Sunday, September 18, 2011

......................


Aku,
Bukan lagi diriku yang lama,
Aku kini perlu kuat untuk menghadapinya,
Perlu kuat untuk mengatasi segalanya…

Namun mereka melihat aku,
Seorang yang bahagia dengan kehidupannya,
Mereka melihat,
Diriku seorang yang tiada masalah diri,
Mereka melihat aku,
Sebagai individu yang ceria dan senang selalu.

Tapi dalam pada itu,
Mereka tidak tahu dan tidak mengetahui,
Disebalik gelak tawaku ada tangisan,
Disebalik senda gurauku, ku sembunyikan kesedihan,
Mereka juga tidak menyedari,
Di sebalik diriku yang kelihatan senang sentiasa,
Aku juga mempunyai masalah,
Diriku juga punya rasa hati dan perasaan…

Aku adalah insan yang biasa,
Yang lemah ketika diuji,
Juga mengeluh jika terjatuh,
Tetap menangis ketika sakit,
Dan memerlukan seseorang menjadi penguat jiwa.

Lemahnya aku hanya Allah yang tahu,
Untuk meluah aku tidak mampu,
Untuk menelan sendiri seksanya terasa,
Namun jauh dari itu,
Aku bersyukur denganNya,
Tetap bersyukur dan terus bersyukur,
Kerana dengan kesakitan ini,
Dengan ujian ini,
Hati kembali menangis keranaMu ya Rabb,
Mataku tanpa segan silu mengakui dihadapanMu…

Bahawa….
Aku telah khilaf ya Allah,
Aku telah silap dalam melaluinya,
Malu untuk ku katakan,
Sedang aku tahu Kau Maha Mengetahui isi hatiku.
Tuntunilah aku Allah,
Tunjukkanlah kepadaku jalan yang benar,
Jalan yang Kau redhai,
Agar aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang disayangi…
Amin…amin ya Rabbal ‘Alamin…



Monday, September 12, 2011

:: Tautan Sakinah ::

Alhamdulillah…pagi yang sangat indah pada hari ini memberikan saya kesempatan untuk menulis sedikit mengenai pengalaman manis saya menyertai satu Program Motivasi dan Kepimpinan Pelajar (KMKP ’11) di Maahad Johor (MJ) selama 3 hari 2 malam anjuran MPP Koleh Universiti Insaniah, Kedah (KUIN). Selain dapat mengenali sahabat-sahabat seperjuangan di KUIN, saya rasa bersyukur kerana dapat sekali lagi menjejakkan kaki di MJ buat kesekian kalinya dengan program setelah hampir 3 tahun meninggalkan dunia biah solehah yang tercipta di sana.

Namun di sini saya ingin menulis khususnya kepada adik-adik MJ yang akan menduduki STAM tidak lama lagi, setelah pelbagai slot kita jalani daripada taaruf sehinggalah kepada perkongsian masalah bersama, membuatkan akak semakin mengenali hati budi adik2 semua. Ada akak cakap, waktu kita semua berkongsi masalah, pelbagai masalah adik2 dalam graf kehidupan samada yang teruk, yang stabil dan tidak kurang juga graf kehidupannya hanya di peringkat positif, akak banyak kali nasihatkan adik2 yang mana nasihat ni juga akak palitkan kepada diri akak yang serba kekurangan ni, agar adik2 jangan pernah lupa bahawa Allah itu sering bersama adik2 di kala adik2 merasakan bahawa adik2 tak ada lagi teman di sisi.

Adik-adik yang akak sayangi kerana Allah..

Hidup ini umpama roda. Kadang-kadang kita akan berada di atas, dan kadang-kadang kita akan berada di bawah. Dan juga satu hari nanti kita akan terjatuh daripada roda kehidupan dunia ini untuk menaiki roda akhirat. Semuanya akan dilalui oleh seluruh manusia. Adik2 ada pelbagai masalah, akak pun sama, dan semua manusia juga sama. Cuma bezanya, bagaimana cara kita semua mengatasi masalah tersebut.

Dalam slot graf kehidupan, adik2 menulis graf hidup daripada sekolah rendah hingga kini, majoritinya sangat gembira ketika mana berada di sekolah rendah, kerana tempoh itu adik2 free daripada memikirkan masalah, dan konflik bermula daripada seawal umur adik2 13-15 tahun. Itu tempoh biasa bagi perubahan emosi kita. Akak sebak mendengarkan cerita adik2 yang pernah mengecewakan ibu bapa, yang disisihkan oleh sahabat, yang difitnah dan sebagainya. Tak kurang juga dari seramai-ramai adik2 di MJ itu, ada sahabat kita yang dimusuhi oleh bapanya sejak dari kecil hingga ingin cuba membunuhnya. Allahu Akbar…besarnya ujian yang diberikan kepadanya.

Tapi adik2, Allah tidak menguji dan menimpakan masalah itu kepada kita dengan sia-sia. Perlu di situ kita kembali bermuhasabah untuk mengkoreksi diri kita dengan kesilapan-kesilapan yang pernah kita perlakukan dahulu. Ujian itu samada rahmat atau musibah buat kita, kitalah yang tentukan. Kalau adik2 rasa dengan ujian itu, adik2 menjauh dari Allah, menganggap negatif terhadapNya, nauzubillah min dzalik, ujian itu mungkin menjadi musibah besar buat adik. Namun sebaliknya, jika adik mengatasi ujian itu dengan berserah dan pasrah kepadaNya, membuatkan adik positif terhadap ujian ini dan mendekatkan lagi adik kepada Maha Pencipta, akak berdoa dan yakin, ujian itu merupakan rahmat kepada adik2 daripada Dia yang mencintai adik.

Adik2 selalu cakap, adik2 merasa sendiri di kala adik2 masuk ke MJ, kerana suasana baru dan asrama baru, macam2 masalah adik hadapi seolah-olah adik keseorangan dan tiada yang memahami. Tapi apa pesan akak, kalau kita ingat Allah, Allah akan ingat kita. Dan bila adik2 menjadi di kalangan hambaNya yang diingati, adik2lah manusia yang paling beruntung di dunia ini. Jangan langsung pernah malu nak mengadu padaNya, meluahkan perasaan adik2, minta sesuatu, semuanya Allah akan dengar dan perasaan adik2 pun akan jadi tenang setenang warna kebiruan langit.

Kan adik2 sendiri menghafaz hadith qudsi, yang mana Allah berfirman:

“Aku di sisi sangkaan hambaKu…..”

Jadinya, bersangka baiklah untuk mendapatkan yang baik2… :)

Even perasaan adik yang sedang jatuh hati dengan seseorang, jangan cemarkan perasaan yang datang dari fitrah seorang manusia dengan perlakuan sumbang dan mencemar Islam, tapi adulah kepada Allah, beritahulah kepadaNya agar membantu adik untuk mengawal perasaan itu dengan kawalan iman, bukan kawalan nafsu.

Akak sayang adik2 dan dah rindu pun pada kalian,

Satu lagi pesan akak yang tersangat2 penting untuk diri akak yang selalu lalai ni dan adik2 yang mana semuanya merupakan pelajar agama sejak dari seawal umur 13 tahun. Adik2 sedar atau tidak, sudah hampir 6 tahun adik2 mempelajari agama dan hidup dalam suasana sekolah yang menitikberatkan agama. Jadinya nak tak nak, adik merupakan imej Islam, adik merupakan pembawa agama Islam. Orang akan nilai Islam daripada adik2. Cubalah bertindak, bergaul, berinteraksi sebagai seorang yang faham agama. Kerana apa, kerana akak takut melihat ramai dari generasi2 sebelum ini tergelincir daripada asas2 ajaran Islam walaupun mereka telah mempelajari bukan sekadar asas, namun cabang-cabang agama sudah sebati di kepala. Tapi sayangnya adik2, ilmu yang ada tidak termanfaat dan terpancar dalam kehidupannya. Menimbulkan fitnah hingga manusia akan menuduh Islam kerananya. Akak mendoakan agar adik2 dijauhkan daripada bersifat seperti itu kerana akak tersangat ingin untuk melihat adik2 menjadi penyambung rantai2 perjuangan Baginda SAW.

InsyaALlah, akak mendoakan agar adik2 semua mendapat kecemerlangan di dalam peperiksaan STAM nanti dan membawa kepada cemerlangnya adik di dunia dan akhirat. Agar tautan hati kita yang terjalin dapat memberi satu tautan sakinah di hati adik2.


group 5, Firqatul Widad...baik2 semua adik2 ni.. ^^,

Adik2 dan sahabat2 KUIN di majlis penutupan...

Sebelum balik ke UKM, di depan MJ...

Salam sayang dari akak…..
~Mengharapkan pertemuan kedua bersama kalian~