Hidup memang merupakan satu
ujian. Setiap yang dilahirkan di dunia ini, diberikan ujian-ujian kehidupan. Kita
mungkin tertanya-tanya, apakah hikmah adanya ujian dalam kehidupan? Kenapa kita
diuji sebegini dan sebegini…
Kalau ditanya soalan itu pada
saya, pasti saya juga tiada jawapan, kerana saya hanya akan mampu berkata:
BERSANGKA BAIKLAH, ALLAH LEBIH
MENGETAHUI HIKMAH DISEBALIKNYA…
Allah Allah.....T_T
---------------
Dalam menempuh hujung minggu
ini, saya diuji sekali lagi apabila handphone yang ke-2 saya beli selepas kehilangan
yang pertama lebih kurang 5 bulan lepas, akhirnya hilang juga.
Mungkin ini lah yang
setepatnya jika nak dikatakan, handphone tersebut memang tiada jodoh dengan
saya.
Selepas menyedari ketiadaan
handphone tersebut daripada tangan, saya sedikit kalut namun masih tenang
mencari di mana saya meletakkannya. Panggilan berpuluh kali hanya menjadi
missed calls apabila tiada balasan. Mencuba dan mencuba, akhirnya sekali call
saya direject, saya terus yakin, pada saat itu handphone saya sudah berada di
tangan orang yang pasti tidak akan memulangkannya kembali pada saya. (Jika dia
berniat untuk memulangkan, pasti dia angkat panggilan saya).
Di dalam kereta, menuju ke
destinasi tarbiyah, dalam bergelak ketawa sahabat2, saya berfikir dan merenung
kembali, apakah sebenarnya yang ingin Allah tunjukkan pada saya setelah dua
kali, handphone yang sama modelnya, hilang dari tangan saya tanpa saya sedari
dan saya hanya sedar dalam tempoh yang agak lewat. Apakah sebenarnya
perancanganNya? Saya terhenti di situ, tiada jawapan.

Berfikir dan berdiam diri
memandang ke luar, saya teringat satu kisah yang pernah diceritakan oleh Along
tentang seorang kakak hafizah al-Quran, yang seringkali kehilangan handphone.
Tapi beliau sangat optimis dan setiap kali kehilangan, beliau akan muhasabah,
dan pasti akan terjumpa ‘kesilapan’ atau ‘dosa’ yang telah dilakukan dengan
handphone tersebut tanpa disedari dan kadang-kadang ianya hanyalah satu
kesilapan yang kecil. Namun beliau bersangka baik dengan menganggap bahawa, ini
adalah sebagai salah satu penjagaan Allah kepadanya dalam bentuk ini.
So, mungkin juga perkara yang
sama berlaku pada saya ini, adalah disebabkan dosa atau salah yang telah saya
gunakan melalui handphone tersebut. Maka Allah ingin menjaga saya, jadinya,
Allah mengambil handphone itu dari tangan saya, dan memberikannya kepada yang
lain. InsyaAllah, saya redha handphone itu ‘diserahkan’ kepada pemilik yang
baru.
KULLU MIN HABIBI KHAIR…setiap
daripada Kekasihku (Allah SWT) itu adalah yang baik-baik semuanya…
Alhamdulillah, kehilangan yang
kedua ini saya berjaya hadapi dengan respon yang cukup ketara perbezaannya
dengan kehilangan yang pertama. Saya bersyukur kerana di saat menghadapi kehilangan
ini, Allah mengurniakan ketenteraman dan ketenangan yang amat dalam dalam diri
saya. Saya tidak resah dan juga tidak merasa bersedih atas kehilangan handphone
yang baru 5 bulan lebih digunakan, walaupun saya ada mengeluh dan meluah pada
sahabat2. Saya sendiri menjadi pelik dengan rasa ini, tapi subhanallah, ianya
memang amat mendamaikan. Tiada setitik pun air mata yang keluar. Sungguh, saya
bersyukur kerana dikurniakan dengan ketenangan ini.
Setiap sesuatu itu, tiada yang
menjadi milik kita, bahkan segala-galanya adalah milik Allah SWT, termasuklah
X3-02 yang hilang. Maka, bila kita sedar akan hakikat ini, insyaAllah, kita
tidak akan bersedih kerana yang hilang itu pastinya bukan milik kita, tetapi
milik Allah. Maka selayaknya untuk Dia melakukan apa sahaja yang dikehendakiNya
ke atas milikNya. Dan saya yakin, Allah akan menggantikan yang lebih baik untuk
saya, dengan pelbagai bentuk dan cara.
InsyaAllah…mudah-mudahan
ketenangan ini Allah kekalkan untuk berdamping terus dengan diri ini.
Ketenanganku MilikNya.
Sekian…
ermm..untung la.. mampu meluahkan dan ber-kemampuan utk meluahkan. Alhamdulillah~
ReplyDeleteSabar ye.. mungkin ada sedikit teguran dari Allah kepada kita.. Kullu min habibi khair.~ Insyallah
ReplyDeleteAlhamdulillah kak yati, masih mampu meluahkn...
ReplyDeleteAsiyah, trime kasih..mgkin jgk tgurn dri asiyah kot...hehe
takziah.. selepas jpj, hp pula.. muhasabah yg baik.. Allah nk ganti dgn yg lbih baik insyaAllah..
ReplyDeletetu la, JPJ, HP, lepas ni apa pulak...tp xpe,
ReplyDeleteAllah nk gnti lbh baik, sume ckp camtu, insyaAllah..mudah2an trkabul doa antum..:)