Friday, December 30, 2011

:: DIALOG SRIKANDI PEJUANG DAN SUAMI ::

Assalamualaikum wbtuh...jom baca..best!..Allahuakbar! Pengorbanan yang cukup besar..^_^

PERBUALAN ZAINAB AL-GHAZALLI DAN SUAMINYA

Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?

Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).

Zainab Al Ghazali:

Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:

Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata, 

“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….

Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.

Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?

Suami:Ya.

Zainab Al Ghazali:

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.

Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi

Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung..."



*Zainab al-Ghazali; srikandi pejuang abad ini~
~Berharap agar aku mampu mencontohi beliau~




-COPIED-




Thursday, December 29, 2011


Allah…
Aku tidak kuat ya Allah,
Aku manusia biasa,
Bukanlah malaikat yang setia..

Aku juga pernah kecewa,
Dan akan merasa kecewa lagi,
Dan kini aku sedang bersedih sendiri..

Entah kenapa pada malam ini,
Selepas berusrah tadi,
Emosiku semakin mengusik hati..

Allahu Rabbi,
Ku mohon kekuatan dariMu,
Tuhan Yang Maha Memahami hamba2Nya,
Tenangkanlah hatiku dengan 'sakinahMu'..

Di kala malam...


~Bandar baru Bangi~
~10:42 pm~
29/12/2012


~ Tiada Kata ~


Dikala aku menyelak al-Quran melihat kembali ayat ini, aku akan selalu teringat dan teringat... Pastinya aku bukanlah yang sempurna, namun ku bersyukur kerana di pilih untuk bersama2 tenteraMu ya Allah, di jalan ini....aku mohon kekuatan untuk berada dalam kenikmatan ini sehingga ke akhir hayatku. Amin...

Firman Allah SWT  dalam Surah al-Taubah ayat 38 - 42 yang bermaksud : 

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

40. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). "

Benarlah kata2 Allah...

Ya Allah,
Kadang-kadang apa yang aku inginkan,
Aku lihat ia semakin jauh dan menjauh,
Aku berlari untuk mengejarnya,
Memastikan ia kembali semula kepadaku…

Namun Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui,
Semakin ku kejar,
Semakin jauh aku melihatnya pergi,
Aku tidak mampu ya Allah,
Tak mampu untuk melihatnya pergi
Setelah lama aku bersamanya…

Ya Hannan, Ya Mannan,
Aku tahu Kau sentiasa merancang yang terbaik buatku,
Aku sedar semuanya Ya Allah,
Namun aku masih jua mengharap,
Agar ia kembali semula kepadaku,
Kembali menyokong kata-kataku,
Kembali menjadi penguatku ketikaku lemah,
Kembali menjadi penenang ketika aku resah…

Tapi Ya Allah,
Mengharapkan kemungkinan itu berlaku,
Aku tidak akan pernah puas berdoa,
Berdoa memohon dan mengharap,
Agar ia bukanlah takdir yang sebenar,
Mengharapkan ada cahaya di hadapan,
Kerana aku tidaklah termasuk dalam golongan
Yang lupa dan putus asa terhadap rahmatMu…

Mungkin inilah ujian buatku,
Setelah aku memilih untuk berada di jalan ini,
Setelah aku bersumpah taat setia,
Ketika itu aku sedar,
Lafaz janji tersebut bukanlah sekadar kata-kata kosong,
Tapi ia menuntut segunung pengorbanan,
Mungkin inilah pengorbanan itu.

Namun aku pasti Ya Allah,
Walau aku ditinggalkan, dijauhi,
Aku ada Engkau Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang akan sentiasa menemaniku,
Selagi mana aku mengingatiMu…
Kuatkanlah aku Allah,
Untuk thabat berada di jalan ini…

Sesungguhnya Islam tak memerlukan kita,
tapi kitalah yang memerlukan Islam..


~Bandar Baru Bangi~
~1853~
29/12/2012


Saturday, December 3, 2011

In A Relationship, With A Superb Commitment..

Alhamdulillah..!!

Hari yang sangat menarik..segala yang dilakukan tanpa sebarang perancangan dan sangat lari daripada perancangan asal saya sendiri.
Bermula dengan saya merancang untuk menghabiskan seluruh masa pada hari ini untuk menyiapkan tugasan-tugasan tutorial dan persatuan, akhirnya lain yang Allah lorongkan untuk saya bermula seawal pagi hari ini..

USrAH!

Bersama adik-adik yang sweet, baik dan punyai hati-hati yang bersih membuatkan saya merasa seronok dan sedikit terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang kononnya bertimbun (disebabkan salah sendiri)…

Nasi lemak sambal tumis bersama telur goreng disediakan oleh adik2 usrah dan saya hanya menumpang sekaki untuk makan sekali bersama seorang lagi sahabat lain. Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini.

Point utamanya adalah pegisian usrah tersebut yang agak menarik bagi saya. Usrah yang membincangkan berkenaan ukhuwah. Ya..ukhuwah yang kadang-kadang dianggap remeh khasnya dikala semua insan sedang sibuk berjuang dan berjuang di medan masing-masing, lalu timbulnya sifat mengabaikan sentimen ukhuwah yang akhirnya mampu mencambah masalah demi masalah dalam sebuah gerakan.

Bila disebut tentang ukhuwah, apa yang dapat saya kongsi daripada usrah tadi adalah ukhuwah melibatkan komitmen. Betul juga. Tidak pernah saya terfikir tentang hubungan di antara kedua perkara ini sehinggalah pada pagi tadi, ini adalah seolah-olah benda baru yang saya dapat.

Benarlah, ukhuwah adalah melibatkan hubungan di antara dua pihak atau lebih. Sering kita mendengar tentang ayat ‘ bertepuk sebelah tangan ‘ dalam hal-hal hubungan yang tidak mendapat balasan. Itu adalah komitmen! Tiada balasan adalah tiada komitmen. Mana mungkin seseorang itu akan mengatakan bahawa dia merasakan manis dan bahagia dengan ukhuwah tersebut jikalau hanya dia sahaja yang berusaha memaknakan ukhuwah tersebut tanpa mendapat respon yang baik daripada mereka yang dituju. Hanya memberi setiap masa tidak akan mampu melahirkan kemanisan dalam perhubungan kerana pada satu masa kita juga ingin menerima dan mereka juga perlu menjadi orang yang memberi.

Komitmen dalam ukhuwah islamiyah dengan ukhwuah biasa-biasa yang bukanlah didasari atas dasar LiLlahi Ta’ala, adalah berbeza. Komitmen dalam ukhuwah islamiyah yang berasaskan sayang semata-mata kerana Allah pastinya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan ukhuwah biasa yaitu  tanpa rasa berukhuwah itu adalah kerana Allah. ini adalah kerana ukhuwah kerana Allah ini tidak bergantung kepada material atau nafsu berbanding ukhuwah selain itu yang mungkin komitmen diberi kerana inginkan satu-satu kepentingan peribadi.

~sahabat yang baik, dia akan sering mengingatkan kita~

Antara contoh yang diberi adalah apabila seorang A dan B berukhuwah, si A selalu berusaha melakukan sesuatu seperti merancang untuk bersukan bersama, makan bersama, rehlah dan sebagainya yang diusahakan untuk mencapai kemanisan ukhwuah, namun si B sering memberikan respon yang negatif terhadap usaha tersebut, pastinya di A tidak akan declare bahawa dia mempunyai ukhuwah yang manis dengan si B. kerana perkara yang perlu dilakukan untuk sama-sama memaknakan dan merasai kemanisan ukhuwah adalah tindakan si B yang sepatutnya menyambut baik cadangan-cadangn yang dilakukan oleh si A dan si B juga seharusnya bertindak untuk merancang pula untuk si A. dan macam-macam lagi. Hinggakan ukhuwah tersebut akan terasa manis dan sentiasa meningkat dari satu tahap ke tahap lain.


Hinggakan rasa sayang dan rindu bertambah bila tidak berjumpa. Dan bila disebut ukhuwah islamiyah, pastilah ia adalah ukhuwah di atas landasan syariat yang benar dan dipelihara tanpa dicemari oleh anasir-anasir yang mampu merosakkan keberkatan ukhuwah itu.

Hanyalah perkongsian untuk manfaat bersama.
Selamat berfikir dan bertindak untuk mendapat manisnya berukhuwah kerana Allah~

Wallahu a’lam…

*p/s: Cubalah buat sesuatu untuk orang yang anda sayang…(^_^)



~Berdoa moga dikurniakan sahabat2 yang sering berada di sisi dalam setiap keadaan~

Thursday, November 10, 2011

Surat Mak kepada Kita...


**Kalau mak abah ada blog, mungkin mereka akan tulis seperti ini kepada kami…

(Surat Mak kepada anak-anak Mak)

Alhamdulillah, mak ngan abah baru je balik dari niaga..penat juga sebenarnya, dahlah hujan plak tadi, mak ngan abah je yang ada, anak-anak mak masing-masing sibuk dengan urusan. Xpe, mak ngan abah faham… lagi-lagi sekarang ni, susah untuk kita sekeluarga berkumpul. Cuma masa yang ada hanyalah masa hari raya puasa atau hari raya haji. Sebab 2 orang anak lelaki mak hanya cuti pada dua waktu ni je, sebab dua-dua belajar madrasah tahfiz, mestilah tak sama dengan sekolah dan cuti kerajaan.

Tapi mak bersyukur, mak ada ramai permata… orang lain ada 4, 5, 6 orang, tapi mak ada ramai..mak ngan abah ada 9 orang anak. Penat jugak nak melayan kerenah semua kesembilan-sembilan, tapi Allah mudahkan juga, akhirnya, pejam celik pejam celik, anak-anak mak semua dah besar-besar…

Along yang selalu main dengan imah dan asiet depan rumah dulu, mak ingat lagi mak daftarkan masuk tadika, sekolah rendah dan menengah. Dapat rezeki jadi anak yang pertama masuk university. Mak bangga dengan along. Sekejap je mak dah tengok along abis blaja, dan dah nak kahwin pun dua minggu lagi. Sedar tak sedar anak mak ni dah nak jadi isteri orang dah…moga menjadi isteri yang solehah ye, ingat, syurga seorang isteri itu pada redha suami, bukan lagi pada mak atau abah. Kami bukan lagi keutamaan along..ingat tu.. moga berbahagia ke syurga..

Imah plak, seorang yang kuat bersukan kat sekolah rendah dulu, diam-diam ubi berisi. Ikut jejak langkah along, masuk university jugak. Mak ngan abah bertambah gembira. Tapi sekarang dah jadi cikgu. Kereta pun dah ada, tak sangka mak anak mak sorang ni akan jadi seorang cikgu dalam jarak masa yang mak rasa sekejap sangat… nasihat mak, didiklah anak-anak bangsa agar mereka semua mengenali Islam dan mencintainya..

Asiet plak atau adik-adik sume panggil awan. Anak laki yang terlahir di tengah-tengah anak perenpuan. Selalu main dengan along ngan imah dulu, degil juga. Tapi darjah 3 je dah dihantar ke madrasah tahfiz. Jangan salahkan mak ngan abah ye, kami lakukan ni sume untuk kebaikan anak mak yang mak sayang. Mak ingat dulu asiet kecik lagi, tapi sekrang dah besar macam abah. Dah jadi ustaz pula mengajar tahfiz pada budak-budak baya-baya asiet dulu.. mak gembira tengok pencapaian anak mak. Mak doakan moga anak mak sorang ni akan menjadi penjaga keluarga ni dan penjaga mak abah bila kami dah tua dan tak berdaya nanti. Moga menjadi sorang anak yang soleh…

Kinah…degil dulu, selalu curi-curi ponteng sekolah. Mak ingat anak mak ni memang tak nak sekolah, tapi dalam tak sedar, anak mak sekarang dah besar, dah jadi pelajar university pun. Mak bangga dengan pencapaian anak-anak mak. Semuanya mak anggap sebagai orang yang berjaya. Taun depan insyaAllah kinah akan abis belajar. Mak doakan anak mak sorang ni dapat buat yang terbaik untuk masa depan. Mak dan abah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak mak…

Pikah pulak..macam-macam jadi bila teringat pikah. Lepas satu accident satu lagi.. sampai patah kaki pula.. dulu kecik-kecik comel je, sopan.. tapi sekarang ni banyak plak diuji. Tak pe, mak sentiasa ada untuk anak mak. Mak sedih sangat memikirkan kesakitan yang anak mak perlu lalui…kalau boleh mak nak pindah sakit tu, biar mak yang rasa. Tapi mak yakin, Allah nak uji anak mak dan juga mak. Mak redha. Mak sentiasa doakan anak mak moga sentiasa dilindungi Allah..

Atam atau Huzaifah, anak mak yang keenam. Zaman kecil atam la yang mak paling ingat, tapi kalau mak tulis kat sini nanti mesti atam segan. Tapi mak macam tak perasan, anak mak sorg ni dah besar tibe-tibe. Besar macam abah dah. Lepas sekolah rendah, mak ngan abah decide antar atam ke madrasah tahfiz sebab tengok atam lebih baik untuk ke sana. Akhirnya mak bahagia sebab mak ngn abah tak salah dalam berbuat keputusan. 
Atam memang cenderung pada tahfiz. Sedar tak sedar dah nak khatam pun hafazan. Mak harap hafazan atam akan kekal di ingatan sehingga mati…moga ianya menjadi saham mak abah di akhirat nanti..

Omar..satu-satunya anak laki mak yang dihantar ke sekolah akademi selepas mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam UPSR. Akhirnya anak mak didaftarkan di Maahad Johor, ambil tahfiz. Pejam celik, pejam celik, omar dah nak habis pun di MJ. Mak tak sedar pun anak mak ni makin lama makin besar. Tapi ingatlah pesan mak ni, mak harap omar dapat jadi anak yang soleh dan menjadi seorng yang bermanfaat untuk ummat dengan kelebihan ilmu yang omar ada, melebihi adik-beradik laki yang lain.. belajarlah rajin-rajin.. doa mak sentiasa mengiringi…

Muaz anak second bongsu.. banyak karenah..kadang-kadang keras kepala, tapi rajin. Mudah tolong mak. Mak tengok anak mak sorang ni makin lama makin mudah bila diminta tolong.. ma kantar muaz pun selepas sekolah rendah, bukan mak tak nak muaz masuk MJ macam omar, cumanya mak ngan abah nampak lebih baik untuk muaz berada di madrasah tahfiz. Akhirnya muaz berjaya buktikan pada mak abah, muaz memang berkebolehan menghafaz al-Quran. Mak bangga dengan muaz. Dan muaz ada kelebihan berbanding abang-abang yang lain, suara muaz sedap. insyaAllah, mak tak pelik kalau suatu hari nanti muaz adalah imam besar masjid-masjid utama dalam Negara atau qari..

Untuk anak mak yang bongsu, Hafiz..rezeki selepas mak dan abah balik daripada mengerjakan haji. Rasa macam baru sahaja pulang dari haji dan melahirkan hafiz, tapi anak mak dah besar depan mata. dah pandai berlari dan bersukan. Anak mak yang pandai belajar. Markah ujian tinggi-tinggi. Mak bangga dengan hafiz walaupun hafiz suka buat perangai tak nak pergi sekolah. Tapi mak sabar… mak faham ni lah perangai anak-anak baya macam hafiz. Moga kedegilan hafiz sekarang, menjadi punca kekuatan hafiz masa akan datang dalam menempuh kehidupan jika ditakdirkan mak tiada lagi di sisi…

Anak-anak mak…. Mak sayang pada kamu semua. Maafkan mak kalau mak ada sah dan silap dalam mendidik kamu semua sehingga kini. Mak sentiasa tak pernah putus-putus berdoa pada Allah agar berikan yang terbaik untuk anak-anak mak. Jika ditkadirkan mak dan abah pergi nanti, mak sangat-sangat mengharapkan anak-anak mak kesembilan-sembilan ini tidak putus mendoakan kesejahteraan mak dan abah di sana. Kerana tiada apa lagi yang tertinggal buat kami kecuali doa dairpada anak-anak yang soleh dan solehah. Dan anak mak semuanya soleh dan solehah. Mak tak pernah menganggap jahat kepada anah mak. Mak anggap anak mak semuanya anak yang baik. Mak doakan, anak-anak mak nanti semuanya menjadi insan yang bermanfaat untuk umat Islam dan agama Islam. Amin…

Sekian sahaja dari mak…
Wassalam..

Permata Hati mak dan abah.... (^_^)

**Saya juga sayang mak…terima kasih mak, saya akan balas surat mak…
(Gimik ni surat real dari mak........................)

Monday, November 7, 2011

Buatmu, Hawa....


Sebenarnya dah lama sangat saya ingin menulis sesuatu pada blog ni. Tapi mengenangkan kesibukan dan banyak lagi kerja lain yang lebih patut dilakukan dan macam-macam hal lain menyebabkan niat tu hanya tinggal niat dan tidak direalisasikan. Alhamdulillah, sedikit masa di rumah saya cuba manfaatkan agar terisi juga blog ini dengan entry terbaru dan bermanfaat, sama-sama berdoa moga ada nilaiannya di sisi Allah.

Untuk entry kali ini saya lebih ingin memfokuskan kepada kaum hawa, namun jangan tersalah anggap dalam membaca. Saya bukanlah ingin menyebarkan fahaman feminisme, cuma hanya ingin menyentuh satu sudut hati-hati kaum hawa yang jauh dan lembut moga-moga entry ini membuat kita sama-sama berfikir. Tidak lupa pada kaum adam yang membaca, ambillah manfaatnya buat saudara-saudara perempuanmu dan yang akan menjadi teman hidupmu.

Kerana melihat dunia kini membuat saya semakin risau dan bertambah risau dan kerisauan saya ini berlebih-lebih pada kaum hawa yang dilihat semakin banyak cabarannya. Mengapa saya berkata demikian? Masyarakat kini semakin cakna dan peka dengan situasi masyarakat sendiri termasuklah pihak-pihak pemerintah dan lain-lain. Maka semua maklum dengan situasi masyarakat kini. Perhatikanlah, berita apakah kini yang tidak dikaitkan dengan keselamatan dan kehormatan wanita, termasuk pada akidah dan agama juga? Di dada-dada akhbar pelbagai cerita dan berita yang berkait dengan wanita. Kes ragut, buang anak, penderaan, sumbang mahram, murtad, lesbian dan sebagainya yang banyak lagi tidak saya sebutkan. Membuatkan saya semakin takut dan rasa bimbang mengenangkan kedudukan wanita kini.

Sungguh! Islam datang dan disebarkan kepada umat manusia seluruhnya oleh yang tercinta Nabi Muhammad SAW secara rasminya mengangkat martabat kedudukan wanita di sisi masyarakat. Wanita yang mana dulunya dihina dan diperdagangkan, dibunuh dan diabaikan, dianggap membawa malang dan sebagainya, tiada satu pun kedudukan wanita yang mulia melainkan dimanfaatkan untuknya melahirkan zuriat. Akhirnya kedatangan Islam membawa keindahan dan kehormatan buat wanita. Wanita selepas kedatangan Islam dihormati, ditempatkan di tingkatan yang mulia, diberikan kedudukan dan disayangi. Maruahnya dijaga dengan sebaiknya, keindahannya dipelihara. Sehingga terdapat surah dalam al-Quran yang dinamakan surah wanita (Surah al-Nusa’).

Namun sedihnya kini, wanita seolah tidak menyedari kedudukannya yang tinggi dan dipelihara Islam. Wanita kini seolah-olah merindui kedudukan yang diberikan oleh Jahiliyah berbanding yang diberikan Islam. Lihat sahaja, wanita kini mula menjual dirinya kepada lelaki perosak, wanita kini mula menayangkan perhiasannya di sana sini, wanita kini mula berani-berani berzina dan melakukan dosa-dosa besar tanpa segan-silunya. Bahkan, wanita kini lebih teruk daripada wanita di zaman jahiliyah!
Bila dibelek-belek Facebook yang menjadi kegilaan platform luahan perasaan pada masa kini, saya banyak membaca post yang beragama Islam mula berani mempertikaikan tuntutan-tuntutan Islam kepada wanita. Bukan setakat mempersoalkan hukum menutup aurat, hukum dan undang-undang Allah lainnya juga dengan beraninya mereka mempersoalkan. Semua ini sangat-sangat menakutkan saya yang mempunyai sedikit kefahaman tentang Islam. Membuatkan saya menjadi semakin risau akan perihal wanita.

Wahai sekalian wanita, khasnya yang merupakan seorang yang beragama Islam, bangkitlah kalian! Jangan biarkan kalian berada di dalam alam kegelapan. Bangkitlah kerana dunia sangat memerlukan  kebangkitanmu. Keindahan wanita itu janganlah sekali kau anggap bila mana kau menayangkannya kepada kaum lelaki dan ketika mereka memujimu. Kecantikanmu pada kehambaanmu pada Allah. Ingatlah wahai wanita kesayanganku, ramainya penghuni neraka daripada golongan wanita, namun begitu juga mudahnya untuk menjadi penghuni syurga bagimu.

Peliharalah dirimu daripada dirosakkan oleh lelaki-lelaki yang hanya ingin menghisap madumu, peliharalah dirimu daripada menjebakkan diri daripada dosa-dosa besar, peliharalah akidahmu, nescaya akan selamat agamamu dan sejahteralah hidupmu. Tagihlah cinta Ilahi yang tiada bertepi bautmu. Cinta Ilahi yang tidak akan pernah luntur dan mati, yang akan mencintaimu selagi mana kamu mencintainya, bahkan Dia kan lebih mencintaimu daripada cintaMu kepadaNya. Sedarlah hakikat kehidupan yang sebenar, dunia ini hanyalah gula-gula dan manisan yang sedap yang mana jika kita makan terlalu banyak akan menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan dan gigi kita. Janganlah wahai wanita, janganlah memudaratkan diri sendiri, peliharalah diri dan saudaramu.

Ingatlah wahai kaum hawa! Andalah yang akan melahirkan zuriat-zuriat warisan Islam, penyambung tali rantai perjuangan Nabi SAW. Tidakkah anda menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah? Maka mulakan dengan diri anda daripada sekarang. Tingkatkan kualiti untuk menjadi wanita yang berkualiti dan berguna kepada agama. Berubahlah daripada seorang yang kurang baik kepada baik, baik kepada lebih baik. Berubahlah secara berperingkat. Rujuklah kepada yang pakar untuk berubah jika anda tidak tahu kaedahnya. Rasailah kenikmatan cinta Ilahi. Moga kita sama-sama dapat melahirkan ramai Sumayyah yang berani syahid kerana agamanya, Aisyah dan Khadijah yang sentiasa menyokong perjuangan suaminya, Asiah yang berjaya menjaga akidahnya di sisi suami yang zalim dan ramai lagi.
Wallahu a’lam.

p/s: Maaf jika entry ini mengguris hati mana2 pihak, tiada terniat untuk itu, hanya untuk manfaat bersama. :)



Thursday, October 27, 2011

Mencari Ketenangan Di Dalam Hidup.


Saje nak berkongsi dgn sahabat2 semua...satu email yang menarik kepada sahabat2 Langit Ilahi drpd Hilal Asyraf...selamat membaca... (sebab mengenai ketenangan yg sume inginkan)...jom!

Khas Daripada Hilal Asyraf: Mencari Ketenangan Di Dalam Hidup.

Assalamu'alaikum.
Apa khabar?

Semoga anda berada dalam rahmat dan maghfirah Allah SWT. Saya sentiasa berharap, agar diri saya dan anda, sama-sama berusaha keras untuk hidup di dalam batasan yang disyariatkan olehNya, dan berusaha untuk menjauhi larangan-laranganNya. Marilah kita menjadi hamba yang sebenar-benarnya.

Email kali ini, saya suka mengingatkan diri saya dan anda berkenaan ketenangan.

Ketenangan.
Satu kalimah yang dicari semua.
Kayalah sekaya mana, kalau hati tidak tenang segala harta seperti tiada makna.
Berkahwinlah dengan lelaki/perempuan idaman mana sekalipun, kalau jiwa tidak senang maka segalanya seperti sia-sia.
Persoalan, di manakah hendak kita jumpai ketenangan ini?

Saya ada terjumpa satu bicara yang amat indah sekali,

"Di dalam hati ada kekosongan,
yang tidak akan terisi melainkan dengan merapat kepada Ilahi.
Di dalam hati ada kegelisahan,
yang tidak akan dapat ditenangkan melainkan dengan Ilahi.
Di dalam hati ada kerisauan,
yang tidak akan dapat diselesaikan, melainkan dengan Ilahi."

Ya.
Ketenangan itu ada pada Ilahi. Ketika kita merapat kepadaNya. Ketika kita melakukan amal-amal kebaikan yang diarahkan olehNya, ikhlas keranaNya.

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu, hati-hati akan menjadi tenang." Surah Ar-Ra'd ayat 28.

Maka kita, yang mempunyai hati-hati dan jiwa-jiwa yang gelisah ini, kita memandang semula ke dalam kehidupan. Kita isi kehidupan dengan apa? Ketaatan kepadaNya? Atau kemaksiatan yang bermaharaja lela?

Dan sesungguhnya, mereka yang bersolat, membaca al-quran, bersedekah, tetapi masih lagi juga melakukan maksiat kepadaNya, tetap tidak akan mampu meraih ketenangan jiwa. Kerana dosa ibarat titik hitam di dalam hati, dan dosa akan memberikan rasa tidak senang ke dalam diri. Buat kebaikan, dosa itu terpadam, namun buat lagi dosa, bintik hitam muncul semula membawa kelam.

Maka solusi ketenangan hati yang utama adalah, mendekati Ilahi dan menjauhi laranganNya.

Sudah berapa tahun umur kita ketika kita membaca email ini? Ketika saya menulis email ini?
Saya sudah berumur 22 tahun.
Anda?
Dan kita soal diri kita bersama-sama,
sampai bila kita hendak hidup dalam kemaksiatan kepadaNya? Dengan jiwa yang risau dan galau, dengan hati yang tidak tenang dan tidak senang. Sampai bila?

"Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka." Surah Al-Hadid ayat 16.

Mari kita sama-sama muhasabah.
Mencapai ketenangan jiwa biar diri menjadi gagah.

Mari Menjadi Hamba!


~ seorang hamba,
Hilal Asyraf

Moga2 setiap yg membaca dapat manfaatnya...:)


Friday, October 21, 2011

ANDA MEMANG CANTIK..Serius!!



Wanita sentiasa disinonimkan dengan cermin. Sehinggakan ada pepatah Arab yang berbunyi, ‘mar’ah wa mir’ah la tatafarraqani’ yang mana maksudnya ‘wanita dan cermin tidak boleh dipisahkan.’ Sampai macam tu sekali. Tapi betul jgk bila diperhatikan, di mana-mana sahaja wanita itu akan ada bersamanya cermin atau sesuatu yang boleh memantulkan imej wajahnya tak kisahlah samada cermin atau yang lain seperti skrin handphone pun boleh jadi.

Cermin pula dikaitkan dengan kecantikan. Semua manusia sukakan kecantikan, dan Allah juga sukakan kecantikan. Tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kecantikan? Adakah cantik rupa sahaja terus dinamakan cantik? Atau cantik pakaian, kasut, kenderaan? Ataukah cantik pada perangai, moral dan akhlak itu adalah cantik yang sebenar? Semua orang pandai berkata soal kecantikan jika ditanya mengenainya. Dan jawapan selalunya adalah:
“CANTIK ITU SUBJEKTIF…”

Sejauh mana kesubjektifan cantik itu sebenarnya? Bagi saya pada peribadinya (tiada kene mngena dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia) bahawa cantik itu Allah kurniakan kepada setiap kejadiannya. Cantik itu ada pada setiap makhluknya. Tidakkah kita perhatikan bahawa pokok itu hatta daunnya yang hijau sehelai sahaja sangat cantik ciptaannya, dengan sistem yang hebat ciptaan Allah. Dan selain itu, contoh kerengga. Betapa cantiknya ciptaan badannya  dan kebijaksanaan serta sifatnya yang komited mencari rezeki. Dan tiada kurangnya manusia, malah sangat lebih Allah ciptakan manusia ni dengan menjadikannya sebaik2 ciptaan sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Tin ayat 4:
ôs)s9 $uZø)n=y{ z`»|¡SM}$# þÎû Ç`|¡ômr& 5OƒÈqø)s? ÇÍÈ
Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

So, adakah anda masih ingin mengatakan anda tidak cantik dan ingin mengubah ciptaan yang maha hebat ini? (Akibat teringat sikap2 individu yang sibuk mengubah ciptaan terbaik ni). Bagi saya, rugilah orang2 yang tidak merasa bersyukur dengan kecantikan yang telah Allah kurniakan kepadanya. Cantik manusia itu terletak pada hatinya, terletak pada pantulan akhlaknya dan terletak pada keteguhannya melaksanakan perintah Allah dan RasulNya SAW. Di sini saya lontarkan soalan untuk kita sama2 fikir2kan…

Apa guna cantik muka jika hati susah nak terima kebenaran?

Apa guna cantik kalau akhlak dan keperibadian tidak mencerminkan keperibadian muslimah?

Apa manfaatnya dipuji2 kecantikannya dihadapan manusia, tetapi tidak pernah mengambil berat soal ketaatan dan kepatuhan kepada Allah?

Apa kebaikannya cantik jika digunakan untuk merosakkan iman orang lain?

Jangan juga sekali2 mengatakan anda tidak cantik kerana kekurangan2 yang ada, akan tetapi usahalah untuk menjadi cantik dengan apa yang saya highlightkan di atas dari sudut cantik kamus peribadi saya. Kita semua ingin menjadi cantik. Saya juga ingin menjadi cantik. Tapi bukan hanya di hadapan manusia, tapi saya ingin menjadi hamba yang cantik di hadapan Rabbnya. Yang tidak malu berhadapan dengan Tuhannya kerana telah berusaha sepanjang hayat untuk mencantikkan diri sebelum bertemu denganNya.

            Saya agk tertarik dengan komen kawan saya (ni blog dia.. http://kihahayati.blogspot.com/bila saya bertanyakan tentang definisi cantik ni. Jom sama2 baca perbualan kami jap…

Saya:
akk....pe pndpt akk ttg cantik?
Kawan :
subjektif...
CHANTEKKK....org tu xperlu kulit cerah..,
x perlu kulit cantik gebu..licin xde jerawat.. xperlu langsing...
cantik itu..hanya biasa2 saja..low profile pun xpe..
tapi cantik itu bg akak..bila kita pandang dia...ada 1 perasaan yg luar biasa...xpernah bertemu..., rasa seakan-akan... mudah mesra..
seakan2..hati berbisik.. "saya nak kenal awak lagi.."atau..."saya nak jumpe dia lagi... nak jadi kawan dia.."atau...."seronoknye kalau jadi mcm dia.."
cantik itu... bg akk, xperlu la suara lemah lembut.. (kononnya mcm gadis melayu terakhir) tapi..kata2 dia..sepatah dua.. rasa menusuk dlm hati...(walaupun x berapa byk ilmu)……

Tengok, itu antara definisi orang tentang cantik. Jadinya, anda sebenarnya tak perlu nak tunjukkan kepada dunia anda adalah seorang insan yang cantik. Anda tak perlu post di FB atau Tweeter dan laman2 sosial dan sebagainya untuk menunjukkan anda cantik dan dipuji2 dengan komen2 daripada kawan2 khasnya yang berlawanan jantina ni. Kerana itu semua bukanlah indicator anda adalah yang tercantik tangga 1,2 atau 3. Tak perlu langsung kepada semua itu. Ini kerana anda sememangnya cantik dan kecantikan itu hanya untuk anda dan yang berhak ke atasnya, bukan hak umum yang perlu ditayangkan. Sayangilah diri anda sebagai seorang yang diciptakan cantik seindah ciptaan alam ini dan berhati2lah dalam menjaga amanah kecantikan yang diberikan oleh Allah ini.

  Saya sayang anda dan saya inginkan anda menjadi muslimah yang cantik dari segenap segi. Pesanan khas buat diri juga agar sama2 menjaga amanah ini agar dapat dihadapkan di hadapan Sang Pemiliknya dengan sempurna sesempurna pemberianNya kepada kita. Jom sama2 perbaiki dan make-up diri kita! (^_^)


Wallahu a’lam…


Saturday, October 1, 2011

Di Situ Ku Lihat Dosaku...

Bismillahirrahmanirrahim....

Muhasabah di pagi hari, membaca entry blog seorang sahabat yang baru pertama kali saya buka, menyentap hati dan menggetarkan. Terasa tersirap darah di setiap urat nadi, terimbau kesalahan-kesalahan yang dilakukan. Sehingga membuatku terdiam, muhasabah yang baik, ingin saya kongsikan dengan pembaca sekalian, moga ada hikmah dan kebaikannya di sisi ALlah...

Hanya mampu ku bermohon, agar kesilapan-kesilapan lalu yang pernah ku perbuat diampuni oleh Allah yang Maha Pengampun dan Maha Memahami...

"Allahummaghfir dzunubi fi kulli umur, washlih li sya'ni, warhamni , Innaka Arhamur Rahimin...."


********************


Bismillahirrahmanirrahim...
"Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU….
Ya Allah…. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.
Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.
Dibukanya layar….
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal….

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?

“Aku dulu selalu melihat wajah tampan lelaki bukan muhrim!” Ku dengar mata berbicara lantang.
Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah tampan teman chatting, teman facebook, dan semua teman lelakiku.
Malunya aku, Rabb…

“Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang lelaki yang haram bagiku!”Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku.



Rabb… Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?
Layar itu masih memancarkan  kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang lelaki, yang sampai sekarang belum pernah aku temui.
Walaupun sehingga ajalku menjemput,

Lelaki itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan…
Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami.  

Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?
Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU… aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail..

Rabbi… Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang kuliahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan…

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang lelaki yang belum pernah aku temui.
Allah… Aku mengaku salah.
 
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. 
Hatiku berzina kerana selalu merindukannya.

Allah… Aku sudah menghadapMU, dalam su’ul khatimah.
Ku mohon, sedarkan lelaki itu Ya Allah.
Jangan biarkan dia mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan dia ya Rabb…
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.
Mataku, telingaku, lidahku, hatiku…..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi….
Ya Allah, tetapkanlah hatiku di jalan redhaMu, jauhilah aku daripada penipuan dunia yang memperdayakan..


Moga Allah merhamatimu sahabatku:

Sunday, September 18, 2011

......................


Aku,
Bukan lagi diriku yang lama,
Aku kini perlu kuat untuk menghadapinya,
Perlu kuat untuk mengatasi segalanya…

Namun mereka melihat aku,
Seorang yang bahagia dengan kehidupannya,
Mereka melihat,
Diriku seorang yang tiada masalah diri,
Mereka melihat aku,
Sebagai individu yang ceria dan senang selalu.

Tapi dalam pada itu,
Mereka tidak tahu dan tidak mengetahui,
Disebalik gelak tawaku ada tangisan,
Disebalik senda gurauku, ku sembunyikan kesedihan,
Mereka juga tidak menyedari,
Di sebalik diriku yang kelihatan senang sentiasa,
Aku juga mempunyai masalah,
Diriku juga punya rasa hati dan perasaan…

Aku adalah insan yang biasa,
Yang lemah ketika diuji,
Juga mengeluh jika terjatuh,
Tetap menangis ketika sakit,
Dan memerlukan seseorang menjadi penguat jiwa.

Lemahnya aku hanya Allah yang tahu,
Untuk meluah aku tidak mampu,
Untuk menelan sendiri seksanya terasa,
Namun jauh dari itu,
Aku bersyukur denganNya,
Tetap bersyukur dan terus bersyukur,
Kerana dengan kesakitan ini,
Dengan ujian ini,
Hati kembali menangis keranaMu ya Rabb,
Mataku tanpa segan silu mengakui dihadapanMu…

Bahawa….
Aku telah khilaf ya Allah,
Aku telah silap dalam melaluinya,
Malu untuk ku katakan,
Sedang aku tahu Kau Maha Mengetahui isi hatiku.
Tuntunilah aku Allah,
Tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar,
Jalan yang Kau redhai,
Agar aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang disayangi…
Amin…amin ya Rabbal ‘Alamin…