Dalam keseriusan isu umat Islam yang berlaku kini di
Syria, Palestin, Iraq dan selainnya, rantau asia juga tidak terlepas daripada
mengalami masalah penindasan umat Islam yang dapat diperhatikan seperti yang
berlaku sebelum ini di Kemboja, Thailand, dan yang dikecohkan baru-baru ini
ialah di Myanmar, isu ‘penghapusan etnik’ Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.
Menurut maklumat yang didapati, sebenarnya, isu Muslim Rohingya baru-baru ini bukanlah satu perkara baru dan ia sebenarnya telah lama
dialami oleh masyarakat muslim di Myanmar, khususnya etnik Rohingya ini yang
merupakan satu etnik daripada 153 etnik di Myanmar, yang beragama Islam.
Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara
tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri.
Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat
perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta
Burma pada tahun
1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai
warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka
sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap,
dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.
Sebahagian besar daripada mereka melarikan diri ke negara-negara jiran
seperti Bangladesh, United Arab Emirates, Pakistan, Thailand dan termasuk
Malaysia sendiri. Disebabkan penindasan ini, mereka dinafikan hak seratus
peratus sehingga anak-anak muslim Rohingya dinafikan pendidikan, kaum wanita
dirogol, rumah, tanah dan harta dirampas tanpa pampasan dan mereka juga turut
dibunuh tanpa sebarang lingkung pagar undang-undang. Dikatakan, mereka hanya akan diberikan hak, jika mereka menganut agama Buddha dan meninggalkan Islam.
Ini kisah 30 tahun yang lalu, yang dialami oleh umat Islam Rohingya di
Arakan, Myanmar, sehingga kini,. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan
antara umat Islam Rohingya dan penganut Buddha etnik Rakhine di Myanmar. Menurut
berita yang dikeluarkan, sejak 3 Jun 2012 yang
lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik
Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh.
Isu ini makin lama
dilihat makin parah apabila umat Islam Rohingya tanpa belas kasihan dibunuh,
rumah dan kampung dibakar, termasuk masjid dan madrasah pengajian juga dibakar
termasuk 1400 pelajar di dalamnya yang dilakukan oleh etnik Rakhine Buddha yang
bersekongkol dengan pihak polis dan penguatkuasa.
Umat Islam Rohingya kini
tiada kuasa dan suara mereka tidak didengari oleh sesiapa! Mahupun dunia!
Maka, setelah mengetahui
semua ini, wajarkah untuk kita hanya duduk diam, tanpa mengambil tahu perihal
keadaan mereka, serta membantu untuk mengembalikan kembali hak mereka? Adakah kita hanya ingin mengharapkan kuasa UN, PBB, dan sebagainya (yang maklum dinaungi oleh golongan kafir) untuk membantu umat Islam Rohingya?
Ingatlah wahai
saudaraku,
Ini bukanlah masalah
muslim Rohingya semata-mata. Namun, bila disebut MUSLIM itu, sepatutnya kita
juga merasa terpanggil untuk bersuara dalam isu ini. Kerana Allah SWT ada
berfirman, bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara. Maka, sanggupkah
kita membiarkan saudara kita ditindas begitu sahaja tanpa sedikitpun bantuan
dan kecaknaan dari kita? Bayangkanlah jika yang ditindas itu adalah ibu bapa kita, adik beradik sendiri...apakah kita hanya duduk memerhati? Sedarkah kita bahawa, mereka kini sedang mempertahankan akidah Islam?
Oleh itu, di sini
saya (walaupun saya bukanlah juga di antara mereka yang lantang bersuara),
menyeru kepada semua yang membaca agar kita mendoakan saudara seakidah di sana,
di atas kelemahan dan ketidakmampuan kita untuk membantu lebih dari itu (namun, jika kudrat melebih daripada ini, bantulah dengan berlebih-lebih lagi).
Dan saya juga menyeru agar pihak yang terbabit di Malaysia mengambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia terhadap isu ini dan juga NGO’s agar melakukan sesuatu untuk bersuara bagi pihak mereka.
Dan saya juga menyeru agar pihak yang terbabit di Malaysia mengambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia terhadap isu ini dan juga NGO’s agar melakukan sesuatu untuk bersuara bagi pihak mereka.
Wallahu a’lam…
_____________________
Kerana dekatnya
mereka dengan Malaysia, membuatkan saya merasa sangat dekat dengan apa yang
dirasai oleh mereka kini. Moga tempoh exam ini tidak membuatkan kita hanya
berada di gua dan tidak cakna terhadap apa yang terjadi di sekeliling. Berdoalah,
sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin!
Islam yu’la wala yu’la
‘alaih!
Islam itu tinggi, dan
tiada yang melebihi daripadanya!
Gambar di sekitar tempat kejadian (Arakan, Myanmar)
Kebakaran kampung..
Mangsa keganasan...
Jenazah muslim Rohingya...
Kampung yang dibakar...
allahuakbar,, astaghfirullahalazim.,.
ReplyDeletekita happy2 tapi mereka? )=
jzkk tok ingatan ya ukhti ,,
Mujahidah: Afwan...sama2la kita saling igt mengingatkan..:)
ReplyDeleteallahuakbar!!
ReplyDeletemohon untuk sharing
Perkara yang berlaku keatas saudara-saudara kita di Burma memang amat memilukan, menyakitkan hati dan sekaligus membuka mata dan minda kita tentang betapa zalimnya puak kafir ini secara umum - tak kira dari lubang mana mereka muncul. Sebagai insan biasa yang tidak punya otoriti tertentu, kita hanya bisa berdoa semoga mereka dilindungi ALLAH dari kekejaman yang berlarutan ini. Untuk mengharapkan PBB(Pertubuhan Babi Bangsat) memang jauh dari harapan kita buat masa ini (dan mungkin sampai bila-bila pun) kerana pembentukan mereka juga dilandasi dengan agenda tersendiri mengenai Islam, tetapi kita sedih melihatkan OIC (Organisasi Islam Ciplak?!!!!) masih berdiam diri..? Astaghafirullah al-'Azhiim..!
ReplyDelete