Wednesday, January 11, 2012

..:: Hatiku Untuk Abah ::..


Sejak beberapa hari yang lalu, saya maklum bahawa abah akan ke India (keluar dakwah) bersama-sama jemaah tabligh yang lain. Tapi saya kira seperti biasa beberapa tahun lepas, abah akan pergi dalam tempoh 40 hari sahaja. Makanya tidaklah saya merasa sedih dan sentiasa mendoakan Allah permudahkan urusan beliau.

11 Januari 2012.

Saya telefon along dengan tujuan untuk berbual-bual bertanya khabar, dan sebelum itu, saya telahpun menelefon adik saya yang berada di rumah dan kami berbual panjang, termasuk juga saya berbual dengan abah, mak dan hafiz si adik bongsu. Tapi lain yang saya dapat ketika saya berbual dengan along. Rupa-rupanya abah akan ke India dan Bangladesh jugak selama 4 bulan. Ya, 4 bulan di sana.

Terkejut saya dan seperti tidak percaya. Tapi saya tahu, itulah impian abah sejak dulu (untuk keluar 4 bulan walaupun hanya sekali seumur hidup), dan mak menyokong dengan sepenuh sokongan. Maka kali ini, Allah mempermudahkan urusan beliau sejak lama berusaha untuk keluar selama 4 bulan pada tahun ini.

Sekali lagi saya menelefon rumah untuk mengetahui cerita sebenar. Ya, sememangnya abah akan keluar 4 bulan, kata adik saya. Saya hanya mampu berdiam diri. Tiada rasa apa.

12 Januari 2012.

Jam 12.00 tengahari, berniat untuk sambung membaca nota exam, sambil mendengar lagu, tiba-tiba hati rasa sedih dan air mata mengalir tak semena-mena kerana teringatkan abah. Terus sayu apabila memikirkan abah akan meninggalkan kami dalam tempoh 4 bulan. Selama ini dalam sebulan lebih sahaja, kali ini 4 bulan. Keadaan baru yang kami perlu hadapi, tanpa abah di sisi selama 4 bulan. Konsentrasi saya hilang menyebabkan saya membuka word untuk menulis, kerana tidak tahu ingin meluahkan kepada siapa. Saya memilih untuk dikongsikan di sini.

Bukanlah niat saya, saya tidak ingin merelakan abah, bahkan sebaliknya. Saya sentiasa mendoakan abah berjaya dalam apa jua urusannya dan dipermudahkan Allah. Walaupun jalan kami agak berbeza, tapi saya yakin, mereka juga berniat untuk memperkenalkan Islam dan menerangkan Islam kepada masyarakat dunia. Abah saya ada pendiriannya sendiri dalam matlamatnya membawa Islam, dalam masa yang sama beliau tidak pernah mengkritik cara pembawaan saya. Walau kadang-kala beliau ada juga menghalang, namuan semuanya atas dasar kerisauan.

Dan kini saya juga risau dan sedih. Fikiran jahat memikirkan takut sesuatu akan berlaku dalam tempoh 4 bulan tersebut, tapi akal yang waras berpandukan keyakinan kepada Allah, saya meletakkan sepenuh keyakinan kepada Allah untuk menjaga dan melindungi abah di sana ketikamana kami tiada bersamanya.

Agak terkilan kerana lambat mengetahuinya, tapi bersyukur kerana sempat mengetahuinya sebelum abah bertolak ke sana (InsyaAllah pada Isnin nanti). Saya pasti bahawa saya akan sangat-sangat merasai ketiadaan beliau kerana saya sangat rapat dengannya dan kalau telefon rumah, mesti telefon abah. Dan borak sampai kawan kata saya cakap seperti cakap dengan kawan.

Dalam keadaan ini, terfikir juga, ini perasaan saya sebagai seorang anak. Apakah pula rasa mak saya sebagai seorang isteri? Saya memang bangga mempunyai mak seperti beliau kerana pengorbanan beliau saya telah lihat sejak kecil lagi. Biarlah orang kata apa, asalkan kami sekeluarga tahu matlamat kami. Dan abah bukan meninggalkan kami dalam keadaan menyusahkan kami, malah persediaan telah beliau sediakan untuk kami. Dan kekuatan mak ialah, mak sentiasa yakin dan berpegang kepada janji Allah dalam usaha dakwah ini.

Akhir kalam, tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan mendoakan keselamatan abah dan perlindungan Allah ke atas beliau agar selamat pergi dan selamat kembali dan juga mak yang berada di sini (kerana lepas kepergian abah, mak dan Hafiz sahaja yang akan ada di rumah, disebabkan anak-anak yang lain masing-masing berada di tempat pengajian). Doa saya akan sentiasa mengiringi mereka. Hanya Allah jualah sebaik-baik sandaran harapan. 


P/S - Moga sahabat pembaca juga turut mendoakan keselamatan abah saya di sana.  Syukran.

اللهم اغفرلي ولوالدي وارحمهما كما ربياني صغيرا
                          

9 comments:

  1. Allahumma Ameen.. Baca entri ni derngan lagu dalam blog us ni, memang menyentuh hati..

    Semoga semuanya berjalan dengan baik atas kehendak Allah..

    ReplyDelete
  2. Amin... syukran ust krn turut mendoakan...

    ReplyDelete
  3. kinah..jangan sedih2., U've to be proud with ur father..ur hero..! ^^

    ReplyDelete
  4. don't be sad.. u must be proud of ur father.. ur hero.. :)

    ReplyDelete
  5. Kak Hamiza... insyaAllah, xsedih dah, cuma akan merindui.
    And of coz, i am proud to be his daughter.. my hero.. (^_^)

    ReplyDelete
  6. Saya nak abah saya.....beliau akn bertolak jumaat ni, huhu

    ReplyDelete
  7. Beruntung la kita ada abah..
    orang lain, lagi la tak ada abah...
    cuma ada ayah, papa, bapa, abi...(hu2, sekadar panggilan)

    Beruntung pula bagi yang ada abah, papa, ayah, bapa, abi...
    sebab ada orang yang sudah tak punya ayah...

    Bersyukurlah...
    Mendapat abah seorang pejuang agama...
    Ada orang, ayahnya penagih dadah...
    Ada orang, ayahnya penjahat...
    Ada orang, ayahnya ....

    Bersyukurlahhhh...Bersyukurlahhhhhhhhh
    Wahai hati yang merindui abahnya...
    Moga kerinduan ini terubat di syurga yang hakiki...

    p/s : meh la akk jadi abah kinah utk 4 bulan ni.. berehhh!!!

    ReplyDelete
  8. Ye kak...saya bersyukur.... cuma meluah je. Tak semestinya bila seseorg meluah mcmni, mnunjukkn dy tak bersyukur, cuma as a normal person...sje nk berkongsi rasa. dahla akk xnk layan saya.... hehe... :p

    p/s: ntila sy prtimbgkn prmintaan akk tu..hehe

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)