Sunday, September 18, 2011

......................


Aku,
Bukan lagi diriku yang lama,
Aku kini perlu kuat untuk menghadapinya,
Perlu kuat untuk mengatasi segalanya…

Namun mereka melihat aku,
Seorang yang bahagia dengan kehidupannya,
Mereka melihat,
Diriku seorang yang tiada masalah diri,
Mereka melihat aku,
Sebagai individu yang ceria dan senang selalu.

Tapi dalam pada itu,
Mereka tidak tahu dan tidak mengetahui,
Disebalik gelak tawaku ada tangisan,
Disebalik senda gurauku, ku sembunyikan kesedihan,
Mereka juga tidak menyedari,
Di sebalik diriku yang kelihatan senang sentiasa,
Aku juga mempunyai masalah,
Diriku juga punya rasa hati dan perasaan…

Aku adalah insan yang biasa,
Yang lemah ketika diuji,
Juga mengeluh jika terjatuh,
Tetap menangis ketika sakit,
Dan memerlukan seseorang menjadi penguat jiwa.

Lemahnya aku hanya Allah yang tahu,
Untuk meluah aku tidak mampu,
Untuk menelan sendiri seksanya terasa,
Namun jauh dari itu,
Aku bersyukur denganNya,
Tetap bersyukur dan terus bersyukur,
Kerana dengan kesakitan ini,
Dengan ujian ini,
Hati kembali menangis keranaMu ya Rabb,
Mataku tanpa segan silu mengakui dihadapanMu…

Bahawa….
Aku telah khilaf ya Allah,
Aku telah silap dalam melaluinya,
Malu untuk ku katakan,
Sedang aku tahu Kau Maha Mengetahui isi hatiku.
Tuntunilah aku Allah,
Tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar,
Jalan yang Kau redhai,
Agar aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang disayangi…
Amin…amin ya Rabbal ‘Alamin…



0 suara pembaca:

Post a Comment

Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)