WANG atau DUIT?
Apa yang akan anda bayangkan jika kita menyebut
atau melihat benda di atas? Adakah anda terbayang kemewahan, kesenangan dan
segala kenikmatan dunia? Ataukah anda terbayang neraka, azab dan segala
penipuan dunia?
Pernah saya belajar sebuah buku Business
Ethics In Islam ketika degree sebelum ini. Antara kesimpulan ringkas yang
dapat saya buat, terlalu banyak ayat dalam al-Quran yang menyebutkan perihal
berkaitan harta dan gesaan untuk memperbaiki kehidupan dan memanfaatkan
pemberian Allah di dunia ini. Namun tiada ayat di dalam al-Quran yang menyuruh
manusia untuk mengabaikan dunia secara total. Ini persoalan yang timbul,
apabila ada sebahagian yang mengatakan bahawa dunia ini hanya penipuan
semata-mata untuk manusia. Manusia tidak perlu berfikir tentang dunia.
Pening juga saya apabila mendengar
ada pihak yang mengatakan bahawa orang yang kaya akan jauh daripada Allah. Wang
tidak penting dalam kehidupan. Tak cukup lagi orang yang mengatakan bahawa
hidup ini perlu bersikap zuhud (dengan kefahaman zuhud itu berselekeh dalam
pemakaian, tiada sebarang pemilikan dan senang kata miskin dan fakir)!
Pemikiran
salah ini sangat-sangat perlu diperbetulkan.
Saya tidak mengatakan saya adalah orang yang paling faham sekali dalam
soal ini. Jauh sekali mengangkat ilmu saya mengatasi kalian yang mungkin lebih
tinggi ilmunya daripada saya. Cuma, ia hanyalah sekadar perkongsian tentang apa
yang saya fikirkan selama ini. Kalian sendiri, pernah atau tidak mendengar
kata-kata atau persepsi seumpama tadi? Adakah kalian merasa semua itu
benar-benar belaka?
Jika
Allah benar-benar meletakkan dunia ini
sebagai sesuatu yang tiada makna, untuk disia-siakan, maka tentulah Allah itu
lari daripada sifatNya yang Maha Bijaksana. Dan, sesungguhnya segala ciptaan
Allah itu, tiada sedikitpun yang tersisa daripadanya suatu yang sia-sia, apatah
lagi makhluk bernama bumi dan dunia ini yang telah diciptakan untuk diduduki
oleh manusia. Mustahil Allah menjadikannya dengan sia-sia.
Tetiba
saya rasa seperti sedang mengarang esei. ^_^
Jom kita renungkan. Jika 80%
daripada umat Islam berfikir seperti ini, apakah yang bakal terjadi pada
seluruh umat Islam di muka bumi ini? Siapakah yang bakal bangun untuk
memperjuangkan nasib dan kebajikan umat Islam? 20% sahaja yang mampu bangun
dengan harta dan kekayaannya serta kepakarannya untuk mengizzahkan dan membantu
Islam, dan 80% hanya meminta dan sebahagiannya juga akan mengatakan golongan
20% ini golongan yang mengejar dunia. Akhirnya, 20% ini benar-benar menjadi
golongan yang cinta dunia, atau perlahan-perlahan menjadi sebahagian daripada
80% tadi. Akhirnya, apa terjadi pada Islam dan umatnya? 100% ditindas dan
dipergunakan!
Kalaulah
dunia ini memang satu yang sia-sia, mencari harta dan menjadi kaya itu sesuatu
yang dilarang Islam, maka siapakah Saidatina Khadijah r.anha yang merupakan
seorang yang sangat terkenal dalam dunia perniagaan, siapakah Abdul Rahman bin
‘Auf dan Abu Bakar al-Siddiq r.anhuma yang merupakan salah seorang individu yang
terkaya. Siapakah mereka di sisi Nabi Muhammad SAW? Mereka adalah hamba Allah
dan sahabat Nabi yang dekat dan disayangi Nabi SAW. Namun, selepas mereka
menerima Islam, Nabi sedikitpun tidak menghalangnya meneruskan perniagaannya
dan perusahaannya, ataupun mengecam orang-orang yang kaya. Bahkan, baginda
sendiri menunjukkan contoh yang baik dalam dunia perniagaan.
Sebenarnya,
banyak lagi perkara tentang duit dan konsep harta dalam Islam yang sering
disalahfahami. Termasuk salah faham makna zuhud yang diamalkan oleh para
sahabat dan tabiin, tasawuf dan konsep hamba dan khalifah yang disalah ertikan.
Saya rasa terlalu panjang nanti jika saya ingin mengulas satu persatu. Cumanya,
nasihat saya buat diri saya sendiri khususnya, ilmu ini terlalu luas. Ia perlu
dituntut dan dipelajari tanpa henti. Kerana risau kita menjadi orang yang hanya
berpegang pada satu-satu pendapat dan akhirnya menolak pendapat yang lain.
Semoga
Allah meredhai penulis dan kita semua dan menambahkan lagi kefaqqihan kita
dalam agama. Semoga bermanfaat.
#Kaya tidak kufur, miskin tidak futur. J
#Perkongsian tentang derma dan pengalaman
mengumpulkan derma amal buat Palestin.. InsyaAllah next time. J
doalah semoga Allah jadikan kita manusia kaya tetapi tidak cintakan harta
ReplyDeleteteruskan menulis wahai sahabat. ketahuilah setiap penulisan mu mmbawa kepada satu langkah perubahan dlm diri ini. terima kasih atas anugerah allah ini.
ReplyDeleteAyu: Itulah yang sepatutnya. Semoga jk kita diberi nikmat berharta, ia mampu membantu Islam.
ReplyDeleteSenorita Lolita: Terima kasih jgk ye sen sbb sudi baca. Saya ada jgk jenguk2 blog sen. ^_^