Rupanya, bukan senang untuk merancang masa
depan. Bukan senang untuk melepasi dan berdepan dengan dunia selepas alam
pembelajaran formal dan terancang. Jujur saya katakan, melalui waktu-waktu di
mana kita perlu membuat keputusan mengenai masa depan dan perjalanan hidup diri
sendiri dengan pertimbangan dan pemikiran secara hampir keseluruhannya adalah
pada tangan sendiri, bagi saya sangat menyeramkan dan memeningkan. Mungkin
kerana sebelum ini saya tidak pernah membuat keputusan besar dalam hidup. Tiada
pengalaman.
Mencapai umur kini hampir 23 tahun, membuatkan
saya dan rakan-rakan sebaya dan sekepala seolah-olah mengalami masalah yang
hampir sama. Mungkin saya bukan seperti orang yang mempunyai perancangan cantik
untuk hidupnya. Perancangan 5 hingga 10 tahun akan datang…? Saya seolah-olah
tiada apa-apa perancangan. Setiap hari hampir berputar kepala berfikir dan
membuat pilihan dan keputusan. Cuma satu sahaja yang saya tahu, saya nak
belajar dan terus belajar. Sebab saya cintakan suasana ‘paksaan’ di
waktu pengajian. Kerana saya sememangnya seorang yang perlu berada di bawah
tekanan, maka pada ketika itulah saya akan cuba menjayakannya walaupun seolah
tidak mungkin untuk saya lakukan. Dan saya suka dipaksa untuk belajar.
Melihat sahabat serumah sedang struggle
menghadapi peperiksaan semester yang hampir di peringkat sarjana, menambahkan
lagi semangat saya untuk menyambung juga pengajian yang terhenti hampir 7
bulan. Terasa cemburu melihat mereka bergelumang dengan ilmu. Semakin hari
semakin kosong minda akibat kurangnya ilmu yang saya perolehi sejak akhir-akhir
ini. Baca pun kurang, apa yang boleh dikata? Sehinggakan sahabat pun perasan
kurangnya status ber’makna’ di FB sejak akhir-akhir ini. Begitu juga di
blog. Mudah jawapan saya, tiada ilham dan otak beku. So, kerana takut
membiarkan ketepuan otak dan kebekuannya berterusan dalam tempoh yang lama,
kerana pemiliknya seorang yang ‘rajin’ membaca, saya mengambil keputusan
untuk menyambung masters berbanding terus bekerja. Mudah-mudahan ia mampu
menjadi satu ‘pemaksa’ kepada saya untuk rajin membaca dan menuntut ilmu.
Lain orang, lain caranya.
Mohon doa pembaca yang soleh solehah..
Dan selain belajar, saya cuma ingin membawa
keluarga bercuti di mana sahaja tempat yang indah dan menenangkan, dalam
keadaan yang seselesa mungkin. Terutamanya untuk abah dan mak. Ini impian
peribadi, namun suka pula untuk saya kongsikan di sini dengan harapan
memperolehi doa daripada hamba Allah yang soleh dan solehah yang membaca.
Impian ini juga seolah-olah menginspirasi saya dalam melakukan perkara yang
mungkin sebelum ini tidak pernah ada dalam gambaran kasar hidup saya. Doakan
saya berjaya merealisasikannya.
Itulah saya dan kepeningan menghadapi
minit-minit baru dalam kehidupan. Dua perkara ini sahaja yang mampu saya
fikirkan setakat ini, selain beberapa lagi perkara yang tidak dapat nak
dikisahkan.
Betullah kata sahabat saya dalam satu usrah
kami yang tidak rasmi. Kata-kata yang dinaqalkan daripada kakak naqibahnya
bahawa “Umur manusia dalam lingkungan 23-25 merupakan masa kritikal
seseorang untuk memutuskan sesuatu bagi masa depannya. Apa yang diputuskan pada
ketika itu, adalah gambaran besar hidupnya akan datang. Apa yang berlaku pada
dirinya pada lingkungan ini bakal memberi kesan besar pada hidupnya akan
datang. Maka, dalam masa sebegini, terlalu banyak perkara yang akan difikirkan,
terlalu banyak urusan yang ingin dilakukan.”
Oleh itu, dalam situasi seperti ini, tiada yang
lebih mengetahui melainkan Dia, Rabb Yang Maha Agung. Penenangnya adalah dalam istikharah
dan mohon petunjuk yang berterusan pada Allah. Kekadang rasa takut untuk membuat
keputusan, namun kekadang rasa tenang apabila menegaskan sesuatu perancangan.
Moga Allah melorongkan kita pada jalan yang diredhaiNya, dan menjadikan kita
hamba yang ikhlas dalam menerima ketentuanNya.
Setiap individu ada ceritanya sendiri. Moga
urusan kalian, berjuta kali ganda dipermudahkan Allah di atas kebaikan
mendoakan sesama muslim. Jangan jadi seperti saya, tapi jadilah seorang yang
hebat merancang dan melaksana. J
Selesai membaca blog ni, muhasabah seketika....
Diari 2013
Ulin Nuha.
Moga ALLAH p'mudahkn sgla urusan ukhti Sakinah. Syukran kak atas p'kongsian entry ini.
ReplyDelete“Umur manusia dalam lingkungan 23-25 merupakan masa kritikal seseorang untuk memutuskan sesuatu bagi masa depannya. Apa yang diputuskan pada ketika itu, adalah gambaran besar hidupnya akan datang. Apa yang berlaku pada dirinya pada lingkungan ini bakal memberi kesan besar pada hidupnya akan datang. Maka, dalam masa sebegini, terlalu banyak perkara yang akan difikirkan, terlalu banyak urusan yang ingin dilakukan.”
Moga kita b'jaya m'jadi seorg yg hebat dlm m'rancang serta melaksana. ^_^
~Salam Ukhwah drpd ana, Atikah Razali (USIM)
Atikah Humairah: Moga Allah prmudahkn untukmu jua, ukhti fillah. :)
ReplyDelete