“Akak, kalau dengar pasal Nabi
Muhammad, air mata mesti bercurah-curah,” katanya. Saya mendengar sambil
berfikir, “Bagusnya akak ni..!”
“Kinah masih dalam suasana kinah
sendiri. Suasana baik, belum lagi terdedah dengan pelbagai jenis manusia,”
katanya penuh makna ketika kami bersama di dalam kereta.
“Jiwang syukur pada Allah atas
apa yang diberi dan hargai apa yang ada depan mata rasanya ok, kot.” Amboi ayat
dia..:)
****************
Allah takdirkan kami bertemu, di
tempat yang pencinta ilmu berkumpul. Siapa sangka ukhuwah itu berkembang dengan
baik, hingga melarat ke seluruh keluarga. Pertemuan dengan si dia memberi erti
yang baik dalam hidup saya. Allah pasti ada sebabNya tersendiri apabila
menemukan kami dan menjadikan kami seperti ahli keluarga sendiri. Jelasnya,
saya juga bersyukur. Syukur ditemukan dengan insan-insan yang baik padaNya,
termasuklan si dia yang dimaksudkan.
Beragama
bukanlah hanya berkisar mengenai hubungan semata-mata dengan Tuhan. Tapi
beragama mengajar kita berhubungan juga dengan makhlukNya. Malah, indahnya
Islam, berukhuwah keranaNya sahaja Allah menjanjikan lindungan rahmatNya di
waktu manusia dipanah terik matahari berjarak sejengkal di atas kepala di
Mahsyar nanti. Itu mafhum hadith Nabi saw mengenai 7 golongan yang akan dinaungi
dengan payungan Allah antaranya mereka yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
Dengan syarat, biarlah kerana Allah.
Menghayati
banyak lagi hadith tentang hubungan sesama manusia ini, khususnya sesama muslim
mengajar saya cuba menghubungkan silaturrahim sebanyak mungkin dan sebaik
mungkin. Hinggalah mengenali si dia ini, menjadikan saya semakin ‘kreatif’
dalam memaknakan hubungan, dan memanfaatkan teknik-teknik komunikasi dan
pengalaman yang sering dikongsi. Si dia yang saya lihat, bukanlah calang-calang
manusia biasa yang pernah saya jumpa dalam ‘suasana’ saya. Komitmennya pada
agama, dan komitmennya dalam menjaga setiap inci amanah yang tergalas membuat
saya cemburu. Tentunya bersamanya semakin hari mengajar saya semakin banyak
makna sebuah kehidupan. Kami saling berkongsi.
Si
dia, biarlah dia dan Allah yang tahu. Mungkin juga mereka yang mengenalinya
akan mengetahui. Saja saya coretkan sedikit kisah di sini, sebagai satu
penghargaan terhadap sebuah ukhuwah yang ikhlas. Terlalu banyak cerita, jika
kalian juga mengenali si dia, pasti kalian juga akan ‘sayang’ untuk
melepaskannya. Moga Allah memberkati si dia.
Didedikasikan kepadanya yang
sedang membaca, di kesempatan indah ini…
Ku dedikasikan khas
buatmu,
Sepertimana pernah
kau buat untukku,
Walaupun bukan puisi,
Namun hati ini terasa
diisi,
Dengan kasih sayang
dan rembesan rahmat Ilahi,
Tika aku ditakdirkan
mengenali
Insan yang unik
ini..:)
Ramadan mulia kian
melabuh tirainya,
Betapa aku terasa
kelainannya,
Ramadan kali ini
engkau di sini,
Menemani hati yang
sentiasa resah menanti,
Apakah nafas ini
nafas ibadah,
Atau sekadar hembusan
nafas biasa…
Syawal ‘kan hadir
mengisi haknya,
Kalam ku hulur
menuturi kemaafan,
Harapan ibadah
dipersembah diterima Ilahi,
Darimu dan juga dari
semuanya,
Kekhilafan diakur
sepenuh hati,
Moga ukhuwah dirindui
syurgawi…
Salam lebaran dariku,
Moga kita benar-benar
produk takwa Ramadhan.
^_^
Daun Pandan hidupnya merumpun,
ReplyDeleteDiguna orang dalam masakan,
Ukhwah terjalin Allah yang susun,
Semoga berkekalan sepanjang zaman
Bunga mawar harum baunya,
Batang berduri terluka jari,
Tiada apa yang lebih bermakna
Melainkan hadirmu pelengkap diri
Bintang gemerlap cantik berseri,
Bulan bersembunyi malu dirinya,
Bersyukur diriku kehadrat Illahi,
Dianugerahkan adik senada seirama
Anak dara mengampai pakaian,
Pakaian diampai di belakang rumah,
Terima kasih diatas penghargaan,
Semoga dirimu diberkati Allah..
Salam sayang Fillah...
Daun Pandan hidupnya merumpun,
ReplyDeleteDiguna orang dalam masakan,
Ukhwah terjalin Allah yang susun,
Semoga berkekalan sepanjang zaman
Bunga mawar harum baunya,
Batang berduri terluka jari,
Tiada apa yang lebih bermakna
Melainkan hadirmu pelengkap diri
Bintang gemerlap cantik berseri,
Bulan bersembunyi malu dirinya,
Bersyukur diriku kehadrat Illahi,
Dianugerahkan adik senada seirama
Anak dara mengampai pakaian,
Pakaian diampai di belakang rumah,
Terima kasih diatas penghargaan,
Semoga dirimu diberkati Allah..
Salam sayang Fillah...