Friday, December 30, 2011

:: DIALOG SRIKANDI PEJUANG DAN SUAMI ::

Assalamualaikum wbtuh...jom baca..best!..Allahuakbar! Pengorbanan yang cukup besar..^_^

PERBUALAN ZAINAB AL-GHAZALLI DAN SUAMINYA

Zainab Al Ghazali:Ketika kita sepakat untuk menikah dahulu, ingatkah kau akan apa yang aku katakan kepadamu tempoh hari?

Suami:Tentu aku ingat, kau ajukan suatu syarat. Tetapi masalahnya sekarang aku khuatir atas keselamatanmu, sebab sekarang kau sedang berhadapan dengan sizalim itu (Jamal ‘Abdun Nasr).

Zainab Al Ghazali:

Aku masih ingat benar apa yang kuucapkan kepadamu, iaitu:

Kau sebagai calon suamiku harus tahu bahawa aku memikul sesuatu sepanjang hidupku. Kerana kau sudah menyatakan persetujuan untuk menikahiku, maka wajiblah aku untuk mengungkapkan kepadamu dengan harapan agar kau tidak akan bertanya lagi tentang hal itu.

Tanggungjawab berat yang kupikul sekarang adalah kedudukanku selaku Ketua Umum Jama’ah Assayyidat Al-Muslimat. Dan aku tidak akan melangkah mundur atau keluar dari garis perjuangan ini. Aku yakin bahawa memang suatu waktu aku akan jauh melangkah di medan da’wah sehingga akan terasa bertentangan dengan kepentingan peribadimu dan kepentingan perniagaanmu bahkan dengan kepentingan kehidupan suami isteri. Dan apabila yang demikian itu sudah sampai pada posisi sebagai penghalang da’wah dan rintangan untuk mendirikan Negara Islam, nampaknya jalan kita sudah menjadi saling bersimpangan.

Pada waktu itu kau menundukkan kepalamu ke tanah. Ketika aku angkat mukamu , aku lihat air matamu tertahan pada kelopak matamu. Lalu kau berkata, 

“ Mintalah apa saja yang kau kehendaki!”.

Namun aku tidak minta apa pun darimu, tidak juga mas kahwin yang biasa diminta calon isteri dari calon suami. Lalu kau berjanji bahawa kau tidak akan melarang aku untuk menunaikan tugas di jalan Allah….

Aku sudah bertekad akan mengesampingkan masalah perkahwinan dari hidupku, agar aku dapat memusatkan perhatian sepenuhnya ke bidang da’wah. Dan kini bukanlah maksudku untuk meminta kau turut serta dalam jihadku ini, melainkan adalah hakku kiranya untuk meminta syarat darimu agar kau tidak melarangku berjihad di jalan Allah. Dan apabila tanggungjawab meletakkan aku di barisan hadapan para mujahiddin, janganlah engkau bertanya kepadaku apa yang aku lakukan.

Hendaknya antara kita dibina rasa saling percaya. Relakanlah isterimu ini yang sudah menyerahkan dirinya untuk jihad fisabilillah dan demi berdirinya Negara Islam yang sudah menjadi tekadku sejak berusia 18 tahun. Apabila kepentingan perkahwinan berseberangan dengan kepentingan da’wah kepada Allah, maka perkahwinan akan berhenti dan kepentingan da’wah akan terus berlanjut dalam semua kegiatan dan kehadiranku…” Apakah kau masih ingat?

Suami:Ya.

Zainab Al Ghazali:

Kini aku mohon agar kau memenuhi janjimu itu. Jangan bertanya aku bertemu dengan siapa. Dan aku memohon dari Allah agar pahala jihad ini dibahagi antara kita berdua bila Dia berkenan menerima baik ‘amalku ini.

Aku menyedari bahawa memang hakmulah untuk memberikan perintah kepadaku untuk aku patuhi. Akan tetapi

Allah swt dalam diriku lebih besar dari diri kita dan panggilanNya terasa lebih agung..."



*Zainab al-Ghazali; srikandi pejuang abad ini~
~Berharap agar aku mampu mencontohi beliau~




-COPIED-




Thursday, December 29, 2011


Allah…
Aku tidak kuat ya Allah,
Aku manusia biasa,
Bukanlah malaikat yang setia..

Aku juga pernah kecewa,
Dan akan merasa kecewa lagi,
Dan kini aku sedang bersedih sendiri..

Entah kenapa pada malam ini,
Selepas berusrah tadi,
Emosiku semakin mengusik hati..

Allahu Rabbi,
Ku mohon kekuatan dariMu,
Tuhan Yang Maha Memahami hamba2Nya,
Tenangkanlah hatiku dengan 'sakinahMu'..

Di kala malam...


~Bandar baru Bangi~
~10:42 pm~
29/12/2012


~ Tiada Kata ~


Dikala aku menyelak al-Quran melihat kembali ayat ini, aku akan selalu teringat dan teringat... Pastinya aku bukanlah yang sempurna, namun ku bersyukur kerana di pilih untuk bersama2 tenteraMu ya Allah, di jalan ini....aku mohon kekuatan untuk berada dalam kenikmatan ini sehingga ke akhir hayatku. Amin...

Firman Allah SWT  dalam Surah al-Taubah ayat 38 - 42 yang bermaksud : 

38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

39. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

40. Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

41. Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

42. Kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). "

Benarlah kata2 Allah...

Ya Allah,
Kadang-kadang apa yang aku inginkan,
Aku lihat ia semakin jauh dan menjauh,
Aku berlari untuk mengejarnya,
Memastikan ia kembali semula kepadaku…

Namun Ya Allah,
Engkau yang Maha Mengetahui,
Semakin ku kejar,
Semakin jauh aku melihatnya pergi,
Aku tidak mampu ya Allah,
Tak mampu untuk melihatnya pergi
Setelah lama aku bersamanya…

Ya Hannan, Ya Mannan,
Aku tahu Kau sentiasa merancang yang terbaik buatku,
Aku sedar semuanya Ya Allah,
Namun aku masih jua mengharap,
Agar ia kembali semula kepadaku,
Kembali menyokong kata-kataku,
Kembali menjadi penguatku ketikaku lemah,
Kembali menjadi penenang ketika aku resah…

Tapi Ya Allah,
Mengharapkan kemungkinan itu berlaku,
Aku tidak akan pernah puas berdoa,
Berdoa memohon dan mengharap,
Agar ia bukanlah takdir yang sebenar,
Mengharapkan ada cahaya di hadapan,
Kerana aku tidaklah termasuk dalam golongan
Yang lupa dan putus asa terhadap rahmatMu…

Mungkin inilah ujian buatku,
Setelah aku memilih untuk berada di jalan ini,
Setelah aku bersumpah taat setia,
Ketika itu aku sedar,
Lafaz janji tersebut bukanlah sekadar kata-kata kosong,
Tapi ia menuntut segunung pengorbanan,
Mungkin inilah pengorbanan itu.

Namun aku pasti Ya Allah,
Walau aku ditinggalkan, dijauhi,
Aku ada Engkau Ya Tuhanku,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Yang akan sentiasa menemaniku,
Selagi mana aku mengingatiMu…
Kuatkanlah aku Allah,
Untuk thabat berada di jalan ini…

Sesungguhnya Islam tak memerlukan kita,
tapi kitalah yang memerlukan Islam..


~Bandar Baru Bangi~
~1853~
29/12/2012


Saturday, December 3, 2011

In A Relationship, With A Superb Commitment..

Alhamdulillah..!!

Hari yang sangat menarik..segala yang dilakukan tanpa sebarang perancangan dan sangat lari daripada perancangan asal saya sendiri.
Bermula dengan saya merancang untuk menghabiskan seluruh masa pada hari ini untuk menyiapkan tugasan-tugasan tutorial dan persatuan, akhirnya lain yang Allah lorongkan untuk saya bermula seawal pagi hari ini..

USrAH!

Bersama adik-adik yang sweet, baik dan punyai hati-hati yang bersih membuatkan saya merasa seronok dan sedikit terlupa untuk melakukan kerja-kerja yang kononnya bertimbun (disebabkan salah sendiri)…

Nasi lemak sambal tumis bersama telur goreng disediakan oleh adik2 usrah dan saya hanya menumpang sekaki untuk makan sekali bersama seorang lagi sahabat lain. Tapi bukan itu yang ingin saya ceritakan di sini.

Point utamanya adalah pegisian usrah tersebut yang agak menarik bagi saya. Usrah yang membincangkan berkenaan ukhuwah. Ya..ukhuwah yang kadang-kadang dianggap remeh khasnya dikala semua insan sedang sibuk berjuang dan berjuang di medan masing-masing, lalu timbulnya sifat mengabaikan sentimen ukhuwah yang akhirnya mampu mencambah masalah demi masalah dalam sebuah gerakan.

Bila disebut tentang ukhuwah, apa yang dapat saya kongsi daripada usrah tadi adalah ukhuwah melibatkan komitmen. Betul juga. Tidak pernah saya terfikir tentang hubungan di antara kedua perkara ini sehinggalah pada pagi tadi, ini adalah seolah-olah benda baru yang saya dapat.

Benarlah, ukhuwah adalah melibatkan hubungan di antara dua pihak atau lebih. Sering kita mendengar tentang ayat ‘ bertepuk sebelah tangan ‘ dalam hal-hal hubungan yang tidak mendapat balasan. Itu adalah komitmen! Tiada balasan adalah tiada komitmen. Mana mungkin seseorang itu akan mengatakan bahawa dia merasakan manis dan bahagia dengan ukhuwah tersebut jikalau hanya dia sahaja yang berusaha memaknakan ukhuwah tersebut tanpa mendapat respon yang baik daripada mereka yang dituju. Hanya memberi setiap masa tidak akan mampu melahirkan kemanisan dalam perhubungan kerana pada satu masa kita juga ingin menerima dan mereka juga perlu menjadi orang yang memberi.

Komitmen dalam ukhuwah islamiyah dengan ukhwuah biasa-biasa yang bukanlah didasari atas dasar LiLlahi Ta’ala, adalah berbeza. Komitmen dalam ukhuwah islamiyah yang berasaskan sayang semata-mata kerana Allah pastinya adalah lebih manis jika dibandingkan dengan ukhuwah biasa yaitu  tanpa rasa berukhuwah itu adalah kerana Allah. ini adalah kerana ukhuwah kerana Allah ini tidak bergantung kepada material atau nafsu berbanding ukhuwah selain itu yang mungkin komitmen diberi kerana inginkan satu-satu kepentingan peribadi.

~sahabat yang baik, dia akan sering mengingatkan kita~

Antara contoh yang diberi adalah apabila seorang A dan B berukhuwah, si A selalu berusaha melakukan sesuatu seperti merancang untuk bersukan bersama, makan bersama, rehlah dan sebagainya yang diusahakan untuk mencapai kemanisan ukhwuah, namun si B sering memberikan respon yang negatif terhadap usaha tersebut, pastinya di A tidak akan declare bahawa dia mempunyai ukhuwah yang manis dengan si B. kerana perkara yang perlu dilakukan untuk sama-sama memaknakan dan merasai kemanisan ukhuwah adalah tindakan si B yang sepatutnya menyambut baik cadangan-cadangn yang dilakukan oleh si A dan si B juga seharusnya bertindak untuk merancang pula untuk si A. dan macam-macam lagi. Hinggakan ukhuwah tersebut akan terasa manis dan sentiasa meningkat dari satu tahap ke tahap lain.


Hinggakan rasa sayang dan rindu bertambah bila tidak berjumpa. Dan bila disebut ukhuwah islamiyah, pastilah ia adalah ukhuwah di atas landasan syariat yang benar dan dipelihara tanpa dicemari oleh anasir-anasir yang mampu merosakkan keberkatan ukhuwah itu.

Hanyalah perkongsian untuk manfaat bersama.
Selamat berfikir dan bertindak untuk mendapat manisnya berukhuwah kerana Allah~

Wallahu a’lam…

*p/s: Cubalah buat sesuatu untuk orang yang anda sayang…(^_^)



~Berdoa moga dikurniakan sahabat2 yang sering berada di sisi dalam setiap keadaan~