Kesibukan dalam mengendalikan beberapa urusan
menyebabkan saya telah membiarkan blog ini tidak ter-update agak lama (jika
dibanding dengan sahabat saya yang telah sempat mengupdate hampir 3 ke 4 post).
Banyak isu yang ingin saya kongsikan sebenarnya, tapi kekangan masa yang tidak
memberi kesempatan saya menulis, akhirnya semua itu terbuku di dalam fikiran
semata. Pagi ini, ahlhamdulillah saya dilapangkan masa oleh Allah untuk saya
berkongsi.
ISU KEKEJAMAN BASHAR AL-ASSAD
Saya melihat isu di Syria berbeza dengan isu di
Mesir, Libya dan lain-lain. Kekejaman yang berlaku di Syria bukan sekadar isu
kemanusiaan atau politik, ia juga merupakan isu akidah. Bashar al-Assad
melakukan kekejaman kepada rakyat Syria yang berakidahkan Ahli Sunnah wal Jama’ah
(ASWJ) yang bertentangan dengannya yang merupakan seorang Syiah dan juga
seorang pemerintah kuku besi. Maklum mengetahui, ini adalah antara kesan-kesan
Arab Spring yang berlaku bermula akhir tahun 2010 (betulkan jika saya silap)
yang dimulai dengan revolusi di Tunisia yang akhirnya merebak ke Syria.
Betapa kejamnya Bashar al-Assad dan konco-konconya
membuatkan saya menjadi semakin risau dengan nasib rakyat Syria yang semakin
teruk diperlakukan. Saya ada menonton satu video kekejaman askar-askar yang
masih memihak kepada Bashar al-Assad, mereka memaksa seorang lelaki yang diseksa
di tengah-tengah jalan untuk mengucapkan “La ilaha illa Bashar Assad” (tiada Tuhan melainkan Bashar Assad!!). Saya
rasa ini satu perbuatan yang menambah lagi kelayakan untuk beliau dibunuh dengan
segera. Perlakuan beliau ini juga melayakkan beliau layak untuk digelar Firaun
Zaman Moden!
Namun begitu, saya melihat kekuatan yang luar
biasa ada pada rakyat Syria kini adalah keyakinan kental mereka terhadap
pertolongan dan perlindungan Allah kepada mereka serta yakin yang tiada
berbelah-bagi kepada janji Allah Ta’ala akan kemenangan yang pasti tiba buat
Islam. Melihat satu video di mana beribu rakyat Syria yang berkumpul dan
bertempikkan kalimah Lailaha Illallah, kalimah Allah, beramai-ramai membaca
surah al-Nasr dan laungan-laungan takbir dan tahmid membuat saya meremang dan
mengagumi mereka. Tiada nikmat yang lebih indah melainkan nikmat merasai
kemanisan iman dan nikmat berjuang di jalan Allah menegakkan kalimahNya di atas
keruntuhan kezaliman dan kejahilan.
Tapi yang sangat menyedihkan saya ialah kurangnya
pendedahan di media berkenaan keadaan dan nasib saudara kita di sana
menyebabkan ramai yang masih menganggap biasa isu yang berlaku di Syria kini. Maka,
tanggungjawab setiap daripada kita adalah untuk menyebarluaskan isu kekejaman
Bashar Assad ini dengan harapan semua umat Islam seluruh dunia, dan khususnya
Malaysia mengetahui dan cakna dengan keadaan mereka, sekaligus menimbulkan rasa
keterikatan akidah dan kemanusiaan untuk membantu dan mendoakan yang terbaik
untuk mereka di sana. Doa sering saya
iringkan buat saudara seakidah di sana. Sesungguhnya syahid itu pengakhiran
indah buat pejuang Islam.
ISU HUDUD MANTAN PERDANA MENTERI, DR. MAHATHIR
Hukuman hudud yang merupakan perlembagaan
undang-undang yang didapati secara jelas di dalam al-Quran dan Hadith, yang
ditaklifkan daripada Allah SWT kepada seluruh umat Islam sering dijadikan bahan
mainan dan diperlekehkan oleh golongan yang berkepentingan. Isu ini semakin
menjadi-jadi di Malaysia khususnya apabila kita semakin menghampiri Pilihanraya
Umum. Setiap kali hampirnya kepada pilihanraya, pasti isu ini akan ditimbulkan
antaranya seperti, “relevenkah lagi hudud?”, “hudud tidak sesuai di Malaysia
yang berbilang kaum”, “hudud dipolitikkan”, dan sebagainya.
Terkini, kita dikejutkan dengan satu video yang
memaparkan Mantan Perdana Malaysia yang ke 4; Tun Dr. Mahathir Mohamad mengupas
isu hudud ini di dalam satu program di Sarawak (ruj: http://www.youtube.com/watch?v=2fEZNoDKez8&feature=youtu.be). Antara isi yang beliau katakan adalah bahawa
hudud ini adalah rekaan ahli feqah, bukan hukuman yang ada dalam al-Quran dan
ini bermaksud beliau mengatakan hudud ini bukan daripada Allah, tapi rekaan
manusia iaitu ahli feqah. Kenyataan beliau ini sangat bertentangan dengan apa
yang kita sedia maklum bahawa hudud ini jelas termaktub di dalam al-Quran dan
banyak boleh didapati dalam surah al-Nur, al-Maidah dan lain-lain. Confirmlah
hudud ini daripada Allah, kerana al-Quran itu kalam Allah. Adakah dia juga
ingin mempertikaikan al-Quran?
Selain itu, beliau juga mempersoalkan keaadilan
hudud. Apabila dikata hudud ini daripada Allah, maka Allah itu Maha Adil,
pastilah Ini jelas menunjukkan bahawa
beliau tidak mengkaji hudud dengan kebijakkan dan genius yang telah Allah
kurniakan kepadanya. Jujur, saya sendiri mengakui dan mengagumi kegeniusan akal
dan pemikiran Dr. Mahathir dalam pelbagai perkara, namun melihat tindakan
beliau apabila mula berkata-kata pada perkara yang beliau tiada ilmu padanya, seolah-olah
beliau meludah ke langit, yang akhirnya terkena pada mukanya sendiri apabila
beliau dikecam oleh kenyataannya sendiri. Inilah kata pepatah Melayu, terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dan jika beliau tidak
mengakui kesalahannya dan bertaubat serta kembali mengucap dua kalimah syahadah
memperbaharui imannya, maka takut-takut buruk padah itu bukan hanya di dunia,
malah dibawa ke akhirat yang selamanya.
Oleh itu, di sini saya menyeru untuk Dr. Mahathir
kembali bertaubat dan jangan ulangi lagi kesilapan ini kerana ini juga bukan
isu biasa, tapi ia isu akidah yang diwajibkan iman kepadanya tanpa pertikaian,
dan dihukumkan fasiq atau kufur kepada yang mempertikai dan menolaknya. Nauzubillahi
min dzalik. Moga kita dipelihara daripada sifat-sifat golongan munafiq.
MASA SEMAKIN MENCUMBURUI
Saya memang suka tulis panjang-panjang, mesti
anda penat dan malas nak baca dah kan? Tapi, satu saja niat saya ketika menulis
post ini, saya ingin menyebarkan apa yang saya rasa dan berkongsi apa yang
patut dikongsi, mudah-mudahan ada yang tidak tahu menjadi tahu, dan yang dah
tahu bolehlah bantu membetulkan kesilapan dalam penulisan ini. Saya sangat
menghargainya. Akhir kalam, moga Allah redha dalam setiap huruf dan penulisan
ini, moga berkat padanya dapat membantu menyebarkan hidayah Islam ke seluruh
alam.
Masa semakin mencumburui, ada taklifan lain yang
perlu diselesaikan. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Pagi yang
ceria, mudah-mudahan dilancarkan segala urusan pada hari ini. Wallahu a’lam..
**Kepada sahabat saya Asiyah Yusra, kerana ukhuwah yang manis
ini, saya letak juga gambar ini sebagai hiasan post kali ini. Moga awak
gembira. Nice picture for the nice person. (^_^)
~wajah-wajah insan yang menceriakan hidup saya~
"we are bonded by aqidah"
:)
ReplyDelete