Alhamdulillah..!!
Hari yang sangat menarik..segala yang dilakukan tanpa
sebarang perancangan dan sangat lari daripada perancangan asal saya sendiri.
Bermula dengan saya merancang untuk menghabiskan seluruh masa
pada hari ini untuk menyiapkan tugasan-tugasan tutorial dan persatuan, akhirnya
lain yang Allah lorongkan untuk saya bermula seawal pagi hari ini..
USrAH!
Bersama adik-adik yang sweet, baik dan punyai hati-hati yang
bersih membuatkan saya merasa seronok dan sedikit terlupa untuk melakukan
kerja-kerja yang kononnya bertimbun (disebabkan salah sendiri)…
Nasi lemak sambal tumis bersama telur goreng disediakan oleh
adik2 usrah dan saya hanya menumpang sekaki untuk makan sekali bersama seorang
lagi sahabat lain. Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini.
Point utamanya adalah pegisian usrah tersebut yang agak
menarik bagi saya. Usrah yang membincangkan berkenaan ukhuwah. Ya..ukhuwah yang
kadang-kadang dianggap remeh khasnya dikala semua insan sedang sibuk berjuang
dan berjuang di medan masing-masing, lalu timbulnya sifat mengabaikan sentimen
ukhuwah yang akhirnya mampu mencambah masalah demi masalah dalam sebuah
gerakan.
Bila disebut tentang ukhuwah, apa yang dapat saya kongsi
daripada usrah tadi adalah ukhuwah melibatkan komitmen. Betul juga. Tidak pernah
saya terfikir tentang hubungan di antara kedua perkara ini sehinggalah pada
pagi tadi, ini adalah seolah-olah benda baru yang saya dapat.
Benarlah, ukhuwah adalah melibatkan hubungan di antara dua
pihak atau lebih. Sering kita mendengar tentang ayat ‘ bertepuk sebelah tangan ‘
dalam hal-hal hubungan yang tidak mendapat balasan. Itu adalah komitmen! Tiada balasan
adalah tiada komitmen. Mana mungkin seseorang itu akan mengatakan bahawa dia
merasakan manis dan bahagia dengan ukhuwah tersebut jikalau hanya dia sahaja
yang berusaha memaknakan ukhuwah tersebut tanpa mendapat respon yang baik
daripada mereka yang dituju. Hanya memberi setiap masa tidak akan mampu
melahirkan kemanisan dalam perhubungan kerana pada satu masa kita juga ingin
menerima dan mereka juga perlu menjadi orang yang memberi.
Komitmen dalam ukhuwah islamiyah dengan ukhwuah biasa-biasa
yang bukanlah didasari atas dasar LiLlahi Ta’ala, adalah berbeza. Komitmen dalam
ukhuwah islamiyah yang berasaskan sayang semata-mata kerana Allah pastinya
adalah lebih manis jika dibandingkan dengan ukhuwah biasa yaitu tanpa rasa berukhuwah itu adalah kerana Allah.
ini adalah kerana ukhuwah kerana Allah ini tidak bergantung kepada material atau
nafsu berbanding ukhuwah selain itu yang mungkin komitmen diberi kerana
inginkan satu-satu kepentingan peribadi.
~sahabat yang baik, dia akan sering mengingatkan kita~
Antara contoh yang diberi adalah apabila seorang A dan B
berukhuwah, si A selalu berusaha melakukan sesuatu seperti merancang untuk
bersukan bersama, makan bersama, rehlah dan sebagainya yang diusahakan untuk
mencapai kemanisan ukhwuah, namun si B sering memberikan respon yang negatif
terhadap usaha tersebut, pastinya di A tidak akan declare bahawa dia mempunyai
ukhuwah yang manis dengan si B. kerana perkara yang perlu dilakukan untuk sama-sama
memaknakan dan merasai kemanisan ukhuwah adalah tindakan si B yang sepatutnya
menyambut baik cadangan-cadangn yang dilakukan oleh si A dan si B juga
seharusnya bertindak untuk merancang pula untuk si A. dan macam-macam lagi. Hinggakan
ukhuwah tersebut akan terasa manis dan sentiasa meningkat dari satu tahap ke
tahap lain.
Hinggakan rasa sayang dan rindu bertambah bila tidak berjumpa. Dan bila disebut ukhuwah islamiyah, pastilah ia adalah ukhuwah di atas landasan syariat yang benar dan dipelihara tanpa dicemari oleh anasir-anasir yang mampu merosakkan keberkatan ukhuwah itu.
Hinggakan rasa sayang dan rindu bertambah bila tidak berjumpa. Dan bila disebut ukhuwah islamiyah, pastilah ia adalah ukhuwah di atas landasan syariat yang benar dan dipelihara tanpa dicemari oleh anasir-anasir yang mampu merosakkan keberkatan ukhuwah itu.
Hanyalah perkongsian untuk manfaat bersama.
Selamat berfikir dan bertindak untuk mendapat manisnya berukhuwah kerana Allah~
Selamat berfikir dan bertindak untuk mendapat manisnya berukhuwah kerana Allah~
Wallahu a’lam…
*p/s: Cubalah buat sesuatu untuk orang yang anda sayang…(^_^)
~Berdoa moga
dikurniakan sahabat2 yang sering berada di sisi dalam setiap keadaan~
nice :)
ReplyDelete