Thursday, July 28, 2011

~Luahan Hati untuk Diri~

Wahai diri,

Kau mengatakan cinta kepada Ilahi,

Kau menyatakan kerinduan kepada Ukhrawi,

Namun sejauh mana kau memberi bukti,

Akan benarnya kata-kata yang diberi,

Tentang sahihnya cinta dari hati…

Wahai hati,

Sungguh jika benar kau mencintai,

Mengapa tidak kau mengabdi diri,

Mengapa engkau masih terleka sendiri,

Mengapa tidak engkau bangun mengotakan janji?

Mengapa jua membiarkan nafsu menguasai diri?

Tidakkah engkau malu wahai diri,

Ketika mana engkau melafazkan bai’ah setia kepada Ilahi,

Kau berjanji akan menginfakkan diri,

Memperjuangkan agama ini,

Agar tertegak di atas dunia khalifah ini…

Namun kau sering mengeluh,

Dalam menjalankan tugasan kekhalifahan itu,

Engkau lupa,

Kau lupa bahawa Allah tidak pernah lupa,

Tidak pernah lupa akan bai’ah mu kepadaNya…

Di manakah cita-citamu untuk memenangkan agamaNya?

Meninggikan kalimahNya?

Wahai hati,

Kau juga pernah berjanji,

Untuk melindungi diri daripada sebarang serangan hati,

Memurnikan hati dalam setiap tingkah diri,

Menjauhi mazmumah daripada mamagari hati,

Namun malu untuk aku mengatakan,

Kesediaanmu tidak setanding azammu,

Perlakuanmu tidak setanding kata-katamu,

Kau masih lagi membiarkan hati itu sendiri,

Tanpa sebarang pentarbiyahan,

Begitukah cinta yang engkau canang-canangkan?

Itukah keikhlasan yang ingin engkau persembahkan?

Renungilah wahai diri,

Muhasabahlah wahai hati,

Janganlah biarkan perkara itu berlaku lagi,

Jagalah diri, jagalah hati,

Pasti redha Allah kan menghampiri,

Carilah tarbiyah hati,

Untuk menuju cinta Ilahi,

Moga Allah memberkati…


~bint Mohammad~

~MS Bangi Perdana~

~3:21 am~

0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)