Thursday, November 10, 2011

Surat Mak kepada Kita...


**Kalau mak abah ada blog, mungkin mereka akan tulis seperti ini kepada kami…

(Surat Mak kepada anak-anak Mak)

Alhamdulillah, mak ngan abah baru je balik dari niaga..penat juga sebenarnya, dahlah hujan plak tadi, mak ngan abah je yang ada, anak-anak mak masing-masing sibuk dengan urusan. Xpe, mak ngan abah faham… lagi-lagi sekarang ni, susah untuk kita sekeluarga berkumpul. Cuma masa yang ada hanyalah masa hari raya puasa atau hari raya haji. Sebab 2 orang anak lelaki mak hanya cuti pada dua waktu ni je, sebab dua-dua belajar madrasah tahfiz, mestilah tak sama dengan sekolah dan cuti kerajaan.

Tapi mak bersyukur, mak ada ramai permata… orang lain ada 4, 5, 6 orang, tapi mak ada ramai..mak ngan abah ada 9 orang anak. Penat jugak nak melayan kerenah semua kesembilan-sembilan, tapi Allah mudahkan juga, akhirnya, pejam celik pejam celik, anak-anak mak semua dah besar-besar…

Along yang selalu main dengan imah dan asiet depan rumah dulu, mak ingat lagi mak daftarkan masuk tadika, sekolah rendah dan menengah. Dapat rezeki jadi anak yang pertama masuk university. Mak bangga dengan along. Sekejap je mak dah tengok along abis blaja, dan dah nak kahwin pun dua minggu lagi. Sedar tak sedar anak mak ni dah nak jadi isteri orang dah…moga menjadi isteri yang solehah ye, ingat, syurga seorang isteri itu pada redha suami, bukan lagi pada mak atau abah. Kami bukan lagi keutamaan along..ingat tu.. moga berbahagia ke syurga..

Imah plak, seorang yang kuat bersukan kat sekolah rendah dulu, diam-diam ubi berisi. Ikut jejak langkah along, masuk university jugak. Mak ngan abah bertambah gembira. Tapi sekarang dah jadi cikgu. Kereta pun dah ada, tak sangka mak anak mak sorang ni akan jadi seorang cikgu dalam jarak masa yang mak rasa sekejap sangat… nasihat mak, didiklah anak-anak bangsa agar mereka semua mengenali Islam dan mencintainya..

Asiet plak atau adik-adik sume panggil awan. Anak laki yang terlahir di tengah-tengah anak perenpuan. Selalu main dengan along ngan imah dulu, degil juga. Tapi darjah 3 je dah dihantar ke madrasah tahfiz. Jangan salahkan mak ngan abah ye, kami lakukan ni sume untuk kebaikan anak mak yang mak sayang. Mak ingat dulu asiet kecik lagi, tapi sekrang dah besar macam abah. Dah jadi ustaz pula mengajar tahfiz pada budak-budak baya-baya asiet dulu.. mak gembira tengok pencapaian anak mak. Mak doakan moga anak mak sorang ni akan menjadi penjaga keluarga ni dan penjaga mak abah bila kami dah tua dan tak berdaya nanti. Moga menjadi sorang anak yang soleh…

Kinah…degil dulu, selalu curi-curi ponteng sekolah. Mak ingat anak mak ni memang tak nak sekolah, tapi dalam tak sedar, anak mak sekarang dah besar, dah jadi pelajar university pun. Mak bangga dengan pencapaian anak-anak mak. Semuanya mak anggap sebagai orang yang berjaya. Taun depan insyaAllah kinah akan abis belajar. Mak doakan anak mak sorang ni dapat buat yang terbaik untuk masa depan. Mak dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mak…

Pikah pulak..macam-macam jadi bila teringat pikah. Lepas satu accident satu lagi.. sampai patah kaki pula.. dulu kecik-kecik comel je, sopan.. tapi sekarang ni banyak plak diuji. Tak pe, mak sentiasa ada untuk anak mak. Mak sedih sangat memikirkan kesakitan yang anak mak perlu lalui…kalau boleh mak nak pindah sakit tu, biar mak yang rasa. Tapi mak yakin, Allah nak uji anak mak dan juga mak. Mak redha. Mak sentiasa doakan anak mak moga sentiasa dilindungi Allah..

Atam atau Huzaifah, anak mak yang keenam. Zaman kecil atam la yang mak paling ingat, tapi kalau mak tulis kat sini nanti mesti atam segan. Tapi mak macam tak perasan, anak mak sorg ni dah besar tibe-tibe. Besar macam abah dah. Lepas sekolah rendah, mak ngan abah decide antar atam ke madrasah tahfiz sebab tengok atam lebih baik untuk ke sana. Akhirnya mak bahagia sebab mak ngn abah tak salah dalam berbuat keputusan. 
Atam memang cenderung pada tahfiz. Sedar tak sedar dah nak khatam pun hafazan. Mak harap hafazan atam akan kekal di ingatan sehingga mati…moga ianya menjadi saham mak abah di akhirat nanti..

Omar..satu-satunya anak laki mak yang dihantar ke sekolah akademi selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam UPSR. Akhirnya anak mak didaftarkan di Maahad Johor, ambil tahfiz. Pejam celik, pejam celik, omar dah nak habis pun di MJ. Mak tak sedar pun anak mak ni makin lama makin besar. Tapi ingatlah pesan mak ni, mak harap omar dapat jadi anak yang soleh dan menjadi seorng yang bermanfaat untuk ummat dengan kelebihan ilmu yang omar ada, melebihi adik-beradik laki yang lain.. belajarlah rajin-rajin.. doa mak sentiasa mengiringi…

Muaz anak second bongsu.. banyak karenah..kadang-kadang keras kepala, tapi rajin. Mudah tolong mak. Mak tengok anak mak sorang ni makin lama makin mudah bila diminta tolong.. ma kantar muaz pun selepas sekolah rendah, bukan mak tak nak muaz masuk MJ macam omar, cumanya mak ngan abah nampak lebih baik untuk muaz berada di madrasah tahfiz. Akhirnya muaz berjaya buktikan pada mak abah, muaz memang berkebolehan menghafaz al-Quran. Mak bangga dengan muaz. Dan muaz ada kelebihan berbanding abang-abang yang lain, suara muaz sedap. insyaAllah, mak tak pelik kalau suatu hari nanti muaz adalah imam besar masjid-masjid utama dalam Negara atau qari..

Untuk anak mak yang bongsu, Hafiz..rezeki selepas mak dan abah balik daripada mengerjakan haji. Rasa macam baru sahaja pulang dari haji dan melahirkan hafiz, tapi anak mak dah besar depan mata. dah pandai berlari dan bersukan. Anak mak yang pandai belajar. Markah ujian tinggi-tinggi. Mak bangga dengan hafiz walaupun hafiz suka buat perangai tak nak pergi sekolah. Tapi mak sabar… mak faham ni lah perangai anak-anak baya macam hafiz. Moga kedegilan hafiz sekarang, menjadi punca kekuatan hafiz masa akan datang dalam menempuh kehidupan jika ditakdirkan mak tiada lagi di sisi…

Anak-anak mak…. Mak sayang pada kamu semua. Maafkan mak kalau mak ada sah dan silap dalam mendidik kamu semua sehingga kini. Mak sentiasa tak pernah putus-putus berdoa pada Allah agar berikan yang terbaik untuk anak-anak mak. Jika ditkadirkan mak dan abah pergi nanti, mak sangat-sangat mengharapkan anak-anak mak kesembilan-sembilan ini tidak putus mendoakan kesejahteraan mak dan abah di sana. Kerana tiada apa lagi yang tertinggal buat kami kecuali doa dairpada anak-anak yang soleh dan solehah. Dan anak mak semuanya soleh dan solehah. Mak tak pernah menganggap jahat kepada anah mak. Mak anggap anak mak semuanya anak yang baik. Mak doakan, anak-anak mak nanti semuanya menjadi insan yang bermanfaat untuk umat Islam dan agama Islam. Amin…

Sekian sahaja dari mak…
Wassalam..

Permata Hati mak dan abah.... (^_^)

**Saya juga sayang mak…terima kasih mak, saya akan balas surat mak…
(Gimik ni surat real dari mak........................)

6 comments:

  1. sensitif betul bab-bab mak ni... hari tu mak orang baring atas lantai dlm bilik orang, waktu tu tgh baca yasiin, xdpt tahan sebak dlm hati, pas habis jer terus peluk mak kuat2 pastu nangis teresak2 smpai basah baju mak...xtahu knp sedih sgt tgk mak...org doakan smoga mak kinah dan mak orang serta semua mak2 di dunia sihat2 selalu...sy syg kaum ibu...T_T~peace

    ReplyDelete
  2. sungguh sebak rasa dihati, imah juga merasakan bahawa masa berlalu dengan begitu pantas..insyaAllah berbekalkan ilmu yang ada imah akan menolong apa yang mampu untuk keluarga dan imah juga mendoakan along. adik2 kesayangan imah dan mak abah yang dicintai berada dibawah lindungan Allah dan ukhuwwah keluarga kita menjadi kuat seerat persahabatn abu bakar dan Nabi Muhammad saw...insyaAllah ~~UHIBBUKUM FILLAH~~

    ReplyDelete
  3. Ayu- lah...nape sedih sgt smpai mcm tu? terlebih rindu kot dekat mak... insyaAllah, kite sme2 mndoakn ibu/mak/ummi semuanya agr sntiasa mndpt krhmatan dari ALlah SWT... Amin... (Utk mak ayu jgk..:)

    Imah- 2la...kite same2 doakn agr keluarge kte sntiasa dberkati Allah dan dilindungi dgn perlindungn kasih sygnyer... :)

    ReplyDelete
  4. klu kita syg seseorg, kta smpai takut kehilangannya....hu...walau mcm mana syg kita kat seseorg, dia milik Allah...sedih hati takut x sempat berbakti sepenuhnya

    ReplyDelete
  5. Betul2x... sbb tu org kata, kalau syg kat seseorg tu, jgn bg spnuh kasih syg kte pd dia..

    Tp utk mak abah lain,,msti nk bg spnuhnya, dn xtaula ap prsaan kte nnti ble Allah ambil smula milik Dy yg kte syg ni..

    ReplyDelete
  6. hmmm...tibe2 sedeh bace even xda kaitan =) overall,semoga anak2 'mak' yang disebutkan diatas berjaya dalam hidup. subhanallah,indah ciptaan Allah s.w.t..sama2 kita buktikan pada ibubapa kita yang kita mampu berjaya, & buat mereka bangga melahirkan kita sebagai anak2 mereka..Allahu Akbar.

    ReplyDelete

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)