Monday, December 27, 2010

Aurat wanita bukan hanya tutup kepala....

Jadilah wanita yang tidak menyumbangkan fitnah pada Islam...

Aurat wanita bukan hanya tutup kepala....

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening
- Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan

- Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan :
Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan
kaki
terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti
pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang

- Petikan dari
Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka
- Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya
- Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang
merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu.

Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja
membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang
Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja

- Petikan dari Hadis
Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya

Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
- Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti
pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja
manakala
pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari
Hadis
Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik

- Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka
namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian
(muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu
dalam bumi
- Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah
mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka

-Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan,
menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam
Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya
- Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya,
melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah
- Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama
yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari
akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn
Majah.

Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang
mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar)
yang
demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya
-Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan
digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka
itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya

- Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

~hanya men-copy-paste daripada FB untuk dikongsi pada semua.....~

Wednesday, December 22, 2010

Siapakah Imam Itu??

jadilah imam yang memberi manfaat kepada umat manusia.

Kita selalu dengar orang tua cakap, “kalau nak cari pasangan tu, biarlah yang boleh jadi imam.” Selalu jugak dengar muslimat yang nak cari pasangan, cakap, “kalau boleh, biarlah dia tu beriman, boleh jadi imam untuk keluarga.” Dan tak kurang jugak kita dengar para pejuang Islam amat menekankan para pejuang agar menambah thaqafah dan ilmu hingga sekurang-kurangnya mampu menjadi imam kepada umat Islam. Namun apa yang ingin saya katakan di sini sebenarnya? Saya lebih suka menumpukan kepada point yang ketiga. Iaitu dalam konteks menjadi pejuang agama Allah. Dalam konteks seseorang yang mengaku dirinya sebagai penegak kebenaran Islam di muka bumi ini.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan IMAM???

Dalam satu program tarbiyah yang saya sertai baru2 ni, saya akhirnya faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan menjadi IMAM dan kefahamannya kepada seorang pejuang Allah, kepada mereka yang bergelar Ansorullah. Kefahaman saya selama ni, menjadi imam hanya sekadar mengetahui hukum2 tajwid dalam bacaan khususnya al-Fatihah dan mampu mengimami solat dan membaca doa. Rupanya konteks imam ini jauh lebih luas dari apa yang saya faham.

Dalam program tersebut, urusetia menekankan kepentingan ilmu-ilmu mengenai fardhu ain, hingga saya merasakan, apa kaitan fardhu ain ni dengan perjuangan…?? Dan akhirnya urusetia tersebut memberi penerangan bahawa peri pentingnya seorang pejuang itu menghadam sehadam-hadamnya ilmu mengenai fardhu ain. Kerana seorang pejuang itu wajib menghadam perkara-perkara tersebut untuk menghadapi masyarakat sekurang-kurangnya masyarakat umum. Antaranya yang ditekankan pada ketika itu ialah rukun solat, solat jenazah, rukun wudhu’, tayamum, tajwid, hafazan al-Quran dan banyak lagi yang mana semua perkara ini akan ditanya kepada seorang imam yang terlantik di masjid atau di surau.

Memang tidak dinafikan kepada para pelajar khususnya pengajian Islam, apabila disebut tentang perkara-perkara seperti ini, mereka menganggap ianya perkara kecil dan beranggapan bahawa mereka telah mengetahui semuanya. Namun, realitinya jika ditanya, ramai yang tidak mengetahuinya secara tepat. Kebanyakan hanya mengagak dan pandai mengeluarkan dalil-dalil. Cuba anada bayangkan, anda sebagai seorang pejuang Islam, berperwatakan Islamik dan dipanggil sebagai ustaz di kampung-kampung. Lalu datang seorang adik kecil bertanya mengenai rukun solat dan rukun wudhu’. Anda tak dapat menjawabnya dengan yakin dan mengikut susunan yang betul. Pasti kita akan berasa malu. Takkan kita nak cakap, “Jap ye dik, ustaz/ustazah tgk buku jap. Nanti ustaz/ustazah bagitau ye.” Ianya amat memalukan buat ahli gerakan perjuanagn Islam!!

Saya sendiri mengakuinya. Ini juga kelemahan saya. Dan kelemahan ini mengajak saya muhasabah diri dan menambah thaqafah semampu boleh. Memang betul, kita cuma tak tau susunan rukun, tapi kita laksanakan ibadah-ibadah tu dengan betul. Ye, saya tak nafikan. Tapi cuba anda bayangkan situasi tadi terjadi pada anda yang mana ketika itu anda tidak tahu mengenainya. Maka, sama-samalah kita muhasabah diri. Ianya tidak dikhususkan hanya kepada pihak muslimin, dengan title IMAM, kerana muslimat juga amat berperanan dalam melancarkan gerak kerja Islam dan menghadapi masyarakat.

Sekadar berkongsi pandangan. Wallahu a’lam.

Tuesday, December 21, 2010

Mak....Abah......

mak.....abah..........bila nak balik?

Mak……..Abah………..








Saya rindu mak……..







Saya rindu abah….








Apa khabar mak?








Apa khabar Abah?








Moga Allah sentiasa memberkati kalian berdua. Saya sangat2 rindu kat mak, abah….moga kalian sihat2 sentiasa……

Salam rindu dari anakmu, Sakinah….

Dengan penuh kerinduan menggunung di hati……

Sunday, December 19, 2010

Realiti Syiah yang Membahayakan...

Kegiatan Syiah ini semakin menular dari hari ke hari dan merosakkan umat Islam seperti barah yang tidak ada kesudahannya. Syiah tanpa disedari oleh umat Islam di Malaysia rupanya kini telah berjaya menyebarluaskan pengaruhnya dan fahamannya hingga Berjaya mengumpulkan berates-ratus penyokong. Tahniah diucapkan kepada JAIS kerana Berjaya menumpaskan sebahagian gerakan ini di Malaysia dengan penangkapan baru-baru ini.

Realitinya, Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di sini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:

i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)

Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.

ii. Syiah Zaidiyah

Kumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.

iii. Syiah Ismailiyah

Kumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika1.

Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang lalu iaitu:

i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).

(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)

ii. Syiah Ismailiah Agha Khan

Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.

iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)

a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.

c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya:

i) Kasyf al-Asrar
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

ii) AI-Hukumah al-Islamiah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

iii) Al-Sabah Min al-Salaf
Oleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi

iv) AI- Usul Min al-Kaft
Oleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H)

v) Tahrir al- Wasilah
Oleh: Ayatullah al-Khomeini

vi) Al-Murajaat
Oleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi

vii) Peshawar Nights
Oleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin

viii) Mafatih al-jittan
Oleh: Sheikh Abbas al-Qummi

ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)
Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?
Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993)

xi) Al-Sahabah
Oleh: Haidar

xii) Ahlu al-Bait
Oleh: Dr. Mahfuz Mohamed

Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang.

Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah:

i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.

ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah.

iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah

iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik.

v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

- Artikel iluvislam.com

- Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Bahaya Syiah ini jika tidak dihentikan akan mempengaruhi umat Islam untuk saling bunuh membunuh dan berperang di antara satu sama lain sepertimana yang sedang berlaku di Iraq. Ini kerana sebahagian Syiah menghalalkan darah yang tidak sefahaman dengan mereka. Maka, disamping tindakan dan usaha membanteras fahaman ini, sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menyelamatkan umat Islam daripada bahaya fahaman ini dan menyatukan umat Islam di bawah lindungan rahmatNya.

Amin...Wallahu a'lam...

Friday, December 17, 2010

Mereka Itu Kain Putih, Maka Kitalah Yang Mencorakkan...

“SodaqaLLahul ‘Azhim…… Allahummarhamna bil quran…..~,” selesai sesi mengaji al-quran malam itu, adik2 membaca doa selepas tilawah beramai2, sambil dipandu olehku. Memang tiap2 malam adikku n sepupu2 dtg umah blaja mengaji, selalu along ajar. Tapi harini along xde kat umah. Giliran aku la mengajar..mengisi jugak masa…

“ok, hafiz, siti, abas, anas…g solat lu. Da isyak ni.”

“da isyak ke kak?” si cilik hafiz bertanya.

“da…g solat cpt.” Sambil aku tersenyum geli hati.

Aku pun lantas menunaikan solat. Adik2 pun. Seusai solat dan melaksanakan beberapa urusan, adik n adik2 sepupu bising bermain di ruang tamu. Sakit telinga dengar jeritan mereka. Terdetik di hati nak bg sedikit pengisian kepada mereka. Yelah…better daripada mereka hanya bermain pagi petang siang malam kn…

Aku pun mlangkah ke ruang tamu. Duduk bersandar di dinding. “Hafiz, abas, anas, siti..meh sini. Akak nak citer ckit ni.” Kembar abas anas sebaya adikku hafiz laju mendekatiku. Diikuti oleh hafiz dan siti.

“akk nak citer pasal ape? Cter pasal yang dulu akak penah citer kat apis ke?” hafiz yang bru berusia enam tahun, tak pernah jemu bertanya.

“cter dulu? Xla…ni cter baru, pasal nabi Muhammad waktu kecik2 dulu. Nak dengar x?” dulu aku pernah bercerita tentang syurga dan neraka padanya…tak sangka hafiz masih ingat. Seronok rasanya.

“ok..akk nak cter ni, korang jgn main2 tau. Dengar betul2. Boleh?”

Mereka mengangguk serentak…aku tergelak kecil.

“doa dlu…Bismillahirrahmanirrahim…Allahummaftah ‘alaina hikmataka…….”

“cter ni tentang nabi mula2 dalam kandungan ibu nabi; Aminah. Dalam kandungan pun, cahaya Nabi da ditunjukkan pada wajah ibu nabi. Semua org suke tgk muka Aminah, sebab cahaya sentiasa memancar2 pada wajah dia. Bila Nabi da lahir pun, cahaya itu kekal pula pada wajah nabi, hinggakan semua orang yang melihat wajah bayi comel waktu 2 timbul rasa kasih dan saying yang tidak tumpah pada nabi. Seluruh penduduk mekah bercerita tentang cahaya nabi.”

Lepas da beberpa tahun, nabi nak di hantar menyusu kepada keluarga angkat. Datangla halimatus sa’diah yang kurus kering, dia kata nk menyusu Nabi Muhammad walaupun waktu 2 Aminah memang xdpt nk byr upah yang tinggi. Tapi Halimatus sa’diah xkisah, sbb lepas dia tgk je wajah Muhammad, dia terus xsanggup nk berpisah dengan Muhammad. Lantas beliau membawa Muhammad balik umah. Da beberpa tahun, waktu nabi tengah main kat belakang rumah, ngan sedara sepupu dia, ade 2 org laki pakai baju putih dtg dekat nabi. Tau x sape 2?” setelah panjang bercerita, aku menginginkn respon…

Semuanya sangat menumpukan perhatian… “sape 2 kak? Hantu ke??? Hee….ayok…” aku hanya tergelak.. “Dia pakai baju jubah ea kak? Macam jubah apis 2 ea?” celotehnya lagi…

“Ade lak hafiz ni.. 2 orang tu malaikat, bukan hantu. Haah…dia pakai jubah macam hafiz kot. Hehe…macam dia sorg jek yang ade jubah. Tau x malaikat 2 dtg nk watpe?” tanyaku lagi…

Mereka hanya menggeleng…

“malaikat tu datang, dia nk cuci dada nabi. Dia bedah dada nabi, buang kotoran2 kat hati, dan cuci hati nabi dengan air zam zam. Sebab ape? Sebab dalam hati kita ni… hati abas, anas, hafiz, siti n hati akk jugak, ada kotoran. Yang warna hitam. Kalau kita wat jahat, wat dosa, lama2 hati kita jadi hitam. Sebab 2 la…kita jangan wat dosa. Nanti hati hitam, xcantik dah.”

“ok lah..sambung cter. Lepas 2 org malaikat 2 dtg pasa nabi, saudara susuan nabi pun berlari mendapatkan halimatus sa’diah kerana ketakutan. Lalu menceritakan semua yang terjadi. Halimatus sa’diah ni pun takutla. Dia ajak suami dia tgk Muhammad. Bila sampai pada nabi, nabi dalam keadaan pucat ketakutan. Lalu menceritakan segalanya. Halimatus sa’diah ni takutla. Dia pun pk n kantar nabi balik kepada Aminah, Ibu nabi. Lepas beberapa tahun, waktu nabi berumur 6 tahun, waktu baya hafiz, abas anas…Ibu nabi meninggal dunia. Dahla nabi lahir2 memang xda ayah, bila kecik2 lagi, ibu meninggal jugak. Pastu datuk nabi jaga. Kesian Nabi kan? Kalau hafiz, abas, anas da xde mak n ayah lagi sekarg ni cmne? Sedih x?”

“mestila sedih kak…kitorg kecik lagi..”

“tau pun. Sebab 2 la kene sayang kat ummi, abah, kalau ummi ke..mak ke..panggil, jangan asik ckp kejap jek. Xbaik tau. Nnti kang Allah marah..paham?”

“Paham…”

“ha…tadi kan ngaji surah al-fil kan..? ade cter gak. Pasal nabi sebelum lahir. Sape pernah dengar citer tentera bergajah?”

“Pernah3x…siti pernah dengar.” Pantas siti yang baru berumur 7 tahun menjawab.

“ha…tentera bergajah ni, dia nak hancurkan kaabah. Kaabah kan kiblat kita. Org Islam. Abrahah ni, ketua dia, jahat. Dia dengki kat Mekah, sebab ramai orang ziarah mekah. Dia rancang nk hancurkan kaabah. Tapi Allah jaga.”

“oh…pas2 Allah bagi batu api kn? Baling kat dorang. Betul x kak?” Tanya hafiz.

“haah…pandai adik akk. Betulla 2. Macam dalam surah tula. Allah citer, dorang dihancurkan macam daun2 yang hancur dimakan ulat. Abas penah tgk daun yang kene makan ulat?”

“pernah2x..haah. hancur.” Jawab si kecil kembar.

“Macam 2 la…sebab dorang cabar Allah. Allah kan kuat. Sebab tu dorg kalah. Sebab tu kita xleh lawan Allah. Allah sa gat3x kuat.” Sambil membuat mimik muka..dan ak tersenyum.

“oh…akak…lamanya cerita. Apis penatla. Akk..nanti citerla pasal citer dulu 2..”

“cter pasal syurga nerka ke? Esok lak ea…? dah2x..abis dah… k la…jom baca doa… Subhanallah wabihamdihi, subhanallah wabihamdika..asyhadu allailahailla anta, nastaghfiruka wa natubu ilaik….”

Memang mcm 2…hafiz ni, adik bongsu sorg ni, cepat sangt penat n boring kalau suh duduk lme2…sabar jela…hehe…

Tapi aku puas, sebab dapat jugak mengisi sikit masa adik2…aku hanya tersenyum melihat mereka kembali bermain. Sekurang2nya mereka mendapat beberapa pengajaran. InsyaAllah…Walhamdulillah…