Kita selalu dengar orang tua cakap, “kalau nak cari pasangan tu, biarlah yang boleh jadi imam.” Selalu jugak dengar muslimat yang nak cari pasangan, cakap, “kalau boleh, biarlah dia tu beriman, boleh jadi imam untuk keluarga.” Dan tak kurang jugak kita dengar para pejuang Islam amat menekankan para pejuang agar menambah thaqafah dan ilmu hingga sekurang-kurangnya mampu menjadi imam kepada umat Islam. Namun apa yang ingin saya katakan di sini sebenarnya? Saya lebih suka menumpukan kepada point yang ketiga. Iaitu dalam konteks menjadi pejuang agama Allah. Dalam konteks seseorang yang mengaku dirinya sebagai penegak kebenaran Islam di muka bumi ini.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan IMAM???
Dalam satu program tarbiyah yang saya sertai baru2 ni, saya akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan menjadi IMAM dan kefahamannya kepada seorang pejuang Allah, kepada mereka yang bergelar Ansorullah. Kefahaman saya selama ni, menjadi imam hanya sekadar mengetahui hukum2 tajwid dalam bacaan khususnya al-Fatihah dan mampu mengimami solat dan membaca doa. Rupanya konteks imam ini jauh lebih luas dari apa yang saya faham.
Dalam program tersebut, urusetia menekankan kepentingan ilmu-ilmu mengenai fardhu ain, hingga saya merasakan, apa kaitan fardhu ain ni dengan perjuangan…?? Dan akhirnya urusetia tersebut memberi penerangan bahawa peri pentingnya seorang pejuang itu menghadam sehadam-hadamnya ilmu mengenai fardhu ain. Kerana seorang pejuang itu wajib menghadam perkara-perkara tersebut untuk menghadapi masyarakat sekurang-kurangnya masyarakat umum. Antaranya yang ditekankan pada ketika itu ialah rukun solat, solat jenazah, rukun wudhu’, tayamum, tajwid, hafazan al-Quran dan banyak lagi yang mana semua perkara ini akan ditanya kepada seorang imam yang terlantik di masjid atau di surau.
Memang tidak dinafikan kepada para pelajar khususnya pengajian Islam, apabila disebut tentang perkara-perkara seperti ini, mereka menganggap ianya perkara kecil dan beranggapan bahawa mereka telah mengetahui semuanya. Namun, realitinya jika ditanya, ramai yang tidak mengetahuinya secara tepat. Kebanyakan hanya mengagak dan pandai mengeluarkan dalil-dalil. Cuba anada bayangkan, anda sebagai seorang pejuang Islam, berperwatakan Islamik dan dipanggil sebagai ustaz di kampung-kampung. Lalu datang seorang adik kecil bertanya mengenai rukun solat dan rukun wudhu’. Anda tak dapat menjawabnya dengan yakin dan mengikut susunan yang betul. Pasti kita akan berasa malu. Takkan kita nak cakap, “Jap ye dik, ustaz/ustazah tgk buku jap. Nanti ustaz/ustazah bagitau ye.” Ianya amat memalukan buat ahli gerakan perjuanagn Islam!!
Saya sendiri mengakuinya. Ini juga kelemahan saya. Dan kelemahan ini mengajak saya muhasabah diri dan menambah thaqafah semampu boleh. Memang betul, kita cuma tak tau susunan rukun, tapi kita laksanakan ibadah-ibadah tu dengan betul. Ye, saya tak nafikan. Tapi cuba anda bayangkan situasi tadi terjadi pada anda yang mana ketika itu anda tidak tahu mengenainya. Maka, sama-samalah kita muhasabah diri. Ianya tidak dikhususkan hanya kepada pihak muslimin, dengan title IMAM, kerana muslimat juga amat berperanan dalam melancarkan gerak kerja Islam dan menghadapi masyarakat.
Sekadar berkongsi pandangan. Wallahu a’lam.
0 suara pembaca:
Post a Comment
Sila tinggalkan pandangan anda kepada saya. Semoga menyumbang kepada penambahbaikan dan membantu saya sentiasa bersemangat!! Syukran. (^_^)