Friday, October 29, 2010

APAKAH RASA INI.....?


assalamualaikum.....

harini, malam ni...tiba2 jek rase nak meluah kat blog ni. ble exam ni susahnye nk jmpe ngan blog ni...bukak kadang2 jek. n hnya copy n paste jela keje saya....

dalam musim exam ni....macam2 yg berlaku...salah satunya sangat2 mengganggu perasaan dan konsentrasi diri ini....

entah kenapa...terase sangat dengan exam kali ni. perasaan ni mengatakan seperti pointer akan jatuh sem ni...sebab saya sangat terase sem ni....sumenya jadi xkene...ntah la sebab ape...

hubungan dengan manusia xbaik...hubungan dengan ALlah pun kurang...da xkamcing macam dulu. bukanla nak kate dulu baik sangat....tapi, at least xmacam sekarang ni...ujian ni terase amat meletihkan. bukan exam ni melethkn. tapi ujian perasaan ni....kenapa la, bile exam ni, hubungan ngan sahabat2 dan yang lain jadi seperti ada jek yang xkena.

teringat kata2 seorang akak senior yang sangat saya suka, akak senior kate, kerana jauhnya kita dengan Allah, apabila kurangnya kita melaksanakan solat malam, apabila kita kurang menjaga hubungan dengan Allah, maka sume perkara kita akan terkesan dalam hidup ni. termasuk hubungan kita ngan kawan kita. kita akan terase mudah nak marah, asyik rase tak berpuas hati ngan tindakan orang lain. tak boleh berfikir dengan rasional, dan semua yang dilakukan terase seperti xkena.

ingatlah...sume nya kerana kepincangan dalam hubungan diri ini dengan Allah. selepas mendengar kata2 akk tu, terus kembali melihat diri. memang xdinafikan...sejak akhir2 ni mudah nk bad mood, mudah rase geram dengan orang lain, dan asyik rase nak marah. membuatkan orang rase xsuke ngan kita. tak tau kenapa mulanya jadi macam tu...akhirnya baru tau...hinggalah membuatkan diri ni mengangis sendiri...

maafla kepada sahabat2 yang sering terkena tempias kepincangan dan kelemahan diri ni...saya xsempurna dan sentiasa mengharapkan kalian menjadi penyempurna dan menutup kekurangan diri ini dengan kekuatan kalian....

setelah menyedari punca utama segala keserabutan ni, percubaan kembali melaksanakan qiamullail...mengisi kembali kekosongn rohani. Tapi ya Allah....mengapakah kurangnya istiqamah dalam dri ini? bagaimana daku ingin member tarbiyah kepada yang lain sedangkan diriku tidak pernah menjadi insan yang terbaik ibadahnya dan kesedarannya...?

Ya Allah....jadikan ak hambaMu yg selalu ingt dn mendekatiMu, ya Allah... daku jadi takut memikirkan hal ini. namun....tanpa bantuan mereka, aku merasa lemah untuk melaksanakannya sendiri. Tiada ketetapan di dalam beramal...ya Allah.....aku memohon, Kau dekatkanlah aku di dunia ini dengan hamba2Mu yang disayangi...Hamba2 Mu yang mampu mendidik diri ini dan seluruhnya..

Mudahkanlah aku untuk mencapai kembali apa yang telah ku tinggalkan...jangan Kau biarkan diri ini terus2an menjauh dariMu, ya Allah... hamba tidak sanggup mengecap kejayaan dunia tanpa kejayaan akhirat dan tanpa keredhaan dariMu ya Rabb...sayangilah dan rahmatilah diri ini...walaupun telah banyak khilaf dalam tindakan, sentiasalah menunjukkan ku jalan yang lurus dan benar ya Allah...amin..

bantulah diri ini sahabat...~_~

~00:16~

~KTHO, UKM~

Thursday, October 28, 2010

ISU SYIRIK NI...BAHAYE TOL...


*FORWARD EMAIL FROM MY GROUP....

sekadar nak kongsi info. selamat membaca......... wallahualam.....


Saksikan Program Bersama Ustadz di TV 9 pada 18 dan 19 April 2009 bersama Datuk Dr Amran Bin Kasimin ...sangat menarik bertajuk Sihir.

Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya

ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah

kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti

wilayah persekutuan telah mengeluarkan

fatwa
bahawa ' segala tugu-tugu itu

serta pembinaannya adalah haram....

ciri-cirinya menyerupai berhala...dan

melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia

digazetkan bermakna tindakan undang2

boleh dikenekan kepada sesiapa yang

melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka

akan

keputusan itu maka disuruhnya pihak

mufti menarik balik fatwa itu... Setelah

berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu

menarik balik fatwa itu... Maka pihak

atasan
telah menarik balik gazet

tersebut maka apa yang tinggal ialah

fatwa sahaja...
tiada tindakan undang2

yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2

ini boleh mendatang syirik...

Beliau berkata... ' bawalah dosa anda

sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya

tetapi jika terdapat walau

sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik

maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...'

dan kata beliau lagi... ' walaupun kita

tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita

'redha' atau tidak melakukan apa2,

berdiam diri, maka kita juga akan

mendapat dosa tersebut iaitu
dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam

perbincangan dosa syirik ini ialah nama

negeri perlis iaitu perlis indera

kayangan... ' Menurut kamus dewan...

indera bermaksud nama tuhan hindu

manakala kayangan bermaksud tempat di

mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna

sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '

Menurut beliau... Nama perlis ini juga

mendatangkan dosa syirik... Perkara

terakhir yang dibincangkan ialah isu

perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak

boleh dipakai jika ia bertentangan

dengan undang2 yang telah dinyatakan di

dalam perlembagaan termasuklah undang2

hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan

membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri .

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku

Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam.


__,_._,___

Friday, October 22, 2010

TEKA-TEKI AL-GHAZALI...

Teka teki Imam Ghazali
Satuhari,Imam Ghazali berkumpul bersama murid-muridnya,lalu Beliau bertanya(berteka teki):

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling dekat dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"Orang Tua
Murid 2 ;"Guru"
Murid 3 ;"Teman"
Murid 4 ;Kaun Kerabat"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling dekat dengan kita adalah MATI,sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati"(surah al-imran 185)

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling jauh dengan kita didunia ini?"
Murid 1 ;"China"
Murid 2 ;"Bulan"
Murid 3 ;"Matahari"
Murid 4 ;"Bintang"
Imam Ghazali ;"Semua jawapan itu benar,tetapi yang paling benar adalah MASALALU,oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan Agama"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 ;"Gunung"
Murid 2 ;"Matahari"
Murid 3 ;"Bumi"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling besar sekali adalah HAWANAFSU,(Surah al-a'raf :179)maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling berat di dunia?"
Murid 1 ;"Baja"
Murid 2 ;"Besi"
Murid 3 ;"Gajah"
Imam Ghazali ;"Semua itu benar,tetapi yang paling berat sekali adalah MEMEGANG AMANAH(surah al-ahzab :72)tumbuh-tumbuhan,haiwan,gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah meminta mereka menjadi khlifah(pemimpin)di dunia ini tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyangupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk neraka kerana gagal memegang amanah"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling ringgan didunia ini?"
Murid 1 ;"Kapas"
Murid 2 ;"Angin"
Murid 3 ;"Debu"
Murid 4 ;"Daun-daun"
Imam Ghazali ;"Senua jawapan itu benar,tetapi yang paling ringgan sekali di dunia ini adalah MENINGGALAKN SOLAT,gara-gara perkerjaan kita atau urusan dunia,kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali ;"Apakah yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid-murid dengan serentak menjawab ;"Mata pedang"
Imam Ghazali ;"Ya,benar,tetapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSA,
kerana melalui lidah manusia dengan nudahnya menyakiti hati dan melukakan perasaan saudaranya sendiri"

Wednesday, October 20, 2010

KEJAYAAN DALAM IMTIHAN....


Selama berhari2 menanti untuk menulis entry mengenai imtihan yang saya dapat daripada seorang super senior Usuluddin di sebuah majlis ilmu,, Alhamdulillah, akhirnya Allah memberi kesempatan selama 20 mnit untuk saya mencoretkan sedikit perkongsian di sini. InsyaAllah…

Ustaz tersebut (sebenarnya ana terlupa sapa name dia =)) member satu perkongsian menarik yang dia dapat apabila menyambung pengajian di Mesir. Di sana beliau lihat pelbagai karenah manusia dalam nak mencapai kelulusan dalam imtihan di peringkat masing2. Lalu beliau melakukan pemerhatian dan mendapati bahawa golongan2 yang ditakdirkan kejayaan buat mereka ini bukan calang2 orangnya.

Siapakah orang2 yang berjaya itu? Ada 4 ciri pada mereka yang berjaya ni:

1- 1- Golongan yang amat menjaga waktu solatnya. Iaitu bersolat pada waktunya tanpa melengah2 kan solat kerana perkara2 yang tidak sepatutnya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas di sekeliling kita. Apabila tiba musim imtihan, masing2 struggle untuk cover setiap subjek yang belum ulangkaji, semua sibuk mentelaah buku di setiap sudut, di sana sini. Dan apabila masuk waktu solat yang di laungkan oleh muazzin, masing2 mengatakan: “Jap lagi la…da nak abis da bab ni.” “jap2…ckit jek lagi” and so on. Adakah ia pada diri kita?

2- 2-Golongan yang sentiasa mengamalkan solat sunat Dhuha yang mana Rasulullah menyebut mengenai solat ini di beberapa hadith baginda mengenai kelebihan dan keutamaannya. Solat Dhuha merupakan salah satu tanda kesyukuran hamba terhadap Khaliqnya di atas segala nikmat yang telah diterima. Boleh rujuk di sini untuk kelebihan solat sunat Dhuha.

3- 3- Mereka yang memoerbanyakkan selawat dan istighfar. Tidak saya nafikan, kita sentiasa mengucapkan istighfar selepas waktu solat sebagai wirid. Namun persoalannya di sini adakah istighfar yang kita baca dan tuturkan itu hanya setakat terkeluar di bibir dan terdengar di telinga? Adakah istighfar yang dituturkan itu meresapi ke dalam hati? Sejauh mana kita terkesan dengan setiap istighfar itu? Maka menurut ustaz tadi, kita hendaklah mamastikan setiap selawat dan istighfar di tuturkan terkesan dan menyentuh hati dengan kerinduan kepada Rasulullah dan penuh pengharapan kepada keampunannya. Hikmahnya agar dibuka pintu rezeki yang tidak di sangka-sangka kepada kita oleh Allah SWT Yang Maha Pemberi Nikmat dan Maha Pemurah.

4- 4- Mereka juga di kalangan hamba2 Allah yang amat istqamah dengan wudhu’nya. Ini kerana, mereka yang sentiasa di dalam keadaan suci hati dan suci jasadnya, akan dipermudahkan untuk ilmu masuk ke dalam hati dan mudah mengingati pelajaran serta memperolehi ilmu yang diberkati.

Inilah tanda2 mereka yang bukan sahaja akan berjaya di dalam imtihan dunia, malah InsyaAllah akan mendapat kejayaan di dalam imtihan akhirat kelak. Pesanan ustaz bahawa hendaklah kita sentiasa beringat bahawa Allah SWT lah yang memberi kefahaman kepada kita. Allah SWT lah yang mengurniakan kesempatan dan kemudahan kepada kita. Allah SWT jualah yang akan memberi samada kejayaan atau kegagalan kepada kita. Bukan usaha, bukan jua kesungguhan kita yang menentukan, tapi segala2nya berada di dalam genggaman Allah SWT.

Namun ingat sahabat2, saya tidak bermaksudkan agar sahabat2 tidak bersungguhn2 dan berikhtiar untuk mencapai kejayaan, namun jangan lah usaha dan ikhtiar kita itu hingga melebihi keutamaan yang perlu kita laksanakan untuk menunjukkan penyerahan dan tawakkal kepada Allah.

Akhir kalam,

Saya mendoakan sahabat2 semua, samada dari UKM, UIAM, Mesir, UPM, USIM dan lain2 utk berjaya dengan cemerlang di dalam imtihan yang bakal di lalui dan jangan lupa,,,,,,setelah berusaha sepenuh tenaga, bertawakkal lah kepada Allah….kerana sesungguhnya Allah menyukai mereka2 yang bertawakkal dan berserah kepadaNya.

Wallahu a’lam…=)

Tuesday, October 19, 2010

MAAFKAN SAYA, SAHABAT...


Sahabat….
Apabila menyebut perkataan ini saya akan membayangkan wajah-wajah yang telah menghiasi kehidupan seorang insan dhaif ini. Sahabat itu digandingkan dengan satu perhubungan yang Allah kurniakan iaitu hubungan persahabatan. Sepanjang kehidupan ini, saya hanya menginginkan sahabat yang mencintai dan memahami diri ini. Tapi tidak pulak saya memikirkan adakah saya sendiri layak untuk mendapatkan sahabat yang terbaik seperti itu?
Maka ketika memikirkan, saya terimbau kembali kata-kata dan perbuatan yang pernah saya hiasi di dalam perhubungan yang bernama sahabat. Lantas saya menyedari bahawa saya bukanlah insan sempurna untuk memiliki sahabat-sahabat yang sempurna seperti anda semua. Saya hanyalah insan dhaif yang sentiasa mempunyai kelemahan dan kekurangan yang kadang-kadang tidak pernah disedari oleh diri sendiri.

Sahabat-sahabat ku….

Sebenarnya inginku menulis sebuah surat kepada kalian meluahkan segala isi hati, menceritakan segala masalah yang dihadapi dan ingin mendengar setiap pujukan yang ikhlas terbit dari hati. Namun apakan daya, hanya diri ini mampu meluahkannya di sini. Sahabat, fahamilah…diri ini sering melakukan kesilapan, sering ingin memperbaiki diri, namun tidak pernah tetap dalam kata-kata. Saya hanyalah sahabat yang serba kekurangan dari segala segi. Setiap sifat dan tingkah laku yang ada, saya merasa saya amat memerlukan bimbingan dan teguran daripada anda.

Allah mengurniakan sahabat kerana inginkan banyak hikmah buat hambaNya. Mungkin sahabat dicipta sebagai pendokong dan penyokong ketika diri dalam kelemahan, menjadi teman di kala diri ingin berkongsi keriangan, menjadi cermin dalam segala perbuatan. Jadilah untukku wahai sahabat, cermin yang memantulkan segala yang tersembunyi dalam diri ini, cermin yang bersih dari segala kekotoran. Cermin yang sentiasa bersama-sama dalam setiap masa dan setiap waktu.

Akir kalam…

Maafkan saya sahabat….di atas segala ketidak sopanan dalam persahabatan dan juga maaf di atas segala tindakan serta kata-kata yang mengecewakan dan menyakitkan. Ketahuilah,,,,sayangnya diri ini kepada kalian, seumpama sayangnya diri ini kepada dirinya sendiri….. Moga Allah mengurniakan nikmat persahabatan keranaNya kepada kita yang menjadi asbab kepada redha Allah kepada kita semua……ukhuwwah fiLLAh…amin..

Wassalam..
~NUKILAN HATI~

Saturday, October 16, 2010

Kisah Perenang Perjuangan...


DARIPADA: http://mindaduat.blogspot.com/

Ada 3 pemuda yang merupakan pendekar. Setelah tamat pertapaan, mereka mendapat tahu kampung mereka digannggu penjahat-penjahat. Banyak harta penduduk kampung mereka dirampas dan ada yang dibunuh. Maka, atas rasa bertanggungjawab mereka mahu menuntut bela. Mereka bertiga pun terus pulang. Uniknya, kampung mereka terletak di seberang sungai. Kebetulan, ketika mereka mahu pulang ke kampung, tidak ada satu pun perahu kelihatan. Maka mereka bertekad untuk berenang. Ditambah baru menamatkan ilmu persilatan, mereka optimis, mampu berenang sejauh 200 meter. Memang sungai di situ lebar....


Pemuda pertama berenang dengan laju. Kayuhan kakinya terlalu laju ditambah libasan hebat tangannya dengan penuh semangat. Sampai di pertengahan sungai, staminanya hilang ditambah pernafasannya yang tidak seimbang kerana terlalu menumpukan kayuhan dan libasan hikmatnya. Maka dia telah tenggelam di dalam sungai itu.

Pemuda kedua nekad, tetapi dengan mengambil pengajaran kematian sahabatnya. Namun, dia tersilap langkah. Kali ini, dia perlahankan kayuhan kakinya ditambah tangannya hanya melibas perlahan. Kononnya, dia mahu menumpukan pernafasan. Dia telah tersalah tafsir apabila menganggap perlu tumpukan pernafasan dan perlahankan pergerakan. Akhirnya, dia juga tenggelam.

Pemuda ketiga juga nekad ingin menyelamatkan penduduk kampungnya. Dia mengambil pengajaran dari kedua-dua sahabatnya yang sudah mati. Dia bijak mengatur pergerakan. Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Pemuda tersebut juga bijak mencari ruang, sambil berenang dan sambil bernafas. Setelah berusaha, pemuda tersebut pun sampai ke destinasi dan berjaya menumpaskan musuh serta menyelamatkan penduduk kampungnya. Akhirnya, penduduk kampung tersebut memilih pemuda tadi sebagai pemimpin mereka.


Berenang dan Berjuang

Beginilah ibaratnya berjuang. Perjuangan tetap diteruskan, tetapi tidak boleh hanya dengan semangat sahaja. Kita memerlukan persiapan yang cukup. Namun, kita tidak boleh beralasan mengutamakan dan menumpukan persiapan semata-mata dalam pada masa yang sama perjuangan ditinggalkan.

Pemuda 1


Pemuda ini bolehlah dianggap sebagai pemuda yang berjuang di atas semangat semata-mata dan tergopoh gapah. Dia tidak mempersiapkan bekalan dalam medan da'wah seperti dari sudut fikriyyah, 'ubudiyyah dan jasadiyyah. Maka, akhirnya, dia akan tercicir dalam medan dakwah. Na'uzubillah...

Pemuda 2

Pemuda ini boleh diibaratkan sebagai pejuang yang tertipu dengan bekalan tetapi tidak berusaha bergerak kerja dan menghayati metodologi dalam dakwah. Perkara ini juga berlaku pada sebahagian mahasiswa hari ini yang menganggap lupakan dahulu soal perjuangan, tumpukan hanya kepada ilmu dan zikir. Kita tidak nafikan bekalan ruhiyyah dan 'aqliyyah itu penting. Namun, jangan lupa akan perjuangan yang belum selesai. Penulis teringat satu syair nasihat dari Ibnu Mubarak kepada Fudhail bin Iyadh yang sentiasa berzikir sehingga menitiskan air mata tetapi mengkesampingkan aspek jihad pada awalnya :

"Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu. Orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata, sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah. Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia, sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan. Kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan. Telah datang kepada kami sabda Nabi kita kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:

“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala. Kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa “orang yang mati syahid itu tidak mati” ,ini bukan satu dusta".


Akhirnya, Fudhail bin 'Iyadh insaf dan bersama di medan jihad.

Konklusi

Zaman hari ini sangat menuntut kita bersama dalam medan perjuangan kerana akhir zaman ini ramai yang tidak mengutamakan Islam. Manusia hari ini lebih pentingkan kesenangan hidup dan bersikap ananiyyah (individualistik). Justeru, bersamalah kita infaqkan diri kita untuk berada dalam perjuangan. Dalam pada masa yang sama, bekalan perjuangan tetap perlu disediakan dengan kebijaksanaan kita mengaturnya. Sa'id Hawwa pernah berpesan kepada golongan pelajar dalam satu perhimpunan supaya golongan pelajar hari ini mempersiapkan diri dengan 4 persiapan iaitu persiapan kejiwaan, keilmuan, kebendaan dan gerakan. Semoga kita menjadi pemuda yang ketiga, bijak merancang dan terus berjuang....

HALAL JAKIM...


Hanya meng-copy and paste dari seorang sahabat utk disebar2kn...



Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut t elah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut

Friday, October 15, 2010

Macamana Anda Nak Ditegur??

"Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain."

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah.

Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

www.iluvislam.com

Thursday, October 14, 2010

Kenapa Saya Masih Solo?? sebab.......

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa ketika solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

~INDAHNYA ILMU DENGAN PENGHAYATAN~