Selepas
solat Asar petang itu, muslimah itu mengajak teman-temannya untuk bergerak ke ruang
riadhah berhampiran tempat tinggal mereka. Seakan gim mungkin. Mereka setuju!
Muslimah itu bergerak ke almari pakaiannya, termenung untuk mengenakan pakaian
riadhah. Akhirnya baju t-shirt muslimah dan seluar track dipilih, disarung
tudung labuhnya, lalu bergerak menaiki ‘kuda tunggangannya’.
Sesampai di sana, “Lah, tak sampai
lagi rupanya dia...tak mengapa, baik saya masuk dulu..” ngomel muslimah itu sendirian. Selang 5 minit, akhirnya
sahabatnya tiba. Berimej seakan dirinya. Berbagai ragam pakaian manusia di situ, “Nasib khas untuk
wanita, tapi sebelah ini ruang lelaki, tiada dinding...” fikir muslimah itu
sendirian melihat pelbagai fesyen di depan mata..
Dalam beriadhah bersama sahabatnya, tidak sedar sudah hampir sejam berada di sana, jam juga
sudah menunjukkan 6.45 petang, tanda-tanda untuk bersurai terlihat
apabila yang lain mula keluar dari situ untuk bertukar pakaian da
bergerak pulang. Muslimah itu bersama 5 lagi sahabatnya masih bersantai
menikmati ketiadaan orang, seolah-olah dapat meng-conquere tempat tersebut.
Tetiba, seorang
wanita yang sebaya 40-50 tahun mendekati untuk sama-sama beriadhah, berhenti
berdekatan muslimah itu.
“Mengejutkan!” bisik muslimah itu,
sambil mengalihkan pandangannya ke arah lain, seolah-olah bertindak melarikan
diri daripada tanggungan. Wanita itu yang dilihat agak korporat lagaknya,
dengan penampilan kebaratan, menegur muslimah itu dan sabahat-sahabatnya, namun
pandangan dihalakan ke arah muslimat itu.
“You all ni,
student sini ke?” tanya wanita itu.
“Aah, ada apa ye?”
jawab muslimah itu, sopan, mengagak ada sesuatu
yang ingin ditanya atau disampaikan oleh wanita itu.
”Kenapa you all
macam tak tahu peraturan je ni? Pakaian apa yang you all pakai ni? Oh my God,
ini gim okay!” terjah wanita itu.
“Eh, kenapa
pulak?” soal muslimah itu kepelikan.
“You all ni tau
tak, pakaian macam ni membahayakan. Tak ada safety langsung. Patutnya you all
pakai pakaian yang digariskan dalam peraturan. Eee....macam ni, pakai untuk main-main
di kampung bolehlah. Ini gim okay, you all kena jaga kepentingan orang lain
juga. Bukan you seorang saja yang nak menggunakan tempat ni.”
“Eh, apa kene
pula mak cik ni?” muslimah itu berbisik pelik.
“Tak salah, kalau
you all nak pakai tudung, pakailah, tapi janganlah pakai tudung macam ni,
pakailah set pakaian yang tutup kepala tu, lengan panjang. Bukan salah pun. Satu
lagi, you all pakai macam ni, buat malu je tau. Eee....ya Allah, baru berapa
bulan i tinggalkan tempat ni, i datang harini terkejut tengok student-student
pakai macam ni ok! Kenapalah you all ni tak faham? Sepatutnya tak boleh masuk
ni, sebab you all tak ikut peraturan. Bla...bla...bla...” bebel wanita itu, menghentikan segala pergerakan yang berada
di situ. Semua terkejut mendengar tegurannya.
Muslimah itu
terkejut, dan hanya mampu tersenyum kepada wanita tersebut, yang mengaku
dirinya lecterur di salah sebuah fakulti di institusi itu.
“Ish,
geramnya...kita pulak yang salah? Abis tu dia betullah dengan pakaian macam tu?”
getus muslimah itu dalam hati. Semua yang berada di situ, bergerak
meninggalkan wanita itu sendirian, dengan alasan maghrib sudah makin
menghampiri. Masing-masing balik dengan kegeraman dalam hati, kerana ditegur ‘kesalahan’
mengenakan pakaian sempurna seorang muslimah di pusat sukan. Pelikkah?
Setiba di
kediaman, muslimah itu tergetus pelbagai idea untuk memberi jawapan balas
kepada wanita tersebut. Namun, semuanya menjadi sia-sia. Muslimah itu merasa
menyesal kerana hanya mampu tersenyum tanpa menerangkan walau sepatah kata
kepada wanita itu, sehingga kemungkinan besar, tindakan mereka itu membuatkan
wanita itu merasakan dia berada pada pendirian yang betul, dan apa yang
dilakukan dirinya dan sahabat-sahabat adalah salah.
“Allah, kenapalah
aku tak bersuara walaupun sedikit? At least, aku boleh cakap, “ours is better
than yours in Allah’s sight, because this is His order”, tapi sikitpun aku tak
bersuara?” muslimah itu berasa sangat kesal dengan
kepakuannya sebentar tadi, setelah bertahun digelar pendakwah, menghadapi
wanita itu sahaja membuatkannya seolah-olah menjadi jahil, tanpa ilmu untuk
membetulkan keadaan.

Sungguh, bercakap
memang mudah, namun perlaksanaannya, amat rumit dan kadang-kadang memakukan langkah.
Itulah dakwah.
Itulah, pelik
agaknya orang lain tengok wanita bertudung labuh ni. Tak outstanding, tak up-to-date
dalam fesyen. Kuno. Pelik. Itulah aku, mungkin....
Dan muslimah itu
berlalu pergi, meninggalkan pemikirannya di situ...
________________
Pengajaran:
-
Belajarlah untuk berhikmah dalam menyampaikan dakwah, jangan hanya lantang
bersuara.
-
Jangan pernah takut untuk menyatakan kebenaran.
-
Tetapkanlah hatimu, pendirianmu dengan Islam, jika anda telah yakin apa
yang anda amalkan itu adalah ajaran Islam yang benar, maka jangan pernah
berfikir untuk berpatah balik. Meskipun pernah berbuat silap sebelum ini,
jangan pernah takut untuk menundukkan ego, kembali kepada hidayah Allah.
-
Mungkin anda yang berimej Islam akan merasa kekok ketika di tengah ramai
orang, kerana seolah-olah anda adalah yang paling pelik. Walaupun begitu,
jangan merasa goyah, teruskan merasai kemanisan dalam kepelikan.
-
Berbahagialah, jika perintah Allah dilaksanakan, dan larangan Allah
dijauhi. Tidak semua pandangan manusia itu baik, baik pada pandangan Allah.
Aturlah hidupmu dengan aturan Islam.
Sekian, wallahu a’lam...
:)
Asalam....Muslimah itu mst saudari.....xpe len kli leh try ag. .:)
ReplyDeleteWksalam...walau siapa pun dia, tp inilah kisahnya.. :)
ReplyDeleteAgak krg sopan lecturer tu.. urrm, mampu utk doakan moga Allah sentiasa jaga dia.
ReplyDeleteteori dan amali..Moga Allah lorongkan kita menjadi golongan yang berpegang dengan Islam dari sekecil- kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara..
ReplyDeleteSiiru 'ala barakatillah ~
same situation jd mse sy g danau utk swimming lesson.. tp, akak tu, x de lah sound ckp x blh pkai gitu, dy cume tegur suruh pkai swimming suit, siap offer swim suit dy, sbb dy ader dua pasang.. bikini.. hahaha... kitorg senyum je.. huhu..
ReplyDelete