Assalamualaikum warahmatullah...
Alhamdulillah…akhirnya berkesempatan jugak untuk ana menulis sekali lagi di ruangan blog ni. Da lama rasanya meninggalkan blog ni tanpa entry baru… mungkin sedikit sibuk dengan cuti yang dihadapkan dengan banjir dan pengalaman yang luar biasa, kesibukan melayan tetamu yang datang ke rumah, melayan FB dan mcm2 lagi… kalau bab bagi alasan memang xhabis satu ruangan ni…hehe
Oklah, kalau sahabat2 ingat and ada baca, sebelum ni ana ada post entry tentang fitnah yang ana dapat daripada sebuah ceramah kat masjid UKM ni, yang mana ana ada membincangkan mengenai fitnah dalaman, and ana ada janjikan nak sambung entry tersebut dengan entry tentang lafaz2 yang nak digunakan ketika ingin mengelak daripada melakukan maksiat dan fitnah kan? Dan juga mengenai fitnah luaran. So, insyaAllah dalam entry kali ni, ana akan kongsikan tentang perkara tu. Tapi, sebelum tu, mari sama2 kita Istighfar sebanyak 3kali untuk meruntuhkan dinding2 mazmumah dalam hati ni untuk memudahkan ilmu yang akan ana share sikit2 ni msuk dalam hati. InsyaAllah….
Astaghfirullah al-azhim…….. Astaghfirullah al-azhim…….. Astaghfirullah al-azhim……..
Bismillah….post kali ni sedikit panjang, moga dapat memberi sedikit masa untuk membacanya... ;-)...
antara lafaz2 yang diajar oleh ustaz tersebut pada kami di masjid hari tu, iaitu:
1) AYATUL KURSI:
Berdasarkan kisah 2 orang pelajar IPTA yang nyaris2 dirogol ketika dalam perjalanan pulang, seorang daripadanya berjaya melarikan diri, dan seorang lagi tidak berjaya dan hampir2 dirogol oleh seorang lelaki India, dan sesempat masa yang ada, pelajar perempuan tersebut membaca ayatul Kursi, dan lelaki tersebut terus membantutkan niatnya dan berlari ketakutan daripada tempat tersebut. Dan juga seperti kisah wanita US yang selmat daripada niat jahat seorang lelaki juga kerana mengamalkan ayat Kursi.
2) ISTI’AZAH (قل معاذ الله ) iaitu أعوذ بالله من الشيطان الرجيم :
Lafaz kalimah (قل معاذ الله ) ini merupakan sebhagian ayat daripada ayat2 dalama surah Yusuf yang mana menceritakan mengenai kisah Nabi Yusuf yang digoda dan dipujuk rayu untuk melakukan maksiat oleh Zulaikha ketika mana ketiadaan suaminya di rumah. Maka Nabi Yusuf memohon perlindungan daripada Allah dengan membaca lafaz kalimah ini. Yang mana أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ini memberikan maksud “aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam”, atau cukuplah dengan mengatakan معاذ الله iaitu “aku berlindung dengan Allah” .
3) MELAFAZKAN KEPADA YANG BERKENAAN KALIMAH “ اتق الله “ (ittaqul Llah):
Yang mana lafaz ini membawa maksud, bertaqwalah kepada Allah! Katakanlah kepada diri ketika mana terdetik untuk melakukan maksiat, atau kepada sesiapa yang berkenaan ketika mereka mengajak kita untuk melakukan maksiat. Ini berdasarkan kisah di dalam hadith 40 yang mengisahkan mengenai 3 orang pemuda yang terperangkap di dalam gua, dan masing2 bertawasul dengan amalan masing2 dengan berdoa kepada Allah agar pintu gua itu dibuka. Dan salah seorang dairpada mereka ialah seorang lelaki yang mana kisahnya diceritakan ketika mana seorang wanita miskin yang datang kepadanya untuk meminjam sedikit keperluan, dan beliau meminta diri wanita itu sebagai gantiannya, dan tanpa mempunyai pilihan lain, wanita tersebut setuju. Hinggakan pada malam perempuan tersebut didatangi oleh pemuda tersebut, wanita tersebut menyebut “ اتق الله “ kepada lelaki tersebut, lantas lelaki itu teringat kepada Allah dan beliau meningglkan wanita itu semata2 kerana tkut kepada Allah. Dan doanya diterima Allah.
4) LAFAZ ALLAHU AKBAR:
Ini pula berdasarkan kisah seorang penoreh getah yang terserempak dengan harimau atau singa di hutan pada waktu pagi, dan penoreh getah tersebut menjerit menyebut Allahu Akbar! Menyebabkan binatang berbahaya tersebut meninggalkannya. Betapa Allah telah menyelamatkan beliau di saat beliau tiada pengharapan selain mengharap kepada Allah.
So, ayuh sahabat2, kita menggunak keempat2 lafaz ini dan amalkan dalam diri juga gunakannya ketika hati ini terdetik ingin melakukan dosa atau ketika didedahkan dengan situasi2 yang berbahaya dan terdesak… InsyaAllah, yang penting juga kita kene yakin terhadap pertolongan Allah.. Moga dapat di amalkan bersama…(^_^)
Seterusnya mengenai fitnah luaran yang dikongsikan ustaz terhadap kami. Sepertimana yang umum kita telah tahu, fitnah luaran ini adalah fitnah besar yang menimpa umat Islam samada nanti atau sudahpun terjadi.
1) FITNAH DAJJAL:
Dajjal ini seperti mana yang kita ketahui, akan muncul apabila hari yang dijanjikan Allah akan terjadi iaitu hari Akhirat hampir tiba. Apabila masanya hampir tiba, Dajjal ini akn muncul dan mendakwa dirinya sebagai Tuhan dan setiap golongan kuffar, munafiq, dan mereka yang tidak mengaku danmengabdikan diri kepada Allah akan menjadi pengikut Dajjal Laknatulla ‘Alaih ini. Dan majoriti pengikut Dajjal ini ialah wanita. Nauzubillahi min dzalik…
Dan Dajjal ini diriwayatkan ianya tidak boleh pergi ke tiga tempat iaitu Tanah Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis. Maka kerana itulah baginda SAW ada mensabdakan di dalam sebuah hadith yang mana mafhumnya “ jikalau kamu boleh mati di madinah, maka matilah di madinah.” Namun begitu, ianya tetap tidak menghalang mereka yang tidak dipilih oleh Allah SWT di dalam tiga tempat ini untuk menjadi pengikut Dajjal kerana Dajjal akan menunggu di sempadan negara tersebut untuk memanggil pengikutnya keluar daripada tempat tersebut untuk menjadi pengikutnya.
……YA ALLAH, LINDUNGI KAMI DARIPADA FITNAH DAJJAL……..
2) FITNAH MUSUH ISLAM:
Musuh Islam iaitu para Kafir Musyrikin, Kuffar yang berusaha merosakkan dan menentang Islam seperti Zionis, Yahudi, Iluminati, Freemason dan sebagainya daripada golongan-golongan penentang Islam dan boleh dikatakan sebagai penentang Allah. ianya juga termasuk di dalam golongan ini sebahagian daripada orang Islam sendiri yang menentang hukum Allah dan mencuba menentang Islam serta menolaknya sebagai cara hidup. Contohnya antara perkara-perkara yang telah diterapkan di dalam kehidupan kita di Malaysia ini ialah silibus pembelajaran yang telah disusun kini yang mana memisahkan pembelajaran ilmu-ilmu alat dan agama dibezakan dan diasingkan.
Selain itu juga dapat dilihat pada sistem pemerintahan dan undang-undang yang dijadikan hukum di Malaysia ini yang tidak mengikut undang-undang dan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sistem ini merupakan sistem yang telah diduniawikan dan diliberalisasikan oleh mereka2 yang mempunyai kepentingan. Maka kita sebagai yang mempunyai kesedaran ini, perlulah menjadi pendokong perjuangan dalam menaikkan semula Islam ke tempatnya dan meninggikan hukum Allah daripada segala2nya. Moga kita dipilih menjadi di antara mereka yang memperjuangkan untuk membetulkan sistem ini. Amin.
3) FITNAH ALIRAN AJARAN SESAT:
Ajaran sesat ini juga merupakan fitnah dunia yang makin berleluasa di Malaysia. Ajaran sesat ini terbahagi kepada dua:
i) ALIRAN TRADISIONAL
Ajaran ini merupakan ajaran yang telah sering didengari dan dihadapi oleh masyarakt di Malaysia ini. Sewenang2nya mereka mendakwa diri mereka sebagai Rasul, Nabi dan lain2. Namun, saya pelik, ajaran ini telah jelas sesat dan salahnya kerana dakwaan mereka seperti sesuatu yang tidak masuk akal. Namun, masih ramai lagi masyarakat yang terpengaruh dengan ajaran ini seperti ajaran Kahar tentang Rasul Melayu, pastinya ianya sangat tak masuk akal. Maka, tuntutlah ilmu agama sekagi mana mampu, untuk menyelamatkan diri daripada fitnah ini.
ii) ALIRAN MODEN
Iaitu istilah-istilah isme dan pemikiran yang berpengaruh dan mempengaruhi pemikiran umat Islam kini. Seperti kumpulan Sister In Islam (SIS) yang membawa fahaman Islam Liberal yang menghukum dan menafsirkan hukum Allah dengan akal semata, dan lain-lain fahaman dan pemikiran seperti sekularisme yang membezakan kehidupan duniawi dengan amal ukhrawi yang mana mereka memisahkan dunia dengan akhirat. Selain itu, pluralisme agama yang menyamaratakan setiap agama yaitu setiap agama mempunyai fokus yang sama dan tiada yang tinggi dan yang betul. Semuanya betul dan mempunyai kaedah sendiri untuk mencapai kepada matlamatnya. Ajaran dan fahaman2 ini semuanya ternyata salah dan telah mencemari pemikiran umat Islam kini.
Maka, berhati2lah wahai sahabat dalam melayari arus dunia yang makin kecang ini. Dan sertakanlah dengan lafaz2 yang telah ana nyatakan tadi untuk mengelak fitnah dan maksiat. InsyaAllah, setakat ini sahaja untuk entry ana kali ni. Moga perkongsian kali ni memberi sedikit sebanyak ilmu kepada sahabat2 yang baik hati dan dirahmati Allah kerana sudi membaca dan meluangkan sedikit masa. Ukhwwah Fillah…
Allahu a’lam….Ilal liqa’…^_^
like..:)
ReplyDeletei like u....:)
ReplyDelete