Thursday, December 29, 2011

~ Tiada Kata ~


Dikala aku menyelak al-Quran melihat kembali ayat ini, aku akan selalu teringat dan teringat... Pastinya aku bukanlah yang sempurna, namun ku bersyukur kerana di pilih untuk bersama2 tenteraMu ya Allah, di jalan ini....aku mohon kekuatan untuk berada dalam kenikmatan ini sehingga ke akhir hayatku. Amin...

Firman Allah SWT  dalam Surah al-Taubah ayat 38 - 42 yang bermaksud : 

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

40. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). "

Benarlah kata2 Allah...

Ya Allah,
Kadang-kadang apa yang aku inginkan,
Aku lihat ia semakin jauh dan menjauh,
Aku berlari untuk mengejarnya,
Memastikan ia kembali semula kepadaku…

Namun Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui,
Semakin ku kejar,
Semakin jauh aku melihatnya pergi,
Aku tidak mampu ya Allah,
Tak mampu untuk melihatnya pergi
Setelah lama aku bersamanya…

Ya Hannan, Ya Mannan,
Aku tahu Kau sentiasa merancang yang terbaik buatku,
Aku sedar semuanya Ya Allah,
Namun aku masih jua mengharap,
Agar ia kembali semula kepadaku,
Kembali menyokong kata-kataku,
Kembali menjadi penguatku ketikaku lemah,
Kembali menjadi penenang ketika aku resah…

Tapi Ya Allah,
Mengharapkan kemungkinan itu berlaku,
Aku tidak akan pernah puas berdoa,
Berdoa memohon dan mengharap,
Agar ia bukanlah takdir yang sebenar,
Mengharapkan ada cahaya di hadapan,
Kerana aku tidaklah termasuk dalam golongan
Yang lupa dan putus asa terhadap rahmatMu…

Mungkin inilah ujian buatku,
Setelah aku memilih untuk berada di jalan ini,
Setelah aku bersumpah taat setia,
Ketika itu aku sedar,
Lafaz janji tersebut bukanlah sekadar kata-kata kosong,
Tapi ia menuntut segunung pengorbanan,
Mungkin inilah pengorbanan itu.

Namun aku pasti Ya Allah,
Walau aku ditinggalkan, dijauhi,
Aku ada Engkau Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang akan sentiasa menemaniku,
Selagi mana aku mengingatiMu…
Kuatkanlah aku Allah,
Untuk thabat berada di jalan ini…

Sesungguhnya Islam tak memerlukan kita,
tapi kitalah yang memerlukan Islam..


~Bandar Baru Bangi~
~1853~
29/12/2012


0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)