**Kalau mak abah ada blog, mungkin mereka akan tulis seperti ini kepada kami…
(Surat Mak kepada
anak-anak Mak)
Alhamdulillah, mak
ngan abah baru je balik dari niaga..penat juga sebenarnya, dahlah hujan plak
tadi, mak ngan abah je yang ada, anak-anak mak masing-masing sibuk dengan
urusan. Xpe, mak ngan abah faham… lagi-lagi sekarang ni, susah untuk kita
sekeluarga berkumpul. Cuma masa yang ada hanyalah masa hari raya puasa atau
hari raya haji. Sebab 2 orang anak lelaki mak hanya cuti pada dua waktu ni je,
sebab dua-dua belajar madrasah tahfiz, mestilah tak sama dengan sekolah dan
cuti kerajaan.
Tapi mak bersyukur,
mak ada ramai permata… orang lain ada 4, 5, 6 orang, tapi mak ada ramai..mak
ngan abah ada 9 orang anak. Penat jugak nak melayan kerenah semua
kesembilan-sembilan, tapi Allah mudahkan juga, akhirnya, pejam celik pejam
celik, anak-anak mak semua dah besar-besar…
Along yang selalu
main dengan imah dan asiet depan rumah dulu, mak ingat lagi mak daftarkan masuk
tadika, sekolah rendah dan menengah. Dapat rezeki jadi anak yang pertama masuk university.
Mak bangga dengan along. Sekejap je mak dah tengok along abis blaja, dan dah
nak kahwin pun dua minggu lagi. Sedar tak sedar anak mak ni dah nak jadi isteri
orang dah…moga menjadi isteri yang solehah ye, ingat, syurga seorang isteri itu
pada redha suami, bukan lagi pada mak atau abah. Kami bukan lagi keutamaan
along..ingat tu.. moga berbahagia ke syurga..
Imah plak, seorang
yang kuat bersukan kat sekolah rendah dulu, diam-diam ubi berisi. Ikut jejak
langkah along, masuk university jugak. Mak ngan abah bertambah gembira. Tapi sekarang
dah jadi cikgu. Kereta pun dah ada, tak sangka mak anak mak sorang ni akan jadi
seorang cikgu dalam jarak masa yang mak rasa sekejap sangat… nasihat mak,
didiklah anak-anak bangsa agar mereka semua mengenali Islam dan mencintainya..
Asiet plak atau adik-adik
sume panggil awan. Anak laki yang terlahir di tengah-tengah anak perenpuan. Selalu
main dengan along ngan imah dulu, degil juga. Tapi darjah 3 je dah dihantar ke
madrasah tahfiz. Jangan salahkan mak ngan abah ye, kami lakukan ni sume untuk
kebaikan anak mak yang mak sayang. Mak ingat dulu asiet kecik lagi, tapi
sekrang dah besar macam abah. Dah jadi ustaz pula mengajar tahfiz pada
budak-budak baya-baya asiet dulu.. mak gembira tengok pencapaian anak mak. Mak doakan
moga anak mak sorang ni akan menjadi penjaga keluarga ni dan penjaga mak abah
bila kami dah tua dan tak berdaya nanti. Moga menjadi sorang anak yang soleh…
Kinah…degil dulu,
selalu curi-curi ponteng sekolah. Mak ingat anak mak ni memang tak nak sekolah,
tapi dalam tak sedar, anak mak sekarang dah besar, dah jadi pelajar university pun.
Mak bangga dengan pencapaian anak-anak mak. Semuanya mak anggap sebagai orang
yang berjaya. Taun depan insyaAllah kinah akan abis belajar. Mak doakan anak
mak sorang ni dapat buat yang terbaik untuk masa depan. Mak dan abah sentiasa
mendoakan kejayaan anak-anak mak…
Pikah pulak..macam-macam
jadi bila teringat pikah. Lepas satu accident satu lagi.. sampai patah kaki
pula.. dulu kecik-kecik comel je, sopan.. tapi sekarang ni banyak plak diuji. Tak
pe, mak sentiasa ada untuk anak mak. Mak sedih sangat memikirkan kesakitan yang
anak mak perlu lalui…kalau boleh mak nak pindah sakit tu, biar mak yang rasa. Tapi
mak yakin, Allah nak uji anak mak dan juga mak. Mak redha. Mak sentiasa doakan
anak mak moga sentiasa dilindungi Allah..
Atam atau Huzaifah, anak
mak yang keenam. Zaman kecil atam la yang mak paling ingat, tapi kalau mak
tulis kat sini nanti mesti atam segan. Tapi mak macam tak perasan, anak mak
sorg ni dah besar tibe-tibe. Besar macam abah dah. Lepas sekolah rendah, mak
ngan abah decide antar atam ke madrasah tahfiz sebab tengok atam lebih baik
untuk ke sana. Akhirnya mak bahagia sebab mak ngn abah tak salah dalam berbuat
keputusan.
Atam memang cenderung pada tahfiz. Sedar tak sedar dah nak khatam
pun hafazan. Mak harap hafazan atam akan kekal di ingatan sehingga mati…moga
ianya menjadi saham mak abah di akhirat nanti..
Omar..satu-satunya
anak laki mak yang dihantar ke sekolah akademi selepas mendapat keputusan yang
agak cemerlang dalam UPSR. Akhirnya anak mak didaftarkan di Maahad Johor, ambil
tahfiz. Pejam celik, pejam celik, omar dah nak habis pun di MJ. Mak tak sedar
pun anak mak ni makin lama makin besar. Tapi ingatlah pesan mak ni, mak harap
omar dapat jadi anak yang soleh dan menjadi seorng yang bermanfaat untuk ummat
dengan kelebihan ilmu yang omar ada, melebihi adik-beradik laki yang lain..
belajarlah rajin-rajin.. doa mak sentiasa mengiringi…
Muaz anak second
bongsu.. banyak karenah..kadang-kadang keras kepala, tapi rajin. Mudah tolong
mak. Mak tengok anak mak sorang ni makin lama makin mudah bila diminta tolong..
ma kantar muaz pun selepas sekolah rendah, bukan mak tak nak muaz masuk MJ
macam omar, cumanya mak ngan abah nampak lebih baik untuk muaz berada di
madrasah tahfiz. Akhirnya muaz berjaya buktikan pada mak abah, muaz memang berkebolehan
menghafaz al-Quran. Mak bangga dengan muaz. Dan muaz ada kelebihan berbanding
abang-abang yang lain, suara muaz sedap. insyaAllah, mak tak pelik kalau suatu
hari nanti muaz adalah imam besar masjid-masjid utama dalam Negara atau qari..
Untuk anak mak yang
bongsu, Hafiz..rezeki selepas mak dan abah balik daripada mengerjakan haji. Rasa macam
baru sahaja pulang dari haji dan melahirkan hafiz, tapi anak mak dah besar
depan mata. dah pandai berlari dan bersukan. Anak mak yang pandai belajar. Markah
ujian tinggi-tinggi. Mak bangga dengan hafiz walaupun hafiz suka buat perangai
tak nak pergi sekolah. Tapi mak sabar… mak faham ni lah perangai anak-anak baya
macam hafiz. Moga kedegilan hafiz sekarang, menjadi punca kekuatan hafiz masa
akan datang dalam menempuh kehidupan jika ditakdirkan mak tiada lagi di sisi…
Anak-anak mak…. Mak sayang
pada kamu semua. Maafkan mak kalau mak ada sah dan silap dalam mendidik kamu
semua sehingga kini. Mak sentiasa tak pernah putus-putus berdoa pada Allah agar
berikan yang terbaik untuk anak-anak mak. Jika ditkadirkan mak dan abah pergi
nanti, mak sangat-sangat mengharapkan anak-anak mak kesembilan-sembilan ini
tidak putus mendoakan kesejahteraan mak dan abah di sana. Kerana tiada apa lagi
yang tertinggal buat kami kecuali doa dairpada anak-anak yang soleh dan
solehah. Dan anak mak semuanya soleh dan solehah. Mak tak pernah menganggap
jahat kepada anah mak. Mak anggap anak mak semuanya anak yang baik. Mak doakan,
anak-anak mak nanti semuanya menjadi insan yang bermanfaat untuk umat Islam dan
agama Islam. Amin…
Sekian sahaja dari
mak…
Wassalam..
Permata Hati mak dan abah.... (^_^)
**Saya juga sayang mak…terima
kasih mak, saya akan balas surat mak…
(Gimik ni surat real dari mak........................)