah Allah sahaja yang tentukan, tak perlu untuk kita sibuk buat kerjaNya..

    ReplyDelete
  3. Anomymous : Syukran, tapi cerita ni baru direka malam tadi, pernah dengar di mana ye?

    Ust Azan : Ana tak perasan pula part tu.

    Dan yang pertama-kenapa pula bukan Aisya yang mulakan cerita?
    Yang kedua-ana memang sengaja, mungkin sbb ana malas dah nak edit. :)

    Anyway, komen yg baik dn membina.

    Innaka la tahdi man ahbabta, walakinnallaha yahdi man yasya'...
    Wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  4. Ana rasa ralat kat komen ana kat atas..
    * Mungkin bukan Sarah kot yang memulakan cerita tapi Aisya (sebenarnya..)

    ReplyDelete
  5. Ust Azan : Aah...silap2...ok...tq. :)

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)